Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

MB: Ketua Pembangkang Selangor diberi keistimewaan tambahan

dewan-rakyat

(KENYATAAN MEDIA) Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan  peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato? Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka  mula bersidang pada 19 November depan.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun  tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan.

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat.

Y.A.B TAN SRI DATO? SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO? MENTERI BESAR SELANGOR
10 OKTOBER 2013

Portfolio Penerangan : Perhebat Penyebaran Maklumat Kepada Rakyat – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor telah mewujudkan portfolio baru penerangan yang akan diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri bagi menghebahkan dengan lebih luas program dan dasar kerajaan negeri.

2. Kelewatan perlantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa perlantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Istana Selangor Menjelaskan Kelewatan Pelantikan Exco

sultan speech exco baru 2013 01

SHAH ALAM 30 MEI : Kelewatan pelantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa pelantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Selepas upacara pelantikan Menteri Besar Selangor pada 14 Mei lalu, DYMM Sultan telah menitahkan kepada Abdul Khalid Ibrahim untuk mengemukakan senarai ahli exco bagi mendapatkan perkenan.

DYMM Sultan menerima surat mengandungi senarai nama-nama calon exco pada 20 Mei, 6 hari kemudian, semasa Khalid Ibrahim terpaksa bercuti bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Menurut Munir, Khalid hanya menghadap mendapatkan perkenan DYMM Sultan Selangor pada 27 Mei sekembalinya beliau ke tanah air.

?Oleh itu, tidaklah benar tohmahan seorang Ahli Parlimen di Negeri Selangor yang menyatakan kelewetan pelantikan Ahli Exco Negeri Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor.?

Mohamad Munir mengingatkan semua pihak untuk tidak mengheret pihak Istana dalam hal-ehwal politik bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap DYMM Sultan Selangor.