Categories
SELANGOR

Pengelasan jenis tanaman, tingkat produktiviti pertanian negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 SEPT: Inisiatif pengelasan jenis tanaman pertanian dilaksanakan secara efektif bagi menghasilkan hasil tani berproduktiviti tinggi.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata prosedur tersebut digerakkan bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian negeri.

“Kekangan guna tanah pertanian kini dalam rekod saya sebanyak 36.9 peratus yang mana meliputi 80 peratus hasil tanaman getah dan kelapa sawit.

“Kita akui pertambahan penduduk, mendorong kepada penyusutan tiga peratus tanah negeri yang akan dibangunkan untuk tujuan pembangunan.

“Jadi inisiatif pengelasan tanaman menerusi penggunaan teknologi moden mampu menjana kepada hasil lebih positif,” katanya kepada SelangorKini.

Ketika ini, Selangor tidak memiliki tanah pertanian bersesuaian untuk dibangunkan sebagaimana negeri-negeri di Malaysia seperti Kedah, Perlis, Johor dan Sarawak.

Mengakui perkara itu, Zaidy berkata Kerajaan Negeri menghadapi cabaran terbesar bagi mencari ruang tanah pertanian baru ke arah menjana pertumbuhan industri itu.

“Bakinya terlalu kecil dan sedikit. Keadaan itu menjadi kekangan kita kerana tanah dikategorikan sebagai zon pertanian kini dihimpit pembangunan.

“Namun diharap inisiatif digerakkan ini mampu membantu petani mengeluarkan hasil pertanian mereka,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Jelajah Infratani: Kerajaan Negeri kongsi input dasar pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUANG, 3 SEPT : Pendedahan prospek pertanian negeri didedahkan secara terus kepada masyarakat menerusi penganjuran Program Karnival Jelajah Infratani.

Program di bawah gerak kerja Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib itu dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh negeri.

“Program ini bukan sekadar menjurus kepada program pertanian, namun pengunjung juga turut diberi penerangan terhadap kemudahan dan infrastruktur lain.

“Selain itu, tujuannya sebagai platform kepada rakyat untuk bertemu seluruh agensi kerajaan dan bertanya sebarang maklumat dan aduan kepada agensi terlibat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat DUN Kuang di sini, hari ini.

Berapa agensi kerajaan terlibat sepanjang karnival berlangsung antaranya, Jabatan Pertanian Negeri, Lembaga Urus Air Selango (LUAS), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Perbadanan Kemajuan Pertanian dan banyak lagi.

tani1Pameran dan program penerangan turut disediakan sepanjang karnival yang diharap mampu memberi pendedahan kepada umum.

Dakam perkembangan itu, Zaidy turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas peringkat DUN Kuang kepada 20 penerima.

Skim Mesra Usia Emas merupakan sebahagian daripada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan memastikan masyarakat berpendapatan rendah dibantu.

EZY

Categories
SELANGOR

65 peserta AGROGEMS terima bantuan hampir RM1 juta

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Hampir RM1 juta diterima 65 peserta Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) sehingga kini.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
, Zaidy Abdul Talib, berkata bantuan berjumlah RM942,132 itu diberikan dalam bentuk peralatan pertanian.

“Golongan ini adalah mereka yang sudah memulakan projek pertanian seperti tanaman cili, sayuran dan buah-buahan, ternakan lembu dan kambing serta penternakan ikan (akuakultur),” katanya.

Beliau berucap demikian ketika perasmian penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di Carlton Holiday Hotel & Suites di sini, pada 26 Ogos lalu.

Zaidy berkata, pelbagai kursus dan latihan boleh disertai sesiapa yang berminat menceburi sektor pertanian.

“Terutama bagi generasi muda yang belum memulakan projek pertanian tetapi berminat dan berpengalaman.

“Terdapat kursus dan latihan tanaman berkonsepkan fertigasi, penternakan kambing dan ikan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelan induk pembangunan atasi kekurangan kawasan pertanian baru

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pelan Induk Pembangunan Pertanian jangka panjang dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri menangani kekurangan kawasan pertanian baru.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abd Talib, berkata kaedah tersebut diwujudkan ekoran rungutan petani membabitkan beberapa faktor yang menghalang pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Sebagai negeri perindustrian dengan mempunyai jumlah penduduk tinggi, ia memberi cabaran sektor pertanian kerana isu tanah menjadi faktor paling utama.

“Namun dengan pelan ini, kita berharap ia merangkumi aspek penggunaan tanah optimum dan mampu menjana hasil tani tinggi melalui penggunaan teknologi dan konsep pertanian moden,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataannya sempena penganjuran Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi (ASAS), pada 26 Ogos lalu.

Dalam perkembangan itu, Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi merupakan lanjutan kepada pelaksanaan Program Agrogerms 2015.

26 peserta dipilih dari kelompok pertama petani muda yang berpotensi dan mempunyai pengalaman untuk membantu meningkatkan hasil pertanian negeri.

Program berkenaan juga merupakan sebahagian daripada insiatif Kerajaan Negeri merancakkan lagi prospek pertanian negeri melibatkan golongan generasi muda.

EZY

Categories
SELANGOR

Pertanian Selangor sumbang RM2.8 bilion

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor pertanian Selangor mencatatkan purata 1.7 peratus bersamaan RM2.8 bilion sejak 2008 hingga 2013.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata jumlah itu termasuk pengeluaran sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

Katanya, kedua-duanya merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman di negeri ini.

“Selangor juga menyumbang sekitar 5.2 peratus dari segi KDNK kepada negara berbanding Sabah yang menyumbang 17.8 peratus,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika perasmian penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di Carlton Holiday Hotel & Suites di sini, pada 26 Ogos lalu.

Zaidy berkata, Selangor kekal sebagai penyumbang tertinggi KDNK negara dengan sumbangan 24 peratus.

“Jumlah berkenaan termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan lain-lain,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Ladang Smart Selangor, 30% tanah pertanian baru sasar golongan muda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 OGOS : Petani muda yang ingin terlibat dalam aktiviti pertanian kini dibantu Kerajaan Negeri menerusi Program Ladang Smart Selangor.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abd Talib berkata, tumpuan inisiatif tersebut memfokuskan usaha ke arah merancakkan lagi aktviti pertanian melibatkan golongan muda.

“Generasi muda yang belum memulakan projek pertanian tetapi berminat dan berpengalaman, program, kursus dan latihan giat dilaksanakan.

“Ini termasuklah program Ladang Smart Selangor, yang mana sekurang-kurangnya 30 peratus peruntukan kawasan baru pertanian dikhaskan kepada generasi muda terpilih,” katanya.

Beliau bercakap pada Majlis Penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi (ASAS) 26 Ogos lalu, dengan penyertaan seramai 26 peserta berkelayakan dari seluruh negeri.

Dalam perkembangan itu, Zaidy berkata program Pasar Agro Smart Selangor pula diperkenalkan sebagai inisiatif memasarkan hasil pertanian petani muda.

“Pemasaran hasil pertanian juga dibantu dengan penglibatan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti FAMA dan pembelian (hasil) kontrak,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Kebun Komuniti, urus tanah pertanian terbiar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pengurusan tanah pertanian terbiar seluruh negeri dibangunkan menerusi program Kebun Komuniti secara efektif dan bersistematik.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tanah pertanian berpontesi dibangunkan demi manfaat jangka panjang kepada perolehan hasil dan penjanaan ekonomi negeri.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan setiap inci tanah milik Kerajaan Negeri terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan.

“Tujuannya untuk mengeluarkan hasil tanama makanan secara berkelompok dengan menggunakan teknologi pertanian yang moden.

“Sebagai contoh tanaman berkonsepkan fertigasi memandangkan keluasan tanah di kawasan bandar amat terhad,” katanya.

Beliau mengulas inisiatif berterusan Kerajaan Negeri membangunkan prospek tanah pertanian dilihat berpontensi untuk menjana peluang ekonomi negeri.

ZAIDY ARGOSebelum ini, Kerajaan Negeri konsisten merancakkan pembangunan pertanian negeri menerusi pelbagai langkah produktif dan pelan jangka panjang.

Ini termasuklah pembentangan Belanjanwan 2016 oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang memberi tumpuan kepada industri pertanian seluruh negeri.

Sehingga kini, sebanyak 156 hektar tanah pertanian seluruh negeri mula dibangunkan untuk menanam beberapa jenis tanaman pertanian termasuklah di bawah Projek Pertanian Bersepadu.

EZY

Categories
SELANGOR

Agro Forestry bantu peneroka Hutan Simpan Templer terus bertani

OLEH AFIX REDZUAN

SELAYANG, 6 OGOS: Kerajaan Negeri berusaha membantu beberapa peneroka di kawasan Hutan Simpan Templer mendapatkan pengesahan taraf pertanian memandangkan ketika ini mereka menjalankan aktiviti itu di kawasan rizab hutan simpan.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tanah itu sudah diteroka sejak 1985 dan lebih 100 ekar daripadanya sudah diusahakan.

“Kita nak menyelesaikan terus permasalahan rakyat di Hutan Templer atau lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching. Ia hutan simpan kekal dirizabkan pada 1995 walhal ia sudah diteroka untuk aktiviti pertanian sejak 1985 lagi.

“Mereka tidak dapat menyelesaikan pemilikan hak milik. Hampir 100 ekar sudah ditanam pelbagai jenis pokok dan kawasan itu masih rizab hutan. Kita tidak galakan supaya ia ditarik keluar,” katanya.

IMG20160806124644Beliau berkata, konsep Agro Forestry mungkin digunapakai supaya hutan itu kekal sebagai rizab Kerajaan Negeri tetapi pada masa sama peneroka masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti pertanian.

Difahamkan lebih 50 peneroka terdiri daripada pesara tentera melakukan aktiviti pertanian serta akuakultur di situ namun latar belakang mereka dinilai terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Selain itu, beliau menggalakkan orang ramai yang berminat mengusahakan aktiviti pertanian mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Zaidy sebelum itu merasmikan Karnival Jelajah Infratani peringkat DUN Taman Templer di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Katanya, jelajah ini merupakan langkah hebahan kepada umum penganjuran pameran pertanian terbesar, Agrofest Selangor 2016 yang bakal berlangsung 20 hingga 23 Oktober depan di Pantai Morib.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kepada 100 penerima #SmartSelangor Food Stamp dan Skim Mesra Usia Emas SMUE.

Beliau turut melawat beberapa gerai pameran disediakan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Petanian Negeri Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

AGROGEMS galak generasi muda ceburi bidang pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 OGOS : Kerajaan Negeri mengalakkan pembabitan generasi muda menceburi bidang pertanian khususnya di kawasan bandar menerusi insiatif keberkesanan program AGROGEMS.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abbdul Talib, program tersebut membuka peluang kepada generasi muda untuk memulakan projek pertanian.

“Program ini bertujuan untuk mengenalpasti generasi muda yang memulakan projek pertanian seterusnya dibantu dari segi bantuan peralatan atau kursus latihan.

“Tujuannya untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti produk pertanian yang diusahakan golongan ini.

“Manakala bagi yang belum memulakan projek pertanian, tetapi berminat mereka juga diberikan pendedahan menerusi program seminar dan kursus bersesuaian,” katanya.

AGROGEMS adalah singkatan kepada Program Agro Generasi Muda yang dilaksanakan sejak tahun lalu menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai suntikan awal menjayakannya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri juga mewujudkan Program Ladang #SmartSelangor kepada masyarakat untuk mendapatkan kefahaman dalam konteks pertanian negeri.

“Program ini diwujudkan kepada semua golongan termasuk generasi muda yang berpengalaman, berpengetahuan dan beminat untuk menceburi bidang pertanian tetapi tiada tanah untuk dimajukan.

“Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan kawasan pertanian dibuka kepada golongan generasi muda melalui program AGROGEMS,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Belia minat pertanian dibantu kewangan & latihan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OGOS: Belia yang berminat menjadikan pertanian sebagai kerjaya berpeluang menerima bantuan kewangan tidak melebihi RM30,000.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata bantuan itu diberikan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang sudah memulakan projek.

“Kita mahu membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil projek diceburi,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berhubung galakan kepada belia untuk menceburi bidang pertanian.

Zaidy berkata, tiga program utama turut diwujudkan bagi tujuan galakan termasuk Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Komuniti.

“Bagi mereka yang belum memulakan projek pertanian, kita juga anjurkan seminar dan kursus latihan.

“Antaranya, Program Kursus Tanaman Berkonsepkan Fertigasi, Penternakan Kambing dan Ayam Pedaging, Penternakan Ikan Air Masin dan Tawar dan Penternakan Lebah Kelulut,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Raih peluang ceburi bidang pertanian dan penternakan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MAC: Generasi muda disaran merebut peluang dengan menceburi bidang pertanian dan penternakan yang dapat memberi peluang pulangan lumayan.

Pengusaha Cili Fertigasi dan Madu Kelulut, Muhammad Syafiq Musa, 27, berkata beliau menceburi bidang pertanian hampir setahun di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

“Seminar Agro Generasi Muda Selangor (GEMS) pada hari ini saya manfaatkan untuk menambah lagi ilmu tentang cara betul dalam sektor pertanian, peluang pemasaran terbuka dan teknologi terkini untuk mengembangkan lagi.

“Saya yakin bidang pertanian ini mampu mengubah nasib nasib anak muda jika mereka gigih berusaha dan tidak bergantung pada makan gaji.

“Matlamat saya apabila perniagaan dapat dikembangkan, saya ingin tarik anak muda bekerja bersama sama dan melihat sendiri peluang pertanian ini juga luas dan membuahkan hasil lumayan,” katanya kepada Selangor Kini sewaktu Seminar Agro GEMS di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, di sini hari ini.

Pekerja Swasta, Shamsul Anuar Awaluddin, 35, berkata melalui seminar anjuran Jawatan Kuasa Permodenan dan Industri Asas Tani Selangor itu beliau mendapat pendedahan lebih meluas tentang industri asa tani.

“Saya belum memulakan sebarang pertanian tetapi saya mempunyai sebidang tanah yang mungkin boleh saya usahakan, jadi saya ambil peluang untuk sertai seminar ini mencari apa pasaran di Selangor yang kurang dan boleh saya usahakan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Management and Science Universiti (MSU), Nawal Mohd Radzi, 22, berkata beliau bersama keluarga bercadang untuk mengusahakan tanah di kampung supaya dapat hasil yang boleh dimanfaatkan.

“Sebelum memulakan sebarang langkah awal pertanian, saya memerlukan ilmu yang cukup dalam bidang pertanian.

“Agro GEMS ini memberi kami peluang dan langkah yang betul untuk memulakan pertanian.

“Selain itu, saya bercadang membuka restoran makanan sendiri jadi dengan adanya penghasilan tanaman sendiri saya dapat menjaga kualiti makanan yang sihat memandangkan saya kini dalam jurusan kulinari,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Bekalan air dipastikan cukup tidak jejas pertanian

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memainkan peranan penting memastikan bekalan air mencukupi khususnya kawasan padi.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata dengan keadaan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian di negeri itu.

Suhu-panas-eksterm-416x250“Bagi kawasan padi yang ditanam peringkat awal sememangnya memerlukan air yang banyak.

“Kerajaan Negeri bersama JPS akan memastikan bekalan air dapat dibekalkan dengan cukup kepada sawah,” katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, katanya petani diharap bersabar dengan dugaan dan cabaran cuaca panas ini serta mengambil langkah wajar menjaga kesihatan.

“Petani dinasihatkan mengurangkan aktiviti di ladang sewaktu panas terik kerana walaupun mereka perlu memantau hasil tanaman dan ladang tetapi penjagaan kesihatan perlu diutamakan,” katanya.

EZY