Categories
AGENDA NASIONAL

Vaksin: 201,716 dos penggalak disuntik semalam

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 23,155,545 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Vaksin: 39,463 dos penggalak disuntik semalam

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6 peratus atau 2,756,306 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 40,729 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,745,456 dos dengan 6,329,155 daripadanya adalah dos penggalak.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

86.9 peratus populasi remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Sebanyak 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,758,472 individu atau 97.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

86.4 peratus remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Seramai 2,719,106 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,828,401 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,714,044 individu atau 97 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,044,061 atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 125,927 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,417 dos pertama, 6,721 dos lengkap serta 114,789 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,960,016 dos.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

94.4 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas.

— BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

93.8 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 47,838,886.

Sementara itu, 2,662 dos penggalak kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 21,477.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 806,330 individu atau 25.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,463,207 individu atau 78.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

89.7 peratus penduduk dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Malaysia mencatat 89.7 peratus populasi dewasa atau 21,003,074 orang telah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (9 Okt), menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus hanya berbaki 0.3 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan disiarkan portal COVIDNOW, sebanyak 94.7 peratus atau 22,176,018 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 83,443 dos suntikan vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa melibatkan 8,236 suntikan dos pertama, manakala 75,207 lagi dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lalu meningkat kepada 43,067,793.

Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam sebanyak 204,536 atau 6.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 71.5 peratus atau 2,248,867 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

88 peratus penduduk dewasa lengkap terima vaksin

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal Covidnow, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573,891 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,759.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

87.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Sebanyak 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.4 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal Covidnow, 94.3 peratus atau 22,081,548 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, seramai 108,826 atau 3.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 206,574 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 96,024 dos pertama dan 110,550 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,352,079 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 14 kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripada jumlah itu membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,683.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

30.1 peratus daripada 2.53 juta pelajar terima dos pertama vaksin

MELAKA, 26 SEPT: Sebanyak 30.1 peratus daripada keseluruhan 2.53 juta murid berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga 4.4 peratus murid telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 yang dilaksanakan di 687 pusat pemberian vaksin (PPV) awam, sekolah, institusi pengajian tinggi, klinik kerajaan dan balai polis.

“Sebanyak 63.3 peratus daripada 834,857 murid berusia 16 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama manakala 10.9 peratus daripada 1.64 juta murid berusia 12 hingga 15 tahun mendapat dos pertama mereka.

“Secara keseluruhan program pemberian vaksin melibatkan murid dan pelajar sekolah di seluruh negara berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPV Encore Melaka sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Kota Syahbandar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Senator Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Dr Mohd Azam Ahmad.

Mengulas lanjut Mah berkata di Melaka, sebanyak 50.1 peratus daripada 26,683 murid berusia 16 hingga 17 tahun telah mendapat dos pertama manakala bagi murid berusia 12 hingga 15 tahun, sebanyak 11.5 peratus daripada 51,284 murid telah menerima dos pertama di sembilan PPV awam melibatkan 76 sekolah menengah.

Beliau berkata pihaknya menerusi Jabatan Pendidikan Negeri sedang melakukan pelbagai usaha untuk menggalakkan lebih banyak ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Kita masih berada di peringkat awal PICK Remaja ini dan kita sedang memantau pelaksanaan program ini untuk melihat usaha yang boleh dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai murid menerima vaksin,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai sasaran awal apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap vaksinasi hari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitter rasminya.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap vaksinasi. Teruskan usaha kita perangi COVID-19,” katanya yang turut menyertakan tanda pagar #LindungDiriLindungSemua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas untuk memberikan vaksin kepada orang ramai dalam usaha membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.

Di Facebook rasminya pula, Ismail Sabri menyifatkan kejayaan itu adalah hasil pengorbanan para petugas barisan hadapan dan sokongan seluruh Keluarga Malaysia.

“Hasil pengorbanan para petugas barisan hadapan dan sokongan jitu seluruh Keluarga Malaysia dalam mendapatkan vaksin, tidak mengira tua atau muda, baik yang di kota, juga yang di desa, kadar vaksinasi (dewasa) negara akhirnya telah mencapai 80 peratus populasi.

“Tahniah, ini adalah kejayaan kita semua!” katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang turut berkongsi perkara sama menerusi ciapan di Twitter rasminya berkata sasaran berkenaan dicapai pada pukul 1 tengah hari ini.

“Pada pukul 1 tengah hari ini, Malaysia telah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin.

“Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus populasi dewasa, sekarang @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” katanya.

— BERNAMA

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

76.8 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Sebanyak 76.8 peratus atau 17,973,545 individu daripada populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.7 peratus atau 21,783,871 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin itu termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 202,298 dos vaksin termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos diberikan semalam, menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,685,414 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

— BERNAMA