Categories
SUKANKINI

Piala FA: Peminat bola sepak Selangor dan KL disaran guna LRT dan MRT

KUALA LUMPUR 22 MAC: Peminat pasukan bola sepak Selangor dan Kuala Lumpur disaran menggunakan perkhidmatan MRT dan LRT untuk menonton perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sebelum ini, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, dipilih sebagai venue tuan rumah pasukan Kuala Lumpur dan Selangor bagi cabaran musim tahun ini.

Rapid KL dalam satu kenyataan menasihati para penyokong Kuala Lumpur dan Selangor menggunakan perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka bermain di stadium itu.

Walau dari manapun memulakan perjalanan, para peminat hanya perlu pergi ke stesen MRT SBK terdekat dan meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Cochrane untuk mengambil bas perantara T400 (Cochrane – Bandar Tun Razak) dan terus ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Tambang untuk bas perantara adalah RM1 satu perjalanan.

“Bas perantara berkenaan mempunyai hentian khusus di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sekali gus menyediakan perjalanan selesa untuk para peminat tanpa perlu memandu dan mengharungi kesesakan lalu lintas serta kepayahan mencari tempat parkir kereta di stadium,” menurut Rapid KL.

Bagi pengguna perkhidmatan LRT pula, peminat boleh turun di Stesen LRT Maluri yang berhubung dengan Stesen MRT Maluri kerana bas perantara itu turut mengambil penumpang di situ.

Peminat turut boleh menggunakan perkhidmatan parkir dan gerak (park and ride) yang disediakan di Stesen MRT dan Stesen LRT terpilih dan meneruskan perjalanan menaiki tren.

 

Categories
SELANGOR

Stesen LRT Kelana Jaya sudah beroperasi

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 MAC : Stesen LRT Kelana Jaya kini sudah kembali beroperasi jam 9.50 malam tadi, lebih awal dari waktu yang dijadualkan.

Sebelum ini, operasinya dihentikan sementara sejak petang kelmarin berikutan sebahagian bumbung stesen tercabut dan diterbangkan angin.

RapidKL mengumumkan perkembangan terbaharu itu menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya, malam tadi.

Dalam kenyataan awal, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan stesen itu akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 6 pagi ini.

Sementara itu, orang ramai memuji kerja baik pulih pantas yang dilakukan kakitangan RapidKL.

Sepanjang penutupan stesen itu, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Stesen LRT Kelana Jaya tutup sementara

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 MAC: Stesen LRT Kelana Jaya masih ditutup sementara waktu atas faktor keselamatan susulan hujan lebat dan angin kencang pada tengah hari semalam.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa keping atap bumbung stesen diterbangkan angin.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

“Operasi LRT Laluan Kelana Jaya bertindak menutup stesen sejak semalam sehingga pagi ini atas faktor keselamatan.

“Para pelanggan dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya harus turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke Stesen Kelana Jaya,” katanya.

Bas ulang alik percuma yang disedikan bernombor WQB3135, WPX4243, WQC698 dan WUU6042 untuk perkhidmatan Stesen Taman Bahagia- Stesen Kelana Jaya-Taman Bahagia dengan kekerapan kira-kira 10 hingga 15 minit.

Manakala, tren dari Gombak ke Putra Heights dan sebaliknya akan melalui stesen LRT Kelana Jaya tanpa henti

Pengguna diminta terus mengikut maklumat terkini menerusi saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan LRT.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tambang percuma LRT tidak selesai masalah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 SEPT: Keputusan Rapid Rail Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan percuma Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya-Gombak bukan jawapan kepada penyelesaian sistem pengangkutan awam negara.

Sebaliknya, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Prasarana dan Kerajaan Persekutuan perlu mengemukakan laporan penuh punca permasalahan itu yang kini kerap berlaku.

“Laporan ini wajib dibawa ke Parlimen untuk dibahas menerusi pewujudan Jawatankuasa Parlimen berkait integrasi sistem pengangkutan awam terutama dari Kuala Lumpur dan Selangor yang amat terkesan.

“Jaringan sistem sedia ada berserta projek MRT wajib dipantau menerusi Jawatankuasa Parlimen ini yang juga menuntut kebertanggungjawaban daripada SPAD kepada badan legislatif tertinggi negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, laporan berkenaannya boleh mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi mengelakkan sebarang insiden berulang.

Nurul-Izzah“Kita wajib berusaha mengelakkan kemelut permasalahan operasi serta kenaikan kos daripada dibebankan kepada pengguna,” katanya.

Pada 7 dan 9 September lalu, perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya tergendala selepas bekalan elektrik terputus hingga menyebabkan pengguna terkandas di tengah-tengah laluan.

Lebih malang, pengguna terpaksa berjalan di atas landasan dalam keadaan hujan dan bahaya sebelum sampai ke stesen berikutnya.

Insiden itu sekali gus mengundang kemarahan masyarakat awam berkenaan status pengurusan dan keselamatan perkhidmatan awam negara ini.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Masalah pengangkutan awam mimpi ngeri rakyat Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 SEPT: Lanjutan permasalahan sistem pengangkutan awam negara disifatkan sebagai mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengundang permasalahan berterusan sekali gus mencetuskan kebimbangan rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengaitkan kematian membabitkan pekerja MRT di Singapura, enam bulan lalu yang mana keadaan sama tidak mustahil boleh berlaku di negara ini.

“Kemalangan itu berlaku kerana bekalan kuasa tidak dimatikan sebelum kedua-dua kakitangan tiba di lokasi penggera seperti yang diwajibkan mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) SMRT.

“Jika kakitangan syarikat SMRT pun memerlukan bekalan kuasa di trek kereta api dimatikan apabila berada di tengah-tengah laluan pejalan kaki di landasan kereta api, apatah lagi orang awam biasa?

“Malaysia bernasib baik kerana semua penumpang yang terkandas di aliran Kelana Jaya bergerak ke stesen yang terdekat dengan selamat, namun Rapid Rail tidak boleh memandang remeh isu ini,” katanya.

Nurul-IzzahBeliau berkata demikian merujuk kepada insiden pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terpaksa berjalan di landasan selepas bekalan elektrik terputus, pada 7 dan 9 September lalu.

Bukan pertama kali, insiden hampir sama berlaku pada 2015 dengan 80 penumpang berdepan detik cemas apabila tren dinaiki rosak dan tersangkut di landasan.

Susulan itu, masalah sama berulang apabila sistem pintu LRT di Stesen Abdullah Hukum gagal berfungsi dan menyebabkan pengguna terkandas di stesen masing-masing.

“Kita sewajibnya mendesak keprihatinan serta kebertanggungjawaban Prasarana dan RapidKl dalam menjaga keselamatan pengguna.

“Lebih-lebih lagi apabila masalah ini berpunca daripada kelemahan pihak LRT sendiri,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

LRT laluan Kelana Jaya terkandas lagi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 SEPT: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terkandas kali kedua dalam tempoh seminggu, pagi tadi.

Hal itu menyebabkan warga kota yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja terjejas dan terpaksa berpatah balik.

Pada jam 9.41 pagi tadi, akaun Twitter RapidKL mengumumkan perkhidmatan LRT laluan itu dihentikan apabila bekalan elektrik terputus antara stesen Setiawangsa dan KLCC.

Insiden terbabit menyebabkan segelintir penumpang terpaksa keluar daripada gerabak tren yang terhenti.

Penumpang terpaksa berjalan di sepanjang landasan LRT ke stesen terdekat di tengah hujan, mengikut beberapa coretan media sosial.

Pada jam 10.11 pagi, RapidKL mengumumkan bahawa bekalan elektrik disambung semula selepas semua penumpang berjaya dipindahkan.

Rabu lalu, Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan LRT dan monorail meminta maaf kepada penumpang yang terpaksa berdepan gangguan dan kelewatan di sepanjang laluan Kelana Jaya itu.

-AA-

Categories
NASIONAL

Potongan 50% pengguna Rapid KL, LRT, Monorail

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 OGOS: Bagi pengguna Rapid KL, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail bakal menikmati potongan harga 50 peratus bermula 16 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan perkara itu berkata potongan harga itu diberikan kepada pengguna yang menggunakan pengangkutan awam terlibat pada jam 6.00 pagi hingga 7.00 pagi.

“Langkah yang akan memberi manfaat kepada lebih 500,000 pengguna sehari ini dibuat bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Projek LRT3 yang diadakan di Stadium Malawati di sini, petang tadi.

Sementara itu ketika mengulas Projek LRT3, Najib berharap projek itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 31 Ogos 2020.

EZY

Categories
SELANGOR

Prasarana setuju ubah jajaran LRT3 demi penduduk

SHAH ALAM, 20 OKT: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bersetuju untuk mengubah laluan bagi jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Johan Setia di Klang seperti didesak penduduk Taman Muhibah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata laluan LRT3 yang sebelum ini dirancang melalui kawasan perumahan itu diubah laluannya ke Pasar Besar Klang di Jalan Meru.

lrt“Dengan perubahan ini, jajaran LRT3 tidak lagi melintasi kawasan perumahan berkenaan dan perubahan jajaran juga tidak melibatkan sebarang pengambilalihan hartanah.

“Malah stesen yang awalnya dirancang dibina bersebelahan SMK Tinggi Klang turut ditukar ke sebelah pasar,” katanya dipetik Bernama.

Mengikut perancangan awal, sebanyak 12 unit rumah dan lapan unit rumah kedai di Taman Muhibah akan diambil alih dan dirobohkan bagi membina jajaran itu sepanjang 35 kilometer yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 31 Ogos 2020.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, berkesan, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Projek LRT 3 perlu dapatkan suara rakyat, pastikan bermanfaat

KUALA LANGAT, 17 MEI: Pembangunan pengangkutan awam termasuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3) perlu melibatkan maklum balas pengguna dan penduduk bagi memastikan projek itu memberikan manfaat rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Selangor menyokong mendukung inisiatif pembangunan pengangkutan awam bernilai RM9 bilion itu yang bermula pada suku pertama tahun depan.

segi mb markshort“Dalam perbualan bersama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhubung perkara ini, saya mahu mereka melibatkan penduduk dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas terbaik sebelum menyerahkan cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Maklum balas dan input daripada penduduk diraih terlebih dahulu sebelum Kerajaan Negeri membuat keputusan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan portal segifresh2u di Pasaraya SegiFresh di Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Selangor menyokong inisiatif pengangkutan awam kerana ia adalah sistem pengangkutan efisen, murah dan mengurangkan pelepasan karbon.

“Saya tidak mahu lagi Kerajaan memilih hanya satu pilihan iaitu lebuh raya dan kita sendiri menolak pembangunan lebuh raya seperti Kidex kerana ia tidak mengurangkan kadar penggunaan kenderaan.

“Buat banyak manapun lebuh raya ia tidak membantu masalah trafik,” katanya.

LRT 3 dibangunkan Prasarana dijangka siap 31 Ogos 2020 bakal memanfaatkan dua juta pengguna sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia di Klang menjelang 2025.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: LRT & MRT patut dilengkapi jaringan pengangkutan awam sempurna

KUALA LANGAT, 17 MEI: Projek pengangkutan awam aliran transit ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa Lembah Klang (MRT) perlu dilengkapi jaringan pengangkutan awam sempurna dan perkhidmatan bas pengantara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembangunan projek itu tanpa perancangan rapi menghubungkan kawasan kediaman, kilang dan bandar untuk ke stesen menimbulkan masalah kepada pengguna.

Projek-mrt-300x202“Lihat sahaja hari ini, ada LRT tetapi ia tidak dilengkapi perkhidmatan bas pengantara efisen.

“Sebab itu kita masih lagi ke stesen LRT dengan kenderaan sendiri. Masalah kesesakan di stesen, parkir tidak cukup sehingga berlapis,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan portal segifresh2u di Pasaraya SegiFresh di Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata biarpun inisiatif itu diluar bidang kuasa negeri, Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan bas pengantara dan bas percuma.

“Di Petaling Jaya kita ada 10 bas baru yang lengkap dengan kemudahan penyaman udara termasuk wifi. Sementara mulai Jun, lima bas seumpamanya disediakan di Shah Alam.

“Walaupun kosnya tinggi tetapi itu tanggungjawab Kerajaan Negeri sediakan pengangkutan awam efisen untuk rakyat,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat digesa beku naik tambang pengangkutan awam

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 DIS : Kerajaan Pusat digesa membuat aku janji dengan rakyat bagi membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barangan satu persatu sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwanya sebelum ini.

rafiziPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata keputusan menaikkan harga barang sebenarnya sudah dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan pada 2009.

Malah, katanya, sejak 2009, PEMANDU dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali.

“Ini melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

“Kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan

lrt“Bagaimanapun, selepas Pilihanraya Umum ke 13, BN mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang dirancang selama ini,” katanya dalam kenyataan media.

Rafizi berkata pengumuman berturut-turut yang membabitkan kenaikan harga petrol, gula dan elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.

“BN tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.

” Peningkatan kos tenaga dan makanan utama bermakna kos pelbagai barang dan perkhidmatan lain yang berkait dengannya akan turut naik. Kesan berganda ini sudah tentu mempengaruhi kadar inflasi yang akhirnya menaikkan harga barang secara keseluruhan,” katanya.

Rafizi berpendapat jumlah bantuan yang diberikan melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut.

“Lebih memualkan ialah apabila sebarang penjimatan yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dari kenaikan harga barang ini akan dibazirkan melalui pembaziran projek-projek besar dan pemberian BR1M yang tidak mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, jika akujanji sudah dibuat, beliau bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini.

-EZY

Categories
NASIONAL

Pengguna anggap kenaikan tambang LRT, monorel menambah beban

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 DIS : Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan pengangkutan awam LRT dan Monorail pada 2014 mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

photo(10)Rata-rata dari mereka kurang berpuas hati dengan cadangan itu dan menganggap bebanan semakin bertambah dengan kenaikan tarif elektrik, harga barang dan minyak petrol yang diumum kerajaan BN baru-baru ini.

Di Facebook Media Selangorku dihujani dengan komen-komen yang turut tidak bersetuju dengan peningkatan tambang tersebut.

Bagi Haulasyolah Khalid, kenaikan itu tidak menyeronakkan hati rakyat selepas Barisana Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum 13 baru-baru ini.

Razman Shah Mohd Razali pula mempersoalkan perbezaan Malaysia dengan Singapura yang memberikan tambang percuma kepada rakyat ketika waktu pagi untuk kemudahan kepada pekerja.

Selain itu, tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar kadar gaji dinaikkan seiring dengan pengumuman kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Ada juga yang mahukan agar mutu perkhidmatan LRT dan Monorail diperbaiki sejajar dengan kenaikkan harga tambang.

lrt11“Tidak ada kah menteri-menteri di Malaysia yang prihatin? asyik-asyik mengumumkan barang naik? tidak fahamkah rakyat jelata menghadapi kehidupan yang tertekan sekarang,” kata James Yap Yea Geh.

“Sudahlah sistem lemah, lembab, nak naik pula. Minyak naik, sekarang pengangkutan awam pun mahu naik, tidak sedarkah ia membebankan rakyat,” bagi Amirul Rashid.

Manakala Airin Safira berpendapat harga barangan sentiasa naik, ia membuatkan rakyat terbeban dan tidak selaras dengan gaji minima RM900, rakyat semakin miskin.

Semalam, Syed Hamid Albar berkata semakan semula terbabit akan mengambil kira beberapa faktor agar kenaikan itu tidak membebankan pengguna.

-EZY