Categories
KENYATAAN MEDIA

Menteri JPM perlu turun padang selesai isu pentadbiran IPB dan kebajikan pelajar

Oleh: Rafizi Ramli

Institut Professional Baitulmal (IPB) adalah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki secara majoriti oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah tanggungjawab Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

IPB bertangungjawab menyediakan kursus-kursus professional di peringkat sijil dan diploma yang bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar Islam yang tidak layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebahagian besar dari pelajar-pelajar IPB mendapat bantuan zakat untuk membayar yuran yang dikenakan oleh IPB.

yb rafizi parlimenOleh yang demikian, IPB adalah sebuah institusi yang sensitif kepada umat Islam di negara ini kerana ia melibatkan pengurusan wang zakat.

Saya telah mendapat pelbagai maklumbalas dan aduan mengenai kemelut pentadbiran di IPB yang akhir-akhir ini telah memberi kesan kepada kelancaran perjalanan IPB dan kebajikan pelajar.

Saya sedang mengumpulkan semua maklumat ini dan akan dibawa kepada pihak media satu persatu.

Kepincangan yang paling terdesak yang perlu diambil tanggungjawab segera oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ialah keputusan IPB menempatkan sekitar 500 orang pelajar IPB di sebuah bangunan yang masih belum mendapat Sijil Kelayakan (Certificate of Fitness, CF), belum dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan dan belum mendapat bekalan air sepenuhnya – walaupun keputusan itu dibantah oleh pengurusan IPB.

Berikut adalah maklumat yang telah saya semak dengan pelajar-pelajar dan kakitangan IPB untuk mendapatkan kesahihan:

1. Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP yang juga Ahli Lembaga Pengarah IPB telah mengarahkan sekitar 500 pelajar ditempatkan di Pangsapuri Seri Warisan, Jalan Desa Utama 9/5, Seksyen 9, Kg Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang walaupun ditentang oleh Ketua Pegawai Eksekutif IPB kerana belum mendapat CF dan belum siap sepenuhnya.

2. Surat Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pada 7 September 2015 mengesahkan bahawa CF masih belum dikeluarkan bagi premis tersebut.

3. Pada 6 September 2015, keseluruhan premis tiada bekalan air kerana dilaporkan Syabas masih belum meluluskan pemasangan paip air kerana tidak memenuhi spesifikasi Syabas.

4. Setiap unit kini menempatkan di antara 12 hingga 16 pelajar walaupun hanya sesuai menempatkan 8 hingga 10 pelajar kerana unit-unit di tingkat 4 dan 5 belum mempunyai kipas dan lampu.

5. IPB masih belum memutuskan terma sewaan dengan pemilik bangunan iaitu Syarikat Zikay Sdn Bhd dan masih belum ada perjanjian sewaan tetapi pelajar-pelajar telah diarahkan masuk ke premis tersebut.

Aduan-aduan dan maklum balas yang dibawa kepada saya menunjukkan ada campur tangan pihak-pihak lain dalam keputusan pengurusan IPB yang menimbulkan banyak masalah.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya menyeru supaya Dato’ Seri Jamil Khir turun padang dan melawat sendiri keadaan di premis tersebut.

Beliau juga harus duduk berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif IPB dan ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran di institusi itu kerana ia melibatkan pengurusan wang zakat.

* Rafizi Ramli adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR & Ahli Parlimen Pandan

Categories
NASIONAL

Bank Negara patut guna semua kuasa sekat 1MDB

SHAH ALAM 11 OKT: Bank Negara Malaysia (BNM) patut menggunakan semua kuasa yang ada mengikut perundangan bagi menyekat urusan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi kepentingan ekonomi dan negara.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, antara cara paling berkesan adalah melumpuhkan operasi kewangan dan urusniaga pemindahan dana 1MDB yang dikawalselia BNM.

rafizi bank negara“Jika Kamar Peguam Negara enggan menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan mendakwa 1MDB seperti disyorkan kertas siasatan BNM, maka BNM sewajarnya menggunakan kuasa lain memastikan masalah 1MDB (tidak) terus berlanjutan.

“Apabila 1MDB dikekang dari terus membuat pinjaman atau memindahkan dana, pasti Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak ada pilihan lain kecuali menutup 1MDB dan menyelesaikan masalah kewangannya,” katanya dalam kenyataan media.

Rafizi berkata isu itu sudah lama ditimbulkan terutamanya dari aspek pengubahan wang haram.

“Dicadangkan Bank Negara Malaysia menggunakan kesemua kuasa yang ada untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB,” katanya.

Antara cadangan beliau adalah BNM wajar membatalkan semua lesen kewangan diberikan kepada 1MDB sebelum ini di bawah bidang kuasanya yang diperlukan 1MDB untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang terbabit dengan instrumen kewangan, jika ada.

Katanya, BNM juga wajar membatalkan semua permit atau kelulusan pemindahan wang yang pernah diberikan selama ini dan menolak sebarang permohonan permit atau kelulusan pemindahan wang yang baru supaya dananya tidak lagi boleh dipindahkan sesuka hati.

Sebelum ini, BNM membatalkan tiga kebenaran diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA) bagi pelaburan luar negara sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) dan meminta ia menghantar pulang jumlah itu ke Malaysia serta menyerahkan pelan kepada bank pusat bagi tujuan ini.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tanggungan hutang 1MDB boleh mansuhkan hutang PTPTN bagi 1.7 juta peminjam

Oleh: Rafizi Ramli

Saya merujuk kepada laporan mengenai dialog Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang antara lainnya memetik kenyataan beliau bahawa pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN hanya dapat dibuat sekiranya rakyat sanggup membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.

Visi pendidikan percuma yang merangkumi pemansuhan hutang PTPTN dan rombakan semula pembiayaan pendidikan tinggi negara adalah salah satu lontaran idea oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Sebagai seorang aktivis pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN, saya telah mengutarakan beberapa kaedah dan kos bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan, iaitu:

Cukai 1MDB1. Hutang yang diambil oleh PTPTN boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM2 bilion setiap tahun.

2. Pemansuhan yuran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kesemua pelajar IPTA (dianggarkan 470,000 bagi tahun 2013) dianggarkan RM791 juta setiap tahun.

3. Kos menyediakan elaun sara hidup bagi 400,000 pelajar IPTA dan 150,000 pelajar IPTS dianggarkan RM2.75 bilion setahun.

4. Kos menyediakan satu tabung pinjaman pendidikan IPTS tanpa faedah sebanyak RM450 juta setahun.

Oleh yang demikian, saya yakin dasar pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM6 bilion setahun oleh kerajaan bagi tujuan ini.

Selepas 2 tahun Barisan Nasional meneruskan pentadbiran di Putrajaya sejak PRU13, rakyat telah menyaksikan pelbagai skandal besar yang melibatkan dana rakyat terutamanya 1MDB.

Mengambil kira kadar tukaran matawang yang merudum dan faedah, saya menganggarkan hutang terkini 1MDB sudah mencecah RM50 bilion.

Hutang RM50 bilion ini besar kemungkinan akan ditanggung oleh kerajaan memandangkan 1MDB terus terperangkap dengan kemelut kewangannya yang tidak berkesudahan.

Sekiranya sumber kewangan negara tidak dialihkan kepada 1MDB, jumlah yang diberikan kepada 1MDB lebih dari cukup untuk membiayai dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang PTPTN seperti berikut:

1. Jumlah hutang tertunggak oleh peminjam PTPTN setakat 31 Mac 2015 adalah RM13.3 bilion melibatkan 1,716,475 peminjam seperti jawapan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan kepada Parlimen baru-baru ini.

Jumlah RM13.3 bilion hanyalah sebahagian kecil dari sumber kewangan berjumlah RM50 bilion yang telah dialihkan kepada 1MDB;

2. Belanja kewangan 1MDB yang mencecah RM5.8 bilion dalam tempoh 3 tahun (seperti dilaporkan oleh 1MDB dalam jawapannya mengenai ke mana wang telah dibelanjakan) adalah hampir kepada jumlah RM2 bilion setiap tahun; iaitu jumlah yang diperlukan untuk memansuhkan terus hutang PTPTN

Oleh sebab itu, skandal 1MDB yang terbongkar setakat ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma sekiranya kekayaan negara disalurkan bagi membina sistem pendidikan yang terbaik, bukannya dibazirkan di dalam projek-projek yang berakhir menjadi skandal seperti 1MDB.

Najib-1MDBMalah, saya yakin sekiranya tanah-tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi yang dianugerahkan kepada 1MDB diserahkan kepada satu tabung pendidikan untuk dimajukan, hasil pelaburan itu akan dapat membangunkan jutaan rakyat Malaysia menjadi modal insan kepada negara di masa hadapan.

Saya berharap rakyat Malaysia semakin membuka mata dan menyedari bahawa dasar pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN dapat dilaksanakan tanpa menaikkan cukai seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
30 SEPTEMBER 2015

Categories
NASIONAL

Dua Ahli Parlimen Belia Malaysia sertai PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 SEP: Dua Ahli Parlimen Belia Malaysia menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi menzahirkan perjuangan menuntut reformasi seperti digariskan Bersih 2.0 dan PKR, hari ini.

Kemasukan dua anak muda itu diumumkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat parti yang turut dihadiri Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh.

Ahli Parlimen IMG_20150901_120006 Belia Malaysia bagi Selangor, Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Mohd Mustaqim Abdul Jalil (Pahang) masing-masing sebelum ini bergiat aktif di dalam pertubuhan IKRAM.

Wan Abdullah Mujahid, 27, mempunyai ijazah undang-undang dan syariah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), diploma lanjutan Bahasa Arab dari Maahad Kiftaro Syria dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.

Beliau yang juga aktivis Aqsa Syarif mempunyai beberapa syarikat perniagaan selain turut aktif dalam misi ke Gaza dan Lubnan serta kerap menyertai persidangan gerakan Islam peringkat antarabangsa.

Mohd Mustaqim pula pendakwah berkelulusan pengajian Islam turut aktif dalam seminar motivasi dan latihan belia di seluruh Pahang selain menyertai sukarelawan Aqsa Syarif.

Wan Abdullah Mujahid akan diberikan tempat dalam Exco AMK Malaysia dengan portfolio khusus menyemarakkan aktiviti pendemokrasian dalam kalangan generasi muda selain menumpukan usaha kepada kegiatan sukarelawan antarabangsa dan usahawan.

Beliau akan dibantu Mohd Mustaqim yang akan menyertai kempen PKR di Pahang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Putrajaya beli kapal perang kelas Mistral RM3 bilion?

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 SEP: Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan berhasrat membeli sebuah kapal perang kelas Mistral yang dianggarkan bernilai RM3 bilion di saat ekonomi negara kian merudum.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata hasrat membeli kapal perang pengangkutan helikopter dari Kerajaan Perancis itu dilaporkan oleh The International Business Times bertajuk ‘France Russia Mistral Ship Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’ bertarikh 26 Ogos lalu.

Katanya, nilai itu dijangka mengambil kira kos kontrak penyelenggaraan dan bantuan tenikal yang selalunya bernilai ratusan juta serta dipengaruhi kedudukan kadar matawang terkini.

yb rafizi parlimen“Dua buah kapal perang kelas Mistral pada asalnya ditempah Russia. Kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok itu sepatutnya diserahkan kepada Russia pada tahun 2014 dan 2016 tetapi tergendala apabila Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi masusia Russia.

“Semakan juga menunjukkan sebuah kapal perang itu dianggarkan sekitar USD600 juta, pada tahun 2012. Itu tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Akhbar antarabangsa turut melaporkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam yang disertai drombongan wakil industri persenjataan ngara itu.

najib_hishammuddin_600Laporan berkenaan sesuai dengan desas-desus bahawa lawatan Menteri Pertahanan Perancis adalah untuk merundingkan sebuah kapal perang kelas Mistral kepada Kerajaan Malaysia.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mempersoalkan niat Kerajaan Malaysia berniat membeli kapal perang yang direka dan dibina untuk armada laut Russia yang mempunyai stretegi pensenjataan berbeza dengan negara ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan perlu menjelaskan dakwaan itu kepada rakyat serta sesi Parlimen akan datang termasuk soal kos pembelian aset berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sebelum itu, negara pernah dikejutkan dengan pembelian kapal selam Scorpene terpakai ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dengan pembayaran komisyen sehingga RM500 juta serta pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang masih belum selesai.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ringgit jatuh sebab rakyat, pelabur tak percaya Najib

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OGOS:  Kejatuhan Ringgit Malaysia berpunca daripada kegagalan kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai isu kebelakangan ini khususnya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata hal itu menjadi penyumbang pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

Beliau tidak menolak perkembangan politik semasa juga antara faktor menyebabkan ringgit jatuh paling teruk dalam tempoh 17 tahun.

yb rafizi parlimen“Kita akui ada sedikit kebenaran ringgit terkesan sebab politik. Memang benar kejatuhan matawang tidak menggambarkan kedudukan sebenar ekonomi negara, kita sepatutnya lebih baik. Walaupun ringgit jatuh tapi tidak sepatutnya seperti itu.

“Ringgit jatuh disebabkan sentimen masyarakat dan pelabur yang tidak percaya dengan kerajaan terutama kredibiliti Najib, aliran wang dan tindakan beliau kebelakangan ini,” katanya.

Rafizi berkata, Najib harus meletakkan jawatan bagi mengembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa.

“Najib sedar kejatuhan ringgit berpunca daripada beliau dan tahu rakyat tidak gembira dan majoriti mahukan beliau letak jawatan.

“Tetapi itu sudah jadi budaya dalam Umno, bahawa apabila seseorang mempunyai kuasa dia akan meletakkan kepentingan melebihi kuasa, keluarga, kerabat daripada kepentingan rakyat.

Najib-RM“Malah, di dalam Umno juga suara akar umbi tidak diambil peduli pimpinan tertinggi.

“Saya yakin Datuk Seri Najib faham, tetapi kepentingan itu terlalu banyak sehingga beliau tidak sanggup mengorbankan kepentingannya untuk rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Najib menyalahkan spekulasi politik antara punca kejatuhan ringgit yang sudah mencecah tahap RM4 untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS).

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Penyelesaian kes saman Tan Sri Khalid Ibrahim vs Dato’ Saifuddin Nasution Ismail

Oleh: RAFIZI RAMLI

Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat terutamanya dengan latar belakang kemelut politik negara akibat skandal melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:

1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman;
2) Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim; dan
3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN.
Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.

Bagi pihak PKR, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

#Rafizi Ramli adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan

Categories
NASIONAL

Rafizi: Isu wang 1MDB ke akaun Najib bakal ditutup

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 OGOS: Isu pemindahan wang daripada syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun peribadi Perdana Menteri dijangka bakal ditutup.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata hal itu ekoran berdasarkan pengamatan situasi semasa dan tidak mustahil akan berlaku.

yb rafizi parlimenKatanya, Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya akan ‘menjual cerita’ bagi memperlihatkan seolah-olah tidak ada kes ke atas beliau.

“Siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi perdana menteri akan berkesudahan dengan kes ditutup kerana didapati tidak ada unsur rasuah.

“Isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti politik hanya untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi Najib mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi berkata, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembiayaan politik adalah usaha tersusun mengalihkan fokus daripada 1MDB.

1MDB“Sejak beberapa hari lalu, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti politik.

“Perkara ini mula-mula disebut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri Najib,” katanya.

Minggu lalu, Najib mencabar pembangkang mendedahkan sumber dana mereka jika mahu Umno mendedahkan punca kewangan parti itu.

Rafizi berkata, langkah terbabit adalah helah dimainkan Najib dan Umno untuk menutup persoalan besar berkenaan 1MDB.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangkang sudah bersedia sejak awal dan tiada masalah untuk memdedahkan dana politik jika diminta berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rafizi saman balik Najib & Rosmah isu cincin

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 JUL: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyaman kembali Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tuntutan balas terhadap beliau untuk terus membawa isu rakyat.

Tuntutan balas saman difail kerana satu saman dibawa Najib Razak dalam percubaan untuk menutup mulut Rafizi daripada terus membawa isu pembelian cincin, barang kemas, beg tangan dan kehidupan mewah Perdana Menteri dan isterinya.

najibrosmah_400_289_100_270_195_100“Ini termasuk dakwaan yang dibuat Deepak Jaikishen mengenai pembelian barang kemas dan paparan skrin Sistem Maklumat Kastam mengenai cincin berharga jutaan ringgit.

“Telah timbul pelbagai persepsi umum gaya hidup mewah Perdana Menteri dan isteri tidak sepadan dengan pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” katanya dalam kenytaaan media.

Rafizi berkata, sehubungan itu seorang Perdana Menteri tidak wajar mengenakan tindakan saman menjawab kritikan pembangkang bagi menafikan isu yang dibawa.

“Rakyat juga perlu tahu bahawa hujah-hujah pembelaan dan tuntutan balas di mahkamah mempunyai asas yang kukuh dan bersifat kepentingan awam.

“Ia penting untuk mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan tindakan saman yang nampaknya kini menjadi senjata utama Perdana Menteri untuk membela diri,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Rafizi cabar Najib sekat akses chedet.cc

SHAH ALAM, 21 JUL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyekat blog chedet.cc milik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, berkata ketegasan untuk menyekat akses chedet.cc dianggap sebagai ujian litmus sama ada Najib mempunyai keberanian untuk mendiamkan pengkritik utama beliau itu.

yb rafizi parlimenBeliau berkata demikian sebagai respon terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat akses laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Memetik Malaysia Kini, SKMM mendakwa laman web menerbitkan laporan buruk berkaitan 1MDB boleh mengganggu gugat kestabilan politik.

Rafizi berkata, kawalan ketat pada Sarawak Report tidak lebih daripada percubaan untuk menimbulkan kesangsian maklumat berkenaan 1MDB bukan cubaan serius menyekat akses.

1MDB“Sudah pasti Umno sedar bahawa satu lagi laman web berpengaruh yang terus menyebarkan maklumat 1MDB adalah chedet.cc. Blog ini mumgkin menerima bilangan yang sama pelawat setiap hari.

“Oleh itu, Putrajaya tidak boleh mengamalkan double standard dan harus menyekat akses kepada chedet.cc jika Umno serius berkenaan ketiadaan laporan berita membabitkan 1MDB,” katanya.

Skandal MARA: Rafizi namakan individu berkaitan Umno

sinopsis: Rafizi Ramli menggesa siasatan diperluaskan keatas individu-individu yang dinamakan beliau bagi memastikan semua yang terbabit diadili.

Rafizi: Orang gila je terlebih bayar RM63 juta

Rafizi menggesa Kerajaan supaya mengakui tidak mungkin MARA terbayar puluhan juta ringgit kerana cuai.