Categories
NASIONAL SELANGOR

Pertimbang Sedia Tempat Tinggal Kepada Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Rodziah OSCC 03

KLANG 17 JULAI : Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga selepas dirujuk kepada Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC).

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata pihaknya mahu LPHS menyediakan sebahagian rumah kosong dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijadikan rumah perlindungan kepada mangsa.

Katanya, hal itu kerana terdapat kes yang dirujuk ke mahkamah mengambil masa yang lama, jadi mangsa hilang tempat untuk berlindung.

“Saya sedang berbincang dengan LPHS berhubung hal ini kerana pihak yang terlibat kadangkala lambat menangani aduan mangsa, jadi selepas keluar dari OSCC mereka hilang tempat perlindungan.

“Mangsa terpaksa tinggal di wad hospital sebagai pesakit, ada juga dengan membawa anak-anaknya mangsa sekali. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian serius di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat pusat itu bagi daerah Klang, di Pejabat Daerah/Tanah Klang, di sini.

Beliau menambah mangsa boleh tinggal di rumah perlindungan itu nanti selama tiga hingga enam bulan yang mana pihak Kerajaan Negeri akan membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

“Mereka boleh dibantu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari segi keperluan mereka tetapi dalam masa yang sama kita akan gabungkan dengan program wanita yang disediakan Kerajaan Negeri supaya mangsa dapat mencari pendapatan sendiri.

“Kita memerlukan tempat perlindungan ini jika boleh di setiap daerah. Jadi saya juga berharap semua pihak tampil ke depan untuk membantu menyediakan tempat perlindungan ini, jangan risau di peringkat Kerajaan Negeri sedia membantu,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Chromebook : Kementerian Didakwa Bayar YTL Lebih Mahal Dari Pasaran – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 16072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Kementerian Pendidikan membekalkan komputer riba Chromebook ke sekolah di bawah program “1Student 1Device” melalui YTL Corporation Bhd (YTL) mengundang persoalan kerana ia dipercayai bakal menelan kos tinggi sehingga RM6.6 bilion.

2. Kerajaan Malaysia didesak supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat kontraktor projek Sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC) untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

3. Kerajaan telah diberitahu mengenai rancangan pencerobohan pengganas Sulu dua minggu sebelum penceroboh tiba di Lahad Datu.

4. Program kesedaran berhubung peranan Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) akan giat dilaksanakan secara komprehensif oleh Kerajaan Negeri ke semua peringkat khususnya di luar bandar.

Rodziah : OSCC Bantu Mangsa Rumah Tangga Di Luar Bandar

rodziah 01

KLANG 16 JULAI : Program kesedaran berhubung peranan Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) akan diperluaskan ke semua peringkat khususnya di luar bandar di Selangor.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata langkah itu diambil bagi memastikan masyarakat luar bandar mengetahui wujudnya pusat dan akta yang melindungi mangsa keganasan rumah tangga.

Selain itu, ia juga sebagai usaha memantapkan peranannya sebagai pusat khidmat sehenti yang berobjektif memastikan masalah terhadap mangsa dapat dikurangkan.

rodziah 02Menurut Rodziah, matlamat OSCC memberi perlindungan serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, penderaan dan juga kes-kes rogol.

Tambahnya, walaupun pusat ini sudah beroperasi selama tiga tahun lalu tetapi beliau masih belum puas hati dengan tahap kesedaran daripada masyarakat bandar dan luar bandar.

“Kadangkala mereka (mangsa) ini tidak tahu ada akta yang boleh melindungi mereka yang membolehkan mereka membawa pesalah ke peringkat mahkamah. Jadi kita mahu beri mereka pengetahuan tentang hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat pusat itu bagi daerah Klang, di Pejabat Daerah/Tanah Klang, di sini.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Rodziah berkata Kerajaan Negeri akan memastikan taklimat-taklimat berkenaan peranan pusat itu dilaksanakan di peringkat kampung, masjid, rumah ibadat dan Pusat Wanita Berdaya seluruh Selangor.

rodziah 03“Sebelum itu, kita akan membimbing pemimpin seperti ketua kampung supaya mereka memahami dan mengetahui OSCC, sekali gus membimbing penduduk di kawasan luar bandar untuk memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh OSCC.

“Kita mahu mereka mengadakan taklimat ini sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan turut mengeluarkan buku dan risalah sebagai sebaran kepada masyarakat di seluruh pelusuk negeri.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 sebagai bantuan kepada promosi ini selain peruntukkan keperluan hospital dan keperluan peribadi mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Rodziah memaklumkan terdapat lebih 1,000 kes yang dilaporkan di seluruh Selangor.

“Di Selangor, kita mempunyai enam buah OSCC yang terdapat di hospital besar, antaranya Hospital Klang, Ampang, Kajang, Sungai Buloh dan Selayang. Kita juga akan usahakan untuk ke peringkat Hospital Daerah Sabak Bernam dan Kuala Langat,” katanya.