INPENS-MBI terus membantu mangsa banjir

Pasukan Sukarelawan Misi Banjir Inpens (Pasumi) 3.0 dari Inpens International College (Inpens) bersama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) terus membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Kelantan.

MB: Tindakan mahkamah akan diteruskan

Sinopsis: Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan meneruskan tindakan mahkamah berhubung isu pampasan bekas pegawai mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Categories
SELANGOR

MB: Pampasan MBI RM2.6 juta, tindakan undang-undang bakal diambil

SHAH ALAM 20 JAN: Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin dan tujuh bekas pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat daripada peguam untuk meneruskan prosedur undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan pampasan berjumlah RM2.6 juta selepas tempoh 14 hari pemulangan pampasan tamat semalam.

MBI“Kita sudah merujuk kepada peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan wang tersebut,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Kerajaan negeri melalui MBI pada 5 Januari lalu menyerahkan notis tuntutan pemulangan pampasan kepada 8 bebas kakitangannya.

Tempoh 14 hari diberikan daripada tarikh surat dikeluarkan selepas Jabatan Audit Negeri mendapati wujudnya keraguan pada tatacara dan peraturan kewangan.

EZY

Categories
SELANGOR

Tindakan susulan isu pampasan RM2.6 juta diumum minggu depan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 JAN: Tindakan selanjutnya akan diambil Kerajaan Negeri terhadap lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan isu bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta yang hanya akan diumum minggu depan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memberi peluang kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin serta tujuh yang lain untuk memulangkan pampasan itu sebelum tempoh 14 hari tamat.

MBI“Mereka diberikan dua minggu dan selepas tempoh itu baru kerajaan negeri dan MBI akan mengambil pendirian untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di SUK, di sini.

Mohamed Azmin berkata kesemua pembantu Abdul Khalid itu berhak menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu terbabit.

“Itu hak mereka. Saya tidak tahu. Mereka diberikan tempoh dua minggu dan selepas dua minggu baru Kerajaan Negeri dan MBI akan mengambil pendirian untuk tindakan selanjutnya.

“Kita harus menghormati tempoh yang telah diberikan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Arahan pemulangan RM2.6 juta tindakan diplomatik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan wang pampasan membabitkan lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid perlu dipulangkan supaya bayaran dapat dibuat semula mengikut garis panduan yang ada.

Mohamed A‎zmin menyifatkan arahan pemulangan pampasan RM2.6 juta oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu sebagai tindakan diplomatik.

Katanya, Kerajaan Negeri mahu menyelesaikan isu itu secara baik dan berjanji membayar sejumlah bahagian mereka mengikut nilai yang ditetapkan.

MBI“Ini cara yang saya ingat cukup diplomatik. Kita nak selesaikan cara baik, minta pulangkan balik.

“Jika ada hak mereka, kita akan bayar tetapi mesti ada garis panduan seperti yang ditetapkan,” katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan laporan audit yang dijalankan Perbendaharaan Negeri cacat dan tidak telus seperti didakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin.

“Sudah tentu jabatan audit tidak ada masalah. Jabatan audit adalah satu jabatan yang bebas.

azmin“Jabatan audit sudah masuk dan jalankan siasatan, bahkan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan serta salah guna kuasa yang tak boleh dibenarkan. Kita tak akan bertolak ansur, kita mahu mereka pulangkan balik.

“Tak apa, mereka diberi dua minggu untuk respon kepada MBI. Kalau gagal, kita akan umumkan tindakan susulan yang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Isu pampasan RM2.6 juta, MMKN tak terlibat

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 7 JAN : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dengan keputusan bayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga menjawat sebagai Exco dibawah pentadbiran lalu berkata, keputusan itu dibuat sepenuhnya pihak atasan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang masih berkhidmat sebelum Abdul Khalid meletak jawatan.

“Ada dua perkara yang berlaku iaitu keputusan berkenaan dibuat sepenuhnya MBI, manakala kertas (keputusan) diserahkan kepada Exco untuk makluman dan perakuan.

MB-FAEKAH“Exco tidak terlibat langsung, sebaliknya hanya dimaklumkan,” katanya ketika mengulas perkara itu selepas mengadakan lawatan tapak di Jalan Pandan Indah, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika proses yang dijalankan berhubung bayaran pampasan meragukan, sebaiknya semua bekas kakitangan berkenaan memulangkan wang itu seperti yang diarahkan.

“Dato’ Menteri Besar arahkan supaya ia dipulangkan semula. Kalau prosesnya tidak betul, maka mereka kena ikut arahan.

“Saya bergantung kepada audit, kalau betul, betullah. Kalau salah, kena pulangkan semula,” katanya.

Terdahulu, MBI mengesahkan surat tuntutan pemulangan semula pampasan kepada lapan bekas kakitangan MBI yang juga pembantu Abdul Khalid RM2.6 juta sudah dihantar, pada 5 Januari lalu.

yb iskandar 1Semua lapan bekas kakitangan MBI itu diminta memulangkan semula wang pampasan selepas siasatan mendapati terdapat keraguan pada tatacara dan peraturan kewangan.

Antara lapan individu yang diarah untuk memulangkan wang pampasan itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin yang dikatakan menerima jumlah terbesa iaitu RM700,000.

Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’eza Abdul Aziz pula menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan pemberian pampasan kepada lapan bekas pembantunya itu dibuat mengikut undang-undang dan secara telus serta profesional.

Categories
SELANGOR

MB: Isu RM2.6 juta rujuk Penasihat Undang-Undang Negeri

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 16 DIS: Pengurusan baru Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) akan merujuk Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan tindakan seterusnya isu pembayaran gratuiti RM2.6 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau mahu beberapa tindakan diambil dalam kes itu.

MBI“Dalam pertemuan dengan pihak pengurusan MBI pagi tadi, saya cadangkan kepada mereka untuk merujuk kes ini kepada penasihat undang-undang negeri.

“Tindakan perlu diambil kerana beberapa perkara itu memang tidak dipatuhi,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin enggan mendedahkan bentuk tindakan yang diambil.

“Perkara itu, (MBI) kena bincang dengan penasihat undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.

Ia melibatkan lebihan pembayaran kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri tunggu laporan MBI kes RM2.8 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 DIS: Kerajaan Negeri menunggu laporan penuh pengurusan Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bagi menentukan tindakan seterusnya isu pembayaran gratuiti RM2.8 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata isu itu kini diberi pertimbangan pengurusan baru MBI dan Kerajaan Negeri akan melihat perkembangan isu berkenaan.

MBI“Saya akan lihat dulu apa dikemukakan pengurusan baru MBI dan menentukan bentuk tindakan yang akan diambil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pengurusan MBI sedang meneliti isu itu daripada segala aspek sebelum ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

“Dimaklumkan beberapa maklum balas disiapkan dan akan dibentangkan kepada saya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan perkara itu akan berlaku minggu ini berikutan jadual padat menghadapi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dan sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar berkuatkuasa pada 23 September lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

Pengurusan baharu MBI teliti pampasan pegawai Abdul Khalid

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Pengurusan baharu Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal meneliti laporan audit berhubung kontroversi pembayaran pampasan kepada pegawai mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, pengurusan MBI yang baharu tidak akan menyembunyikan fakta dan tidak akan berkompromi jika terdapat unsur melanggar peraturan serta salah guna kuasa.

“Ada kewajaran untuk kita meneliti laporan audit yang baru sahaja dibentangkan di dalam sidang ini,” kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

MB-FAEKAHLapan pegawai mantan menteri besar itu dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.8 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa, pada 23 September lalu.

Justeru, pengurusan MBI yang baharu diminta menstruktur semula operasi termasuk jumlah perjawatan tertakluk kepada tugas dan fungsi perbadanan itu.

“Sebelum 23 September lalu, jumlah kakitangan MBI adalah seramai 36 orang. Walaubagaimanapun, pengerusi MBI ketika itu mengambil keputusan menamatkan kontrak 14 kakitangan dengan jumlah pampasan dan ganti rugi tiga bulan gaji RM2.8 juta, berkuatkuasa 23 September lalu,” katanya.

ng suee lim dns 04 jul 01Sebelum ini, Suee Lim membangkitkan isu sama dalam sidang DNS, selain menyifatkan keputusan yang dibuat pada tempoh akhir perkhidmatan ADUN Pelabuhan Klang itu adalah pampasan terbesar dalam sejarah pentadbiran Selangor.

“Kenapa tergesa-gesa diluluskan dan dibayar, apa agenda tersirat. Hairan apabila media laporkan mantan menteri besar tak tahu jumlah sebenar bayaran itu.

“Saya minta penjelasan, butiran terperinci, dedah laporan semakan audit apakah ia melibatkan wang rakyat. Saya bukan dengki, tapi demi ketelusan perkara ini perlu didedahkan, harap ia tidak berlaku akan datang,” katanya.

MBI ditubuhkan bawah enakmen 23/1994 yang dilulusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 18 Mei 1994.

Objektif penubuhannya adalah bertindak menjalankan pengawasan bersepadu yang berpusat ke atas pelaburan yang dibuat Kerajaan Negeridan berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Isu pampasan RM2.3 juta MBI dibentang minggu depan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan.

Untuk itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum sidang Dewan Negeri bermula.

azminKatanya, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS.

“Berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan.

“Antaranya persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak.

“Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.3 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI.

EZY

Categories
SELANGOR

Mantan MB patut beri penjelasan isu pampasan RM2.6 juta

SHAH ALAM 21 NOV: Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberikan penjelasan telus dan jujur berhubung pampasan kepada lapan kakitangan Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM2.6 juta.

Anggota PKR Cabang Hulu Selangor, Megat Khairul Anuar Razali, berkata jika perkara itu dimeterai dalam kontrak perjawatan, Abdul Khalid perlu menjelaskan kontrak sebegini dibuat.

MBI

“Pendengaran Awam SELCAT perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini akan terus dimanipulasi di media dan juga laman sosial.

“Kebenaran harus ditegakkan tanpa mengira siapa,” kata Megat Khairul dalam kenyataan media.

Katanya, persoalan muncul rasionalnya pentadbiran Abdul Khalid meluluskan pembayaran sejumlah pampasan setinggi RM 2.6 juta ini

“Kami tidak boleh berkompromi dan bertoleransi sebarang tindakan pembaziran mana-mana pihak,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

MB arah pengurusan baru MBI siasat pampasan RM2.6 juta

SHAH ALAM, 20 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengarahkan pengurusan baru Menteri Besar Incorporated (MBI) yang bakal melapor diri bermula 1 Disember ini untuk melakukan siasatan terhadap laporan audit isu pampasan sebanyak RM2.6 juta.

Mohamed Azmin berkata wujud salah kuasa dalam pemberian pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada lapan orang bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga ahli lembaga MBI.

MBIKatanya, kesalahan yang dilakukan pengurusan terdahulu MBI itu adalah ketara dan ia bukan sahaja membabitkan nilai pampasan malah proses pembayaran juga.

“Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan.

“Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini, dipetik Sinar Harian.

Mohamed Azmin berkata sekiranya hasil siasatan jelas mendapati perkara itu melanggar peraturan, salah guna kuasa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kita tidak akan sembunyikan fakta malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa.

“Semua perkara harus diselesaikan mengikut proses. Beri saya masa untuk selesaikan semua kemelut,” katanya.

Mohamed Azmin dalam pada itu berkata pihaknya melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) terdiri daripada kalangan profesional untuk menerajui pengurusan baru MBI.

Katanya, beliau enggan melantik orang politik untuk menguruskan MBI berikutan aset perbadanan itu terlalu besar.

EZY