Categories
SELANGOR

Peruntukan RM2.22 juta semarakkan Ramadan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 MEI : Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2.22 juta bagi tujuan sumbangan moreh masjid dan surau seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah itu memudahkan pengurusan masjid dan surau menjalankan pelbagai program ibadat sepanjang Ramadan.

moreh 1“Sumbangan ini sebagai galakan dan inisiatif dari Kerajaan Negeri kepada jawatankuasa masjid dan surau bagi menghidupkan Ramadan dengan program seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, tazkriah dan qiamulail,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan Senator, Dr Muhammad Nur Manuty pada Majlis Konvensyen Pemantapan dan Pemerkasaan Masjid dan Surau sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Ramadan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hadir sama, Exco Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ahmad Yunus Hairi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim dan Imam Besar Masjid (MSSAAS), Muhammad Farhan Wijaya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin berharap pengurusan masjid mampu dibangunkan selaras tuntutan gagasan Maqasih Syariah untuk terus berupaya menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat Islam.

“Masjid sebagai institusi ibadah berperanan sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam yang berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman.

“Untuk itu semua pihak perlu memainkan peranan dalam kehidupan kemasyarakatan Islam sebagai sebuah badan membina kemajuan ummah.

“Justeru, mekanisme pentadbiran dan pengurusan masjid dan surau perlu diberdayakan agar menjadi lebih profesional, proaktif, kreatif dan inovatif untuk memakmurkan rumah Allah,” katanya.

Terdahulu, nazir masjid, pengerusi Surau seluruh negeri membabitkan sembilan daerah di Selangor menerima sumbangan moreh di sini.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Perlu pendekatan kreatif tarik generasi muda imarahkan masjid

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 9 OKT: Pengurusan masjid digesa untuk melaksanakan pendekatan lebih kreatif dalam usaha menarik minat belia dan remaja mengimarahkan masjid.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihak pengurusan boleh mencontohi masjid yang berjaya melaksanakannya sama ada dari dalam atau luar negara.

MB Rasmi Masjid Zakaria Batu 8 Gombak (1)“Masjid seharusnya menjadi tempat percambahan ilmu kerana ini adalah tuntutan Islam, bukan sekadar tempat beribadah semata-mata.

“Seperti Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW berfungsi sebagai pusat pendidikan, juga sebagai pusat ekonomi seperti fungsi baitulmal untuk mengagihkan zakat dan sedekah,” ucapnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Masjid Zakaria Batu 8 1/2 di sini tengah hari ini, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menyeru kedaulatan masjid sebagai ‘one stop centre’ kembali dihidupkan di Selangor.

“Malah ketika zaman Rasulullah SAW, masjid pertama dibinanya menjadi asas penyatuan kaum Ansar dan Muhajirin.

“Begitu juga dengan Masjid Nabawi diimarahkan dengan pelbagai kegiatan bukan sahaja untuk umat Islam tetapi komuniti bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Masjid usang 84 tahun bakal berwajah baru

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 9 OKT: Masjid usang berusia 84 tahun, Masjid Zakaria Batu 8 1/2 Gombak bakal berwajah baru dengan kos peruntukan keseluruhan RM11 juta.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan RM6 juta mula diluluskan pada 2010 untuk pembinaan di tapak baru berhampiran tapak lama.

Katanya, proses pengambilalihan tanah yang memakan masa bagaimanapun menyebabkan kos meningkat sebanyak RM5 juta.

MB Rasmi Masjid Zakaria Batu 8 Gombak (5)“Namun, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan mementingkan pembangunan berkualiti, peruntukan tambahan diluluskan sepenuhnya termasuk kos cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Sesungguhnya pembinaan masjid penting dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat terutama dalam aspek kerohanian,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Masjid Zakaria Batu 8 1/2 di sini tengah hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Hamizan Mohd Inzan dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridhuan.

Masjid baru itu didirikan di atas bukit dengan keluasan tiga ekar dan dilengkapi kemudahan seperti tempat meletak kereta serta ruang solat berhawa dingin.

Dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2017, masjid itu juga boleh memuatkan sehingga 2,000 jemaah.

EZY

Categories
SELANGOR

Setahun MB: Tambah baik peruntukan masjid dan rumah ibadat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM – Di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam diberi perhatian sewajarnya.

Rumah ibadat itu masing-masing menerima peruntukan antara RM10,000 hingga RM50,000 untuk melaksanakan kerja membaikpulih bagi keselesaan penduduk setempat.

Bagi masjid atau surau, sumbangan biasanya diserahkan sebelum solat Jumaat kepada nazir untuk meringankan beban dana keperluan jawatankuasa pembangunan masjid.

MB MASJIDTerbaru, sejumlah RM43,000 disumbangkan kepada Masjid Jami’ilhuda di Kampung Melayu Ampang, bahkan imam masjid kariah seluruh Selangor juga menerima kenaikan tambahan elaun RM150 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mohamed Azmin berkata, ia bagi menghargai khidmat dan sumbangan imam yang semakin mencabar dalam mengimarahkan masjid di negeri itu.

“Kerajaan Selangor membuat keputusan meningkatkan bayaran elaun imam masjid kepada RM900 sebulan yang dilaksanakan, pada 1 Syawal lalu. Kenaikan itu adalah tambahan elaun yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjumlah RM750 setiap bulan,” katanya.

YB Teng sampaikan cek sumbangan kepada pengerusi persatuan tokong (3)Sementara itu, rumah ibadat bukan Islam menerima peruntukan tambahan RM6 juta tahun ini.

Ia sekali gus mengatasi jumlah peruntukan sebelum ini iaitu RM3 juta yang membolehkan pembelajaran agama selain Islam dipertimbang untuk dinaikkan.

“Mengikut penambahan ini, agama Kristian dan Katolik menerima RM1 juta, Hindu/Sikh (RM2 juta), manakala Buddha dan tokong Cina mendapat RM3 juta,” kata Exco Negeri, Datuk Teng Chang Khim.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB serah RM200,000 kepada Masjid Ar-Rahimin

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 11 SEP: Kerajaan Selangor menghulurkan sumbangan RM35,000 bagi membiayai projek pembesaran ruang solat luar Masjid Ar-Rahimin, Kampung Teluk Menegun, di sini.

Sumbangan itu bagi meringankan beban dana keperluan jawatankuasa pembangunan masjid yang dianggarkan hampir RM200,000.

Majlis penyerahan cek disempurnakan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kepada nazir masjid, Abdul Shukor Idris, 63.

IMG_20150911_125029Abdul Shukor yang berkhidmat hampir enam tahun mengakui pembesaran ruang solat itu adalah keperluan mendesak bagi memberikan keselesaan kepada kariah setempat.

“Kita akan melakukan pelebaran ruang solat luar yang memerlukan kos hampir RM180,000. Kita mohon sumbangan lebih banyak bagi mencukupkan dana.

“Masjid ini dapat menampung 2,000 jemaah untuk satu masa. Biasanya untuk solat Jumaat kehadiran jemaah akan melimpah dan mencukupi pada waktu biasa,” katanya.

Dijangkakan projek pembesaran seluas 1,700 kaki persegi itu akan bermula Oktober ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Masjid siap tapi tanggung hutang, pengurusan mohon derma

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pihak pengurusan Masjid Kompleks Pertanian Serdang memohon orang ramai khususnya bagi masyarakat Islam yang menetap di Serdang, Cyberjaya dan kawasan berhampiran supaya menghulurkan sumbangan kepada tabung masjid terbabit.

Setiausahanya, Wan Noor Wan Jusoh berkata, sumbangan itu diperlukan bagi membayar baki hutang kos pembinaan masjid itu yang masih ditanggung pihak pengurusan masjid terbabit.

IMG-20150803-WA001“Kos keseluruhan sebanyak RM8 juta termasuk infrastruktur tetapi kami dah bayar RM6 juta yang juga daripada sumbangan awam dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Kami bernasib baik kerana kontraktor projek yang kami lantik, Seri Sekamat Sdn Bhd mahu menyiapkan masjid ini sepenuhnya walaupun mengetahui pihak kami kekurangan dana untuk membayar beliau.

“Pada masa ini kami perlukan lagi RM2 juta untuk membayar baki hutang kepada kontraktor dan syarikat perunding yang dilantik,” kata Wan Noor kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Kompleks Pertanian Serdang memutuskan membina bangunan baru selepas mendapati bangunan sedia ada yang dibina pada 1929 bukan sahaja semakin uzur, malah tidak dapat menampung pertambahan jemaah yang semakin ramai.

“Bangunan asal masjid ini dibina pada 1929 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah,” kata beliau lagi.

Pembinaan bangunan baru masjid itu dimulakan kira-kira tiga tahun lalu dan siap sepenuhnya pada hujung tahun lalu.

Sumbangan orang ramai boleh dihulurkan dengan menghubungi Wan Noor di talian 013-7011 565.

Terdahulu, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Ehsan sesi 1994 (SMTE 94′) selepas mengadakan perbincangan menghubungi Selangor Kini bagi mengesahkan dan sekaligus membantu jawatankuasa masjid berkenaan menyelesaikan masalah hutang yang masih ditanggung.

Sikap prihatin kumpulan terbabit yang mendapat pujian Jawatankuasa Pengurusan Masjid berkenaan itu wajar dicontohi oleh semua lapisan masyarakat lain.

EZY

Categories
SELANGOR

Sepuluh masjid laksana Modul Usrah Keluarga

Oleh: HAFIZAN TAIB

BERANANG, 9 JUL: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan Modul Usrah Keluarga dalam usaha melahirkan keluarga bahagia berteras Al-Quran dan As Sunnah.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata usaha itu dilakukan bagi melestarikan masjid sebagai pusat utama aktiviti kemasyarakatan Islam di Selangor.

“JAIS melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga berganding bahu bersama beberapa masjid terpilih dalam melaksanakan aktiviti kekeluargaan.

pengarah jais a“Modul Usrah Keluarga dilancarkan sebagai usaha mendidik masyarakat ke arah keluarga bahagia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Pada peringkat awal, modul ini akan dilaksanakan di 10 masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Kampung Sesapan Batu, Kampung Sesapan Batu Rembau, di sini, semalam.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi; Exco Kerajaan Negeri dan beberapa Exco Selangor.

Pada masa sama, Haris berkata, 16 masjid dipilih bagi menempatkan Fasilitator Pusat Khidmat, Sosial dan Komuniti bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah serta konflik rumah tangga.

“Ini bagi memudahkan pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat tanpa perlu bersusah payah hadir ke JAIS. Fasilitator dilantik adalah mereka yang memiliki kemahiran pengurusan kaunseling rumah tangga,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Masjid Selangor perlu nilai estetika seni tamadun Islam

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN: Masjid seluruh Selangor disaran menekankan ciri estetika kesenian tamadun Islam merangkumi pelbagai komponen untuk meningkatkan kemaslahatan ummah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia merangkumi seni bina dan pengisian majlis ilmu termasuk pendidikan pra-sekolah, kegiatan ekonomi, galakan kesihatan dan program belia.

“Masjid perlu diimarahkan dengan majlis ilmu kerana kita tidak mahu ia pegun indah dengan kemudahan yang cukup canggih, tetapi pengisian jauh daripada apa yang disasarkan untuk mencapai prinsip Allah SWT.

mb yayasan selangor“Kita mahu masjid dibina atas asas takwa kepada Allah SWT,” katanya pada Majlis Perasmian Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, masjid juga perlu menjadi pusat transformasi umat Islam dari aspek tarbiah, pendidikan, ekonomi dan ketamadunan.

Katanya, graduan yang dilahirkan dari institusi masjid juga perlu menjadi umat yang cemerlang dengan berpegang kepada prinsip dan nilai Islam.

“Selangor menjalani proses perbandaran yang sangat pesat apabila semakin ramai umat Islam berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

“Justeru, masjid menjadi salah satu komponen daripada aspek kehidupan bandar,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Wujud pusat bantuan segera di masjid, bantu golongan ‘terdesak’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 22 MEI: Masjid di Selangor digalak mewujudkan mekanisme bagi membolehkan bantuan ekspres disalur kepada ahli kariah yang memerlukan bantuan segera.

Bantuan segera membolehkan golongan terdesak berkenaan membeli keperluan asas antaranya susu bayi, beras, tepung, gas dan minyak masak untuk tempoh tertentu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, terdapat individu enggan ke agensi yang menawarkan bantuan berkenaan.

masjid_aleadin_jugra_01Katanya, keadaan itu disebabkan faktor jarak, kos, pelbagai prosedur dan syarat yang tidak dapat dipenuhi golongan terbabit.

“Kalau kita buka tabung masjid untuk keperluan masyarakat juga tak jadi masalah walaupun diwujudkan untuk pembangunan dan program masjid.

“Cuma, dari segi ‘genuinity’ perlu diambil kira supaya tidak ada yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan itu.

“Lebih bagus jika masjid mampu menjadi pusat untuk golongan yang memerlukan mendapat sumbangan keperluan harian bukan sekadar tempat beribadah,” katanya, di sini Pejabat Agama Islam, di sini, hari ini.

jais kuala langat 3Dr Ahmad Yunus berkata, jawatankuasa masjid yang mengenali ahli kariah masing-masing akan memudahkan mekanisme bantuan ekspres itu dilaksanakan.

Katanya, Lembaga Zakat Selangor juga boleh bekerjasama bagi menjadikan masjid sebagai pusat bantuan segera.

Sebelum ini, wujud dakwaan bantuan agensi kebajikan mempunyai prosedur ketat dan prosesnya memakan masa panjang sebelum diluluskan.

Keadaan itu menyebabkan sesetengah pihak tidak berfikir panjang dan melakukan kegiatan jenayah kecil-kecilan demi memenuhi keperluan sara hidup keluarga.

Antara kes yang dilaporkan adalah seorang suami dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kerana mencuri wang tabung masjid RM2.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Masjid jantung pembangunan Selangor, program ilmu diperhebat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 MEI : Kerajaan Selangor mahu menjadikan masjid di seluruh negeri itu sebagai jantung pembangunan melalui penganjuran program ilmu bagi tujuan imarah.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia bagi menjamin masyarakat dibekalkan dengan pengisian ilmu berbentuk kebaikan.

Sultan Rasmi Masjid di Pekan Jeram (8)Katanya, ia juga selaras dengan hasrat menjadikan masjid di Selangor sebagai pusat transformasi masyarakat.

“Kita tidak mahu gambarkan masjid ini untuk tujuan ibadah sahaja, sebaliknya turut diadakan majlis ilmu berkaitan agama bagi kepentingan masyarakat.

“Pengisian yang perlu masyarakat sedar adalah masjid tempat turunnya rahmat Allah SWT dan kita bawa keberkatan itu untuk kebaikan di akhirat,” katanya kepada Selangor Kini.

Ahmad Yunus berkata usaha itu diperhebatkan melalui pelaksanaan program Kampungku Kesayanganku yang menjadikan masjid sebagai tumpuan.

Katanya program ini diteruskan bagi pembangunan masyarakat Islam supaya ia dapat dilakukan secara optimum.

“Sejak 2008 lagi Pakatan Rakyat (PR) mementingkan pembangunan sosial masjid untuk pembangunan masyarakat.

“Bukan hendak berbangga tetapi kita tidak boleh menafikan masjid kini bertambah imarah ditambah dengan penglibatan masyarakat,” katanya.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semakin imarah dengan pelbagai majlis keilmuan sejak PR mentadbir Selangor pada 2008.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata ia berbeza semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila masjid di Selangor ditadbir mengikut kepentingan politik Umno.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor sumbang RM50,000 naik taraf Masjid Kg Mengkuang

Oleh: NORHAYATI UMOR

PENANTI, 24 APR: Kerajaan Selangor memberi sumbangan RM50,000 kepada Masjid Kampung Mengkuang Semarak di sini bagi kerja menaik taraf masjid itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berharap dengan sumbangan itu pimpinan masjid dapat mengimarahkan masjid dengan pelbagai program.

“Kita mengetahui pimpinan masjid sedang berusaha untuk menaiktaraf masjid dan membangunkan Sekolah Agama.

MB Azmin Masjid“Oleh itu, selepas perbincangan kita bersetuju menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada tabung masjid,” katanya dalam Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Kampung Mengkuang Semarak.

Katanya, masjid adalah institusi penting umat Islam dan perlu diberi perhatian semua.

“kita perlu mengimarahkan masjid dan surau kerana tidak guna memilik masjid indah tetapi pengisian kosong,” katanya.

Selain itu, Mohamed Azmin turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada 100 penerima warga emas dan golongan berpendapatan rendah.

Terdahulu, beliau turut berkesempatan Solat Jumaat berjemaah dengan kira-kira 100 penduduk kawasan terbabit.

Hadir sama, Exco Agama Pulau Pinang, Malik Kassim dan Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

EZY

Categories
SELANGOR

Kubah Masjid Negeri Shah Alam dinaik taraf mulai April

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 MAC : Kerja-kerja menaik taraf kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam yang menjadi simbol keagungan masyarakat Islam di negeri ini dijangka akan dilaksanakan bermula April depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata projek menaik taraf kubah masjid ini dilaksanakan secara tender terbuka yang disiarkan di media cetak pada 12 Februari 2015 dan ditutup pada 12 Mac lalu.

Masjid Shah Alam“Dijangkakan kerja-kerja menaik taraf kubah masjid ini akan bermula pada April 2015 dengan tempoh 18 bulan untuk disiapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perancangan bagi menaik taraf kubah masjid berkenaan sudah dimulakan sejak tahun lalu di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor diminta membuat penilaian teliti berkaitan kerosakan termasuk cadangan pembaikan yang bakal dilaksanakan ke atas kubah itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan masjid berusia 22 tahun itu semakin menjadi bualan penduduk sekitar Shah Alam apabila keadaannya kini sudah tidak seperti dahulu.

Penduduk sekitar dan pengunjung melahirkan rasa kecewa apabila melihat kubah dan dindingnya seperti tidak diselenggara dengan sempurna.

Malah tinjauan Sinar Harian turut mendapati permukaan kubah kelihatan tidak berseri dan ia jelas dilihat walaupun kedudukannya agak tinggi.

EZY