Categories
AGENDA NASIONAL

Oscar: Saingan sengit, Upin Ipin rekod pencapaian membanggakan

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Walaupun filem animasi Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production tidak tersenarai sebagai lima calon akhir kategori filem animasi terbaik Anugerah Akademi atau Oscar, ia sama sekali tidak mematahkan semangat syarikat perfileman tempatan itu, untuk terus menghasilkan karya bermutu tinggi bertaraf global selepas ini.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sudah menjangkakan keputusan itu, dengan persaingan sengit daripada syarikat filem gergasi Hollywood seperti Disney dan Marvel, dengan keputusan terletak di tangan 300 juri.

Bagaimanapun katanya, kejayaan mencatat sejarah sebagai filem pertama menempatkan diri dalam senarai 32 calon akhir bagi kategori filem animasi, sebenarnya sudah cukup membanggakan syarikat perfileman Malaysia itu.

“Untuk terpilih dicalonkan, adalah satu pencapaian. Nama kami sudah termasukan dalam arkib Oscar,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengumuman pencalonan Oscar malam ini, yang turut boleh ditonton menerusi pautan https://oscar.go.com/news/nominations/when-are-oscar-nominations-2020-announced.

Lima filem animasi diumumkan tercalon dalam kategori itu ialah How To Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4.

Sebelum ini, syarikat itu telah menghantar sendiri pencalonan ke anugerah filem paling berprestij di dunia itu ke Los Angeles, Amerika Syarikat, kerana hanya mempunyai waktu singkat iaitu enam hari sebelum tarikh tutup.

Filem yang menelan belanja RM20 juta itu, menampilkan watak kembar kegemaran Malaysia bersama karakter kisah Melayu tradisional, seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan Si Tanggang dan mencatat kutipan RM26 juta ketika ditayangkan tahun lepas.

Filem animasi itu juga dipilih sebagai finalis di Palm Springs Animation Festival 2019 California, Amerika Syarikat.

Ia juga dipilih sebagai pemenang di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) dalam kategori Feature Film.

Anugerah Akademi ke-92 akan berlangsung pada 9 Februari di Los Angeles.

-BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Oscar: Janji tak miskin di hari tua

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 MAC: Pemain Brazil yang beraksi dalam Liga China, Oscar lebih memikirkan usaha mengumpul wang demi masa depan berbanding memperoleh tpeluang beraksi dalam Piala Dunia Russia 2018 bersama skuad Brazil.

Walaupun dikritik hebat termasuk Pengurus Brazil, Tite yang menyifatkan prestasi bekas pemain Chelsea itu merosot sejak ke China, beliau tidak mengendahkannya dan lebih memikirkan nasib keluarga.

“Saya tak kisah pun sama ada saya akan pergi ke Piala Dunia ataupun tidak. Saya dikritik kerana saya membuat keputusan datang ke China.

“Secara peribadinya, keputusan saya dibuat untuk keluarga dan masa depan saya. Saya tak nak hidup miskin apabila saya tua nanti dan hanya hidup dengan memori bermain di Piala Dunia,” katanya.

Sebelum ini, Tite antara individu yang tidak bersetuju dengan keputusan Oscar berpindah ke kelab China, Shanghai SIPG dan memberi gambaran sukar untuk menyenaraikan beliau dalam skuad ke Piala Dunia.

Oscar sebelum ini dipanggil sebanyak dua kali tetapi beliau gagal mencapai tahap yang dimahukan Tite.

Selain Oscar, antara pemain Brazil yang pernah berkelana di China adalah Paulinho. Beliau yang kini beraksi bersama Barcelona sebelum ini bermain hampir dua tahun bersama GZ Evergrande.

Jika diperhalusi secara lebih mendalam, tidak banyak bekas pemain bola sepak berpeluang meneruskan karier dalam sukan ini terutama bidang kejurulatihan selain menjadi pengulas sukan jemputan di beberapa stesen televisyen.

Foto Kredit: AFP

JURNAL BERITA – EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

1. EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

2. KAFA Menengah ‘tiket tambahan’ murid dalami pengajian agama

3. MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000

4- PKR : MPP tidak pernah gesa Abdul Khalid undur, laporan Sin Chew salah

5- PAS tidak teruja ‘duduk sebumbung’ dengan Umno, pimpinan Najib ‘racun berbisa’

6. Lagi janji ‘dicapati’ BN, manifesto bantuan pesekolahan RM150 tetapi beri RM100

7. Khalid Samad: Angkara ‘macai kangkung’, lebih 2,000 rakyat terpedaya

8. Status negara maju jadi igauan ngeri rakyat

9. Indeks pengguna pendapatan bawah RM3,000 meningkat, rakyat makin tertekan

10.Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

11.Skim Mesra Usia Emas tampil idea baru untuk manfaat warga emas

12.Pemilik premis Kampung Lembah Kinrara setuju roboh binaan