Categories
NASIONAL

MKN bolehkan hartanah dirampas, tangkap, geledah tanpa waran

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) membolehkan pihak keselamatan menangkap dan mengeledah rumah atau mana-mana bangunan tanpa perlu mendapatkan waran mahkamah terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata harta persendirian seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang berada di kawasan diisytiharkan darurat juga boleh dirampas tanpa memerlukan kebenaran mahkamah.

tian chua pc pkr 01“Tak kira di mana-mana tempat sekiranya Perdana Menteri rasa ada ancaman, ada keperluan, tidak perlu ada apa-apa bukti tetapi cukup sekiranya Perdana Menteri setuju, darurat boleh diisytiharkan sebagai zon darurat tanpa had keluasan sama ada satu bandar, satu negeri atau sebagainya.

“Di bawah perintah darurat ini, perintah berkurung dikenakan, orang ramai boleh ditanggkap, rumah atau bangunan boleh digeledah tanpa apa-apa waran. Harta benda termasuk tanah mana-mana pihak boleh dirampas pasukan keselamatan tanpa melalui mahkamah.

“Sesiapa yang menghalang atau tidak mengikut perintah boleh dihukum dimasukkan ke dalam penjara. Ini tidak pernah berlaku. Mana ada kuasa yang sebegini mutlak dipusatkan di tangan Perdana Menteri,” kata Tian Chua kepada Selangor Kini.

Jelasnya, ini jelas membuktikan MKN merupakan undang-undang yang paling menindas sekali seperti mana yang dilakukan dalam negara dikuasai kerajaan junta tentera.

Kata Tian Chua, undang-undang yang mengancam hak asasi manusia itu juga menafikan hak perlembagaan kita dan mengambil kuasa Yang Dipertuan Agong seperti yang disebut-sebut oleh kebanyakkan penganalisa baru-baru ini.

“Langkah ini menyebabkan semua kuasa dipusatkan pada tangan Perdana Menteri dan tidak memerlukan kebenaran Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat,” kata Tian Chua lagi.

Terdahahulu, wakil kerajaan BN di Dewan Rakyat tergesa-gesa membentangkan RUU MKN sebelum diluluskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

RUU itu diperkenalkan ketika kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada pada paras paling lemah ekoran pelbagai skandal membabitkan beliau dan dicabar pelbagai pihak dalam dan luar Umno sendiri.

EZY

Categories
NASIONAL

Enam Senator pembangkang tekad tolak RUU MKN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 DIS: Enam Senator pembangkang di Dewan Negara menjanjikan hujah mantap bagi menentang usul Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN) walaupun berhadapan lebih 100 Senator Barisan Nasional (BN).

Senator Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Siti Aishah Shaik Ismail, berkata tugas dipikul enam Senator pembangkang itu bertambah sukar apabila lazimnya Senator BN memberikan sokongan usul kerajaan.

siti aishah sri kandi pc pink 01“Pertamanya rakyat kena tahu komposisi di Dewan Negara bukan komposisi yang sama dengan Dewan Rakyat. Komposisi di Dewan Negara ini kebanyakkannya dikuasai Senator Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat ini kebanyakkan mereka bertindak memberi sokongan membabi buta tanpa memikirkan kemudaratan kepada negara atau mana-mana pihak,” kata Siti Aishah.

Aishah berkata demikian kepada Selangor Kini pada program ‘Hari ke-300 Pemenjaraan Anwar, Rakyat Masih Bersamamu’ di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 6 Disember lalu.

Jelas beliau berbanding di Dewan Rakyat yang memerlukan tiga kali bacaan sebelum sebarang RUU diluluskan, di Dewan Negara hanya memerlukan sekali bacaan sahaja.

Terdahalu, wakil kerajaan BN tergesa-gesa membentangkan RUU MKN sebelum diluluskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

RUU itu antara lain memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai ‘zon keselamatan’ atau dengan perkataan lain ‘zon darurat’ dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

RUU itu diperkenalkan ketika kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada pada paras paling lemah ekoran pelbagai skandal membabitkan beliau dan dicabar pelbagai pihak dalam dan luar Umno sendiri.

EZY

Categories
NASIONAL

Rang Undang-Undang MKN mudah disalahguna

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 DIS: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah penggubalan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata Fasal Lima menyenaraikan keanggotaan majlis terdiri dari pihak eksekutif yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dibantu oleh timbalannya serta beberapa menteri lain.

ABIM RAIMIKatanya, tindakan itu secara jelas memberi kuasa terlalu besar kepada badan eksekutif tanpa melibatkan institusi seperti legislatif dan kehakiman.

“Kita prihatin akan isu keselamatan tetapi berpandangan sebarang usaha perlu berlandaskan prinsip keadilan sejagat dan kedaulatan undang-undang serta menepati aspirasi demokrasi negara.

“ABIM khuatir, kuasa luas eksekutif tanpa pemantauan dari institusi yang bertanggungjawab khususnya institusi Kehakiman dan institusi Raja-Raja mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Fasal Lima RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 meletakkan kuasa yang besar kepada majlis yang dipertanggungjawabkan yang dinyatakan seperti berikut:
-“Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya”.

Raimi berkata, Rang Undang-undang ini juga bercanggah dengan pelan Transformasi dijanjikan Perdana Menteri.

“Sebelum Pilihanraya Umum ke 13, beliau menjanjikan transformasi sistem undang-undang dalam negara ke arah penekanan kepada aspek keadilan dengan memansuhkan Akta Hasutan 1946, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta Proklamasi dan Ordinan Darurat,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM bantah Rang Undang-Undang MKN2015

Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat prihatin terhadap isu-isu keselamatan dalam negara dan menyokong usaha terbaik pihak berwajib untuk menangani sebarang aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.

Walaubagaimanapun ABIM menilai sebarang usaha yang dibuat perlu berlandaskan prinsip keadilan sejagat dan kedaulatan undang-undang serta menepati aspirasi demokrasi yang diamalkan dalam negara.

ABIM RAIMIABIM merujuk kepada Fasal 5 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 meletakkan kuasa yang besar kepada Majlis yang dipertanggungjawabkan yang dinyatakan seperti berikut -“Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya”.

Selain itu, merujuk kepada Fasal 6 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 tersebut menyenaraikan keanggotaan Majlis tersebut yang terdiri dari pihak eksekutif yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta beberapa Menteri yang lain.

Ini secara jelas memberi kuasa yang terlalu besar kepada badan eksekutif dalam mengambil tindakan dalam aspek keselamatan tanpa melibatkan institusi lain seperti legislatif dan kehakiman.

ABIM khuatir, menerusi kuasa yang luas yang diberikan kepada eksekutif ini tanpa pemantauan dari institusi yang bertanggungjawab khususnya institusi Kehakiman termasuk institusi Raja-Raja akan mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya.

Sementara itu, ABIM berpandangan Rang Undang-Undang yang ingin digubal ini bercanggah dengan pelan Transformasi yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang menjanjikan transformasi sistem undang-undang dalam negara ke arah penekanan kepada aspek keadilan dengan memansuhkan Akta Hasutan 1946, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta Proklamasi dan Ordinan Darurat.

*Mohamad Raimi Ab Rahim adalah Presiden ABIM

Categories
SELANGOR

Seramai 190 Mangsa Banjir Dipindah Di Sepang

Banjir Selangor

SHAH ALAM 27 FEB : Seramai 190 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir di Daerah Sepang setakat jam 10 pagi ini.

Kejadian banjir itu berlaku di Kampung Jenderam Hulu dan Kampung Ambar Tenang, Dengkil.

Gambar Banjir SepangMengikut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), ia melibatkan 27 keluarga iaitu seramai 142 yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tenang, Dengkil.

Dan 11 keluarga yang melibatkan 48 orang di Pusat Pemindahan Taman Gemilang, Sepang.

Gambar Banjir Sepang1

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan membuat persediaan banjir khususnya di kawasan rendah dan mendapatkan info perkembangan cuaca dari masa ke semasa daripada pihak berkuasa.

Apabila berlaku banjir orang ramai diingatkan untuk memastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

Ikuti arahan pihak berkuasa dengan segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan.
Untuk Info Lanjut L Bilik Gerakan

Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
Telefon: 03-78849299

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM)
Telefon: 03-55192876 / 03-55445415

Bilik Gerakan IPK Selangor
Telefon: 03-5514 5416 / 5414

Bilik Gerakan MKN Selangor
Telefon: 03-55218794

Categories
SELANGOR

Banjir Di Kuala Selangor, 29 Orang Dipindahkan

banjir

SHAH ALAM 24 DIS : Jumlah mangsa banjir di Selangor mencatatkan bilangan 29 orang dari tujuh keluarga sehingga jam 3.30 petang ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kesemua mangsa yang telibat di tempatkan di pusat pemindahan iaitu di Balairaya Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.

Setakat ini, dua pusat pemindahan dibuka di Kampung Bukit Hijau, Jeram dan Kampung Seri Sentosa, Kuala Selangor.

Sementara itu, 70 penduduk daripada Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga yang dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Batu Tiga Jumaat lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

Rumah mereka mula dinaiki air sebanyak satu meter malam Jumaat lalu selepas hujan lebat lebih empat jam dan benteng Sungai Damansara berhampiran kampung itu pecah.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikkan benteng terbabit sedang dijalankan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran(JPS) dan akan siap dalam tempoh terdekat.

Manakala dua jalan di Jalan Sungai Lalang (dari Semenyih ke Hulu Langat) dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat ditutup untuk semua kenderaan.

Menurut MKN, penduduk sekitar diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

Categories
SELANGOR

Jumlah Mangsa Banjir Selangor Meningkat

SHAH ALAM 12 NOV: Selangor mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir sebanyak 1,327 mangsa di tiga daerah iaitu Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor berbanding 1,273 orang mangsa malam tadi.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), daerah Kuala Langat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 954 mangsa di tempatkan di empat pusat pemindahan sehingga pukul 9 pagi tadi.

Sebanyak tujuh pusat pemindahan mangsa banjir disediakan bagi menampung pertambahan jumlah mangsa banjir dengan jumlah tertinggi di Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang iaitu sebanyak 772 mangsa.

Dalam pada itu, hujan lebat di Bestari Jaya sejak beberapa hari lepas menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat daripada 15 orang kepada 33 orang sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya yang melibatkan lapan keluarga.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, paras air di dua sungai utama di Selangor iaitu Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Kuala Badong telah melebihi paras amaran dan orang ramai yang berada di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.