Categories
SELANGOR

2 Masjid di Tanjong Karang terima bantuan baik pulih RM43,000

Oleh: AFIX REDZUAN

TANJONG KARANG, 27 FEB: Dua masjid di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih kerosakan siling dan karpet bagi meningkatkan keselesaan jemaah.

Masjid berkenaan adalah Masjid Darul Iman di Kampung Parit Serong dan Masjid Ar Rahman di Kampung Raja Musa.

Sumbangan diserahkan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada nazir masjid berkenaan.

Nazir Masjid Darul Iman, Mohamad Ja_MG_1717lani Yaakob, 61, ketika ditemui melahirkan rasa terharu kesudian Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sebanyak RM20,341 bagi membaiki siling masjid yang tidak pernah diganti sejak dibina pada 1960.

Katanya, kos membaik pulih ini juga sebahagiannya akan ditanggung melalui wang sumbangan kariah masjid.

“Saya selaku wakil masjid dan penduduk Kampung Parit Serong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar diatas kesudian memberikan sumbangan dan menunaikan solat fardhu Jumaat disini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Nazir Masjid Ar Rahman, Yahya Tawan ,73, berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini akan dimanfaatkan untuk membaik pulih karpet masjid yang rosak setelah digunakan hampir 10 tahun.

Untuk kerja baik pulih, Masjid Ar Rahman menerima sumbangan sebanyak RM23,000.

EZY

Categories
SELANGOR

Syarikat korporat digalak bantu bina masjid

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 30 JAN: Pembangunan masjid bagi memenuhi keperluan qariah di seluruh Selangor kini penting berikutan peningkatan jumlah penduduk tinggi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim, berkata berdasarkan bancian, pembinaan lebih 100 masjid perlu dilakukan bagi tujuan berkenaan.

masjid03Katanya, sehingga kini terdapat 410 masjid di seluruh Selangor dan masjid di Ara Damansara adalah yang ke 411.

“Kita membuat analisis keperluan sebenar mengikut kehendak qariah maka lebih 100 masjid perlu dibina di Selangor. Keperluan penyediaan masjid begitu tinggi di sesebuah kawasan.

“Usaha Sime Darby Property Bhd membina masjid ini sesuatu yang amat baik dan dihargai bukan sahaja umat Islam tetapi Kerajaan Negeri sendiri,” katanya.

Haris berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan masjid dibuat Sime Darby Property Bhd kepada Jais di Ara Damansara di sini, semalam.

Beliau berkata, kekurangan dinyatakan bukan bermakna Kerajaan Negeri tidak mampu membina 20 hingga 30 masjid dalam masa setahun tetapi banyak faktor lain menyebabkan usaha menjadi terhad terutama berkaitan tanah.

Katanya, Jais merancang pelbagai program dan aktiviti bagi mengimarahkan masjid supaya segala kemudahan tersedia digunakan sebaiknya selain memberi manfaat kepada umat Islam dalam memenuhi kehendak mendalami ilmu agama.

masjid01“Kita menyusun beberapa program contohnya Multaqa Imam. Ia salah satu program di mana kita ingin melihat imam dilantik untuk masjid di Selangor adalah imam yang profesional.

“Imam sekarang ini tidak seperti dulu dan ia membina satu persepsi baharu. Selain menjadi imam, dia juga tokoh masyarakat, boleh memimpin, memberi ceramah, membaca khutbah dan sebagainya,” katanya.

Penyerahan masjid disempurnakan Ketua Hartanah Malaysia, Sime Darby Propery Bhd, Mohd Salem Kailany kepada Haris dan seterusnya menyampaikan kepada Nazir masjid, Datuk Abdul Rahim Mokti.

Masjid di Ara Damansara dibangunkan Sime Darby Property Bhd dengan kos RM15 juta di kawasan seluas enam ekar berkonsep teknologi hijau.

EZY

Categories
SELANGOR

Penduduk Setia Alam harap pembinaan masjid pertama

SHAH ALAM 29 DIS: Penduduk di bandar Setia Alam mengharapkan pembinaan masjid pertama di kawasan penempatan mereka kerana keperluannya kini mendesak.

Pengerusi Jawatankuasa Dana Pembinaan Masjid Setia Alam, Rushdan Rusmi berkata, sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membina masjid di situ dan setakat ini RM3.3 juta telah berjaya dikumpul sejak 2010.

Setia AlamMenurutnya, RM6.7 juta lagi diperlukan untuk mendirikan sebuah masjid di atas tanah seluas 2.02 hektar bagi menampung jemaah lebih-lebih lagi ketika Solat Jumaat.

“Di Setia Alam ini kita ada sembilan surau dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memberi tauliah kepada dua surau untuk mengadakan solat Jumaat namun ia tidak boleh menampung jumlah penduduk yang kian hari semakin bertambah,” katanya dipetik Sinar Harian.

Melihat kepada keperluan itu katanya, beliau bersama penduduk di kawasan itu menubuhkan satu jawatankuasa yang diberi kepercayaan penduduk Islam di situ memulakan inisiatif pembinaan masjid.

“Mengikut perancangan awal, kerja-kerja pembinaan akan dijalankan secara berfasa dengan kos keseluruhan sebanyak RM20 juta termasuk pembinaan dewan, kuarters pengajar dan lain lain.

“Bagaimanapun, yang kita tumpukan adalah mencari dana RM10 juta untuk bangunan masjid dengan kapasiti memuatkan lebih kurang 5,000 jemaah dalam satu masa,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mendirikan kawasan pencarian dana seluas 0.40 hektar di tapak itu bertujuan mengadakan program pengumpul sumbangan melalui pelbagai acara yang telah direncanakan.

“Meskipun belum ada lagi masjid di sini, jawatankuasa kita telah mengadakan banyak aktiviti seolah-olah telah ada masjid dengan susunan program agama, ilmiah dan sebagainya.

“Selepas ini, kita merancang membina 10 unit gerai kekal, pentas untuk adakan program, carboot sale dan lain-lain untuk menampung kutipan dana,” katanya.

Buat masa ini katanya, pengedaran risalah dan kaunter sumbangan disediakan di Kedai Buku Sinar yang terletak di tingkat 2, Tesco Setia Alam selain turut mendapat kerjasama dengan restoran Muslim sekitar kawasan ini.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh terus menderma melalui Ambank Islamic -2452022002697 (Jawatankuasa Pembinaan Masjid Setia Alam) atau hubungi Rushdan di talian 0122077410 atau 0172008486 (Ibrahim) atau 0129704797 (Syazwan).

Sumbangan berbentuk wakaf perlu dibuat kepada Perbadanan Wakaf Selangor melalui penama yang telah dilantik bagi mendapatkan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengisi Borang B1.

Categories
SELANGOR

Kampung Batu 9 Kuala Langat dapat peruntukan bina masjid baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 7 DIS: Peruntukan bagi membina masjid baru di Kampung Batu 9 Kebun Baru, di sini, dijangka akan dimasukan dalam Belanjawan 2016.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Masjid Al-Amin adalah antara masjid paling lama dibina di Sijangkang.

program masjid1“Masjid ini antara masjid yang lama dalam kawasan Sijangkang dan selalu banjir cuma tahun ini saja tidak berlaku bencana ini. Sebelum ini, ia sudah dibesarkan dan kita dah senaraikan untuk bina masjid baru.

“Tahun ini tak masuk dalam bajet, jadi kita cuba masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 tahun depan dan maknanya kita boleh masukkan dalam bajet pembangunan semula cuma isunya berkenaan tapak yang ada,” kata.

Dr Ahmad Hairi berkata, pembinaan masjid baru itu nanti dijangka menerima peruntukan antara RM5 hingga RM7 juta.

Katanya, penduduk akan menggunakan Masjid Batu 10 yang tidak berapa jauh sementara kerja pembinaan masjid baru dijalankan.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Amin, Tauhid Ahmad menyatakan pembinaan masjid itu perlu dilaksanakan kerana pertambahan penduduk berlipat kali ganda berbanding ketika ia mula dibina.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tiada kepakaran jurutera, punca JAIS lewat selenggara masjid

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 NOV: Tiada kepakaran jurutera di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi urusan baik pulih dan pengauditan masjid di negeri itu antara punca menyebabkan kebanyakan masjid kurang diselenggara dengan baik.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata bilangan masjid yang banyak di Selangor menyebabkan tanggungjawab JAIS adalah lebih besar berbanding negeri lain.

Katanya, hal itu juga menyebabkan keupayaan JAIS sebagai agensi pelaksana memiliki batasan termasuk menguruskan projek sedia ada.

bumbung“Kita perlu bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyediakan senarai kuantiti (BQ) untuk menyelesaikan masalah ini.

“Selain itu, ketiadaan jurutera di JAIS menyebabkan proses baik pulih atau audit di peringkat masjid dan sebagainya menjadi lambat kerana penyeliaan bukan mudah, kena ada profesionalisme,” katanya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif untuk melantik jurutera secara kontrak bagi memastikan proses baik pulih dilakukan dengan selamat dan mengambil kira semua faktor.

yunus“Saya akan bincang dengan pengarah sendiri dan bahagian terbabit untuk melihat bagaimana perkara ini boleh dibaiki daripada kita berkocak di luar,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendapati masalah bumbung adalah bentuk kerosakan tertinggi pada sekurang-kurangnya enam buah masjid kelolaan JAIS.

Malah, laporan ketua audit turut mendedahkan tujuh bentuk kerosakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang belum dibaiki.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bumbung 6 masjid Selangor rosak teruk, JKR beri alasan kurang kakitangan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 NOV: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang melaporkan bumbung adalah antara bentuk kerosakan tertinggi yang ditemui pada beberapa masjid di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Dalam laporan Ketua Audit Negara Siri Ke-3 mendapati JAIS hanya melaksanakan penyelenggaraan berbentuk pembaikan, namun tidak melaksanakan program pencegahan dan pengesanan kerosakan kecuali untuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hal itu kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan tahunan untuk mengesan kerosakan gagal berbuat demikian disebabkan kekurangan kakitangan.

bumbung1Kesan daripada ketiadaan program itu menyebabkan terdapat beberapa masjid yang tidak diselenggara dalam tempoh tiga tahun terakhir mengalami kerosakan berterusan dan mengakibatkan skop sdan kos pembaikan akan datang menjadi lebih besar.

“Semakan lanjut terhadap senarai kerja penyelenggaraan baik pulih yang dilaksanakan JAIS dari tahun 2011 hingga bulan Mac 2014 mendapati pembaikan bumbung paling kerap dibuat.

“112 kerja pembaikan bumbung atau 45.2 peratus daripada 248 kerja sudah dilaksanakan, diikuti dengan kerja berkaitan perpaipan serta naik taraf tandas 83 kerja (33.5 peratus).

“Mengikut maklum balas JAIS bertarikh 24 Julai lalu, struktur kerangka bumbung masjid ditukar daripada kerangka kayu kepada keluli tahan lasak sebagai langkah mengurangkan risiko kerosakan bumbung.

“Selain itu, reka bentuk baru masjid juga tidak menggunakan binaan bumbung rata konkrit kerana sering mengalami masalah kebocoran,” katanya.

bumbungEnam buah masjid yang berhadapan masalah bumbung adalah Masjid Al Islamiah Kampung Lindungan dan Masjid Nurul Iman, Batu 13, di Petaling, manakala Masjid Al Redha dan Masjid Jameatus Solehah di Sepang serta Masjid Jamiatul Solihah dan Masjid Kampung Klang Gate Baru di Gombak.

Selain itu, penemuan audit mendapati terdapat kerja penyelenggaraan baik pulih yang dilaksanakan di tiga buah masjid tidak mengikut spesifikasi hingga tidak tahan lama dan memerlukan pembaikan semula.

“Pengurusan maklumat aset bagi 418 buah masjid kelolaan JAIS dibuat secara manual menyebabkan carian maklumat sukar dibuat serta statistik berkenaan kos, kekerapan, sejarah penyenggaraan, usia masjid dan pengurusan aduan sukar dicari serta laporannya tidak dapat disediakan dengan cepat,” katanya.

Dari segi audit prestasi penggunaan peruntukan yang dijalankan pada bulan Mac hingga Jun lalu terhadap pengurusan penyelenggaraan masjid oleh JAIS bagi tahun 2011 hingga bulan Mac lalu mendapati pengurusan penyelenggaraan baik pulih dalam kedudukan baik iaitu pada kadar 82.4 peratus untuk tahun 2011 hingga 2013.

Sehingga Mac lalu, JAIS mempunyai 418 masjid sementara kerja baik pulih yang sudah diluluskan untuk dilaksanakan JKR berjumlah RM4.52 juta.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan rasmi Masjid Batu Jalan Kapar bernilai RM4.9 juta

Oleh: REMY ARIFIN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Batu Jalan Kapar, Klang yang bernilai RM4.9 juta, di sini, semalam.

Masjid berkenaan mampu menampung sehingga 2,500 jemaah yang dibina semula pada 2 April 2001 dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2002.

s1Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyertai sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri dengan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baru di kariah berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AJK masjid perlu kreatif rangka aktiviti selaras kehendak Islam

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 18 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Jenjarom, di sini, semalam.

Masjid yang dibina pada tahun 1933 di atas tanah lapang berkeluasan 2.5 ekar itu dinaiktaraf dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu dengan peruntukan RM5.3 juta dari Kerajaan Negeri.

r1Masjid terbabit mampu menampung seramai 1,500 jemaah dalam satu masa.

Mengiringi baginda Raja Muda, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 masyarakat kampung itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 389 orang fakir miskin, 150 orang saudara baru dan 196 orang anak yatim sekitar daerah Kuala Langat.

Baginda turut berbuka puasa bersama penduduk setempat dan kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Ahmad Zaharin dalam ucapannya berharap ahli jawatankuasa masjid dapat mentadbir urus dan mengimarahkan masjid itu selaras dengan kehendak Islam.

r3“Masjid tidak seharusnya hanya bertumpu kepada hal ehwal ibadah sahaja, sebaliknya ahli jawatankuasa perlu kreatif dan inovatif dalam merangka aktiviti mengimarahkan masjid seperti kelas Al-Quran, tuisyen, program pengurusan rumah tangga, khidmat sosial dan kaunseling,” katanya.

Beliau memaklumkan di daerah itu terdapat 33 buah masjid dan 126 surau, manakala Sekolah Rendah Agama pula 25 buah, KAFA lapan buah serta sebuah sekolah Maahad Intergrasi Tahfiz Sain.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB : Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

1. MB maklumkan kepada DYMM Sultan jadi MB untuk 2 penggal

2. MB: “Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat”

3. MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

4. MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

5. MB 2 penggal, prestasi pengganti perlu lebih baik

6. Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

7. Keterlaluan anggap penjawat awam sertai bantah GST pengkhianat

8. Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

9. Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

10.Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

11.Pemantauan berkala sumber air, pastikan cukup musim kering

12.Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

13.Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

14.SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

15.SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Categories
SELANGOR

Mohon masjid daripada kerajaan dulu tak lulus, sekarang baru dapat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR 3 MEI: Selepas permohonan pembinaan masjid baru ditolak pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu, penduduk di Simpang Tiga, Ijok di sini menarik nafas lega apabila permohonan mereka mula mendapat perhatian sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Selangor.

Permohonan itu dibuat memandangkan masjid lama di Jalan Persekutuan yang dibina pada 1974 selain agak uzur, juga tidak lagi mampu menampung peningkatan jumlah jemaah.

b5Ia sesak terutamanya pada hari Jumaat, sepanjang Ramadhan, Hari Raya dan hari-hari kebesaran Islam yang lain berikutan pertambahan kawasan perumahan di sekitar Ijok yang pesat membangun.

awam 2  b11Ketua Biro Dakwah dan Pengajian Masjid Darul Ibadah, Zulizam Ramli berkata kejayaan ini amat menggembirakan penduduk Kampung Harmoni kerana selain dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa, juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan lain.

“Kami gembira masjid yang tersergam indah ini dapat disiapkan dalam jangka masa dua tahun.

“Kalau diikutkan jawatan kuasa yang lama pernah mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan terdahulu tetapi tidak diluluskan atas sebab yang kami sendiri tidak tahu tetapi sekarang apabila berubahnya pentadbiran negeri kami dapat menikmati kemudahan ini,” kata Zulizam.

Zulizam berkata demikian kepada Selangor Kini dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

awam b10Manakala penduduk Taman Kota Puteri, Kadir Mahmood, 56, pula memberitahu, sebelum ini para jemaah terpaksa solat di luar masjid disebabkan masjid lama tidak mampu lagi menampung pertambahan kariah di kawasan terbabit.

“Syukur kerana kita mendapat masjid baru sebab masjid yang ada sudah terlalu lama. Masjid sekarang lebih selesa dan lebih dekat dengan rumah saya. Kalau dahulu saya sembahyang di masjid lama sampai tak muat masjid, sampai keluar,” kata Kadir.

nazir b9Sementara itu Nazir Masjid Darul Ibadah, Mohd Ngasmawi Mufti memberitahu pihak beliau sudah mengaturkan pelbagai program yang dijangka mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di kawasan itu.

“Bagi mengimarahkan Masjid ini seperti yang disarankan Menteri Besar, Ahli Jawatankuasa daripada Biro Dakwah sudah menjadualkan program untuk dijayakan selepas penyerahan ini seperti penceramah daripada Pencetus Ummah (PU), PU Salman dan PU Hafiz pada tarikh yang ditetapkan.

“Kita juga adakan Kuliah Dhuha dan Pengajian Muslimat setiap Jumaat dari jam 2.30 petang. Sebenarnya sudah pun bermula, kita cuma sambung dari program lepas,” kata beliau.

b7Terdahulu dalam majlis sama, Abdul Khalid menyerahkan kunci Masjid Darul Ibadah kepada pihak pengurusan Masjid Darul Ibadah.

Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM5.39 juta mula dibina pada 2 Febuari 2012 siap sepenuhnya pada 10 Januari 2014 dan mampu menampung 1,500 jemaah dalam satu masa.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR 3 MEI: Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid.

b5“Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini.

“Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur.

b2Projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada 2012 dan dibina oleh syarikat pembinaan Santun Tegas Sdn Bhd dengan pengawasan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Abdul Khalid turut berharap agar penduduk Kampung Harmoni dan kampung berhampiran dapat mengimarahkan Masjid Darul Ibadah itu.

b4“Berhubung dengan bangunan Masjid yang didirikan, Nabi Muhammad S.A.W lantas memberikan pencerahan terhadap firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah, ayat 107 dan 108 itu supaya umat Islam mendirikan solat di Masjid yang dibina kerana takwa kepada Allah bukan kerana masjid dibina itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.

“Sabda Nabi Muhammad S.A.W , riwayat Muslim; sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga,” kata Abdul Khalid lagi.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Manfaatkan Ramadan Dengan Amalan Mulia Yang Berkat

MB-Ramadan

SHAH ALAM 10 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru agar setiap guru agama dan jawatankuasa institusi masjid serta surau di seluruh negeri Selangor meningkatkan lagi peranan dalam usaha memanfaatkan bulan Ramadan menerusi pelbagai program keagamaan, intelektual dan kemasyarakatan.

Menurutnya lagi, umat Islam khususnya di negeri Selangor perlu  memanfaatkan setiap hari dalam bulan yang mulia dan penuh berkat ini dengan amalan-amalan murni dan bermakna kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

“Kita digalakkan mengambil peluang menambah pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti solat sunat Terawih dan bertadarus al-Quran di sepanjang Ramadan.

“Kita juga digalakkan bersedekah bagi memupuk sikap kebertanggungjawaban, ambil berat dan saling membantu antara satu sama lain seiring dengan saranan baginda Nabi Muhammad S.A.W,” ujar Abdul Khalid.

Beliau dalam perutusan sambutan Ramadan juga berkata, amalan mengimarahkan malam-malam di bulan Ramadan di masjid dan surau dengan kelas takmir dan tadarus al-Quran perlu diteruskan sebagai wadah perpaduan dan kekuatan ummah, bukannya sekadar tuntutan agama semata-mata.

Dalam pada itu, Adun Pelabuhan Klang itu turut mengingatkan semua agar perbezaan ideologi politik dapat diketepikan dalam usaha meningkatkan kefahaman antara satu sama lain selain menginsafi nasib malang yang menimpa saudara Islam di Syria, Palestin dan pergolakan politik di Mesir.

“Akhir kata, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-mubarak 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi.

“Semoga amal ibadah dan jariah yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini akan diterima dan mendapat keredaan daripada-Nya,” akhiri beliau.