Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor terima nilai pelaburan RM22.45 bilion sejak Jan 2020

SHAH ALAM, 30 OGOS: Selangor menerima 411 projek perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM22.45 bilion bagi tempoh Januari 2020 hingga sekarang.

EXCO pelaburan, perdagangan dan perindustrian berkata dari jumlah berkenaan sebanyak RM10.43 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM12.02 daripada pelaburan asing.

“Sebanyak 27,491 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi pelaburan ini,” kata Dato’ Teng Chang Khim dalam sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu dibangkitkan wakil rakyat Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar mengenai nilai pelaburan yang masuk ke Selangor dari Januari tahun lepas hingga sekarang.

Sementara itu, mengenai usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa pelaburan di negeri ini diyakini pelabur, Chang Kim berkata pelbagai program dilaksana menerusi Invest Selangor.

“Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap telah melaksanakan sebanyak 121 program dan aktiviti bagi menggalakan aktiviti pelaburan .

“Walaupun perintah larangan ke luar negara masih berkuatkuasa disebabkan pandemik Covid-19, Invest Selangor mengambil pendekatan dengan mengadakan program virtual bersama pelabur berpontensi dari luar negara,” katanya.

Categories
EXCO SELANGOR

Sektor makanan, minuman kluster kelima penting Selangor

SHAH ALAM, 4 MAC: Sektor makanan dan minuman menjana RM18 juta nilai pelaburan selain membuka 50,000 peluang pekerjaan di negeri ini, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata kejayaan itu didorong polisi Kerajaan Negeri yang membuka ruang kepada syarikat pembuatan mengeksport produk itu ke seluruh dunia.

“Paling membanggakan apabila usahawan industri kecil dan sederhana meningkat setiap tahun.

“Usahawan mikro produk makanan dan minuman memberi impak memacu pertumbuhan ekonomi sehingga sektor tersebut menjadi kluster kelima terpenting di Selangor,” katanya pada Program ‘Pocket Talk: Industri Makanan dan Minuman Selangor 2020 di Hotel Concorde di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris dan CEO Central Spectrum (M) Sdn Bhd Mohamad Razif Abdul Wahab.

Sementara itu, Chang Khim berkata Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 hingga 17 Oktober depan menyasarkan transaksi perniagaan bernilai RM350 juta.

Katanya, acara empat hari itu membabitkan penyertaan lebih 800 pempamer dan dijangka menerima 40,000 pengunjung.

“SIBS 2020 meliputi empat acara besar iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor-ASEAN serta Ekspo R&D dan Inovasi Selangor.

“Acara sampingan termasuk Pameran Kopi & Teh Antarabangsa Malaysia, Persidangan Halal Antarabangsa Selangor dan Festival Kulinari Selangor,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor melangkaui sasaran, catat pelaburan RM16.4 bilion

SHAH ALAM, 4 DIS: Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM16.4 bilion dalam sektor pembuatan sepanjang Januari hingga September 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemakluman Lembaga Pembangunan pelaburan Malaysia (MIDA) itu sekali gus melangkaui sasaran RM10 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Katanya, jumlah itu menjadikan Selangor berada di kedudukan teratas antara negeri-negeri yang menerima pelaburan setakat suku ketiga tahun ini.

“Tahun lalu Selangor berjaya mencatatkan pelaburan terbesar sepanjang 30 tahun dengan jumlah pelaburan sebanyak RM18.9 bilion di sebalik kemelut perang dagang Amerika Syarikat-China dan kelembapan ekonomi global.

“Ini membuktikan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran Selangor, dasar mesra pelabur Kerajaan Negeri dan kemudahan infrastruktur berkualiti tinggi menjadi antara faktor penarik yang berjaya menambat hati pelabur untuk menjadikan Selangor destinasi pelaburan pilihan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amirudin berkata, Dasar Kelulusan 100 Hari yang bakal diperkenalkan pada tahun 2020 dijangka menjadi suatu lagi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempermudahkan perniagaan, menggalakkan pelaburan dan merancakkan potensi ekonomi negeri.

Katanya, kecemerlangan ini diharapkan akan menjadi pendorong kepada Kerajaan Negeri untuk terus bekerja keras bagi meneruskan tradisi Selangor sebagai paksi ekonomi Malaysia di samping menjuarai kemaslahatan rakyat.

JURNAL BERITA – KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat RM5 bilion.

1. MB: Selangor galak industri berpotensi tinggi berkembang

2. MB: Laksanakan WSIA, pelaburan Selangor tidak terjejas

3. Exco: Wanita berpeluang tambah pendapatan jadi pengasuh dari rumah

4. KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat kepada RM5 bilion

5. Tawas perkenal Teras, boleh nikmati rebat cukai

6. Perangsang Selangor salur RM14.7 juta laksanakan CSR

7. Perangsang Selangor tandatangani MOU bangun sukan bernilai RM1.8 juta

8. Hadiah RM100 untuk lepasan SPM di Kuala Kubu Bharu

9. Lebih 1000 sertai Kayuhan Malam Earth Hour MBSA

10.Kes Denggi meningkat, orang ramai patut lebih waspada

11.Town Hall Meeting tingkat kefahaman masyarakat hala tuju MPSJ

12.Salimah gesa Kerajaan Pusat sekat hiburan maksiat

Categories
NASIONAL

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Di Malaysia – INFO 12

Sinopsis:

Selangor terus mencatat sasaran negeri pelaburan tertinggi di Malaysia dengan mencatatkan jumlah pelaburan lima tahunnya berjumlah RM 48.53 bilion.Ini di ikuti dengan Sarawak kedua dan ketiga Pulau Pinang.

Nilai pelaburan tersebut turut menyumbang sebanyak 30 peratus dari jumlah pelaburan negara.