JURNAL BERITA- MB: Pembekuan akaun SMUE ikut amalan sedia ada zaman Khalid

1. MB: Pembekuan akaun SMUE ikut amalan sedia-ada zaman Khalid

2. Isu peruntukan SMUE, bekas setpol sanggah Faekah

3. MB mohon dedahkan perjanjian air, mahu kuasa dalam projek Langat 2

4. MB: Perjanjian pentadbiran lalu akan dikaji semula

5. Pemuda: Tiada keperluan naikkan harga petrol

6. Dihalang duduki peperiksaan akibat yuran, mahasiswa sahkan kenyataan Anwar

7. MPP Unisel: Jangan yuran rendah tapi kemudahan ditarik

8. Enggan diludah anak cucu kemudian hari, penguatkuasa tolak rasuah RM10k

9. “Rumah kami dipantau samseng malam nanti”-Penguatkuasa

10.Kelemahan sistem perparitan, sampah punca Kajang banjir

11.MBPJ serah isu RTPJ kepada Menteri Besar

Lawatan MB ke IPK Selangor

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – Azmin: ‘Kita kerja kuat setiap hari, bukan 100 hari pertama’

1. Azmin: ‘Kita kerja kuat setiap hari, bukan 100 hari pertama’

2. Azmin: Isu exco selesai kini masa bekerja

3. Dr Yunus: Exco PAS kurang bukan masalah, tumpu licinkan pentadbiran

4. Teng: “Banyak kerja tertunggak menanti”

5. Exco wanita kurang tapi agenda memberdaya tak wajar dipinggir- Rodziah

6. Anwar: MB dan Exco patut turunkan kadar elaun

7. Exco: Keputusan secara konsensus bukan individu

8. PAS tak pernah setuju bilangan exco dikurangkan

9. PAS pilih Timbalan Speaker DNS selepas perbincangan

10.FOMCA: Air, rumah, pengangkutan patut diberi perhatian

11.Budayawan mahu MB salur dana hidupkan kesenian

12.Pelan usahawan francais PKNS sedang dirancang

13.Usahawan sukacita jika geran bantuan diperbesarkan

14.MPSJ komited jayakan pelan MPSJ Green City 2030

15.DPIM: Jadikan Selangor hub halal antarabangsa, mesra bisnes

JURNAL BERITA: Azmin tumpu 4 keutamaan tingkat kesejahteraan rakyat

1. Azmin tumpu 4 keutamaan tingkat kesejahteraan rakyat

2. Rakyat mahu Azmin teruskan dasar MES & tumpu masalah sampah

3. Nik Nazmi letak jawatan Timbalan Speaker, jawatan diisi PAS

4. Sultan Selangor perkenan senarai Exco, MB belum putuskan kuota Exco

5. 22 Sept erti besar buat Azmin, bebas tahanan & MB baru

6. Harap MB baru lebih beri perhatian PBT

7. Semangat setiakawan tiada bila exco PAS dikurangkan

8. Peratusan exco wanita menurun ke 20% kejutan

9.Pemberian ketuhar berjenama warnai PRK Pengkalan Kubor

10.Bajet 2015: Ambil duit rakyat miskin tambah pendapatan

11.Pejabat MBSA bergerak turun ke Seksyen 7 Sabtu ini

JURNAL BERITA: Azmin diyakini mampu teruskan kecemerlangan PR

1. Serah lembu korban program rasmi pertama sebagai MB

2. Azmin diyakini mampu teruskan kecemerlangan PR

3. Pakar: PR pecah jika Adun Hulu Klang, Morib dilantik Exco

4. Pembuangan Sampah Haram Dun Sementa Menjadi-jadi

5. PBT jangan halang rakyat cari rezeki halal

6. Azhar Idrus pilih UNISEL

7. PRK Pengkalan Kubor cipta rekod

8. Laluan USJ 25, Putra Height, Kampung Sri Aman ditutup!

JURNAL BERITA: MB Selangor ke-15 angkat sumpah

1- MB Selangor ke-15 angkat sumpah

2- MB: Pentadbiran berasaskan amalan tata kelola baik & telus

3- MB: Exco baru angkat sumpah Jumaat ini

4- PAS: Teruskan kecemerlangan & tingkat kebajikan rakyat

5- DAP sokong Azmin MB baru, harap krisis politik berakhir

6- MB: Abdul Khalid cabar MB baru laksanakan saham air untuk rakyat

7- MB: MB: Rizab simpanan RM3.3 bilion, pelaburan RM60 bilion

8- MB: “Biar drama mereka jadi lawak jenaka dikenang selamanya”

9- Exco: MB baru teruskan legasi cemerlang, integriti & telus

10- Khusrin: Abdul Khalid berjaya pisahkan pentadbiran kerajaan dengan politik

11 – DAP: MB baru perlu bawa dasar rakyat lebih baik

Categories
SELANGOR

UNISEL berpontensi saingi IPT terbaik dunia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yakin Universiti Selangor (UNISEL) berpontensi untuk berada di kalangan universiti terbaik dunia.

Katanya, hal itu berikutan negeri terkaya berkenaan mempunyai sumber untuk melonjakkan UNISEL dengan dasar serta komitmen kepada kecemerlangan dan kebebasan akademik.

“Kita mempunyai wawasan untuk menjana peranan strategik universiti sebagai pemangkin menjadi sebuah negeri yang progresif dan paling terkehadapan seperti Bangalore di India, Zongguancun di China serta Daejon di Korea Selatan.

MB rasmi istiadat konvokesyen ke-7 UNISEL Shah Alam 02“Saya yakin UNISEL berpontensi untuk berada di kalangan universiti terbaik dunia.

“Universiti Beijing yang dihancurkan ketika revolusi kebudayaan 1965 dan berlarutan hingga awal 70an boleh bangkit sebagai universiti terbaik Asia kerana pimpinan yang komited untuk mengembalikan kegemilangan Universiti Beijing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di sini, hari ini.

_MG_1249 copyKatanya,  Selangor perlu dijadikan koridor negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi menjana kekuatan untuk ke Putrajaya.

Keperluan pengangkutan awam dan rumah mampu milik juga perlu dipertingkatkan lagi bagi menambah pertambahan penduduk di negeri itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Surendran didakwa Akta Hasutan untuk halang bela Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali percaya tindakan pihak berkuasa mendakwa peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan kes pembantu peribadinya, N Surendran di bawah Akta Hasutan 1948 bertujuan menghalang menjalankan tugas membela Ketua Umum PKR itu. 

“Saudara N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 pada hakikatnya adalah tindakan UMNO untuk menghalang beliau bertindak sebagai peguam untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang – undang.

“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka undang- undang menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus dan zalim,” katanya ketika merasmikan Kongres AMK di Wisma Majis Bandaraya Shah Alam, di sini, hari ini.

Katanya,  pendakwaan terhadap Anwar juga adala serangan terhadap institusi demokrasi.

Hal itu berikutan pendakwaan terbabit bukan sahaja dilakukan kepada Anwar sebagai seorang individu tetapi sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi.

Azmin Kongres PKR“Perjuangan demokrasi perlu bergerak selari dengan perjuangan menegakkan keadilan dan proses undang-undang,” katanya.

Beliau berkata,  AMK tidak boleh bersikap alpa dengan ‘bersikap bodoh’ dan pasif kerana akan menjadikan masyarakatnya tidak dinamis dan tidak mampu berhadapan denga cabaran yang mendatang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tiada sebab ganti MB Selangor, Azmin temui Khalid esok

azmin-pc-DNS-01KUALA LUMPUR 28 OKT : Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari meneruskan jawatannya bagi penggal kedua.

Dipetik Malaysia Kini, beliau yang juga Pengerusi BBC tidak faham mengapa isu itu dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan media akhir-akhir ini.

“Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini… Tidak ada sebab (nak tukar beliau),” katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.

Beliau berkata, tugas BBC negeri iaalah memberi idea baru berhubung langkah memajukan negeri itu dan membantu Khalid mengenal pasti serta menguruskan projek dan pembangunan.

“Kenapa isu ini dibangkitkan, kenapa kami tidak boleh beri pandangan? Dan bila dapat memo (BBC) dianggap sebagai kuasa pendesak? Kami bukan kumpulan pendesak, itu bukan tugas kami.

“Tugas kami untuk memberi idea dan membantu kerajaan dan menteri besar, untuk mengimplimentasi projek di bawah. Itu yang kita cadangkan. Dalam memorandum tidak ada (berkaitan) perkara peribadi, semua isu pembangunan,” katanya.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa juga akan bertemu dengan Abdul Khalid petang esok, bagi membincangkan ‘perkara-perkara berbangkit dan juga tidak semestinya berkaitan memorandum BBC’ itu.

Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai ‘asam garam dalam dunia politik’.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tiada perubahan jawatan MB Selangor, Khalid Ibrahim kekal – Anwar

Anwar-MB-2

KUALA LUMPUR 28 OKT: Tiada perebutan jawatan Menteri Besar Selangor berikutan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus kekal mengetuai kepimpinan kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang media hari ini, Ketua Pembangkang itu juga menafikan berlaku perebutan jawatan antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau yang sebelum ini memberi pandangan mengenai prestasi pentadbiran kerajaan Selangor, mengetahui hal berkenaan jika dakwaan itu benar.

“Azmin kalau beliau mahu ambil alih, mesti saya tahu. Tetapi perkara itu tidak berlaku,” katanya di lobi Parlimen.

Anwar sebelum ini memberi pandangan terhadap prestasi pentadbiran dan perkembangan ekonomi kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tetapi kenyataannya disalah tafsir sesetengah pihak.

Mengikut laporan media tempatan, wujud desas-desus menyatakan Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bakal mengantikan Abdul Khalid atas alasan ‘kedekut’.

Sebaliknya, Azmin ketika ditemui di perkarangan Parlimen, berkata tiada kemelut berlaku antaranya dengan Abdul Khalid.

“Tidak ada kemelut dan tidak ada usaha menukar Menteri Besar. Saya bersetuju dengan Anwar, malah usaha kerja itu cukup baik bagi kepentingan negeri,” katanya.

Beliau sudah menyampaikan hasratnya ketika bertemu Abdul Khalid selama hampir empat jam tempoh hari bagi menggesa supaya peranan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor lebih dimanfaat,

“Kita membincangkan soal pembangunan negeri berdasarkan memorandum yang dihantar baru-baru ini. Perjalanan perbincangan cukup baik,” katanya bercadang bertemu Abdul Khalid lagi, esok.

– FZL

Categories
KENYATAAN MEDIA

Bajet 2014 : Belanjawan orang kaya, yang miskin papa kedana

gstKENYATAAN MEDIA

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.

Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia ? sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara ? negara tersebut.

Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya ? miskin, gini ? coefficient rakyat akan terus meluas.

Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.

Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak.

Apa yang diperlukan oleh graduan ? graduan ini adalah kemahiran ?soft skill? dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak.

Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya.

Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah. Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden PKR

Categories
NASIONAL

PR muafakat pertahan kemenangan DUN Sungai Limau

PRK DUN Sungai LimauSHAH ALAM 22 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menzahirkan permuafakatan dalam mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 4 November ini.

Pendirian itu dilihta melalui permuafakatan pemimpin PKR yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad, pada hari penamaan esok.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai, malam tadi.

Menurut laporan Keadilan Daily, Azmin bersama Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri, kira-kira jam 3 petang tadi.

Turut serta dalam program itu adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Program berkenaan diteruskan di Kampung Setia Jaya, Sedaka, Yan dengan pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Negeri dan jentera parti yang turut dihadiri Adun Bakar Arang, Simon Oii, kira-kira jam 5 petang.

Esok mereka juga sepakat akan berarak ke Pusat Penamaan di Pejabat Daerah Yan bagi mengiringi Azam, sebelum berkempen selepas itu. -NFN-