MB mahu pemantauan hutan ditingkat elak kebakaran berulang

Pemantauan berterusan jabatan terlibat perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian kebakaran tanah gambut di kawasan hutang berulang yang menyebabkan pencemaran udara serius.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kawasan tanah gambut berpotensi berlaku kebakaran itu besar dan sukar dikesan kerana ia bermula di bawah tanah.

MB : Belanjawan pro rakyat tingkat belanja pembangunan lebih 50%

Kerajaan Negeri akan membentangkan belanjawan lebih menyeluruh berteraskan semangat pro-rakyat dengan mengurangkan belanja pengurusan tetapi pada masa sama meningkatkan belanja pembangunan lebih 50 peratus.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Pembentangan Belanjawan 2015 Selangor pada bulan hadapan akan kini dalam pembincangan akhir untuk dimuktamadkan.

Perjanjian air terancam tak dapat dilaksanakan?

Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan Kerajaan Selangor kerana perjanjian itu sedang terancam.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

MB : RM400 juta MARRIS diguna baik pulih jalan negeri

Kerajaan Selangor bakal menggunakan kesemua peruntukan Sistem Maklumat Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bernilai RM400 juta bagi membaiki jalan di negeri ini.

Kesemua peruntukan ini akan dibahagikan kepada semua daerah memandangkan terdapat pelbagai permintaan untuk membaik pulih jalan.

Categories
SELANGOR

Orang-ramai mahu MB terjah PBT secara berterusan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ramai pihak menyokong tindakan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terjah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi meninjau masalah dihadapi rakyat.

Menteri Besar juga diharap menjalankan tindakan itu secara berterusan supaya umum tidak akan melabelnya hanya sekadar gimik pada masa depan.

Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, program turun padang pertama Azmin menunjukkan fokus dan cara kerja beliau yang mahu melihat dan memahami masalah dan keperluan rakyat.

IMG_7049a“Kita faham isu mengenai sampah dan sampah haram memang menjadi isu utama di peringkat PBT dan Menteri Besar sudah memberi arahan untuk tindakan segera dalam tempoh tiga bulan ini.

“Saya harap gerak kerja ini berterusan dan budaya turun padang iaitu bertemu pegawai, bertemu rakyat diteruskan,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula berkata, terlalu awal untuk menilai tindakan dibuat Azmin kerana ia ibarat ‘penyapu baru’ yang tentunya mahu setiap masalah dihadapi diatasi segera.

Namun, katanya, fokus yang lebih utama adalah menangani isu besar seperti perumahan untuk rakyat miskin Selangor.

IMG_7062a“Kita tidak tahu ini gimik atau tidak tetapi isu yang lebih besar adalah keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) harus dikembalikan. Cara bagi mengangani isu ini ialah betul-betul menangani masalah bersangkut paut dengan rakyat,” katanya.

Mohd Najib Abdul Rahim dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) pula berpandangan Azmin menunjukkan contoh yang bagus selaku Menteri Besar dengan tindakan dilakukan.

IMG_6626a“Gimik atau tidak, itu bergantung kepada persepsi umum. Saya nampak Menteri Besar turun padang untuk melihat masalah rakyat adalah satu usaha yang baik. Satu komitmen yang baik,” katanya sambil berharap Azmin mengambil berat isu berkaitan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

IMG_7064a“Ia permulaan yang bagus. Saya rasa Azmin ada potensi sebagai Menteri Besar. Kita tengok keputusannya dalam tempoh beberapa bulan. Beri dia peluang,” itu pula pendapat disuarakan Serena Tay, 41.

HM

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri akan umum isu Oktoberfest selepas Mesyuarat Exco

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengumuman berhubung isu Oktoberfest akan menyusuli perbincangan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Dikejar media seusai meraikan Majlis Korban Perdana Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama MB, Datuk Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata beliau telah menerima maklum-balas mengenai Oktoberfest daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

_MG_7834“Saya sudah dapat maklum-balas daripada MBSA dan juga MBPJ, dan kita akan membincangkan perkara itu esok. Pengumuman akan dibuat kemudian,” jelas beliau.

Sebelum ini, MBSA menafikan papan iklan Oktoberfest telah mendapat kelulusan.

Di sidang media hari ini, Datuk Bandar Mohd Jaafar Mohd Attan meminta semua pihak supaya bertenang sehingga pengumuman dibuat Kerajaan Negeri.

“Saya sudah beri laporan lengkap kepada beliau (MB). Sepatutnya semua orang berhati-hati dalam negara yang majmuk dengan pelbagai adat resam. Rasa hormat kepada bangsa dan agama kena lebih tinggi,” tegas Jaafar.

Di majlis korban yang diadakan di Wisma MBSA itu, sebanyak 17 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah disembelih dan diurus secara bergotong-royong.

yb azmin

HM

Categories
SELANGOR

MB: Isu Bible akan ditentukan selepas bertemu MAIS, JAIS

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 6 OKT: Isu pemulangan semula kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengandungi kalimah Allah akan ditentukan selepas pertemuan dengan Majlis Agama Islan Negeri Selangor (MAIS).

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau belum mahu memutuskan perkara ini sebelum beliau mendengar penjelasan daripada pihak JAIS.

“Saya belum mendapat penjelasan daripada Jais dan Mais. Itu perkara selanjutnya akan kita bincang sebab yang kita tumpukan minggu lepas adalah isu air dan beberapa perkara lain,” katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Klang.

Pada 19 Jun lalu, Jais dititahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya merujuk isu pengambilan 300 kitab Bible dari Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) itu kepada pihak pendakwa raya supaya diselesaikan menerusi proses mahkamah.

“Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan itu.

Azmin, ketika ditanya sama ada Kitab Bible tersebut masih berada dalam simpanan Jais, mengatakan setakat ini belum ada sebarang maklumat mengenainya dan akan berbincang bersama Jais.

“Tertakluk kepada perbincangan nanti. Tidak adil adil untuk saya membuat keputusan sekarang sebelum saya dapat maklumat,” jelasnya.

HM

Categories
SELANGOR

2,000 meriahkan Majlis Kesyukuran MB dan Sambutan Aidiladha 2015

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 6 OKT: Lebih 2,000 orang tetamu hadir membanjiri Padang Keramat AU2 untuk bersama-sama Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamshidar Taharin dalam Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidiladha 2015.

IMG_3995

Kesempatan ini diambil penduduk setempat untuk beramah mesra  dan merakam gambar bersama Timbalan Presiden PKR itu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 23 September lalu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

IMG-20141006-WA0023

IMG_3994Turut hadir sama beberapa kenalan rapat dan pimpinan yang terdiri daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

IMG-20141006-WA0019Antara yang hadir Exco Selangor, Amiruddin Shaari, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, Adun Morib, Hasnul Baharuddin, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Menu yang menarik perhatian krew adalah sajian sate, roti jala, murtabak dan sup tulang.

HM

Categories
SELANGOR

MB: Surat desak Putrajaya dedah perjanjian air minggu hadapan

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KLANG, 6 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menulis surat minggu hadapan kepada Putrajaya supaya bersetuju mendedahkan kandungan perjanjian penstrukturan air.

Tindakan ini perlu katanya kerana ia melibatkan kepentingan pengguna air di Negeri Selangor memandangkan dokumen berkenaan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

“Saya akan menulis surat minggu hadapan untuk mendesak Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa perjanjian ini mesti dibuka kepada orang ramai khususnya rakyat dan pengguna di Negeri Selangor sebab kita tahu apa kandungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Oleh kerana perjanjian ini difahamkan diletakkan dibawah OSA, maka saya menulis surat untuk mendapatkan persetujuan Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Kelang.

Jelasnya, beliau telah mendapat taklimat awal daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) minggu lepas namun masih belum berpeluang meneliti perjanjian yang telah ditandatangani itu.

Mohamed Azmin dalam kenyataannya minggu lalu mengatakan Kerajaan Negeri tidak mempunyai salinan perjanjian air yang ditandatangani bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Kerajaan Persekutuan tiga minggu lalu.

HM

Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor 2015 tumpu isu perumahan dan pendidikan

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 6 OKT: Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan menumpukan prospek pembangunan perumahan dan pendidikan rakyat.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata rizab simpanan negeri berjumlah RM3.3 bilion itu akan dibelanjakan bagi mencapai penumpuan itu.

“Kita akan lebih menumpukan kepada program pembangunan kepada rakyat.

“Sebagai contoh seperti infrastruktur, pembangunan, kediaman rakyat.

“Penumpuan utama juga diberikan kepada perumahan dan pendidikan,” katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Kelang.

Azmin bagaimanapun menambah pentadbirannya masih memperhalusi beberapa perkara lain menyentuh kebajikan rakyat untuk dimasukkan dalam belanjawan itu nanti. Perbincangan terakhir memuktamadkan agenda belanjawan ini akan diadakan Rabu depan.

Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang November ini.

Menyentuh program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dijalankan sejak tahun 2008, Azmin mahu meneruskan perlaksanaan program itu dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Yang penting setiap dana di peringkat negeri itu mesti dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor tetapi ia mestilah dalam bentuk pembangunan dan kebajikan Negeri Selangor.

“Maka program sedia ada akan diteruskan dan ia akan ditambah baik sekiranya ada keperluan berbuat demikian,” tegas beliau.

Sebanyak 17 program MES yang telah diperkenalkan adalah pemberian air percuma 20m3, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

HM

MB lulus peruntukan RM5 juta naik taraf Sungai Udang

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA :MB terjah tapak buang sampah haram di Selayang

1. MB terjah tapak buang sampah haram di Selayang

2. Azmin tekad selesaikan masalah sampah 3 bulan pertama

3. 21,000 anak Tawas terima RM50 masuk darjah 1

4. MB: “Kita sedia keluar peruntukan janji masalah PBT selesai”

5. MB: RM2.3 bilion bajet tumpu perumahan & pendidikan

6. Bajet 2015: Tingkat peruntukan pembangunan, kurang belanja urus

7. Azmin: Tiada politik dendam diamalkan

8. Apa motif minyak naik ketika PM & TPM tiada dalam negara?

9. Vox Pop: Harga minyak naik, baran pun naik!

10.Portfolio Kerajaan Tempatan terap tiga nilai utama dalam pentadbiran

11.NGO Minta Selangor Lebih Cakna Hal Ehwal OKU

12.Putrajaya diminta hebah peraturan baru cermin gelap kenderaan

13.Anak muda PPR Seksyen 8 mahu bersama tangani isu setempat

14.Bayar kompaun MDKL semurah RM10