Categories
NASIONAL

Polis siasat LHDN

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Kes cukai terlebih bayar yang tidak dikembalikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar berjumlah RM14.56 bilion disiasat sebagai pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua ahli lembaga pengarah sedia ada dan penyandang terdahulu dijangka dipanggil memberi keterangan untuk merungkai kes terbabit.

Katanya, antara yang dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kehilangan dana yang sepatutnya dipulangkan kepada 1,653,786 pembayar cukai itu ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya lapor BHOnline.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan skandal penyelewengan wang pembayar cukai pendapatan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu yang diterajui Barisan Nasional.

Katanya, kerajaan terdahulu gagal menjelaskan lebihan bayaran balik cukai pendapatan dan Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT) berjumlah RM16.046 bilion, setakat 31 Mei lalu.

Katanya, lebih 1.6 juta pembayar cukai itu, termasuk syarikat, individu, persatuan dan yayasan, merangkumi rekod selama enam tahun lalu.

“Pemalsuan nilai dalam akaun dan penyelewengan bayaran balik cukai ini sama ada untuk tujuan tertentu atau sekadar menutup defisit sebenar demi memperlihatkan wujudnya keadaan lebihan akaun.

“Bayaran balik cukai hanya boleh dibuat menggunakan baki TBBC, namun semakan setakat 30 Mei 2018 berdasarkan laporan Jabatan Akauntan Negara mendapati ia hanya mempunyai RM1.486 bilion, sangat rendah jika dibandingkan dengan RM16.046 bilion yang diperlukan untuk proses berkenaan.

“Oleh itu, jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC dianggap atau diiktiraf sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan lama,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

LHDN: E-mel lebihan bayaran cukai taktik sindiket penipuan

KUALA LUMPUR 7 NOV: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar e-mel meminta butiran akaun bank bagi tujuan membayar amaun cukai terlebih bayar kepada orang ramai.

LHDN dalam kenyataan media berkata e-mel diterima orang ramai itu adalah modus operandi sindiket penipuan yang mahu mendapatkan maklumat peribadi, khususnya akaun bank penerima.

Menerusi e-mel yang memaparkan logo LHDN dan agensi perbankan serta menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaganya, penerima diarahkan untuk menekan satu ‘link’ atau pautan untuk mendapatkan bayaran balik.

Penerima e-mel kemudian diminta mengikut arahan disediakan, antaranya mendedahkan butiran akaun bank, kononnya bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat LHDN.

Agensi itu juga tidak pernah menghantar apa-apa e-mel meminta pembayar cukai, mendedahkan nombor akaun masing-masing.

Katanya, LHDN boleh mendapatkan sendiri maklumat akaun bank pembayar cukai menerusi perisytiharan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dibuat setiap tahun.

“Lebihan bayaran balik cukai pendapatan (jika ada) yang berjaya diproses akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pindahan dana elektronik (EFT), Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC), cek berpalang atau pindahan menerusi telegram,” kata kenyataan itu.

LHDN menasihatkan penerima e-mel berkenaan memeriksa ketulenannya, dengan membuat semakan terhadap domain digunakan pengirim.

“LHDN akan sentiasa memantau sindiket penipuan ini. Orang ramai yang terpedaya, diminta membuat laporan pada pihak berkuasa untuk siasatan dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Setiap e-mel rasmi LHDN akan menggunakan domain @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang mematuhi arahan dalam e-mel yang menggunakan domain berlainan.

Orang ramai juga boleh membuat pengesahan dengan LHDN melalui talian 1800-88-5436 atau talian cawangan yang boleh didapati di www.hasil.gov.my.

=EZY=

 

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL

Sindiket menipu orang ramai guna nama dan logo LHDN

SHAH ALAM, 24 OKT: Sejak kebelakangan ini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan beberapa cubaan untuk menipu orang ramai oleh penyangak kewangan dengan menggunakan nama dan logo LHDNM.

LHDN dalam kenyataan media menyatakan di antara kaedah yang digunakan oleh penyangak kewangan ini ialah:

i. Menghantar e-mel palsu kepada orang ramai memaklumkan mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangkan oleh LHDNM.

Di dalam e-mel palsu tersebut penyangak kewangan ini akan memberikan arahan kepada penerima e-mel agar mendedahkan butiran akaun bank mereka bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDNM.

Harap maklum bahawa LHDNM tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka.

Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperolehi melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara).

ii. Menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai.

LHDNM sememangnya ada mengeluarkan surat peringatan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun cukai tertunggak agar mereka menjelaskan cukai tertunggak tersebut.

Namun demikian, sebelum apa-apa pembayaran dilakukan oleh penerima surat tersebut, sila pastikan surat tersebut adalah benar-benar tulen daripada LHDNM dan bukannya daripada penyangak kewangan.

Pengesahan ketulenan surat tunggakan cukai boleh dibuat melalui Talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDNM yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat).

Selain itu, apa-apa bayaran cukai pendapatan juga mesti dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Sekiranya surat yang diterima memberikan arahan untuk membuat bayaran cukai pendapatan kepada penama selain daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, penerima surat itu boleh mengabaikan arahan dalam surat tersebut dan seterusnya membuat aduan kepada LHDNM.

iii. Pegawai LHDNM palsu mengunjungi premis pembayar cukai dan memaksa pembayar cukai membayar cukai tertunggak.

LHDNM tidak mengamalkan kaedah mengunjungi premis pembayar cukai bagi mengutip cukai tertunggak secara tunai.

Kunjungan ke premis pembayar cukai jika ada akan dilakukan melalui operasi secara berkala seperti Operasi KUTiP dan kaedah kutipan cukai tertunggak yang dilakukan adalah hanya melalui Cek atau Draf Bank atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Pembayar cukai yang dilawati juga disarankan agar memeriksa kad pengenalan diri dan merekodkan butiran pegawai LHDNM yang hadir ke premis mereka.

Selain itu, pembayar cukai juga boleh mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan undang-undang yang digunapakai berkaitan dengan lawatan tersebut, merekodkan nama serta nombor perhubungan penyelia yang menyelia pegawai tersebut serta menghubungi talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 untuk pengesahan.

Orang ramai khususnya pembayar cukai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan segera daripada LHDNM bagi sebarang keraguan yang timbul mengenai perihal cukai pendapatan mereka untuk mengelakkan kerugian kewangan.

Selain daripada menghubungi Hasil Careline, pembayar cukai juga boleh melaporkan aduan kepada e-mel [email protected].

Sila klik di sini untuk “Sampel e-mel dan dokumen palsu (scam)”
http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/lHDNM(10510).pdf

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Categories
NASIONAL

Marina: Serbuan serentak tanpa notis awal bukan kebetulan

SHAH ALAM, 10 OGOS: Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap serbuan yang dilakukan ke atas syarikat anak Mahathir.

Marina Mahathir berkata, tiga syarikat milik abangnya itu diserbu tanpa notis awal untuk bertindak demikian.

“Tiga-tiga sekali pada hari yang sama? Tak mungkin kebetulan. Dan mengapa tanpa memberi apa-apa notis?” soalnya.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Marina mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

marina 1Opcom sebuah syarikat dipengerusikan Mokhzani yang ditubuhkan pada November 1994 dan terbabit dalam pendawaian fiber optik.

Manakala, Mukhriz yang kini timbalan presiden Bersatu salah seorang pemegang sahamnya.

Sementara seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan adalah ketua pegawai eksekutif Crescent Capital iaitu sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

Seorang sumber memberitahu, LHDN menyerbu pejabat Kencana dan merampas 11 fail daripada syarikat itu, pada 8 Ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Mokhzani berada di luar negara akan tetapi kini sudah pulang ke Malaysia.

Sumber berkata, syarikat itu selama ini menggunakan khidmat juruaudit terkemuka PricewaterhouseCoopers (PwC).

“Mereka membayar cukai setiap tahun selama ini. Bagaimanapun, mereka tetap akan bekerjasama dengan pihak berkuasa,” kata sumber yang mengetahui operasi syarikat itu dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber berkata, mereka percaya serbuan dilakukan LHDN itu bermotifkan politik kerana Dr Mahathir kini menentang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Categories
NASIONAL

Kenapa LHDN tidak siasat anak Najib dan Abdullah?

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyiasat anak tiri perdana menteri, Riza Aziz dan menantu bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin dipersoalkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti ‘tidak nampak gajah besar’ di depan mata, namun Badan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) jelas melihat kesalahan itu.

Katanya, Riza yang terkenal di luar negara terlalu muda untuk memiliki kekayaan besar berbanding peniaga veteran yang sudah lama berkecimpung dalam dunia korporat.

“Adakah kerana Khairy adalah Menteri Kabinet dan Riza dari dalam kumpulan keluarga yang masih berkuasa, maka mereka memiliki kekebalan tertentu di mata pihak berkuasa?

“Kenapa memilih bulu dan sasar hanya dari keluarga yang sudah tidak lagi berkuasa?” soalnya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Raja Kamarul Bahrin berkata, LHDN dan SPRM juga mengetahui kerja harian keluarga Datuk Seri Najib Razak dan Abdullah termasuk nilai harta dimiliki, berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Raja_Kamarul_Bahrin_Shah2Semalam, LHDN bertindak menyerbu syarikat milik Mokhzani, namun tiada maklumat berkenaan tempat kejadian atau firma terlibat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan LHDN itu ekoran tekanan setelah mendapat gesaan daripada menteri kabinet Umno untuk menyiasat keluarga Dr Mahathir.

“Adakah ia suatu kebetulan sahaja atau LHDN juga SPRM menerima tekanan daripada Umno seperti dikatakan orang ramai (iaitu) menerima arahan dengan sahutan saya yang menurut perintah,” katanya.

Malaysiakini melaporkan syarikat berkenaan dipercayai milik Mokhzani yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rang Undang-Undang Pindaan LHDN tiada beza

Oleh: Wong Chen

Pada pagi ini, PKR telah mendapat tahu bahawa rang undang-undang LHDN yang berkontroversi telah dimuat naik ke laman web Parlimen.

Kami telah mendapatkan salinan tersebut dan dengan serta-merta telah membuat semakan dan perbandingan dengan rang undang-undang pindaan yang terdahulu.

Kami telah mendapati bahawa kedua-dua rang undang-undang LHDN tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Dengan kata lain, rang undang-undang pindaan LHDN yang telah ditarik balik pada bulan Jun yang lalu akan dibentangkan semula tanpa sebarang perubahan terhadap kandungannya.

Apabila Timbalan Menteri menarik balik pindaan terdahulu, kami telah menjangkakan beliau akan menyingkirkan bahagian-bahagian berkontroversi yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut sebelum ianya dibentangkan semula di Parlimen.

Ini merupakan satu cemuhan kepada semua pihak apabila ianya dibentangkan semula dalam bentuk yang sama. Ia juga mencerminkan keburukan kredibiliti pihak kerajaan dalam keprihatinan mereka untuk mendengar keluhan Rakyat.

Saya mengulangi seruan saya kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya bersiap sedia untuk membahaskan perkara ini dengan penuh pada hari Selasa, 7hb Oktober 2014.

* Wong Chen adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya

JURNAL BERITA : MB pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014

Sinopsis

1. Abdul Khalid pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014
2. MB: Tidak perlu bentang kertas putih isu air
3. MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya
4. Isu Hudud dibincang pada sidang DNS
5. Kroni Umno kaut untung bayaran sewa UiTM, rakyat tanggung rugi
6. Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud
7. Kes BSM: JAIS diarah dapat nasihat Exco & Penasihat Undang-Undang
8. Hannah Yeoh: “Saya perlu ‘neutral’ kendali DNS”
9. Skandal Bank Rakyat, Ahmad Maslan gagal bagi jawapan meyakinkan
10.Xavier ambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard, Malaysia Kini
11.Umno usul hudud di Selangor, bila MCA ingin berdemo?
12.Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat
13.Saifuddin: Ahli PKR perlu tolak politik ugutan, wang
14.Pinda akta, LHDN bakal jadi 1MDB
15.397 pemilik kilang USJ 1 dapat hak milik tetap
16.Ugut Ketua Pengawas Pemilihan, 3 ahli PKR dipecat
17.Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya jadi medium perlindungan
18.Longkang terbiar Taman Sri Nanding tingkat masalah aedes

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Suaram : Siasat Syarikat Terbabit Dalam Skandal Scorpene

SHAH ALAM 4 SEPT: Kerajaan dan agensinya didesak untuk menyiasat Syarikat Perimekar Sdn Bhd dan Terarasi Sdn Bhd serta mendedahkan kepada umum hasil sebarang penemuan.

Pengarah Eksekutif Suaran Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata pihak Suaram menerima pelbagai bentuk tekanan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), PERKESO , Umno, Perkasa serta pelbagai dakwaan daripada Utusan Malaysia dan News Strait Times ekoran pendedahan skandal salah laku dalam urusan pembelian Kapal Selam Scorpene.

Beliau mahu agar kerajaan menyiasat syarikat yang terbabit dalam skandal kapal selam itu sepertimana tekanan dan siasatan yang dikenakan terhadap Suaram.

“Malah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut membantu dalam ‘rutin menyiasat’ salah satu daripada rakan kongsi Suaram baru-baru ini,” kata Nalini dalam kenyataan media.

Ujar Nalini, Suaram diwujudkan sebagai kumpulan sokongan untuk keluarga tahanan bekas politik dalam ISA sejak tahun 1989.

Suaram juga dibangunkan untuk memperjuangkan isu salahlaku polis, hak pemohon suaka politik, pelarian, dan juga mendidik masyarakat berkenaan hak asasi manusia dan kebebasan awam.

Ujar Nalini lagi, kerajaan juga didesak untuk menghentikan mempergunakan Perkhidmatan Awam untuk cuba menjatuhkan imej Suaram dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan.

“Kita berjaya mencapai kemenangan moral ke atas pemasuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini dan tiga akta darurat selepas 23 tahun dalam perjuangan bersama-sama dengan rakyat,” katanya.