Categories
NASIONAL SELANGOR

Keluarga Mendiang Dharmendren Terharu Dikunjungi Abdul Khalid

MB ziarah balu dramendren

BANDAR TUN RAZAK, 16 JUN: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid meluangkan masa meziarahi keluarga mendiang N Dharmendran yang meninggal dunia ketika di dalam tahanan polis bulan lalu.

Kehadiran Abdul Khalid disambut isteri mendiang, Marry Maria Susay serta ahli keluarga di kediaman mereka bertempat di PPR Taman Mulia.

Beliau yang ditemui sejurus lawatan berkenaan menyatakan kesedihan dengan apa yang berlaku dan berharap kes berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang penting menurut Abdul Khalid, pembelaan untuk masa depan anak dan keluarga perlu diberikan keutamaan.

“Satu perkara yang saya lihat dan penting adalah masa depan anak dan keluarga. Kedua penempatan mereka oleh kerana mereka duduk di sini atas ihsan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menyewa disini.

“Mereka mesti dapat pendapatan supaya dapat meneruskan kehidupan di sini,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Marry Maria yang ditemui melahirkan rasa terharu di atas kesudian Tan Sri Abdul Khalid mengunjungi keluarga beliau memandangkan mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, cara kehidupan beliau dan keluarga berubah selepas kematian Dharmendran yang selama ini memikul tanggungjawab keluarga terutama dalam urusan perbelanjaan.

“Dulu suami saya jaga kesemuanya. Sekarang dia tiada susah sikit.

“Dia (Dharmendran) tidak pernah susahkan saya. Sedikit demi sedikit kena tukar cara hidup,” katanya.

Tambah Marry, beliau sedang mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan bulanan selain terpaksa membayar sewa rumah berjumlah RM124.

Buat masa ini perbelanjaan beliau dibantu oleh pihak keluarga.

Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas membuat laporan polis susulan satu pergaduhan yang melibatkan dirinya pada 11 Mei.

Isteri dan ibu bapanya hanya mengetahui mengenai penahanan tersebut pada 19 Mei dan mengunjungi Dharmendran di lokap polis.

Beliau sepatutnya dibebaskan dengan jaminan pada 21 Mei namun Marry Mariay Susay (isteri) menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dharmendran telahpun meninggal dunia.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Turun Harga Kereta, BN dan Utusan ‘Kantoi’ – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 13062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Syarikat pembuat kereta telah menafikan laporan Utusan Malaysia pada 9 Jun bahawa harga setengah model kereta mereka telah diturunkan sehingga 11 peratus sebagai melaksanakan manifesto Umno-BN.

2. Isteri mendiang N Dharmendran, Marry Maria Susay telah mengemukakan aduan tatatertib terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kerana mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kematian suaminya.

3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak meroboh dan menyita gerai peniaga di Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, Batu Caves dekat sini 7 Jun lalu berikutan perniagaan dijalankan adalah tanpa permit dari pihak berkuasa tersebut.

Categories
NASIONAL

Isteri Dharmendran : Polis Cuba Tutup Kes Kematian

dharmendran isteri bukit aman 01

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Isteri mendiang N Dharmendran, Marry Maria Susay telah mengemukakan aduan tatatertib terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kerana mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kematian suaminya.

Dalam satu sidang media pada 22 Mei lalu, Chin Wah menyatakan Dharmendran pada waktu malam 21 Mei, mengadu sakit dada dan mengalami sesak nafas ketika ditahan di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur.

Mendiang kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur tetapi meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Namun, menurut laporan bedah siasat pakar patologi Hospital Kuala Lumpur, Dharmendran  meninggal dunia akibat pukulan dengan objek tumpul dan keras.

“Mengapa dia (Ku Chin Wah) masih melindungi dan mengeluarkan kenyataan palsu kepada media dan umum?” soal Marry, selepas mengemukan aduan tersebut di ibupejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman di sini.

Laporan aduan berkenaan telah diterima ASP Ramia Kanapathi di Unit Rekod Pengaduan Urus Setia Ketua Polis Negera (Tatatertib) Bukit Aman.

Sementara itu, peguam keluarga, Sivamalar Genaphaty menegaskan pihaknya tetap menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan menolak penubuhan pasukan khas siasatan seperti yang diumumkan Suruhanjaya Integriti Awam Penguatkuasaan (EAIC).

“Perkara ini perlu menjadi pengajaran kepada semua pegawai polis. Selepas ini kami tidak mahu ada lagi kejadian kematian dalam tahanan. Ku Chin Wah perlu disiasat,” tegasnya.

Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas terlibat di dalam satu kejadian tembak menembak pada 11 Mei di kawasan Bandar Tun Razak. dharmendran isteri bukit aman 03

Isteri dan ibu bapanya hanya mengetahui mengenai penahanan tersebut pada 19 Mei dan mengunjungi Dharmendran di lokap polis.

Beliau sepatutnya dibebaskan dengan jaminan pada 21 Mei namun Marry menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dharmendran telahpun meninggal dunia.

Susulan daripada protes parti Pakatan dan keluarganya, tiga anggota polis telah didakwa di Mahkamah Tinggi pada kerana membunuh Dharmedran.

Kerajaan Persekutuan juga telah mengumumkan bahawa badan EAIC akan menyiasat kematian Dharmendran dan seorang lagi, R. Jamesh, di ibupejabat polis Pulau Pinang pada 26 Mei.