Sewa PPR Kota Damansara naik zaman BN, bukan PR

SINOPSIS

Keputusan menaikkan sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dibuat pada tahun 2007 ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri hanya mula melaksanakan keputusan berkenaan, pada November 2008. Beliau berkata, Kerajaan Negeri hanya mengenakan kadar kenaikan yang baru kepada mereka yang berpendapatan RM1,500 ke atas.

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pertimbang Sedia Tempat Tinggal Kepada Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Rodziah OSCC 03

KLANG 17 JULAI : Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga selepas dirujuk kepada Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC).

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata pihaknya mahu LPHS menyediakan sebahagian rumah kosong dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijadikan rumah perlindungan kepada mangsa.

Katanya, hal itu kerana terdapat kes yang dirujuk ke mahkamah mengambil masa yang lama, jadi mangsa hilang tempat untuk berlindung.

“Saya sedang berbincang dengan LPHS berhubung hal ini kerana pihak yang terlibat kadangkala lambat menangani aduan mangsa, jadi selepas keluar dari OSCC mereka hilang tempat perlindungan.

“Mangsa terpaksa tinggal di wad hospital sebagai pesakit, ada juga dengan membawa anak-anaknya mangsa sekali. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian serius di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat pusat itu bagi daerah Klang, di Pejabat Daerah/Tanah Klang, di sini.

Beliau menambah mangsa boleh tinggal di rumah perlindungan itu nanti selama tiga hingga enam bulan yang mana pihak Kerajaan Negeri akan membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

“Mereka boleh dibantu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari segi keperluan mereka tetapi dalam masa yang sama kita akan gabungkan dengan program wanita yang disediakan Kerajaan Negeri supaya mangsa dapat mencari pendapatan sendiri.

“Kita memerlukan tempat perlindungan ini jika boleh di setiap daerah. Jadi saya juga berharap semua pihak tampil ke depan untuk membantu menyediakan tempat perlindungan ini, jangan risau di peringkat Kerajaan Negeri sedia membantu,” katanya.

Categories
SELANGOR

MBPJ Komited Selenggara Infrastruktur Dengan Baik

ppr kota damansara 01

KOTA DAMANSARA, 2 JULAI : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memastikan semua infrastruktur di bawah seliannya diselenggara dengan baik bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

ppr kota damansara 02Ia susulan aduan penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara di sini yang meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelenggara kerosakan penghadang besi di laluan hadapan kediaman mereka.

Aduan itu dibuat berikutan berlaku insiden Jun lalu apabila seorang kanak-kanak, Tinesh Raj Murally, 5, meninggal dunia dengan kecederaan parah setelah terjatuh daripada tingkat 14 melalui penghadang besi yang patah.

Sehubungan itu, pihak MBPJ dalam satu kenyataan berharap supaya semua pihak akan bekerjasama dengan pihak PBT demi memastikan segala infrastruktur dijaga dengan baik.

“Kami berharap semua lapisan masyarakat akan bekerjasama dengan PBT demi memastikan segala infrastruktur dijaga, bebas dari vandalisme serta mengawasi aktiviti anak-anak kecil setiap masa,” kata Unit Perhubungan Awam MBPJ dalam satu kenyataan media.

Pihak MBPJ turut meminta orang ramai untuk membuat sebarang aduan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada kemudahan infrastruktur melalui emel atau menghubungi talian hotline.

ppr kota damansara 03Rakyat dijemput untuk membuat aduan segera melalui emel MBPJ iaitu [email protected] atau hubungi talian hotline 24 jam MBPJ, 03-79542020.

Kawasan perumahan kos rendah lebih 10 tahun itu kini mengalami pelbagai kerosakan termasuk penghadang besi di laluan hadapan rumah di hampir setiap tingkat.