Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Motosikal kuasa elektrik realisasi teknologi hijau Petaling Jaya

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 27 JULAI: Selaras dengan bandaraya mampan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengorak langkah ke arah merealisasikan penggunaan teknologi hijau dengan memperuntukkan lima unit motosikal berkuasa elektrik kepada ‘Pj City Skuad’.

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zin, berkata motosikal berkuasa elektrik yang mampu mencecah kelajuan sehingga 100km itu akan digunakan bagi tujuan kawalan lalu lintas di beberapa kawasan pentadbiran MBPJ.

Katanya, antara kegunaan lain adalah penguatkuasaan akan menjalankan rondaan, membuat kawalan dan bantuan awal jika berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalan.

_DSC2606“Selain itu, melaksanakan tugasan ‘multitasking’ seperti pemantauan iklan tanpa kebenaran, melaporkan aduan kerosakan jalan dan membantu polis dengan melaporkan kejadian jenayah, kecurian atau ragut,” katanya, di sini, hari ini.

Azizi berkata, kawasan yang akan diberikan tumpuan ialah Pusat Bandar Seksyen 52, Jalan Templer, Jalan Gasing, Jalan Selangor, Jalan Persiaran Timur, Jalan Persiaran Barat dan Seksyen 8.

Katanya, MBPJ akan menambah 20 unit motosikal elektrik terbabit bermula tahun depan.

“Tahun ini, kita menggunapakai peruntukan sedia ada untuk membeli lima unit motosikal dengan RM18,000 seunit dan tahun depan 20 unit lagi akan dibeli MBPJ,” katanya.

Beliau berkata, perlaksanaan inisiatif itu sangat tepat melalui aplikasi sains alam sekitar yang amat diperlukan pada masa kini bagi menangani isu fenomena global.

“Oleh itu, penggunaan teknologi hijau iaitu teknologi rendah karbon yang lebih mesra diperlukan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sistem pemantauan aduan selesai masalah segera

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 30 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menubuhkan sistem pemantauan aduan yang dikendalikan penguatkuasa berkelayakan dalam semua bidang bagi membolehkan masalah diselesaikan segera.

Cadangan itu dibangkitkan Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain dalam Mesyuarat Majlis Bilangan 7/2015 yang berlangsung semalam.

Usaha itu dibuat memandangkan MBPJ menerima banyak aduan mengenai masalah infrastruktur penduduk di Petaling Jaya.

Mohd azizi mbpjKatanya, antara bidang yang perlu dikuasai penguatkuasa yang akan dilantik meliputi sisa pepejal, landskap dan kejuruteraan.

Beliau berkata, pemilihan penguatkuasa berkelayakan dibuat bagi mengurangkan jumlah kakitangan setiap bahagian turun melihat masalah setempat serta memudahkan pelarasan kerja.

“Apabila kita mendapat aduan, ada pegawai yang turun melihat masalah yang dibangkitkan. Namun, ada masalah yang diadukan bukan bidang kuasa pegawai yang turun melihat aduan berkenaan.

“Bila keadaan ini berlaku, ‘grey area’ seperti ini akan mengakibatkan masalah lambat diselesaikan.

“Sebagai contoh masalah longkang, sepatutnya boleh selesai dalam masa dua atau tiga minggu sahaja. Oleh sebab ‘grey area’ mungkin akan ambil masa lama,” katanya.

Mohd Azizi berkata, sistem itu pernah dibuat dua tahun lalu, namun dipertingkatkan semula dengan tiga zon dipilih untuk permulaan projek perintis.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Usaha henti laksana pindaan RTPJ1, RTPJ2 peroleh undi majoriti (kemaskini)

Bajet MBPJ

PETALING JAYA, 1 OKT: Majoriti ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggesa usaha pindaaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) 1 dan 2 dihentikan sehingga maklum-balas daripada rakyat diberi perhatian sewajarnya.

Ahli Majlis Zon 8, Ir. Lee Suet Sen di satu sidang media semalam berkata maklum-balas yang diterima berhubung isu setempat yang memerlukan perhatian menuntut pindaan RTPJ 1 & 2 diubah supaya mencerminkan keperluan setempat.

“Kita telah mendapat maklum-balas daripada penduduk Petaling Jaya yang menuntut pindaan-pindaan tertentu (dalam RTPJ 1 & 2) dikaji semula dan dimantapkan,” tegas Suet Sen.

Turut bersama di sidang media itu adalah Ahli Majlis Zon 24 Halimey Abu Bakar, Cynthia Manonmani Michael Gabriel (Zon 12), YM Raja Fairuz Raja Mazlan (Zon 17), Tang Fuie Koh ( Zon 13), Ang Ming Ern (Zon 11), Tony Cheong Siew Thong (Zon 16), Jeyaseelan T. Anthony (Zon 19), Oon Chong Ling (Zon 20) dan Teh Chi Chang (Zon 5).

“Langkah ini perlu kerana kita mahu mengemukakan rancangan tempatan yang ampuh untuk warga Petaling Jaya, tetapi kita dapati beberapa butiran penting tidak diluluskan oleh Majlis, atau tidak mendapat maklum-balas secukupnya daripada ahli-ahli Majlis.

“Contohnya MBPJ meluluskan plot ratio 1 hingga 4 dibawah keadaan optimum, tetapi ada cadangan meningkatkan maksima plot ratio kepada 6 sekitar kawasan Pembangunan Berteraskan Transit (TOD). Ini bermakna kepadatan pembangunan akan menjadi sangat tinggi dan memberi kesan kepada kehidupan warga Petaling Jaya,” jelas Cynthia.

“Kita tidak menentang pembangunan,” sambung Chi Chang, “tetapi Petaling Jaya ialah bandar yang sangat tua. Adakah utiliti (air, elektrik, telekom) dan jalanraya kita mampu menangani 50 peratus pembangunan yang lebih besar? Bagaimana pula dengan pengangkutan awam?”

Mereka membentangkan lima usul untuk diambil tindakan segera. Lima usul itu adalah:

1. Majlis mengambil keputusan untuk menarik-balik dan membatalkan cadangan pindaan RTPJ1 & 2 secara keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.

2. Majlis mengambil keputusan untuk membatalkan keputusannya untuk melaksanakan pindaan RTPJ1 & 2 pada mesyuarat jawatankuasa mampan majlis bilangan 1/2014 bertarikh 25 Februari 2014 dan mesyuarat penuh majlis pada 26 Februari 2014.

3. Majlis mengambil keputusan untuk menarik-balik cadangan-cadangan pindaan terkini untuk mengeluarkan: a) garis panduan perlaksanaan dalam RTPJ1, dan b) kelas kegunaan tanah dan garis panduan kawalan perancangan dalam RTPJ2.

4) Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji arahan dibawah Seksyen 16(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan cadangan pindaan RT, berunding dengan Kerajaan Negeri, mengkaji semula cadangan pindaan terkini dan membuat cadangan pindaan terbaharu untuk dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan pihak awam.

5) Perkara-perkara lain berkaitan cadangan RTPJ1 & 2.

“Kita memperoleh 13 undi menyokong berbanding 4 undi membantah. Maka keputusan Majlis ialah usul ini akan digerakkan, namun Datuk Bandar kita (Datin Paduka Alinah Ahmad) tidak bersetuju dan akan merujuk perkara ini kepada Menteri Besar baharu (Mohamed Azmin Ali),” jelas Suet Sen.

Ahli-ahli Majlis berkenaan berharap jawatankuasa khas dapat diwujudkan serta-merta supaya kajian semula dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan untuk dibentangkan ke hadapan Majlis dan Kerajaan Negeri.

HM

Categories
SELANGOR

Lingkaran koridor hijau realisasi bandar dalam taman Petaling Jaya

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneroka konsep Bandar Dalam Taman sebagai satu kaedah yang akan diadaptasi dalam perancangan pembangunannya bagi memastikan penduduk di wilayah itu menikmati kehidupan yang selamat, selesa dan sihat.

Datuk Bandarnya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata MBPJ akan merealisasikan hasrat itu dibawah Pelan Tindakan Lingkaran Koridor Hijau yang mengambil kira taman awam, hutan simpan, rezab utiliti, rezab sungai dan rintisan elektrik.

Katanya, pertalian simbiotik kawasan hijau dan kawasan binaan perlu dieratkan untuk mencapai pembangunan mampan.

Tasik Aman MBPJ 01“Fungsi kawasan hijau sebagai pembekal biodiversiti, kitaran oksigen, habitat dan keselesaan manusia perlu dipelihara.

“Setiap kawasan lapang (greenbelt) dihubungkan bagi membentuk satu jaringan kawasan lapang yang dinamakan ‘Park Connectors Network’,” katanya.

Park Connectors Network adalah salah satu elemen di dalam konsep “PJ Community Green Corridor” dan ia adalah jaringan jajaran kawasan lapang yang menghubungkan taman awam utama, kawasan alam sekitar dan kawasan perumahan bagi memastikan kepentingan flora serta fauna terpelihara.

Berdasarkan laporan MURNInets atau pengukuran bandar mampan, MBPJ sudah mencapai tahap 2.4 hektar untuk 1,000 penduduk bagi penyediaan kawasan lapang.

Piawaian yang ditetapkan adalah dua hektar untuk 1,000 penduduk Park Connectors juga merangkumi guna tanah lain seperti rezab parit, foreshore dan rezab jalan, yang mana kawasan itu dijadikan tempat rekreasi cantik.

datin-alinahAlinah berkata, Park Connectors dijadikan sebagai penghubung dan memberi kemudahan kepada penduduk untuk berjogging, berjalan kaki dan berbasikal dalam jarak dua hingga 10 kilometer untuk sampai ke taman yang lain.

“Selain itu, ia juga dijadikan sebagai jalan pintas (untuk ke kawasan perumahan, stesen MRT dan sekolah,” katanya.

Pelaksanaan program Koridor Hijau itu meliputi kawasan seluas 1,555 hektar merangkumi 464 kawasan lapang dan hutan komuniti iaitu Hutan Pendidikan Bukit Gasing dan Hutan Komuniti Kota Damansara.

-NFN-

JURNAL BERITA – BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

1. MB : HORAS mampu bekal air bersih lebih 600 juta liter sehari –

2.PRK Kajang: Anwar cadang kempen secara minimum, elak pembaziran –

3.Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang –

4.PRK Kajang : Guan Eng sokong pencalonan Anwar –

5..Rafizi : Pencalonan Anwar untuk kukuh benteng di Selangor

6. PRK Kajang : BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

7. KJ boleh jadi selebriti politik, sembunyi tekanan Anwar sertai DUN Selangor

8.Lim Kit Siang : Rakyat mahu negara aman, elak peristiwa 13 Mei berulang

9.32 kanak-kanak, remaja dirai sempena Tahun Baru Cina

10.Denggi : 16 kawasan di Klang berisiko denggi

11. MPS rampas 3 pemancar telekomunikasi, syarikat gagal perbaharui permit

12.MPBJ naik taraf Bulatan Othman, atasi masalah trafik

13.KASE yakin BN tidak akan batal pelaksanaan AES