Categories
SELANGOR

Rakyat gembira, sokong operasi perpustakaan hingga 10 malam

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 NOV: Rakyat gembira dan menyokong Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mahu perpustakaan awam di Selangor melanjutkan operasi sehingga jam 10 malam.

Bagi mereka, cadangan itu amat bernas dan bersesuaian untuk direalisasikan kerana bakal memberi lebih manfaat kepada masyarakat untuk menggunakan segala kemudahan apabila perpustakaan dibuka dalam tempoh masa yang panjang.

dr muhammad zain 65 (1)Pesara kerajaan, Dr Muhammad Zain, 65, berkata dalam perkembangan teknologi pesat hari ini dan pelbagai kemudahan moden tersedia, amat wajar cadangan itu dilaksanakan segera.

“Perpustakaan seperti di sini amat selesa dan menyediakan banyak kemudahan untuk pengunjung gunakan bagi memenuhi keperluan mereka. Pelajar terutamanya akan merebut peluang ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu dan menyiapkan segala kerja mereka.

“Bagi golongan pekerja dan ibu bapa bersama anak juga boleh datang dengan mudah bila waktu operasi dilanjutkan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini, kelmarin.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komputer Forensik Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Noor Amira Mohd Dzulkifli, berkata cadangan terbabit amat praktikal dan membolehkan golongan pelajar menggunakan perpustakaan dalam tempoh lebih lama.

noor amira mohd dzulkifli 22“Ia juga akan menjimatkan kos kerana kita perlu menggunakan talian wi-fi untuk menyiapkan kerja dan membuat kajian. Di perpustakaan semua kemudahan itu tersedia.

“Jika tidak, kita mungkin terpaksa pergi ke kedai makan atau restoran untuk tujuan itu. Tentu terpaksa berbelanja dengan makan dan minum,” katanya.

Perkara itu disokong pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL), V Poshagan, 21, yang merasakan perpustakaan amat penting untuk pengguna tanpa mengira pelajar sekolah, universiti atau golongan pekerja.

V poshagan 21“Perpustakaan hari ini penting untuk digunakan semua golongan masyarakat kerana di sini kita dapat membuat kajian dan menambah ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu kita ketinggalan.

“Saya sokong cadangan ini kerana banyak kebaikan diterima rakyat. Saya bersama kawan selalu datang ke sini,” katanya.

Tempoh operasi yang panjang juga akan menanam minat membaca di kalangan masyarakat kerana membolehkan ramai pihak berkunjung ke perpustakaan selepas waktu pejabat dan cuti hujung minggu, begitu pendapat Nor Faharin Zulkifli, 19, pelajar Diploma Elektronik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Kalau waktu perpustakaan ditutup sama dengan waktu pejabat, golongan pekerja menghadapi masalah untuk datang tambahan di Lembah Klang yang sentiasa sesak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: “80% waktu saya turun ke bawah fahami masalah rakyat”

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, senang bekerja di lapangan mendampingi rakyat seluruh Selangor bagi mendapatkan maklum balas dan memahami segala masalah dihadapi mereka.

Sejak dilantik ke jawatan itu lebih sebulan lalu, sebahagian besar masa dihabiskan dengan lawatan kerja turun padang ke merata kawasan di Selangor.

_MG_4166Mohamed Azmin berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi memastikan kebajikan rakyat di Selangor terbela.

Secara berseloroh, katanya, beliau terasa lebih muda dan bertenaga untuk menabur bakti kepada rakyat.

“Saya umur 50 tetapi nampak 25 tahun sebab diberi amanah untuk bekerja. Bukan untuk duduk di tingkat 21 (pejabat Menteri Besar).

lensa jamuan makan“Ya, ada masa saya duduk di situ tetapi 80 peratus dari waktu saya turun ke bawah untuk fahami masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014, di sini, semalam.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Antara Ahli Parlimen ikan perut dan rakyat lehernya terjerut

OIeh: CHE’GU BARD

TANGGAL 13 Oktober 2014, perbicaraan kes aksi BlackOut 505 depan Parlimen Malaysia berlangsung di Mahkamah Jalan Duta dengan tujuh orang saksi pendakwa ditampilkan. Perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat akhirnya ditangguhkan ke bulan November.

33 orang aktivis menghadapi pertuduhan tanpa wajah pemimpin politik mengimbau rasa solidariti rakyat yang mengimpikan demokrasi luhur terpancar di bumi Malaysia. Mereka datangnya dari dekat dan jauh, ada yang dari Johor, Pahang, Kedah dan dari seluruh pelusuk negara.

Mereka yang dari jauh menumpang di rumah teman-teman yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, ketika rehat tengahari ada yang berkongsi sepinggan nasi tetapi masih terus tertawa dan bercerita persoalan melawan rejim yang menindas rakyat. Tiada sekelumit rasa kegusaran dan kepayahan yang terpancar dari wajah mereka.

Ketika yang sama juga, di Parlimen sedang berlangsung perbahasan Bajet 2015. Kerusi-kerusi kosong ketika Ketua Pembangkang membahaskan bajet bukan hanya berlaku di sebelah Barisan Nasional tetapi juga beberapa gambar menunjukkan di sebelah Pakatan Rakyat juga banyak yang kosong.

Dalam bajet ini banyak lagi kelompongan dan ketidakpastian dalam aspek kebajikan buat rakyat tetapi apa yang pasti ialah kenaikan gred gaji Ahli-Ahli Parlimen.

Saya menolak kenaikan gaji Ahli Parlimen ketika rakyat sedang bergelut dengan bencana kenaikan harga bahan bakar yang akan menyeret sama kenaikan kos sara hidup. Apa hujahnya untuk menghalalkan kenaikan gaji Ahli Parlimen?

Kononnya Ahli Parlimen ini terpaksa mengikat perut. Ahli Parlimen juga perlu ingat akan hujah Perdana Menteri yang mendesak rakyat untuk mengubah cara hidup ketika kenaikan harga bahan api satu ketika dahulu.

Kenapa wujud double standard? Rakyat dipinta mengikat perut tetapi Ahli Parlimen pula akan menikmati kenaikan gaji? Mengapa tidak dinasihatkan sahaja Ahli Parlimen ini untuk mengubah cara hidup dahulu.

Mengapa tidak, ahli parlimen memulakan kempen kesederhanaan. Dari yang berkereta mewah tukar kepada kereta yang sederhana. Daripada yang sering berkunjung ke Coffee House hotel, ubah saja kepada warung-warung atau foodcourt. Namun sering kali dilihat apa yang berlaku adalah sebaliknya, sebelum jadi ahli parlimen berkenderaan biasa-biasa tetapi sesudah menjadi ahli parlimen, vellfire menjelma, dan pelbagai lagi.
Adakah Ahli Parlimen ini mempunyai kasta yang berbeda dari rakyat kebanyakan? Jika rasa sulit menjadi Ahli Parlimen dan terbeban, mengapa sibuk menawarkan diri mahu menjadi Ahli Parlimen hinggakan sanggup menipu pilihanraya dan mencantas sesama kawan?

Ahli Parlimen BN senang kerana mereka bukan sahaja menerima gaji Ahli Parlimen tetapi juga secara peribadinya ramai antara mereka yang dilantik ke pelbagai jawatan dalam Kerajaan selain Menteri Kabinet hingga menjadi pengarah itu dan ini yang membawa imbuhan hingga belasan dan puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Contohnya Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, adakah dia tergolong dalam kelompok mengikat perut? Berapa jumlah rumah dan kereta mewah yang mampu beliau beli hasil daripada menduduki kerusi empuk di Tabung Haji, begitu juga dengan Ahli Parlimen BN yang lain.

Ahli Parlimen BN biasa pun tidak perlu bersusah payah kerana mempunyai peruntukan pembangunan kawasan Parlimen masing-masing. Perbelanjaan pejabat khidmat Ahli Parlimen dan kakitangan tambahan juga mempunyai saluran bantuannya dari Kerajaan.

Kepada Ahli Parlimen PR, saya mengakui benar anda susah dan kesempitan tetapi amat mengecewakan apabila anda menerima kenaikan tangga gaji ini. Sepatutnya peruntukan-peruntukan seperti yang disebut di atas lah yang perlu diperjuangkan oleh Ahli Parlimen PR. Mereka menang dengan undi rakyat maka hak peruntukan kawasan juga harus diuruskan oleh Ahli Parlimen sendiri.

Semalam Ketua Pembangkang sebelum mengakhiri ucapan perbahasan beliau mengakui sokongan terhadap kenaikan gaji tersebut yang dikatakan munasabah itu. Seharusnya Ketua Pembangkang menolak kenaikan gaji tersebut dan memberikan cadangan agar pegawai-pegawai khas Ahli-Ahli Parlimen ini di bawa masuk ke dalam satu skim gaji yang dibayar oleh Kerajaan seperti juga kaedah pembayaran gaji Ahli Parlimen.

Tanpa pasukan penyelidik dan pegawai khas, apakah Ahli Parlimen mampu meningkatkan mutu dan prestasi perbahasan di Dewan Rakyat. Mampukah Ahli Parlimen secara keseorangan menguruskan hal-hal rakyat saban hari di kawasan mereka? Mengapa tidak disuarakan hal-hal yang menjaga kebajikan pegawai mereka sendiri.

Cadangan ini juga mesti hanya melantik pegawai khas dan penyelidik yang berkaliber bukan hanya membawa rakan atau penyokong sebagai peneman yang tidak memberi nilai tambah kepada prestasi di Parlimen dan di kawasan.

Tetapi nampaknya Ahli Parlimen PR kelihatan lemah terkulai setakat ini. Hanya menerima kenaikan ini walhal inilah kesempatan terbaik yang ada untuk memperjuangkan hak demokrasi. Malah seharusnya mengembalikan hak dana pembangunan kepada Ahli Parlimen tanpa mengira anutan politik kepartian dan juga memperjuangkan pegawai sokongan mereka yang bekerja keras siang dan malam membantu berkhidmat untuk rakyat.

Dalam hal sama, Kerajaan-kerajaan negeri PR juga sepatutnya mengumumkan jika BN bertindak adil mengembalikan dana pembangunan dan lain-lain hak wakil-wakil rakyat PR mengikut lunas demokrasi, maka di peringkat negeri juga ADUN BN akan menerima layanan yang sama. Malah tidak salah jika dimulakan dahulu agar menjadi contoh lebih baik.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin merakamkan kekecewaan kepada Ahli Parlimen BN dan lebih lagi kepada Ahli Parlimen PR jika hanya menerima kenaikan gaji ketika rakyat sedang bergelut mencari sesuap nasi sehari-hari. Malah dari segi pencapaian atau persembahan wakil rakyat di Dewan Legislatif itu juga harus diselia dengan KPI atau sistem penilaian lain.

Rakyat tidak mahu wakil rakyat yang bisu dan makan gaji buta sahaja atau wakil rakyat yang masuk ke Dewan sebentar, tekan butang komputer tanda sudah log in, kemudian keluar ke kafetaria berbual seketika dan selepas itu terus menghilangkan diri. Atau juga wakil rakyat yang hanya masuk untuk bercakap kosong dan membuat bising menjadikan Dewan Tertinggi Legislatif itu seperti pentas hiburan sarkas sahaja.

Saya masih ingat lagi bagaimana Ahli Parlimen Teluk Kemang melintasi kelompok demonstran yang hadir ke Parlimen untuk menghantar memorandum menolak kenaikan harga minyak dan GST baru-baru ini. Bukan sahaja angkuh tidak turur bertegur sapa malah sewaktu kenderaannya menghampiri tempat demonstran berkumpul, beliau secara sengaja mengambil akhbar dan membaca tanpa memandang langsung ke arah rakyat yang sedang menunjuk rasa.

Inikah citra wakil rakyat penuh keangkuhan yang diperlukan oleh negara ini?

# Che’GuBard adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
SELANGOR

Rakyat mahu Azmin bawa idea baru pembangunan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Rakyat mengharapkan perubahan dan idea baru diterapkan dalam pembangunan negeri dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar baru.

PC MB Azmin di SUK (5)Rata-rata orang awam ditemui SelangorKini mahu Azmin sebagai orang muda lebih cergas memajukan negeri dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan pimpinan terdahulu.

Ahli Perniagaan, Mohd Termizi Abu Bakar, 51, berkata, Azmin sebagai seorang ahli politik muda adalah pilihan tepat diputuskan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita sebagai rakyat ingin melihat pembaharuan,”katanya.

Beliau berharap Azmin diberi peluang secukupnya untuk membuktikan kebolehannya.

“Keputusan istana tidak boleh dipertikaikan,” katanya yang menganggap Tuanku Sultan tentu sudah mengkaji berhubung keputusan dibuat itu.

Pengusaha Kafe, Siti Rawan Baharom, 54, berkata, Azmin perlu disokong rakyat supaya beliau boleh meneruskan segala perancangan dibuat dan menambahbaik pentadbiran.

“Saya berharap kebajikan rakyat terus diberikan keutamaan,” katanya.

Pengawal Keselamatan, Rashid Mustafa, 60, pula berpendapat siapa dilantik menjadi Menteri Besar tidak penting tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Saya tidak kira siapa menjadi Menteri Besar, soalnya dia bekerja dengan baik dan ikhlas untuk rakyat. Harapan saya supaya dia (Azmin) lebih baik daripada yang sudah-sudah,” katanya.

Berkongsi pandangan, rakan setugasnya, Mahrani Yunus, 52, berkata, keputusan dibuat istana mengenainya boleh dianggap terbaik bagi menjamin kemakmuran Selangor.

“Kita jangan pertikaikanlah,” katanya dengan harapan seluruh rakyat akan beroleh manfaat apabila isu berkaitan telah diselesaikan.

EZY

Categories
SELANGOR

Krisis MB: Serah pada istana atau bubar DNS

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu jawatan menteri besar.

Perkara itu diperoleh dalam satu tinjauan awam yang dilakukan Selangor Kini ke atas masyarakat sekitar Bandaraya Shah Alam.

dewan-rakyatDaripada 30 orang awam yang ditemui, 22 daripadanya berpandangan krisis menteri besar wajar dirujuk kepada asas dengan menyerahkannya kepada pihak istana.

“Ini mungkin silap Pakatan Rakyat (PR), berpolitik sepanjang masa sehingga menteri besar yang mempunyai rekod cemerlang mahu diturunkan dan kini rakyat diheret dalam kemelut siapa pimpinan baru dan bagaimana pula untuk nasib rakyat selepas ini.

“Seharusnya, bila sudah pegang Selangor untuk penggal kedua, mereka perlu fokus dan yakinkan rakyat untuk capai kejayaan yang besar dalam mentadbir Selangor supaya ia boleh digunakan sebagai modal untuk peluanglebih besar pada pilihan raya akan datang,” jelas Zalmi Hazriy, 39.

Ariffin Badar, 44, SeangorBagi pekerja swasta, Zushdi Arifin, 44, pula berpandangan calon menteri besar wajar hadir di kalangan ahli politik yang diperkenan Sultan Selangor bagi memudahkan urus tadbir negeri kelak.

“Sebagai rakyat, kami bimbang dengan situasi krisis menteri besar seperti ini. Di mana silapnya sehingga negeri yang dipimpin oleh Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai kecemerlangan pada penggal lalu dilumpuhkan.

“Dalam hal ini, sudah tentu Tuanku Sultan mempunyai buah fikiran yang bernas dan terbaik untuk selesaikan perkara ini demi negeri dan rakyatnya,” jelas anak jati Selangor itu.

Ariffin badar, 44, SelangorManakala, Ariffin Badar, 44, turut berkongsi pandangan yang sama dan berharap krisis menteri besar diselesaikan dengan tenang tanpa melukakan hati rakyat terbanyak yang sebelum ini memilih PR untuk mentadbir Kerajaan Selangor.

“Langkah sudah diambil, Khalid Ibrahim digugurkan PR bagi membuka ruang kepada calon menteri besar baru walaupun majoriti rakyat masih menyokong dan berpuas hati dengan kepimpinan Khalid Ibrahim.

“PR juga sudah mengemukakan nama calonnya kepada istana. Jadi, serah kepada Tuanku Sultan untuk memilih yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan krisis menteri besar juga mendapati lapan daripada 30 responden bersedia untuk Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubar bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Rakyat diheret dalam krisis ini. Rakyat mula keliru ke mana hala tuju kerajaan negeri sedia ada, berpolitik sepanjang masa atau fokus kepada rakyat?

“Jadi, biar rakyat yang menentukan parti mana yang layak mentadbir,” kata pesara, Muzamir Abdul Wahad, 57.

Zamrul Rubir, 48, TerengganuBagi Zamrul Rubir, 48, pula, rakyat akan berpuas hati jika PRN dilakukan selepas diheret dalam krisis menteri besar itu.

“Walaupun ramai pihak beranggapan tukar pemimpin itu suatu yang normal. Tetapi dalam krisis di Selangor ini, ia sedikit sebanyak melukakan hati rakyat.

“Ia (tukar MB) mungkin suatu yang ‘simple’, tetapi ‘effect’ besar. Sebab itu, saya yakin tidak mustahil PRN perlu diadakan untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

12 NGO pertahan Abdul Khalid kekal MB hingga penggal berakhir

SHAH ALAM 20 OGOS: Sekumpulan 12 badan bukan kerajaan (NGO) mewakili rakyat Selangor  melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir, di sini, hari ini.
Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (ARAS),Abdul Rahim Abdul Wahab, berkata negara, Pakatan Rakyat  (PR) dan Selangor akan mengalami kerugian serta berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak .
Beliau berkata , PR perlu mengambil pemimpin yang  menag berjiwa rakyat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Selangor.
.“Selepas  kerajaan PR mengambil alih, Abdul Khalid bawa banyak perubahan bukan saja daripada segi material, tetapi lebih penting adalah perubahan pendekatan politik.
“Pada pandangan saya, Khalid tak perlu diganti. Seharusnya, beliau habiskan penggal ini sebagai menteri besar dan sediakan penggantinya selepas ini,” kata Abdul Rahim dipetik Malaysiakini.
Kumpulan 12 NGO itu mengumumkan bakal mengadakan program antaranya himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam merdeka bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak, dari istana hingga jalan raya.
Pengerusi Penaja Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Faisal Idris ,berkata rakyat di negeri itu mempersoalkan tindakan  mengapa Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang perlu ditukar.
DSC_0056“Saya tanya mengapa nak tukar pemimpin yang baik? PAS sendiri pun mengakui Khalid pemimpin yang baik.
“Ini pengkhianatan. Langkah Kajang bukan saja satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia tetapi elangor,” katanya dalam sidang media himpunan aman kebangkitan rakyat Selangor, di sini, hari ini.
Categories
SELANGOR

EKSKLUSIF: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB

Oleh NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat Selangor diperalat sebagai batu loncatan ke Putrajaya bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.
Beliau mengakui Pakatan Rakyat perlu bercita-cita untuk terus berkembang dengan menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran untuk ke Putrajaya.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat perlu memberitahu rakyat yang mungkin tidak memikirkan negeri itu akan dijadikan sebagai alat.
Copy of nazli-mb“Kalau ini (asas ke Putrajaya) hendak dijadikan, adalah baik bagi Pakatan meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.
“Kita mestilah mempertahankan prinsip. Kita menjalankan reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya pada temu bual khas bersama SelangorKini.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan untuk menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya ketika memulakan pelan Langkah Kajang.
Bagaimanapun, ia tersekat berikutan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
jiwa rakyat aPada temu bual itu, Abdul Khalid turut ditanya mengenai dakwaan berkaitan Splash yang dikatakan mendekati individu dalam PKR untuk mendapat penyelesaian yang berpihak kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
“Jika itu berlaku bermakna parti membenarkan seseorang melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri.
“Ini membelakangkan tujuan memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab,” katanya.
Beliau mahu hal itu dihindar dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga munasabah dan menguntungkan rakyat.
Categories
SELANGOR

BN berlagak hero, halang usaha Kerajaan Negeri bantu rakyat miskin

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 APRIL: Pemimpin Barisan Nasional (BN) cuba mengelabui mata rakyat Selangor dengan berlagak sebagai pendekar yang memperjuangkan hak rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim, berkata realitinya BN hanya berjuang untuk keuntungan diri sendiri dan kepentingan politik.

“Isu ini berlaku sudah 40 tahun. Kita jangan lupa Sungai Panjang ketika itu adalah mantan Menteri Besar tetapi kenapa isu ini tidak diselesaikan.

sidang dun bersidang 4“Ini kerana, cara penyelesaian BN mengambil kepentingan politik, bukan menyelesaikan masalah tanah bagi jangka masa panjang untuk kepentingan rakyat.

“Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) cuba menyelesaikan secara profesional, mereka cuba jadi hero dan pendekar konon perjuangkan rakyat miskin,” kata Sue Lim di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sue Lim berkata demikian ketika mengulas dakwaan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi bahawa Kerajaan Negeri mengambil alih tanah yang diterokai penduduk sejak 40 tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri wajar bertindak memastikan tanah terbiar diberikan kepada rakyat miskin yang mampu mengusahakan projek pertanian.

pertanian1jambatanBeliau berkata, langkah itu dapat membantu golongan miskin yang berminat menjalankan kegiatan pertanian bagi meningkatkan sumber pendapatan, sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan tegar.

“Kalau tidak, kita asyik memberi wang sumbangan dan tidak membantu mereka. Cara terbaik adalah didik mereka berdikari.

“Langkah memberi wang hanya sekejap sahaja dan selepas itu sudah habis,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tinjauan: Reaksi berbeza tapi ramai mahu Anwar tanding PRK Kajang

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 JAN: Pelbagai reaksi positif ditunjukkan rakyat Selangor berhubung pencalonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekalkan penguasaan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pemilihan Anwar sebagai calon berikutan kerusi DUN Kajang kosong selepas perletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, pada 27 Januari lalu.

Danny Pesara, Danny Chong, 68, berkata Anwar pasti mempunyai strategi tertentu untuk menawan seterusnya mengekalkan penguasaan PKR di DUN Kajang kerana beliau adalah pemimpin politik berpengalaman luas.

“Ini pasti satu perkembangan positif bagi politik Selangor apabila bakal mendapat sentuhan kepimpinan seorang tokoh dan bekas pemimpin kanan negara yang sudah diiktiraf di pentas antarabangsa. Kita mesti menyokongnya kerana rakyat memerlukan seseorang seperti beliau,” katanya yang ditemui Selangor Kini, di sini, semalam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABagi pekerja restoran, Adam Muri, 21, dia melihat Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang mampu membawa perubahan besar kepada Selangor yang sedang pesat berkembang.

“Sebagai generasi muda, saya melihat pencalonan Anwar akan mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau memenangi DUN itu dan banyak kebaikan akan dirasai rakyat Selangor.

“Walaupun dianggap seperti ‘turun pangkat’ tetapi kesediaan beliau untuk bertanding di DUN Kajan g membuktikan semangatnya untuk terus berbakti seperti yang dilakukan di Permatang Pauh,” katanya.

Baharuddin Mat Dom, 52.Sementara itu, ahli perniagaan, Baharuddin Mat Dom, 52, menyifatkan PKR tidak menghadapi masalah mengekalkan DUN Kajang walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

“Rakyat kini selesa di bawah kepimpinan PR selaku pentadbir kerajaan negeri dengan penguasaan dua pertiga. Kedudukan PR akan lebih mantap dan BN selaku pembangkang akan lebih sukar selepas ini.

“Anwar sudah membuktikan kebolehan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. DUN Kajang tentunya bukan masalah bagi Anwar jika menang di sana,” katanya.

-NFN-

Perutusan Khas Anwar seru rakyat ke arah konsensus nasional – Versi Inggeris

http://tv.selangorku.com

Perutusan Khas Anwar seru rakyat ke arah konsensus nasional – Versi Bahasa

http://tv.selangorku.com

Permata hakis wang rakyat

http://tv.selangorku.com