Categories
AGENSI SELANGOR

UKM serah urusan pemilihan MPP kepada mahasiswa

BANGI, 20 NOV: Buat pertama kalinya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyerahkan sepenuhnya urusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2019/2020 kepada mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ir Dato’ Dr Othman A Karim berkata proses pengundian berjalan lancar walaupun tahun pertama diurus sepenuhnya oleh pelajar.

“Saya berharap mahasiswa yang berjaya terpilih dalam MPP menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menyampaikan suara dan pandangan kepada pihak pengurusan.

“Jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin mahasiswa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,” katanya melalui portal UKM.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP Sesi 2019/2020, Muhammad Khabir Hariz A Rahim berkata proses pemilihan MPP dijalankan mengikut penyelarasan oleh pentadbiran.

“Daripada sudut pelaksanaan pula, kita mengambil contoh dan konsep yang dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya seperti penggunaan kertas undi berkonsepkan logo parti dan bukan lagi gambar calon.

“Kita juga membenarkan pendaftaran kumpulan pelajar untuk berkempen. Jadi, mereka ini tidak lagi berkempen atas kapasiti individu,” katanya.

Categories
SELANGOR

Proses pemilihan MPP INPENS lancar

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KUALA SELANGOR, 13 MAC: Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) sesi 2019, pada 10 Mac lalu berjalan lancar, sekali gus membuktikan demokrasi subur diamalkan, di institusi itu.

Eksekutif Hal Ehwal Pelajarnya, Nur ‘Adnin Syamil Halik Bassah berkata, proses pemilihan yang berlangsung pada 10 Mac lalu berjalan tanpa sebarang gangguan.

Katanya, proses kiraan undi dijalankan dengan disaksikan kesemua 44 calon yang bertanding.

“Seramai 314 atau 59.92 peratus pelajar turun mengundi dengan menggunakan kaedah sama yang diamalkan dalam pilihan raya umum. Pelajar turut dicalitkan kuku dengan dakwat biru tanda sudah mengundi.

“Ini sekali gus memberikan peluang kepada pelajar yang kebanyakannya berusia bawah 21 tahun untuk merasai sendiri pengalaman mengundi ketika pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Pelajarnya, Nahar Sharif berharap supaya barisan MPP membawa satu anjakan baharu terhadap graduan INPENS.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon. Kepada yang menang, selamat memikul amanah dengan penuh dedikasi.

“Diharap MPP akan membawa satu anjakan baharu dalam memastikan graduan kemahiran INPENS menjadi rebutan dalam kalangan industri mega,” katanya.

Sebanyak 20 kerusi dipertandingkan membabitkan lima kerusi umum dan 15 kerusi sektor dalam pemilihan itu.

Categories
SELANGOR

MPP bantu hubungan mesra Kerajaan Negeri dan penduduk

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 OK : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang aktif menjadi salah satu faktor hubungan erat diantara Kerajaan Negeri dan juga penduduk, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, MPP turut memainkan peranan untuk mengenalpasti tuntutan dan isu yang dibangkitkan penduduk kerana mereka bertemu secara langsung.

“Ahli-ahli MPP ini tidak bergaji dan tidak mempunyai elaun tetap, namun sumbangan mereka di dalam mengaktifkan komuniti membantu serta mengekalkan Shah Alam menjadi bandaraya terbaik.

“Tanggungjawab yang ditunjukkan oleh ahli MPP kepada penduduk dan masyarakat ini amat membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Karnival Sukan Bendang anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Seri Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Mengulas lanjut mengenai karnival berkenaan, Amirudin berkata, usaha MBSA bersama MPP perlu dipuji atas semangat cintakan alam sekitar.

“Program sebegini dapat memupuk semangat cintakan kehijauan di kalangan penduduk, tidak semestinya acara sukan hanya diadakan di padang sahaja, namun Shah Alam bertuah kerana mempunyai taman seperti Taman Botani sekali gus membolehkan penduduknya berkumpul dalam suasana aman.

“Selain mengeratkan hubungan silaturrahim, ia juga dapat membina budaya sayangkan kehijauan yang sedia ada di Shah Alam,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

Kongsi ilmu rahsia kecemerlangan Pengerusi MPP Zon 11

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 DIS: Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 11, Imran Satiman, 37, dinobatkan selaku Johan Pengerusi MPP Terbaik Mini Zee Bee, pada Majlis Penganugerahan Anugerah Hijau Zon Bersih (Mini Zee Bee) Antara MPP Zon Shah Alam 2016/2017.

Kemenangan disambut penuh kesyukuran menyaksikan beliau membawa pulang plak dan wang tunai RM3,000 yang disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dengan menewaskan Tengku Ahmad Tengku Kasim (MPP 19) di tempat kedua dan Awang Ibrahim (MPP 8), ketiga.

Beliau yang sudah dua tahun memikul amanah itu berkata, sifat ingin belajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain yang diterapkan kepada semua masyarakat merupakan kunci utama kemenangan, di samping sokongan serta pembabitan penduduk dalam menjayakan setiap program dianjukan.

“Cabaran dihadapi adalah mencari penyelesaian masalah di kawasan kita tetapi sebaik mungkin kerana mereka sebenarnya mahu perhatian dan tindakan pantas.

“Antara masalah yang ditimbulkan adalah kutipan sampah dan kebersihan, khususnya membabitkan kontraktor yang tidak menepati jadual kutipan sampah ditetapkan,” katanya.

Kawasan yang bernaung di bawah Zon 11 adalah Taman Universiti Utama, Taman Tanjung Api-Api, Taman Kencana Indah dan Taman Khalid Al-Walid.

Katanya, penduduk mengambil inisatif sendiri untuk bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan, khususnya kawasan parit walaupun ia di bawah tanggungjawab beberapa agensi kerajaan.

Pertandingan Mini Zee Bee mula diperkenalkan MBSA sejak 2014 untuk memupuk kesedaran berkenaan kebersihan selain mengerat muafakat dalam komuniti penduduk bagi merealisasikan hasrat menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030.

Pada tahun ini, sebanyak 27 penyertaan diterima dari 24 MPP Shah Alam dengan mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori Pilihan MPP Taman Perumahan, Kategori MPP Taman Perumahan Bertingkat dan Kategori terbuka.

Categories
SELANGOR

MPP UNISEL hasrat jalin kerjasama dengan perwakilan Australia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 JULAI: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat mengadakan lawatan di samping menjalinkan hubungan bersama perwakilan universiti di Australia.

Kerjasama yang ingin dimeterai melalui memorandum persefahaman itu akan membabitkan dua universiti di Perth iaitu Curtin University dan University of Western Australia.

11822821_962869273763496_2350554723313277397_nSelain itu, mereka juga akan mengadakan beberapa program khas bersama pihak universiti di sana.

Cadangan itu turut disambut baik Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook berharap supaya wakil pelajar berkenaan mampu berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menambah baik pendidikan di UNISEL.

“Saya menyambut baik cadangan itu kerana memperlihatkan usaha proaktif berkenaan mampu meningkatkan nama UNISEL kerana kerja promosi melalui pelajar amat penting,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

1. EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

2. KAFA Menengah ‘tiket tambahan’ murid dalami pengajian agama

3. MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000

4- PKR : MPP tidak pernah gesa Abdul Khalid undur, laporan Sin Chew salah

5- PAS tidak teruja ‘duduk sebumbung’ dengan Umno, pimpinan Najib ‘racun berbisa’

6. Lagi janji ‘dicapati’ BN, manifesto bantuan pesekolahan RM150 tetapi beri RM100

7. Khalid Samad: Angkara ‘macai kangkung’, lebih 2,000 rakyat terpedaya

8. Status negara maju jadi igauan ngeri rakyat

9. Indeks pengguna pendapatan bawah RM3,000 meningkat, rakyat makin tertekan

10.Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

11.Skim Mesra Usia Emas tampil idea baru untuk manfaat warga emas

12.Pemilik premis Kampung Lembah Kinrara setuju roboh binaan