Categories
NASIONAL SELANGOR

Program pembasmian kemiskinan MPSJ menunjukkan perkembangan positif- FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 22102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKB) menunjukkan perkembangan positif apabila hasil kajian mendapati pendapatan purata peserta program terbabit meningkat.

2. Penjualan unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak, Selayang, yang dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak mula dibuka untuk jualan.

3.Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan penjimatan sekurang-kurangnya RM20 hingga RM30 billion sekiranya semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dapat dihentikan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Program basmi kemiskinan bandar MPSJ berjaya tingkat pendapatan peserta

MB MPSJ 01

SUBANG JAYA 21 OKT: Langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKB) menunjukkan perkembangan positif apabila hasil kajian mendapati pendapatan purata peserta program terbabit meningkat.

Hasil kajian MPSJ terhadap peserta program terbabit mendapati jumlah purata pendapatan bulanan mereka meningkat kepada RM1,153 berbanding kira-kira RM793 sebulan sebelum menyertai program berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu wajar diteruskan dan dicontohi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, sekali gus meningkatkan taraf hidup serta pendidikan keluarga peserta program.

MB MPSJ 02

“Usaha ini wajar dicontohi PBT lain kerana kita mesti cari jalan bagi membantu mereka tingkatkan pendapatan seperti ibu tunggal. Anak setiap peserta PBT pula, perlu kita pantau supaya mereka mendapat pendidikan sempurna,” kata Abdul Khalid dalam Majlis Anugerah Kesejahteraan Masyarakat Bandar MPSJ 2013 di Hotel Sunway Resort & SPA, di sini, semalam.

Program PKB membabitkan kelas bimbingan dan latihan kemahiran bagi membantu penduduk kawasan pentadbiran PBT terbabit meningkatkan pendapatan sampingan keluarga dengan menjual barangan yang mampu diusahakan secara kecil-kecilan tetapi memberi impak positif kepada mereka.

Antara latihan yang disediakan termasuk bengkel jahitan, jahitan manik, membuat tudung saji berhias, membaiki komputer, usahawan jambu, penyediaan kek cawan, penyediaan kek dan roti serta Program Kembali Ke Sekolah.

MB MPSJ 04

Pada 2009, MPSJ menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan program terbabit dan jumlahnya ditambah kepada RM300,000 sejak 2010 sehingga sekarang.

Pada majlis sama, pengusaha perniagaan jahitan manik, Noor Ashikin Ramli dan pengusaha tudung saji berhias, Rabitah Yusuf dianugerahkan Peserta Kesejahteraan Masyarakat Bandar MPSJ 2013.

Noor Ashikin berkata, bengkel jahitan manik itu memberi manfaat dalam mempelbagaikan rekaan jahitan yang menarik, sekali gus menarik minat pelanggan untuk membeli.

Sementara itu, Rabitah pula berkata, dia tidak menyangka perniagaan tudung saji berhias yang diusahakan secara kecil-kecilan mampu menjana pendapatan yang memuaskan untuk keluarganya.

Penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian yang bernilai RM100 kepada 20 anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan turut diadakan pada majlis berkenaan.

-NFN-