Categories
NASIONAL

Wan Azizah: “Harga bahan api Mei kekal, Jun tak tau”

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 1 MEI: Bantahan berterusan rakyat menyebabkan Kerajaan Persekutuan tiada pilihan selain mengekalkan harga bahan bakar bagi Mei ini, sama seperti mana sebelumnya.

Keputusan itu juga diyakini akibat berlaku dua pilihanraya kecil, Permatang Pauh dan Rompin dalam masa terdekat.

pasar taniPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ianya menggambarkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan terdesak bagi meraih sokongan rakyat biarpun ura-ura sebelum ini adalah sebaliknya.

“Memang mulanya ura-ura akan dinaikkan, tersebar luas dalam media sosial tetapi keluar kenyataan tiada kenaikan harga.

“Itu menunjukkan tekanan ekoran pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Rompin,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Calon PKR di Permatang Pauh itu berkata, rakyat kini mampu mengubah keadaan dan pilihanraya kecil bakal dihadapi adalah peluang terbaik untuk tujuan itu.

Katanya, apa berlaku ketika ini juga dipercayai hanya sementara dan BN akan mengubahnya kembali selepas keadaan reda.

“Tapi itu hanya untuk Mei, untuk Jun tak tahu lagi,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Harga RON95, RON97, diesel naik 25 sen

SHAH ALAM 28 FEB: Harga minyak naik 25 sen dengan Petrol RON95 menjadikan harganya RM1.95, petrol RON97 berharga RM2.25 manakala minyak diesel RM1.95 mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa.

ron95“Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

Katanya bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

11000656_597492633727909_1531836923700262601_n

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kejatuhan nilai RM punca kenaikan harga minyak

Oleh: Rafizi Ramli

Saya terus memantau perkiraan harga runcit RON95 dan diesel mengikut formula yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Formula ini bergantung kepada harga pasaran RON95 dan diesel yang telah siap diproses dan didagangkan di Singapura menggunakan harga yang dilaporkan oleh penerbit Platts. Harga rujukan ini dinamakan MOPS (Means of Platts Singapore) dan turut digunakan oleh negara-negara serantau seperti Australia untuk menetapkan harga pasaran petrol dan diesel.

Formula ini turut bergantung kepada kadar matawang ringgit (RM) berbanding dengan dolar Amerika (USD) kerana harga MOPS dilaporkan di dalam USD. Oleh itu, turun naik RM mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai RM berbanding USD. Nilai RM yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap USD1 telah susut sebanyak 10% dalam tempoh 6 bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap USD1.

Perbandingan di antara pola harga petrol RON95 yang telah siap diproses bagi tempoh Disember 2014 hingga Februari 2015 berbanding pola kadar matawang RM ditunjukkan di dalam Graf 1 dan Graf 2 seperti berikut:

ron95dectofeb

Graf 1: Harga RON95 yang telah diproses

ringgitexchangerate

Graf 2: Kadar tukaran matawang RM berbanding USD

Kesan penurunan RM kepada harga minyak petrol dan diesel yang dibayar oleh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

1. Semasa harga minyak mentah jatuh dan harga petrol yang telah diproses juga jatuh di antara Disember 2014 hingga awal Februari 2015, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding penduduk negara lain kerana harga runcit tetap tinggi akibat kadar matawang yang semakin merudum

2. Semasa harga minyak mentah mula naik dan harga petrol yang telah diproses juga mencatat kenaikan sejak awal Februari 2015, kenaikan harga minyak yang ditanggung oleh rakyat Malaysia adalah berganda kerana kita terpaksa menanggung kenaikan harga minyak dan penurunan matawang ringgit sekaligus

Oleh yang demikian, mengikut formula yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, harga pasaran dan kadar matawang rasmi, harga-harga bagi RON95 dan diesel berkuatkuasa 1 Mac 2015 adalah seperti berikut:

RON95 – RM1.91 seliter
Diesel – RM1.86 seliter

(Senarai harga boleh disemak dalam Lampiran A)

Walau bagaimana pun, Kerajaan Persekutuan juga telah mengutip cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion sehingga akhir Januari 2015 kerana harga yang dikenakan lebih tinggi dari harga yang dikira mengikut formula.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan rizab cukai yang dikutip secara diam-diam selama ini untuk mengelakkan kenaikan mendadak RON95 dan diesel.Sekiranya Kerajaan Persekutuan menggunakan 10 sen dari jumlah RM1.148 bilion ini untuk dikembalikan sebagai subsidi, maka harga RON95 dan diesel boleh dikenakan pada RM1.80 seliter sahaja.

Fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1MDB banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD.

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang RM. Di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

http://bit.ly/1C7p0dX 

 

Categories
NASIONAL

Fomca kesal harga barang terus bebankan pengguna

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 4 JAN: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) kesal apabila penurunan harga minyak tidak memberikan kesan positif terhadap penurunan harga barang yang kini masih membebankan pengguna.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keadaan itu menyaksikan peruncit dan peniaga seakan mengambil kesempatan apabila kenaikan harga minyak berlaku.

Mohd Yusof berkata, jika sebelum ini kenaikan harga minyak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang, namun pola penurunan tidak berlaku walaupun ia berkuatkuasa, pada 1 Januari lalu.

Gaji naikKatanya, harga barangan meningkat kesan kenaikan harga minyak kerana melibatkan kos pengangkutan dan perkara itu sudah diketahui masyarakat yang semakin berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Seharusnya, apabila harga minyak turun, harga barangan juga perlu turun kerana kos pengeluaran dan pengangkutan menurun.

“Namun, kita tengok tiada perkhabaran yang memaklumkan kedai menurunkan harga barangan. Ini menunjukkan tiada kaitan penurunan harga minyak dengan barangan.

FOMCA“Seolah-olah, di negara kita ini pekedai sentiasa ingin mengambil kesempatan dengan menjadikan satu sebab untuk menaikkan harga,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Jelasnya, ketiadaan undang-undang khusus yang diguna pakai dalam isu itu mengakibatkan peruncit dan peniaga enggan menurunkan harga barangan.

Pada masa sama, Fomca memaklumkan tidak menerima sebarang aduan berhubung kewujudan stesen minyak yang masih enggan menurunkan harga minyak pada kadar baru.

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan rarga runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter dan diesel RM1.93 seliter.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen mulai hari ini

SHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Pusat akhirnya akur dengan desakan yang dibuat PR dan rakyat apabila menurunkan harga bahan api, berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengumumkan harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.

Memetik Berita Harian Online, harga baru petrol turun 35 sen berbanding sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter (RON97).

RON 97Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

Pada 21 November lalu, kabinet memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti dilakukan untuk penetapan harga RON97, sejak Julai 2010.

Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Terdahulu, beberapa pimpinan PR antaranya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang mengemukakan fakta kukuh mengapa Kerajaan Pusat perlu meneliti semula harga bahan api itu di saat harga minyak dunia turun.

Rakyat juga turut melahirkan keresahan ekoran sara hidup yang semakin tinggi di tambah pelaksanaan GST, bermula April 2015.

Categories
NASIONAL

Demo turun harga minyak tak ganggu Malam Cinta Rasul

SHAH ALAM, 24 DIS: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yakin rancangan untuk berhimpun ketika sambutan malam ambang tahun baru di Dataran Merdeka tidak akan mengganggu majlis berselawat yang bakal dianjurkan di lokasi sama.

Pengerusi TURUN, Azan Safar berkata, perhimpunan bagi menuntut kerajaan menurunkan harga bahan api itu tidak akan mengganggu program Malam Cinta Rasul yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“(Kita akan) teruskan di Dataran Merdeka. Dataran bukan hak milik DBKL. Dataran adalah untuk rakyat Malaysia.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (3)“Kita tak rampas mikrofon orang berselawat. Itu yang penting,” kata Azan yang bertegas dengan rancangan asalnya untuk menghimpunkan 10,000 orang peserta pada malam itu untuk menuntut harga minyak diturunkan.

Beliau menganggap perhimpunan bersama NGO dan Pakatan Rakyat itu juga satu cara untuk menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah.

“Sebahagian daripada rakyat menzahirkan rasa cintanya kepada rasul dengan memperjuangkan keadilan dan melawan kezaliman,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.

Program Malam Cinta Rasul turut dianjurkan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menampilkan pendakwah popular Indonesia, antaranya Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (13)Program itu dijangka berakhir kira-kira pukul 11.45 malam bagi membolehkan orang ramai menanti detik 12 tengah malam bagi menyertai bacaan doa sempena tahun baru.

Perhimpunan TURUN pula bagi menuntut harga minyak RON95 diturunkan ke tahap RM1.90 seliter berbanding RM2.26 sen sekarang.

TURUN sebelum ini turut menafikan sekeras-kerasnya mengedarkan risalah promosi yang memperkecil majlis selawat terhadap Nabi Muhammad di laman sesawang.

Kumpulan itu menyifatkan penyebaran risalah seperti itu sebagai tindakan terdesak pihak yang mula tergugat dengan reaksi masyarakat ke atas tuntutan mereka.

Ia bakal menjadi perhimpunan kedua selepas pertama kali diadakan pada malam sambutan ambang tahun baru, 31 Disember 2013.

Categories
NASIONAL

Harga minyak dunia turun mendadak tapi Malaysia?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 DIS: Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong mempertikaikan penurunan harga minyak di Malaysia yang terlalu rendah walaupun harga minyak dunia turun mendadak.

Beliau berkata, pelbagai pihak terutama orang awam dan organisasi pengguna turut mempersoalkan perbezaan ketara berhubung pergerakan harga minyak di Malaysia yang tidak seiring dengan harga minyak dunia.

“Harga diesel turun tetapi mengapa kita naik walaupun sekarang tiada subsidi. Penurunan minyak di dunia amat mendadak tetapi penurunan petrol sedikit sahaja.

ron95“Kita minta penjelasan daripada kerajaan pusat dan berharap harga ini bukan sekali sebulan baru diperbaiki tetapi perlu ada pemantauan harian atau mingguan,” katanya ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Manakala, harga runcit bagi diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Sebelum ini, harga runcit RON97 adalah RM2.55 seliter, RON95 (RM2.30/liter) dan diesel (RM2.20/liter).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Minyak: Bukan kerajaan bagi subsidi, rakyat terpaksa bayar lebih

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 20 NOV: Pemberian subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi jugak bukan suatu dosa, kata Pengarah Pendidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kenyataan itu merujuk kepada sikap kerajaan yang teragak-agak menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah pasaran dunia jatuh 20 peratus, sejak dua bulan lalu.

“Malangnya di negara ini, tanggapan kepada (memberi) subsidi itu tidak ubah seperti jenayah dan (rakyat) terima pula seperti satu dosa.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (11)“Untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat pemberian subsidi itu perlu. Lihat sahaja di negara maju, kerajaan salurkan subsidi yang begitu besar untuk pertanian bagi menjadikan sektor itu mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat menurunkan harga petrol.

Pada 18 November lalu, kerajaan menurunan RON97 kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015.

harga-minyak-naik-20-senKatanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi.

Justeru, pihaknya berpandangan kerajaan wajar menurunkan harga petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi hasil penjimatan ekoran harga minyak pasaran dunia yang semakin turun.

Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan, yang mana PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini.

dr dzul close 01Mengulas lanjut, Dr Dzulkifly berkata demontrasi bukan pilihan utama, namun ia adalah langkah yang munasabah jika kerajaan terus berpeluk tubuh meminggirkan kebajikan rakyat.

“Kalau turun ke jalanan berdemontrasi itu langkah terakhir buat rakyat, saya kira ia sangat munasabah jika cara diplomasi yang diambil menemui jalan buntu apabila kerajaan masih pekak dan tidak peduli rakyat.

“Kerajaan menanggung subsidi yang kurang dan jika harga minyak mentah dunia terus turun tetapi harga jualan petrol negara ini terus kekal (RM2.30 seliter-RON95 dan RM2.20 seliter-diesel), bukan kerajaan yang beri subsidi kepada rakyat, sebaliknya rakyat yang membayar lebih kepada kerajaan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Turunkan harga RON95, bukan salur duit untuk ‘projek’ BN

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus membuat pengumuman penurunan harga RON 95 dan diesel ketika Perhimpunan Agung Umno, minggu hadapan.

Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pengumuman itu penting bagi mewujudkan situasi stabil yang kini semakin terhimpit dengan kemarahan rakyat.

Katanya, pengumuman itu juga mampu mengurangkan kritikan dalaman dan membantu populariti Najib di kalangan rakyat yang semakin merudum.

Minyak“Pengumuman bahawa harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam membayangkan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya tahu kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel tetap tidak turun.

“Sedangkan, harga minyak mentah di pasaran dunia jatuh 20 peratus sejak dua bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak tengah malam tadi, harga RON97 turun kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.

Pada harga RM2.55 seliter, harga petrol RON97 hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang disubsidi kerajaan.

Tegas Rafizi, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015, .

Katanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

rafizi“Penjimatan ini wajar dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada projek Barisan Nasional (BN) yang tidak memanfaatkan rakyat biasa.

“Jika, harga RON95 dan diesel tidak turun menjelang 1 Disember ini, PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini,” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Demo diteruskan jika RON95 tidak turun

Oleh: RAFIZI RAMLI

Pengumuman bahawa harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam membayangkan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya tahu kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel tetap tidak turun sedangkan harga minyak mentah di pasaran dunia telah jatuh sebanyak 20% sejak dua bulan lalu.

Pada harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar sekitar USD80 setong, harga pasaran (tanpa subsidi) bagi RON95 ialah RM2.43 seliter sementara harga pasaran (tanpa subsidi) bagi diesel ialah RM2.32 seliter.

Dengan harga RON95 dan diesel yang ditetapkan oleh Barisan Nasional pada harga RM2.30 seliter (RON95) dan RM2.20 seliter (diesel), subsidi bagi setiap liter petrol RON95 adalah 13 sen dan diesel adalah 12 sen.

Dengan unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel oleh Kerajaan Persekutuan hanyalah RM2 bilion bagi tahun 2015.

Jumlah subsidi ini adalah penjimatan sebanyak RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Penjimatan ini wajar dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada projek-projek Barisan Nasional yang tidak memanfaatkan rakyat biasa.

Oleh yang demikian, saya tetap dengan pengumuman semalam bahawa sekiranya harga RON95 dan diesel tidak turun menjelang 1 Disember 2014, PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember 2014.

Jalan keluar yang menang-menang (win-win) bagi Datuk Seri Najib Razak adalah dengan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan diesel semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Saya pasti pengumuman itu akan mengurangkan juga kritikan dalaman terhadap beliau dan membantu populariti beliau di kalangan rakyat yang semakin merudum.

Sementara itu, saya akan mula menyusun kempen untuk memastikan demonstrasi pada 31 Disember 2014 nanti akan mendapat kehadiran besar dengan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember 2014 sekiranya harga petrol RON95 dan diesel belum turun.

# Rafizi Ramli adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan

Categories
NASIONAL

PKR: Turunkan harga minyak sebelum 1 Disember atau demo 31 Disember

SHAH ALAM, 18 NOV: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Kerajaan Pusat enggan menurunkan harga bahan api menjelang 1 Disember.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, demonstrasi itu akan diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka, jika harga petrol RON95, RON97 dan diesel masih tidak diturunkan.

MinyakKatanya, Kerajaan Pusat mengumumkan harga minyak RON95 akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong, pada 23 Disember lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslah berkata, penurunan harga itu boleh dilaksanakan kerana sudah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

“Barisan Nasional (BN) diingatkan berlaku adil dengan rakyat,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Katanya, jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adalah adil harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah turun di pasaran dunia.

Apatah lagi harga RON97 adalah harga pasaran seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Harga RON97 sekarang ditetapkan ketika harga minyak mentah dunia masih lagi sekitar USD105 setong.

“Dengan penurunan sehingga 20 peratus harga minyak mentah di pasaran dunia sejak dua bulan lalu, seharusnya harga RON97 juga perlu turun 20 peratus,” katanya dalam kenyataan media.

Kata Rafizi, menurunkan harga petrol dan diesel sekarang akan menguji kebenaran hujah ekonomi BN sebelum ini kononnya apabila GST dilaksanakan, cukai GST yang boleh dituntut semula peniaga akan menyebabkan harga barang akan turun.

“Jika harga petrol dan diesel diturunkan sekarang, harga barang tetap tidak akan turun lalu membuktikan bahawa hujah BN berkenaan GST tidak boleh diterima pakai,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Turunkan harga minyak sekarang!

Oleh: Rafizi Ramli

Saya ambil maklum kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kononnya harga petrol dan diesel akan diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke paras USD70 hingga USD75 setong.

Saya telah berkali-kali mengingatkan Barisan Nasional supaya berlaku adil dengan rakyat dan mengikuti konsep ekonomi yang ingin mereka laksanakan sendiri.

rafizi-TI-01Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adalah adil harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah turun di pasaran dunia.

Apatah lagi harga RON97 adalah harga pasaran seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Harga RON97 sekarang ditetapkan ketika harga minyak mentah dunia masih lagi sekitar USD105 setong. Dengan penurunan sehingga 20% harga minyak mentah di pasaran dunia sejak dua bulan lalu, sepatutnya harga RON97 juga perlu turun 20%.

Paras harga minyak mentah sekitar USD70 hingga USD75 setong yang dicadangkan Timbalan Menteri Kewangan itu adalah harga minyak mentah bila mana kerajaan tidak perlu menanggung langsung subsidi petrol dan diesel, malah rakyat pula perlu membayar cukai petrol dan diesel sekiranya harga dikekalkan pada kadar RM2.30 seliter bagi petrol dan RM2.20 seliter bagi diesel.

Mengambil kira bahawa dasar subsidi petrol dan diesel selama ini dilaksanakan supaya kekayaan hasil minyak negara turut dinikmati oleh rakyat terbanyak, cadangan Timbalan Menteri Kewangan itu bermakna Barisan Nasional memang berniat untuk menghapuskan terus subsidi petrol dan diesel yang selama ini dinikmati rakyat.

Ini bermakna keseluruhan hasil minyak melalui PETRONAS dan cukai petroleum akan dibelanjakan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek; bukannya sampai terus kepada rakyat.

Menurunkan harga petrol dan diesel sekarang akan menguji kebenaran hujah-hujah ekonomi Barisan Nasional sebelum ini kononnya apabila GST dilaksanakan, cukai GST yang boleh dituntut semula oleh peniaga akan menyebabkan harga barang akan turun.

Saya percaya jika harga petrol dan diesel diturunkan sekarang, harga barang tetap tidak akan turun lalu membuktikan bahawa hujah Barisan Nasional mengenai GST tidak boleh diterimapakai.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya harga petrol RON97, petrol RON95 dan diesel diturunkan bermula 1 Disember 2014. Jika tidak, saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan memimpin satu demonstrasi mendesak harga minyak diturunkan pada 31 Disember 2014 di Dataran Merdeka.

*Rafizi Ramli adalah Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN dan Ahli Parlimen Pandan