Forum : Berapa rakyat perlu bayar untuk 1MDB? BHGN 1

Forum : Berapa rakyat perlu bayar untuk 1MDB?

Forum : Berapa rakyat perlu bayar untuk 1MDB? BHGN 2

Forum : Berapa rakyat perlu bayar untuk 1MDB?

Kongres PKR : Ucapan Setiausaha Agung

Ucapan Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli pada perasmian Kongres Nasional Tahunan ke-11, 2015

Categories
NASIONAL

Rafizi: ‘Parti Melayu Terbesar’ patut teladani sikap sama rata KEADILAN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menyindir Umno yang dilaporkan tidak menjemput Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri parti pada bulan depan.

Katanya, Kongres Nasional Tahunan ke-11 KEADILAN 2015 di sini berlangsung penuh ketelusan dan keterbukaan dengan semua pihak mendapat peluang sama dalam setiap acara dijalankan.

Malah, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, diberi peluang merasmikan kongres AMK dan Wanita KEADILAN yang berlangsung semalam.

KONGRES PKR 2015 - 1“Alhamdulillah kita berjaya untuk meneruskan tradisi menjalankan kongres dalam suasana penuh adik beradik dan muafakat, tidak seperti parti Melayu terbesar di negara ini.

“Paling kurang Timbalan Presiden parti boleh merasmikan kongres nasional AMK dan Wanita semalam,” katanya dalam ucapan aluan Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, negara kini menghadapi krisis kepimpinan paling buruk serta masalah semasa ditanggung rakyat selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipenjarakan lawan politik.

Najib-RMKatanya, bagi memastikan perkara meruncing itu tidak berterusan, KEADILAN dan Pakatan perlu menggunakan segala peluang yang ada supaya pentadbiran negara diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diubah.

“Kita garapkan kekuatan, pupuk perpaduan dan bela rakyat supaya kita boleh pastikan jangan biarkan sehari pun lagi Najib Razak menjadi Perdana Menteri di negara ini,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Dalang NFC dibebas namun rakyat tetap marah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Walaupun Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporations (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dilepaskan dari tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta, rakyat tetap tidak merelakan dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, hal ini kerana pembelian dikatakan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan mesyuarat lembaga pengarah NFC itu kekal sebagai perbuatan tidak bermoral apabila membeli aset mewah untuk kegunaan peribadi dengan menggunakan dana rakyat.

NFC- Shahrizat & Salleh“Saya semakin gusar kerana hari ini penyelewengan sudah menjadi kebal. Setiap kali kita mendedahkan, rakyat respon dengan kemarahan kepada pihak terlibat tetapi kerajaan jawab tidak salah kerana mengikut peraturan dan prosedur.

“Jangan terlalu ghairah berselindung sebalik alasan mengikut prosedur kerana rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku yang berkaitan moral keputusan itu dibuat, bukan sekadar prosedur diikuti atau tidak.

“Contohnya membeli jet mahal dengan perbelanjaan RM80 juta setahun memang tidak salah bila mengikut prosedur tetapi dari segi moral tetap salah kerana kenakan cukai kepada rakyat termasuk miskin tetapi dibelanjakan begitu rupa,” kata Rafizi dalam sidang medianya di Lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan sejumlah wang untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerong di Bangsar.

Beliau juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation pada 2009.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Mohamad Salleh daripada dua pertuduhan pecah amanah itu.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selepas jual IPP kepada asing, mana harta negara lagi akan ‘dilelong’?

Oleh: Rafizi Ramli
1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100 peratus aset penjanaan.

Ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus.

Saya telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

Satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB.

1MDBSaya berterima kasih kepada TNB yang bersetuju dengan pandangan saya itu bahawa nilaian bagi ekuiti aset-aset ini adalah sekitar RM8 bilion dan bidaan TNB sekitar nilaian itu akhirnya ditolak oleh kerajaan walaupun sepatutnya bidaan konsortium syarikat asing terbatal kerana melanggar had pegangan ekuiti.

Saya juga ada memfailkan satu usul tergempar untuk membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing semata-mata bagi membolehkan Edra Energy dijual kepada konsortium China-Qatar tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sepanjang perkara ini dibawa, saya kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara.

Kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara kerana penjualan aset Edra ini kepada syarikat asing membawa kesan besar seperti berikut:
1. Risiko kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik di negara ini.

2. Risiko kenaikan tariff bila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022.

3. Risiko pekerja asing dibawa masuk yang mengganggu peluang pekerjaan rakyat Malaysia.

4. Risiko lebih banyak kontrak IPP masa hadapan diberikan kepada syarikat asing.

5. Risiko kesan kepada TNB di masa hadapan apabila kedudukan strategiknya dilunturkan akibat kehadiran syarikat asing gergasi ini.
Saya telah mengulangi berkali-kali bahawa keberhutangan 1MDB akhirnya akan mengheret institusi-institusi kerajaan dan GLC untuk menutup hutangnya yang besar itu.

Sebelum ini kita tahu aset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB.

Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga terpalit dengan 1MDB.

Terkini, kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan perbekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB.

* Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Rafizi: Takkan berjaya lawan BN dengan duit

SHAH ALAM, 21 NOV: KEADILAN menyifatkan cubaan melawan BN dengan duit tidak akan berjaya dan hanya kerja bodoh, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

“Soal duit tak menjadi pertimbangan dalam berpolitik. Saya tak tahu. Ini kali pertama saya dengar dakwaan ini.

“Kami belajar daripada awal lagi iaitu jika cuba nak melawan Umno dengan duit, itu kerja bodoh. Tak akan menang.

yb rafizi parlimen“Mana kami nak korek? Soal beli (ahli Parlimen BN) dan duit ini memang tak pernah menjadi sebahagian pertimbangan dalam KEADILAN,” katanya yang dipetik Sinar Online.

Pada 20 November lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion melalui Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Investment (DEIG) untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali gus memancing Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.

Rafizi yang juga Setiausah Agung PKR, berkata BN boleh menawarkan 10 kali ganda daripada jumlah itu jika Pakatan menawarkan sejumlah wang kepada Ahli Parlimen mereka.

“Cuba bayangkan jika kami mempunyai duit nak beli (ahli Parlimen BN), satunya kami nak pergi beli itu yang sudah pasti akan kena tangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

undi-bn-end“Kemudian, jika kami tawarkan wang berkenaan tentu BN boleh beri 10 kali ganda lebih tinggi. Jadi, kita memang tak akan menang,” katanya.

Penasihat Khas PMSP, Ramesh Rao dalam dakwaannya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Mohamed Azmin, berkata dana berkenaan diperoleh melalui empat projek yang direka khas membabitkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati RM3 bilion dibawa melalui yayasan, manakala RM5 bilion pula dibawa melalui PKNS.

Categories
NASIONAL

Jual EDRA, risiko kenaikan tarif elektrik

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Penjualan aset syarikat tenaga, Edra Global Energy Bhd (Edra) kepada pelabur asing dijangka membawa kesan kenaikan tarif elektrik di negara ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata ia ekoran aset dimiliki 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu akan melupuskan pegangannya dalam Edra sehingga 100 peratus.

Katanya, hasrat Kerajaan Persekutuan itu bertentangan dengan peraturan sedia ada yang menghadkan pegangan ekuiti pelabur asing dalam sektor penjanaan tenaga 49 peratus.

“Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah pada 16 November lalu, kerajaan memang membuat keputusan untuk membatalkan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing bagi membolehkan bidaan lebih tinggi dipertimbangkan.

“Perjanjian Jualbeli Tenaga (PPA) bagi konsesi di bawah 1MDB/Edra akan dirunding semula pada 2016 dan 2020 serta menteri memberi gambaran bahawa kerajaan cenderung membenarkan syarikat asing mengambil alih aset tenaga milik 1MDB/Edra,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa sama, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR turut melahirkan kembimbangan apabila perjanjian PPA dirundingkan kembali yang akan memberi terma kewangan memihak kepada syarikat asing.

Katanya, langkah itu akan menyebabkan syarikat asing memiliki pulangan selepas membayar harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Oleh kerana rundingan PPA adalah rahsia dan tidak pernah didedahkan kepada rakyat, ada risiko besar bahawa syarikat asing boleh sahaja membida pada harga tinggi sekarang.

“Dengan harapan PPA yang dirunding semula memberi terma harga elektrik lebih tinggi tanpa diketahui rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rafizi: Jangan menikus belakang pemimpin Umno, Arul jom berdebat

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 NOV: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli terus mengasak Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy supaya menerima undangan debat seperti dicadangkan sebelum ini dan bukan menikus di belakang pimpinan Umno mahupun kerajaan.

Katanya, memandangkan Arul Kanda secara terbuka menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan sesiapa, beliau bersedia menyahut cabaran itu.

rafizi pc white stripes 01“Saya akan menulis secara rasmi kepada Arul Kanda untuk bersama dalam satu perdebatan mengenai 1MDB pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh penganjur kelak.

“Saya juga akan menulis secara rasmi kepada Sinar Harian untuk menjadi penganjur bebas kerana akhbar itu sudah beberapa kali mengadakan forum atau perdebatan yang menemukan pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

“Format dan segala peraturan perdebatan adalah terpulang kepada Sinar Harian,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Pandan itu berharap Arul Kanda menyahut cabaran debat kali ini tanpa sebarang alasan.

Jika Arul Kanda menolak, Rafizi menyifatkan Presiden 1MDB itu sebagai tidak profesional dan dinasihatkan menyertai Umno secepat mungkin.

arul kanda“Saya beranggapan beliau pun tidak berbeza dengan ahli politik Umno yang hanya berani mendabik dada di gelanggang dan di depan penyokong sendiri,” katanya.

Sebelum itu, Arul Kanda hampir berdebat mengenai 1MDB bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua namun, Pakatan Harapan menamakan Rafizi sebagai pengganti disebabkan Pua merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira (PAC).

Bagaimanapun, Arul menolak pelawaan debat bersama Rafizi dan kekal dengan pendirian untuk bersemuka dengan Tony Pua sahaja.

-nR-

Perbahasan Belanjawan 2016 : Rafizi bongkar 3 isu penting

1. GST – Kerajaan perah RM19 sehari dari rakyat setiap keluarga, kenaikan BR1M 14 sen sehari.

2. Syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail dapat kontrak bina Hospital Uitm sebanyak RM 8.2 billion, sedangkan kos sebenar RM599 juta.

3. PM ‘sorok’ kos belanja jet RM40.8 juta

Categories
NASIONAL

Rafizi dakwa Najib sorok kos belanja jet RM40.8 juta

AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menyembunyikan perbelanjaan melibatkan jet ACJ320 yang dianggarkan sebanyak RM40.8 juta.

Katanya, jumlah tersebut adalah bagi tempoh enam bulan bermula April hingga September 2015.

Rafizi“Mengikut rekod kos lawatan luar negara Najib bermula 2008 hingga 2013, beliau membelanjakan purata RM9 juta setahun.

“Dianggarkan kos sewaan, operasi dan perjalanan sejak mula beroperasi adalah berjumlah RM40.8 juta iaitu kos sewaan berjumlah RM2.217 juta sebulan.

“Sementara kos penyelenggaraan dan pengurusan pula RM3.833 juta sebulan dan kos perjalanan luar negara perdana menteri (berdasarkan purata tahunan) dianggarkan RM4.5 juta,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Rafizi berkata, pertanyaan dalam Dewan Rakyat mengenai jumlah perjalanan menyatakan senarai setiap perjalanan jet tersebut sejak mula beroperasi hingga 31 Oktober 2015 tidak dijawab dengan tepat.

“Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak menyentuh perkara ditanya secara khusus.

“Sebaliknya hanya maklumat jet peribadi itu diguna sebanyak 42 kali sejak mula perkhidmatan April lalu,” katanya.

Secara purata, Rafizi menganggarkan jet terbabit melakukan tujuh penerbangan setiap bulan antara April hingga September tahun ini.

“Ini bukan kali pertama soalan mengenai perbelanjaan melibatkan jet peribadi digunakan pimpinan kerajaan dibawa ke Parlimen,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Rafizi: Belanjawan 2016 terburuk, Najib tutup isu utama

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap terburuk yang pernah disaksikan Rafizi Ramli sejak beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Kata beliau, ini kerana tindakan Najib menutup mata terhadap isu pokok yang perlu diselesaikan memburukkan lagi kesan kelembapan ekonomi yang sedang melanda negara.

yb rafizi parlimen“Selagi Najib Perdana Menteri, saya tak berpuas hati dengan belanjawan kerana apa yang paling penting ialah apakah mudarat paling besar kepada rakyat dan negara contohnya GST apabila selagi dikekalkan kita tak perlu bercakap tentang RM50 di sana, RM60 di sini.

“Kita kena cari penyelesaian paling penting bagi mengatasi mudarat paling besar contohnya bukan sahaja tiada penyelesaian GST, malahan GST ditingkatkan untuk membayar perbelanjaan kerana hasil berkurangan tahun depan.

“Isu mudarat paling besar langsung tak disentuh seperti 1MDB, GST sedangkan 1MDB membawa mudarat kepada hilangnya keyakinan pelabur kepada ekonomi kita sebab itulah belanja bayar hutang naik, kadar matawang turun, harga barang naik,” kata Rafizi.

BAJET 2016Rafizi berkata demikian di Lobi Parlimen sejurus Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Najib juga berpura-pura memahami tekanan kos sara yang terpaksa dihadapi rakyat tetapi pada masa sama menafikan kegagalan beliau menguruskan ekonomi negara.

EZY