Categories
BERITA UTAMA

MH17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung

Oleh: Mujahid Yusof Rawa

Tiada Kata

Sudah jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa.

Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANEPada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung.

Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka penting ialah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar ‘proxy war’ untuk terus berkuasa.

Lanjutan Perang Dingin

Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara ‘komunis’Russia dan ‘liberal’ Amerika.

Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai ‘perang dingin’ bermula tahun 1946.

Dasar Amerika adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back).

Amerika dan sekutunya mewujudkan NATO (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya.
Peperangan Proksi

Dalam mengekalkan dasar ‘containment’ dan perluasan komunis berlaku beberapa ‘proxy war’ yang pada matlamatnya ialah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Russia.

Namun permainan ‘cold war’ ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Russia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.

Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine.

1405860658056.cachedUkraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme.

Kebangkitan Semula Russia

Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan Presiden Russia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Russia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya.

Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Russia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru.

Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Russia. Russia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Russia untuk melemahkan kedudukan Ukraine.

Ia seolah pengistiharaan perang ke atas Amerika dan kuasa NATO. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak?

Mengapa MH17?

Sukar untuk menjawab persoalan ini sepertimana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika ada mempunyai alasan yang ‘kuat’ untuk campur tangan ke atas Ukraine.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam ‘blame game’ ini, kita lebih utama memikirkan siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini jika benar ia ditembak adalah binatang dalam topeng manusia, mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapalterbang awam sebagai bidikan.

Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban.

Kutuk Kuasa Besar

Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis.

Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Russia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka.

malaysia-crash-russia-questions-.siBuat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak.

Bagi rakyat Malaysia esok adalah sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas.

Saya yakin kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia akan bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara, sepatutnya tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya.

Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung….

* Mujahid Yusof Rawa adalah Ahli Parlimen Parit Buntar

Categories
NASIONAL

MH17: Kerajaan Malaysia patut lebih tegas tangani krisis, kata Anwar

SHAH ALAM 22 JULAI: Kerajaan Malaysia perlu lebih tegas menangani tragedi pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak kerana insiden malang itu melibatkan kepentingan negara dan nyawa rakyat terkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengecam tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.

“Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia,” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.

Anwar juga menggesa kerajaan bersikap lebih tegas dalam memastikan keselamatan ruang udara dan tempat nahas.

Anwar“Kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tiada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.

“Jadi harus ada sikap lebih tegas,” kata Anwar.

Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kotak hitam MH17 diserah kepada pakar Malaysia

DONETSK 22 JULAI:  Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia.

Memetik laporon agensi berita ABC penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.

Kotak HitamTurut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia dan mendesak akses penuh ke tempat kejadian di kawasan pemberontakan di timur Ukraine.

Australia yang mengetuai penyediaan draf resolusi itu menggesa agar penyiasatan antarabangsa diadakan.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop mendesak PBB agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Menurut AFP, Majlis Keselamatan juga menggesa semua negara agar bekerjasama dalam penyiasatan itu dan Russia disyaki menyokong pemberontak pro-Moscow dan dituduh membekalkan senjata peluru berpandu yang canggih.

Berikutan rundingan selama tiga hari, Russia bersetuju menerima resolusi berkenaan selepas diubah ungkapan mengenai siapa yang akan mengetuai penyiasatan bencana yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang khas parlimen mengecam tragedi MH17.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR juga komited dalam apa-apa bentuk ketetapan bagi mengutuk tragedi yang disifatkan sebagai satu jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Katanya, PM perlu menyatakan secara jelas pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan tanpa mengira siapapun mereka.

EZY

JURNAL BERITA – MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

1. MB: Bonus kepada kampung promosi program kemahiran teknikal belia

2. MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

3. DYMM Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Puchong

4. Selangor terima peruntukan RM37.54 juta daripada JAKIM untuk program keagamaan

5. Pakatan: Najib patut contohi Chile putus hubungan dagang Israel

6. Pembunuhan beramai-ramai rejim Zionist meningkat 438 rakyat Palestin

7. Piala Malaysia: Red Giants mahu tumpu lepasi peringkat kumpulan

8. Perpustakaan Awam Anggerik Vanilla tawar keahlian percuma hingga 31 Disember

9. Jom Shopping ringankan beban 500 keluarga sambut Aidilfitri]

10. Jadikan Ramadan universiti membina taqwa

11. Kawasan pentadbiran MPSJ catat 17 kes denggi berdarah minggu lalu

12. AKTIVITI YB: Kumpulan Perangsang & Gombak Setia edar 2,500 bekas bubur lambuk

Categories
BERITA UTAMA

Memerhati deretan pesawat MAS, air mata saya menitis

OLEH: DR AZMAN IBRAHIM

SAYA mengambil sedikit masa untuk menulis tentang MH17 dalam keadaan sangat memahami perasaan keluarga yang sedang menunggu ketibaan orang-orang yang tersayang tetapi akhirnya yang ditunggu tak kunjung tiba. Perasaan kehampaan dan kesedihan ini teramat saya fahami.

Teringat, ketika saya memaklumkan waktu kepulangan ke tanahair kepada keluarga pada September 1999, hampir seminggu ayahanda dan bonda hampir tak tidur malam menunggu detik mendaratnya pesawat dari Amman, Jordan di KLIA membawa pulang seorang anak yang telah 6 tahun di perantauan. Alhamdulillah… akhirnya yang ditunggu tiba juga.

MH17 aPemergian penumpang dan krew MH17 dalam keadaan yang begitu tragis dengan jasad yang berkecai adalah terlalu memilukan. Sebuah kapal terbang yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki di udara bermakna jaraknya dari permukaan bumi sekitar 7 batu.

Saya terasa sebak memikirkan bagaimana keadaan di dalam MH17 ketika pesawat tersebut jatuh dengan lajunya dari ketinggian itu lalu terhempas dengan dahsyat ke bumi.

Hakikat ketentuan Allah yang membuatkan air mata saya menitis, semua kita akan mati dan tiada siapa yang tahu di bumi mana kehidupan ini akan berakhir dan bagaimana kesudahan hidup kita.

Saya sangat bersimpati dengan pengurusan MAS di sebalik pelbagai kecaman terhadap mereka. 2 tragedi menimpa dalam masa yang singkat terlalu berat untuk dipikul.

Semalam ketika mendarat di KLIA dari Kota Kinabalu, sambil memerhatikan deretan pesawat MAS yang sedang diparkir, air mata saya menitis lagi. Kehidupan tetap diteruskan dengan pesawat terus berlepas dan mendarat.

Bukan mudah untuk kakitangan yang kehilangan begitu ramai rakan dalam tempoh singkat untuk bangkit mengumpulkan kembali sisa semangat bagi terus bekerja.

Kita tahu mereka telah melakukan yang terbaik. Di sini terlalu ramai orang yang tak bersalah dan bergantung rezeki pada setiap kali kapal terbang berlambang wau bulan tersebut pergi dan kembali. Jasanya terlalu besar walau ada ketika reputasinya dicemari oleh tangan-tangan rakus yang tamak.

Syarikat penerbangan ini adalah milik rakyat walaupun sebahagian besar rakyat hanya mampu mendongak melihat pesawat berjalur merah biru tersebut terbang di atas kepala mereka.

Apabila membaca berita, ketua pramugara MH17 yang terkorban adalah individu yang bergitu komited menentang sajian arak dalam pesawat, hati kecil saya berkata, inilah dia turning point. Hargai pengorbanan krew tersebut yang telah pergi dan tolong tunaikan hasratnya.

Walaupun bagaimana keadaan jasad Almarhum ditemui, hasil perjuangannya akan tetap kekal mengharum.

Sekarang bukan masanya untuk saling menunding jari dan mempolitikkan isu. Bagi saya ini adalah tragedi pembunuhan beramai yang mesti diadili.

Kita tidak berhajat untuk melihat munculnya wira di sebalik musibah, tetapi Allah masih mengizinkan matahari terbit di bumi ini lantaran kerana masih ada di permukaannya mereka yang menegakkan keadilan.

Malaysia perlu bertegas. Semua hak kita yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa mesti diperjuangkan. Soal konflik serantau antara Rusia, Ukraine dan pemisah adalah masalah mereka. Tetapi tindakan mensasarkan sebuah pesawat awam yang tidak membawa sebarang ancaman keselamatan adalah tidak bertamadun.

Kita akan tengok bagaimana reaksi berbeza masyarakat dunia akan timbul andainya sebuah pesawat milik barat ditembak jatuh di sebuah wilayah ummat Islam atau suspek pelakunya adala seorang Islam.

Bukankah kerana insiden letupan Pesawat Pan AM Penerbangan 103 di Lockerbie menyebabkan Libya dikenakan sekatan ekonomi?

Tragedi Lockerbie mengorbankan 271 orang sementara MH17 mengorbangkan 298 orang. Keduanya adalah tragi1s dan memilukan. Jangan ada double standard dalam menegakkan keadilan!

Dipetik: Harakah Daily

Categories
NASIONAL

Pakatan: Tragedi MH17 perlu siasatan bebas

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang khas parlimen mengecam tragedi MH17.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR juga komited dalam apa-apa bentuk ketetapan bagi mengutuk tragedi yang disifatkan sebagai satu jenayah pembunuhan beramai-ramai.

malaysia-airlines-boeing-777Katanya, PM perlu menyatakan secara jelas pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan tanpa mengira siapapun mereka.

“Kami juga menyokong penuh usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dan langkah-langkah diambil bagi menjamin siasatan pantas dan bebas.

“Ini sememangnya hari paling menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia dan kami berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif terhadap keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada Jumaat lepas, Najib mengumumkan dalam satu perutusan khas mengumumkan bakal memanggil Sidang Khas Parlimen bagi mengecam tindakan tragedi hitam itu.

Semalam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas parlimen itu akan dibuat pada 23 Julai ini.

Pesawat Malaysian Airlines (MAS), MH17 dipercayai ditembak jatuh ketika melewati ruang udara Timur Ukraine lewat malam Khamis lepas dan mengorbankan 298 orang penumpang dan anak kapal.

Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia.

Kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangam pesawat MH370 nyata mengejutkan dunia dan ini merupakan jumlah korban terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah penerbangan pesawat awam.

Pada Mac lepas, pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar dan masih gagal ditemui sehingga kini selepas operasi pencarian diperluaskan di Selatan Lautan HIndi, didakwa lokasi terakhir pesawat berkenaan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

The ICAO and UN Security Council must hold justice for MH17

BY WILLIAM LEONG JEE KEEN, MP SELAYANG

I extend my deepest condolences to the families and friends of the 280 passengers and 15 crew on board MH17 that was reportedly shot down by a missile at the border of Ukraine and Russia.
The governments of Ukraine and Russia must carry out an in-depth investigation and bring to justice those responsible for this tragic incident.

The claim by those responsible that the airplane was flying over a war zone is not acceptable. It is a violation of Article 3 of the Geneva Convention that civilians and non-combatants are not to be attacked even in an open war and it is a war crime to shoot down MH17 or any other commercial airline.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANEThe shooting down of a commercial airliner carrying passengers not involved in the conflict is a senseless and cowardly act. The killing of the passengers is murder.

This mindless attack violates the Montreal Protocol of May 10, 1984 which provides that the contracting States recognize that every State must refrain from resorting to the use of weapons against civil aircraft in flight and in the case of interception, the lives of persons on board and the safety of the aircraft must not be endangered.

The Montreal Protocol of May 10, 1984 was adopted after Soviet missiles shot down Korean Airlines flight 007 killing all 269 passengers and crew. The subsequent shooting down of Iran Air flight 655 by an American warship on July 3, 1988 where all 290 passengers and crew perished following outbreaks of hostilities between Iraq and Iran, and the present shooting down of MH17 shows that the International Civil Aviation Organization (ICAO) and the international community must take appropriate steps to ensure the safety of the airspace in Ukraine and Russia to prevent another tragedy.

The Ukrainian government must carry out its duties and international responsibilities to bring those responsible to justice even though the persons that attacked the airplane are rebels. In the International Court of Justice, Case Concerning United States Diplomatic and Consulate Staff in Tehran, ICJ Reports (1980), the Iranian government was held responsible for the seizure of the United States diplomatic and consulate staff carried out by militants.

The Russian government must also investigate and take action against those responsible for assisting the rebels in this incident. In the International Court of Justice case of Nicaragua v The United States of America, ICJ Reports (1986), the ICJ held that the United States government responsible for supporting the Contras in their rebellion against the Nicaraguan government.

The Malaysian government must call on the Security Council of the United Nations to urge all parties to the Chicago Convention of 1944 on International Civil Aviation to observe the international rules and practices concerning the safety of civil aviation to avoid a similar occurrence and to hold those responsible to account for the tragedy.

Categories
NASIONAL

Sidang tergempar Parlimen mahu keadilan untuk MH17

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Sidang Parlimen tergempar Rabu ini bakal menjadi tumpuan seluruh rakyat yang membahaskan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, pada Khamis.

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu telah mengarahkan semua anggota Parlimennya untuk hadir.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Kita harap untuk turut memberi pendapat dan pandangan mengenai langkah-langkah yang harus dilakukan,” katanya dipetik Bernama.

Katanya kerajaan diharap berlapang dada untuk mendengar pendapat anggota Parlimen daripada pelbagai latar belakang parti yang dipercayai ingin turut sama berkongsi pendapat.

Selain itu, PAS katanya turut menyambut baik keputusan kerajaan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam ini sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi itu.

Anggota Parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw pula berkata Malaysia perlu tahu punca sebenar tragedi dan menyifatkan pasukan siasatan antarabangsa yang bebas perlu dibenar membuat siasatan terperinci tanpa sebarang sekatan.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, ini merupakan kali pertama sidang Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu kemanusiaan membabitkan Malaysia dan kali kedua selepas usul mengecam serangan Rejim Zionis Israel di Gaza, diadakan pada 12 Jan 2009.

Roosme berkata semua anggota Parlimen telahpun dimaklumkan mengenai sidang tergempar itu melalui pelbagai medium komunikasi.

Bagaimanapun, setakat ini Majlis belum menerima usul rasmi yang akan dikemukakan kerajaan, katanya.

Sidang Parlimen tergempar itu akan bermula 10 pagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 20 JULAI: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban waris penumpang pesawat MAS MH17.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, perkara itu dicadangkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dan akan dibawa ke mesyuarat exco Rabu ini.

MH17Katanya, segala keputusan akan dimaklumkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selepas mesyuarat berkenaan.

“Kita ucapkan takziah disebabkan benda yang tidak pernah kita sangkakan berlaku, tiba tiba berlaku. Ini merupakan musibah kedua yang teruk berlaku kepada MH.

“Walaupun mungkin reputasi MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia) menurun sedikit, tapi saya menyeru rakyat Malaysia supaya kembali bersatu untuk mendoakan supaya MAS kembali pulih dari segi prestasi dan sudut persepsi masyarakat antarabangsa kepada perkhidmatan mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Kejadian kemalangan pesawat MH17 merupakan kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu apabila ditembak jatuh oleh pasukan pemberontak di Kiev.

Tambah Adun Batu Tiga lagi, Kerajaan Malaysia perlu melihat kembali punca negara menjadi sasaran mutakhir ini dan kembali memperbaiki reputasi negara di mata dunia serta membawa dalang perkara ini ke muka pengadilan.

Beliau turut menyeru kerajaan negeri lain di negara ini mengambil berat terhadap nasib waris penumpang MH17.

Rodziah sebelum itu turut melancarkan Program Dapur Berpusat ‘Makanan Sihat Seisi Keluarga’ yang mana memberikan makanan kepada golongan kurang berkemampuan di Selangor.

Sebanyak 3,000 bungkusan makanan disediakan oleh kariah Masjid Kampung Lindungan dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 24 Petaling Jaya.

Idea Program Dapur Berpusat diperoleh semasa lawatan kerja pimpinan Kerajaan Negeri ke Bangkok, Thailand awal tahun ini.

Program kali pertama telah dibuat di Masjid Padang Jawa dan beliau berharap ia dapat dilangsungkan sebulan sekali dengan kerjasama semua rumah ibadat di Selangor.

EZY

Categories
NASIONAL

MH17: MAS ketepi bayaran fi tukar tiket, batal perjalanan

SHAH ALAM, 19 JULAI: Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengetepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke sebarang destinasi MH.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik, termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapatkan bayaran balik.

Syarikat itu berkata, penumpang Enrich juga diberikan manfaat yang sama di atas jika membuat perubahan dalam jadual perjalanan masing-masing, selain pemulangan semula perbatuan jika mereka memilih untuk membatalkan tiket penebusan.

MH17 a“Malaysia Airlines sedih atas kehilangan MH17 dan sesungguhnya syarikat menghargai sokongan penumpang,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Kenyataan itu menyebut bahawa bayaran balik hanya terpakai mulai 18 Julai hingga 24 Julai ini, bagi perjalanan dari 18 Julai hingga 31 Disember ini.

MAS berkata, penumpang yang mahu membuat perubahan ke atas jadual perjalanan masing-masing, boleh menghubungi pejabat tiket terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan Globalnya di 1-300-88-3000.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan terhempas yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine, dekat sempadan Rusia. pada 17 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

Sidang Khas Parlimen kecam tragedi MH17

SHAH ALAM, 19 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal memanggil Sidang Khas Parlimen bagi mengecam tindakan tragedi kemalangan yang menimpa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing-777 di Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau dalam satu perutusan khas yang disiarkan malam tadi.

Najib turut memaklumkan bendera negara akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas kejadian yang menimpa pesawat MH17, bermula malam tadi sehingga 21 Julai ini.

malaysia-airlines-boeing-777Selain itu, semua rakyat Malaysia diminta untuk mendoakan kesejahteraan ahli keluarga mangsa yang terkorban mengikut fahaman keagamaan masing-masing.

Kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangam pesawat MH370 nyata mengejutkan dunia kerana pesawat berkenaan dipercayai ditembak jatuh oleh pasukan pemberontak di Kiev.

Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia

Pesawat MH17 menyambut ulangtahun ke-17 selepas memulakan penerbangan pertama pada 17 Julai 1997 dan sudah beroperasi selama 17 tahun.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Heret dalang nahas MH17 ke muka pengadilan, beri hukuman setimpal

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 JULAI: Ketua Pemuda DAP Pusat, Teo Kok Seong menggesa kerajaan untuk segera menggunakan saluran dan hubungan diplomatik dengan pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan EU bagi memulakan siasatan menyeluruh berkenaan insiden pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Timur Ukraine, di sini, semalam.

Beliau berkata, jikainsiden itu berpunca daripada tembakan misil oleh sebarang pihak, kerajaan Malaysia perlu mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan dengan hukuman yang setimpal.

“Kami akan bersama dengan kerajaan dan menggesa untuk segera menggunakan saluran dan hubungan diplomatik kepada PBB dan EU untuk memulakan siasatan menyeluruh berkenaan kes ini.

MH17 a“Jika benar kemalangan ini berpunca akibat tembakan misil oleh pihak tertentu, kita mahu mereka diheret ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal,” katanya dalam kenyataan.

Kok Seong berkata, tragedi itu bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia yang baru sahaja berhadapan dengan tragedi MH370, tetapi masyarakat antarabangsa apabila tragedi itu dikaitkan dengan tindakan keganasan pihak di kawasan bergolak antara Ukraine dan pemberontak yang disokong Russia.

“DAP ingin melahirkan rasa terkejut dan simpati atas kejadian ini kepada seluruh keluarga mangsa pesawat malang MH17 yang terhempas di Timur Ukraine, lewat malam tadi.

DAP logo 01“Ratusan nyawa hilang dengan cara yang amat tragis sekali dan kami dapat memahami kesedihan kaum keluarga khususnya rakyat Malaysia yang sedang bersiap untuk menyambut syawal 10 hari lagi,” katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa dan juga MAS dapat menyalurkan maklumat yang jelas dan tepat serta dapat mengurus jasad mangsa untuk dikembalikan ke negara asal masing-masing dengan proses teratur.

“Kami mendoakan yang terbaik kepada semua, sama ada kepada petugas dan juga keluarga mangsa supaya dapat tabah menghadapi situasi getir ini,” katanya.

-NFN-