Categories
SELANGOR

Ladang Smart Selangor tingkat pengeluaran makanan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri mengambil langkah awal mengenalpasti tanah miliknya untuk dijadikan sebagai tapak pengeluaran pertanian makanan dikenali sebagai Program Ladang Smart Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri sedang melihat sudut penggunaan tanah kerana perlu bersaing dengan sektor lain seperti industri, perkhidmatan dan pembangunan.

PERTANIAN“Dari sudut guna tanah di negeri ini semakin kecil kurang daripada 40 peratus, sebab itu kita dalam usaha melihat tanah kerajaan bersesuaian untuk melancarkan program dirangka iaitu Ladang Smart Selangor.

“Ladang itu kita pajakkan kepada usahawan dan kita meletakkan kuota 30 peratus untuk Agro Generasi Muda Selangor (Agro GEMS),” katanya.

Katanya, menurut laporan statistik Selangor mengalami masalah kekurangan bekalan makanan.

Antaranya pengeluaran padi dan beras hanya boleh membekalkan kepada penduduk di Selangor sebanyak 30.65 peratus, buah buahan 21.43 peratus, sayur sayuran 27.96 peratus dan hanya kelapa telah mencapai 104 peratus.

“Manakala dari sudut penternakan kita hanya mampu membekalkan daging lembu sebanyak 3 peratus, susu lembu 1.3 peratus, kambing 2.2 peratus, ayam dan itik 40.4 peratus dan telur ayam sahaja melebihi 120 peratus.

“Jadi Kerajaan Negeri mencari alternatif meningkatkan pengeluaran dengan memberi peluang kepada usahawan dan belia melalui Ladang Smart Selangor yang kita dalam proses diperingkat akhir,” katanya.

Beliau berkata beberapa kawasan sudah dikenalpasti untuk tujuan itu.

“Kita laksanakan program itu antaranya di daerah Gombak yang bakal dilancarkan, manakala di daerah lain masih diperingkat penilaian,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Generasi muda perlu ubah persepsi negatif bidang pertanian

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MAC: Lebih 300 belia menyertai Seminar Usahawan Agro Generasi Muda Selangor (AGRO GEMS) anjuran Jawatan Kuasa Permodenan dan Industri Asas Tani Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani, Zaidi Abdul Talib, berkata seminar itu diadakan bagi memperkasakan usahawan tani sedia ada dan melahirkan lebih ramai usahawan di sektor pertanian dari kalangan anak muda.

CP2A3094“Objektif kita untuk menarik lebih ramai minat anak muda dan membuka minda dalam sektor pertanian yang dapat menjana pendapatan lumayan.

“Kerana kita sudah ada testimoni anak muda yang berjaya dalam industri pertanian dan penternakan yang kini dapat mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit disamping membantu meningkatkan sektor pertanian di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Seminar Agro GEMS di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, di sini hari ini.

Zaidy berkata, masih ramai anak muda yang masih tidak yakin dengan industri pertanian dan hanya bergantung kepada sektor pekerjaan yang semakin kecil.

PERTANIAN“Kefahaman anak muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya tetap tidak mampu menyara diri kerana kos sara hidup tinggi dengan kegawatan ekonomi.

“Melalui usaha Kerajaan Negeri melaksanakan program Agro Gems inilah peserta yang hadir diberi galakan, sokongan dan bantuan bersesuaian khususnya dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan/

“Diharap seminar ini dapat menyuntik semangat anak muda untuk lebih gigih mengembangkan industri pertanian yang masih kekurangan pengeluarannya di negeri ini,” katanya.

Turut hadir Penolong Pengarah Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Selangor, Zurkimin Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah, Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Azlisha Ab Aziz.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Berani ceburi bidang pertanian, kikis tanggapan negatif

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 MAC : Rakyat digesa supaya lebih lebih terbuka dan berani melibatkan diri dalam industri pertanian dengan mengubah tanggapan negatif mengenainya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tanggapan bahawa sektor pertanian hanya untuk masyarakat termiskin perlu dikikis.

PERTANIAN“Warga Selangor perlu melihat semula definasi pertanian itu kerana sudah lama kita berbicara soal pertanian, minda kita sering dikaitkan dengan soal kemiskinan sahaja.

“Sebab itu sudah sekian lama generasi muda kurang berminat untuk meneruskan tradisi ibu bapa yang menyuburkan tanah milik Allah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, golongan muda disaran terlibat secara langsung dengan industri pertanian yang mampu memberikan pulangan terbaik sekiranya dilaksanakan secara konsisten.

“Kita boleh meneliti secara konsisten bidang ini memberikan pulangan tinggi dengan belajar dari Amerika Syarikat dan Jepun apabila mempertahankan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama negara,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor sumbang 42.7% hasil pertanian negara

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 MAC : Selangor menerajui pengeluaran terbesar hasil pertanian negara apabila menyumbangkan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada jumlah keseluruhan keluaran pertanian negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun keluasan tanah bagi membangunkan sektor itu tidak serancak negeri lain kejayaan itu didorong penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian negeri.

PERTANIAN“Hanya keluasan tanah seluas 19,857 hektar sahaja, tidak bermakna kita memerlukan keluasan tanah (bagi tujuan pertanian) yang besar seperti negeri Sarawak, Pahang atau Kedah untuk bangunkan sektor ini.

“Tetapi dengan penggunaan teknologi terkini yang moden dan canggih serta menggunakan inovasi dalam sektor pertanian, produktiviti boleh ditingkatkan dan peluang pekerjaan dapat disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, pagi ini.

Mohamed Azmin berkata, Selangor juga menguasai hasil pengeluaran padi negara dengan pengeluaran sebanyak 6.4 juta tan setahun sekaligus membuktikan industri pertanian di negeri itu mampu berdaya saing di peringkat global.

Katanya, komitmen itu dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya industri pertanian berkembang baik dengan mengambil pendekatan digunakan negara luar.

“Melihat pengalaman Belanda yang terlalu kecil negaranya tetapi mampu menjadi pengeluar makanan (pertanian) kedua terbesar di dunia.

“Ini kerana kemahiran teknologi digunakan, saya percaya pertanian Selangor juga boleh ditingkatkan selepas ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sertai Seminar Pertanian 26 Mac luas rangkaian

OLEH : HAFIZAN TAIB

TANJONG KARANG, 21 MAC: Usahawan dan generasi muda pertanian di Selangor boleh menggunakan kesempatan menghadiri Seminar Usahawan Agro Generasi Muda bagi menimba ilmu untuk kemajuan diri.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata seminar terbabit bermanfaat kerana mengumpulkan semua usahawan tani berjaya serta baru untuk berkongsi idea dan pengetahuan dalam bidang diceburi.

PERTANIAN“Terdapat di kalangan mereka yang berjaya dengan pendapatan tinggi hingga mengeksport hasil ke luar negara manakala ada yang masih baru.

“Apabila dianjurkan seminar dan semua hadir maka mereka dapat membina jaringan komunikasi selain boleh bertukar pandangan kerana ada di kalangan belia menceburi pertanian tetapi kurang pendedahan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Seminar terbabit bakal diadakan di Carlton Holiday Hotel and Suites, Seksyen 13, Shah Alam pada 26 Mac ini dan ia dihadiri peserta dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dari seluruh Selangor.

Beliau berkata, seminar dianjurkan buat kali kedua itu antara lain untuk menarik minat golongan belia bagi menceburi bidang pertanian yang selama ini dipelopori generasi terdahulu.

Katanya, segala pendedahan diberikan dalam program itu agar generasi muda beroleh maklumat berguna mengenai bidang pertanian.

“Pertanian dengan keadaan tanah dan teknologi sedia ada menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan sepenuh masa dan pada masa sama boleh menjalankan aktiviti lain bagi menambah pendapatan.

“Dengan seminar sebegini mencambahkan minat generasi muda menceburi dan memajukan diri dalam pertanian,” katanya.

Beliau berkata, dengan kehadiran peserta seminar, pihaknya juga boleh mengenal pasti golongan layak dibantu terutama pertanian dijalankan di tanah sendiri atau pajakan yang memerlukan suntikan modal atau teknologi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pertanian bandar bantu rakyat atasi kos sara hidup

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Pertanian Selangor giat mempromosi pertanian bandar dalam usaha membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.

Pengarahnya, Mohamad Idrus Ab. Hamid, berkata orang ramai digalakkan mengaplikasi konsep laman dapur dan ‘edible landskap’ di kediaman mereka.

PERTANIANKatanya, menerusi konsep itu, rakyat bukan sahaja dapat menanam tanaman hiasan malah berpeluang mengintegrasikan landskap taman dengan tanaman sayuran dan herba.

“Hari ini, harga barangan keperluan seperti makanan semakin meningkat.

“Dengan alternatif penanaman tanaman sayuran, rakyat dapat manfaat dari segi penjimatan dan kesihatan.

“Malah, jika terdapat lebihan, mereka juga berpeluang jana pendapatan,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika Majlis Perasmian Karnival Agrikultur Selangor 2016 di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Pemangku Pegawai Daerah Gombak, Shahrul Ezad Samsudin.

Pada masa sama, Idrus berkata, penjenamaan Kampung Melayu Sungai Buloh sebagai Hub Bunga Selangor diyakini mampu melonjakkan kawasan itu sebagai tumpuan utama industri florikultur.

“Diharap ia dapat menjadi tumpuan kepada peminat landskap, bunga-bungaan dan tanaman hiasan di Selangor.

“Seterusnya menjadi tarikan kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk berbelanja di sini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

RM40.4 juta tingkat ekonomi nelayan, petani dan penternak

Oleh: SYASYA SUFIAN

KUALA SELANGOR, 14 DIS: Kerajaan Negeri sudah memperuntukkan RM40.48 juta untuk pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunana teknologi yang berinovasi.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pada 2016 menjadi fokus utama untuk merevolusikan pembangunan desa dan luar bandar.

yb zaidi tani“Ia sebagai tanda komited untuk menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur di luar bandar.

“Sebanyak RM10 juta untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan kampung dan RM5 juta untuk kemudahan asas desa termasuk baik pulih balai raya serta jambatan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Program Pelepasan Ikan dan Cabaran Memancing Ban Canal 2015 di Sawah Sempadan, Kuala Selangor, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM5.56 juta untuk ekonomi nelayan, petani dan penternak di Selangor.

Zaidy berkata, bantuan kepada nelayan pantai atau nelayan tradisional, kerajaan sudah melaksanakan program bantuan dari sampan, enjin bot, jala serta peralatan menangkap ikan.

“Sejak 2012, lebih 600 nelayan menerima bantuan melibatkan peruntukan RM2 juta.

“Manakala pada tahun ini, sebanyak RM1.3 juta dibelanjakan untuk Program Bantuan dan Akuakultur Selangor,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Karnival Jelajah Tani buka mata anak muda ceburi pertanian

Oleh: SYASYA SUFIAN

KUALA SELANGOR, 13 DIS: Karnival Jelajah Tani berjaya menarik minat belia menceburi bidang pertanian sebagai salah satu pendedahan menjana pendapatan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan program Usahawan Agro Generasi Muda (Agro Gem) buat para belia khususnya.

pertanian“Masih ramai anak muda yang tidak mendapat pendedahan bahawa melalui pertanian mereka boleh mendapat hasil yang lumayan.

“Agro Gem itu sememangnya menfokuskan anak muda kerana kemelut ekonomi yg kita hadapi pada hari ini kadar pengangguran semakin tinggi,” katanya

Katanya, hasil daripada kajian usahawan pertanian penternak dan nelayan kini berjaya dengan industri dan mampu menerima hasil lumayan.

Selain itu, Zaidy berkata untuk masyarakat bandar dan orang ramai kini boleh sertai program Kebun Komuniti dengan bercucuk tanam.

“Lebih 10 peserta menyertai program itu dan dan kini membuahkan hasil untuk dinikmati disamping dapat mengurangkan kos sara hidup.

“Program tersebut dipantau dan dibimbing oleh Jabatan Pertanian Selangor di peringkat daerah masing-masing,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan pertanian dan penternakan 2016 meningkat RM5.65 juta

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 NOV: Peruntukan pembangunan untuk bantuan nelayan, petani dan penternak bagi 2016 meningkat kepada RM5.65 juta.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peruntukan 2015 bernilai RM3.2 juta.

Katanya, bagaimanapun bantuan tidak disalurkan melalui pinjaman wang sebaliknya melalui peralatan dan sokongan bagi meningkatkan hasil.

ZAIDY“Contohnya bagi sektor perikanan, kita akan berikan bantuan seperti bot, enjin dan pukat untuk kemudahan nelayan.

“Untuk petani, biasanya kita akan bekalkan peralatan dna benih, manakala penternak pula contohnya mendapat bantuan membina pagar bagi menjaga ternakan mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas bantuan kewangan disediakan Kerajaan Negeri kepada golongan nelayan, petani dan penternak di Selangor.

Zaidy berkata, bantuan kewangan dan pinjaman masih boleh didapati menerusi portfolio kerajaan prihatin dan program Hijrah.

“Jika memerlukan sokongan kewangan, mereka boleh mengikut saluran lain yang ada di negeri ini.

“Kita juga menggalakkan partisipasi Bank Agro dalam memberikan bantuan dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan juga layak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peruntukan tingkat taraf hidup petani

KUALA LANGAT, 22 NOV: Kebanyakan rakyat menyambut baik usaha Kerajaan Selangor membantu dalam memberikan tumpuan kebajikan kepada petani, penternak dan nelayan di negeri itu.

Peniaga pasar tani, Ahmad Razali Mastuki, 37, berkata peruntukan yang diberi Kerajaan Negeri dapat membantu petani kecil di kampung mengembangkan lagi pertanian mereka.

IMG_1494“Yang lebih utama dapat membantu mempertingkatkan pendapatan, di samping memperkembangkan ilmu dalam asas tani,” katanya.

Sementara itu, pembantu veterinar, Mohd Asmawi Mohd Tayib, 34, berkata untuk mendekati petani adalah lebih efektif melalui Jawatan Kuasa Kampung (JKK) dan penghulu.

“Sebab mereka lebih mengenali siapa petani sebenar dan mengetahui masalah yang sering dihadapi adalah cara memasarkan produk pertanian dengan lebih berkesan.

“Saya berharap dengan peruntukan yang diberi, kerajaan dapat mengusahakan premis yang bersesuaian untuk petani memasarkan produk dengan harga mampu milik,” katanya,

Bagi Mat Shukor Sulaiman, 27, keprihatinan Kerajaan Negeri memberi tumpuan yang lebih pada sektor asas tani harus dipuji.

“Pertanian dan penternakan adalah pengeluar makanan terpenting di negeri ini. Seharusnya jaga kebajikan supaya hasil pengeluaran dapat diperkembangkan terutama dalam Selangor,”katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Program usahawan agro muda bendung trend tanah dipajak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUL: Program Usahawan Agro Generasi Muda diadakan bagi memastikan setiap tanah pertanian diusahakan generasi sebelumnya diteruskan sendiri waris mereka dan bukannya dipajakkan untuk diusahakan pihak ketiga.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata usaha itu bagi mengurangkan kebergantungan sumber makanan dari import.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (12)“Kita dapati ada perkembangan kurang menarik apabila petani generasi lama kebanyakan sudah tua dan ada diantara mereka memajakkan tanah mereka kepada pihak ketiga termasuk orang luar Selangor untuk mengusahakannya.

“Penglibatan generasi muda ini kami anggap penting bagi memastikan golongan ini dapat mewarisi usaha pertanian dijalankan ibu bapa mereka sebelumnya sekaligus menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang mampu memberi pulangan menarik,” kata Zaidy ketika dihubungi Selangor Kini.

Jelas beliau antara langkah sudah diambil dalam program terbabit termasuk mengadakan Seminar Usahawan Agro Generasi Muda Selangor di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam pada 31 Mei lalu.

Katanya lagi, antara isi kandungan seminar yang dihadiri 186 perserta itu, pendedahan testimoni kejayaan usahawan agro lain, pembentangan kertas kerja daripada jabatan-jabatan pertanian dan perikanan, pendedahan mengenai pinjaman yang boleh diperolehi dan lain-lain.

Pihak beliau turut menemuduga peserta bagi mengenalpasti mereka yang mempunyai potensi sebagai usahawan muda agro yang boleh dibantu.

“Setakat ini kami sudah kenalpasti 40 usahawan agro muda dan dijangkakan hujung bulan ini selesai proses turun padang, menemuduga dan mengenalpasti bentuk bantuan diperlukan usahawan muda yang dipilih.

“Antara keutamaan kami, pertanian diusahakan di atas tanah sendiri dan sudahberkecimpungan dalam bidang pertanian,” kata Zaidy lagi.

Tambah Zaidy, 40 usahawan agro muda yang dipilih kebanyakkan melibatkan diri dalam bidang pertanian mitigasi, penternakan lembu dan kambing dan tanaman kontan lain.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor perlu tumpu 3 teras utama tingkat hasil padi

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 17 FEB: Hasrat Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun mampu direalisasikan dengan menumpukan tiga teras utama merangkumi bekalan air, kejenteraan yang mencukupi dan pelaksanaan projek perintis.

Mantan Penasihat Pertanian Perbadanan Menteri Besar (MBI), Noorazimah Taharim berkata, projek perintis diperlukan dalam usaha seumpama itu bagi memastikan keberkesanan kejuruteraan dan kemampuan modal insan.

padi_sabak_01“Pelaksanaan projek perintis itu perlu dilakukan dalam skala yang besar sekurang-kurangnya semua lot sawah sepanjang satu tali air.

“Mustahil untuk laksanakan projek perintis pada skala kecil kerana keperluan padi di setiap tali air itu berbeza.

“Maklum balas projek perintis dapat membantu perancang untuk pelaksanaan seterusnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang juga mantan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor itu berkata, Kerajaan Negeri dan pihak terlibat akan menerima maklum balas berhubung kemampuan bekalan air menerusi projek perintis berkenaan.

buku sri padi organik 02Katanya, ia juga memberi pendedahan dan kesempatan kepada perancang untuk meneroka kaedah penanaman yang berbeza dalam situasi kecukupan pengairan berbeza.

Selain itu, masalah serangan perosak, kesuburan tanah, kemampuan penghasilan padi dan komitmen pesawah boleh ditangani di peringkat awal sebelum dilaksana secara menyeluruh.

“Selangor mempunyai kelebihan dari sudut kejenteraan dan sistem pengurusan padi yang lebih baik berbanding negeri lain.

“Namun, Selangor perlu memastikan bekalan air sampai ke semua petak sawah pada masa yang diperlukan untuk laksana usaha besar ini.

benih_padi_KSelangor_hires-WEB BARU“Kejuruteraan juga perlu ditingkatan iaitu mesin penyediaan tanah dan tuai hasil mesti ada pada masa yang diperlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Noorazimah berkata, usaha besar meningkatkan hasil padi itu juga perlu disertai dengan kesungguhan dan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan pesawah.

“Pesawah Selangor juga terdedah dengan beberapa teknik penanaman padi dan saya yakin mereka mampu menukar kaedah penanaman apabila keperluan timbul,” katanya.

-NFN-