Categories
SELANGOR

Suburkan pendengaran awam selesaikan masalah setempat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pendengaran awam secara atas talian atau langsung antara masyarakat dan agensi kerajaan perlu disuburkan bagi memudahkan kedua-dua pihak bertukar pandangan menyelesaikan masalah setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata budaya itu sudah mula dicadangkan di peringkat kawasannya dan berharap ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita ingin mendidik dasar komuniti supaya rakyat boleh bersama dalam konteks hak bersuara.

“Sebab itu perlu diwujudkan satu pendengaran awam di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap dua minggu sekali dengan penglibatan semua pimpinan masyarakat,” katanya.

RodziahKetika ditemui pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri DUN Batu Tiga di Stadium JKR Seksyen 17 pada 24 Julai lalu, beliau berkata antara tumpuan isu di DUN Batu Tiga lebih menjurus kepada penerangan kelususan strata kepada orang awam memandangkan terdapat banyak pembangunan berkembang di sini.

Selain itu, beliau mengakui masih terdapat beberapa kawasan menjadi tumpuan banjir sekoran masalah sistem perparitan terutama di kawasan kampung tradisi dan boleh menjadi punca awabak denggi.

“Isu banjir khususnya kita dapati walaupun isu besar ditangani seperti di Sungai Rasau tetapi tidak mencukupi. Dalam dua minggu ini saya kerap bertemu dengan Jawatankuasa Daerah terutama mengenai kampung tradisi yang tidak mempunyai sistem perparitan betul.

“Apabila berlaku hujan lebat, air tidak keluar. Saya mencadangkan kepada pegawai daerah menyelesaikannya di samping penduduk perlu memberikan kerjasama mengenai tinjauan struktur longkang sesuai bagi kawasan mereka,” katanya.

Rodziah yang sudah dua penggal berkhidmat di DUN Batu Tiga mengakui beliau kini lebih selesa mendekati rakyat secara terus memandangkan sebelum ini sibuk dengan tugas selaku Exco Kerajaan Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Keganasan wanita perlu dihentikan semua pihak

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 NOV: Tiada kerjasama erat antara pegawai agensi Malaysia menyebabkan gejala keganasan wanita masih berleluasa sehingga hari ini.

Pemimpin Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita, Rodziah Ismail, berkata kebanyakan wanita masih tidak mengetahui hak di saat mereka diganasi.

rodziahKatanya, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita tidak memberi makna walaupun ia disambut 25 November setiap tahun.

“Wanita seharusnya diberi bantuan yang lebih oleh pegawai agensi antaranya pegawai kebajikan, pegawai polis, mahkamah, pegawai Jabatan Bantuan Guaman serta orang ramai.

“Usaha reaktif semata-mata tidak akan menjamin hasrat menghapus keganasan terhadap wanita,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, wanita disarankan melengkapkan diri dengan iman dan pengetahuan supaya diri mereka tidak diganasi sesiapa.

Elimination VAW 2015“Keganasan terhadap wanita adalah pelanggaran yang nyata terhadap hak keinsanan yang boleh dituntut di dunia dan akhirat.

“Justeru, warganegara Malaysia berkepentingan untuk mengetahui isu keganasan terhadap wanita dan bagaimana boleh membantu mengatasinya.

Difahamkan, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita memperingatkan warga dunia tentang jenayah dan pelanggaran hak terhadap wanita daripada sudut fizikal, emosi dan mental.

Antara keganasan yang sering berlaku melibatkan kes keganasan rumah tangga, rogol, serangan seksual, penderaan seksual melalui multimedia, paksaan melakukan seks dalam rumah tangga, sumbang mahram, keganasan terhadap wanita hamil dan pemerdagangan manusia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Exco wanita kurang tapi agenda memberdaya tak wajar dipinggir- Rodziah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 SEPT: Walaupun barisan kepimpinan anggota Exco wanita dikurangkan, agenda memberdaya wanita Selangor harap tidak diketepikan.

Mantan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, asas dan polisi pemberdayaan wanita termaktub dalam Fasal 18.17 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (pindaan 2010) dan Fasal 5.14 (pindaan 2013).

Seminar Wanita Masjid Negeri Selangor 01Malah, sasaran ini dipersetujui kesemua komponen Pakatan Rakyat dan dimasukkan dalam Buku Jingga dan manifesto pilihanraya lepas.

“Asas dan polisi yang disemarakkan diharap akan diteruskan bagi mengkesinambungkan usaha-usaha memelihara kebajikan rakyat dan pemberdayaan wanita Selangor.

“Pengalaman saya dalam mengurus kedua portfolio itu menekankan kaedah penginstitusian mekanisme pelaksanaan asas-asas dan polisi kerajaan negeri berkaitan keduanya (kebajikan dan hal ehwal wanita).

“Ia bagi membangun, memantau, memperkemas dan memperbaiki dari masa ke semasa segala pelan, program dan aktiviti yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kesemua barisan anggota Exco baru dalam kabinet Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah.

Bagaimanapun, anggota Exco wanita berkurangan menjadi dua orang berbanding empat sebelum ini daripada sepuluh anggota Exco Kerajaan Negeri.

Dengan lantikan itu, Rodziah yang juga Adun Batu Tiga menyatakan sokongan bagi menjayakan program demi manfaat rakyat berdasarkan tatakelola yang baik.

“Ucapan sekalung tahniah kepada barisan baru kepimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh YAB Azmin Ali.

“Aras (standard) minimum yang diletakkan kepimpinan bekas Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim menjadi panduan pentadbiran baru yang tentunya melaksanakan amanah lebih baik,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Peratusan exco wanita menurun ke 20% kejutan – Rodziah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 SEPT: Penyertaan wanita sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dikurangkan daripada empat sehingga menjadi dua orang disifatkan sebagai satu ‘kejutan’ di bawah pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata peratusan Exco wanita yang menurun sehingga 20 peratus itu adalah di bawah indeks yang ditentukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

rodziah“Sekarang saya boleh jawab tentang penyertaan wanita dalam EXCO setelah Menteri Besar umumkan.

“Dari 40 peratus ke 20 peratus? Hmm… satu kejutan. Bawah indeks yang ditentukan,” katanya melalui status di laman sosial Facebook dan Twitter.

Sebelum ini, selama dua penggal berturut-turut, Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus ahli Exco adalah dari kalangan wanita.

Bagaimanapun di bawah pentadbiran Azmin, jumlah Exco wanita dikurangkan kepada dua orang sahaja melalui pelantikan Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong.

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Tiga Adun yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).

EZY

 

 

Categories
SELANGOR

Azmin diyakini mampu teruskan kecemerlangan PR

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diyakini mampu meneruskan kecemerlangan PR mentadbir negeri Selangor dan memastikan kebajikan rakyat diutamakan.

rodziahAdun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata Azmin mempunyai kemampuan untuk menterjemahkan dasar gagasan itu dalam dasar Kerajaan Negeri.

“Kita harapkan tanda aras yang telah diletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi ukuran dalam pembangunan dan perancangan Menteri Besar baru.

“Saya harapkan asasnya dapat diteruskan dan tiga polisi negeri iaitu kecekapan,akauntabiliti dan transparensi dapat diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau menggantikan Abdul Khalid yang merupakan Menteri Besar Selangor sejak tahun 2008.

Terdahulu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata pelantikan Azmin tidak signifikan bagi negeri terkaya di Malaysia, tetapi hanya ‘menumpang’ kejayaan yang telah dilakukan kerajaan BN selama 15 penggal.

Rodziah melahirkan rasa dukacita diatas sikap ungkit pemerintah lalu yang sekadar melakukan tanggungjawab yang dijangkakan daripada mana-mana pemerintah.

Tegasnya, pentadbiran PR di Selangor bersusah-payah membetulkan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan pemerintah sebelum ini, dan menyelaraskan semula dasar Kerajaan Negeri menepati keperluan rakyat terbanyak.

“Kalau BN kata kita sambung kejayaan mereka, di mana kita sambung?

“Kita banyak buat pembaharuan, kalau kesinambungan kita tutup mata dan teruskan sahaja, maka saya sangkal kalau BN kata kita teruskan kerana banyak polisi BN yang kita mansuhkan dan buat polisi baru,” katanya.

HM

Categories
SELANGOR

Rodziah letak jawatan Exco, sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

SHAH ALAM 14 OGOS: Kerajaan Selangor menerima surat peletakan jawatan Exco daripada Adun PKR Rodziah Ismail.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peletakan jawatan itu adalah sah mengikut Artikel 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan mana-mana Ahli Majlis MMKN boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.

rodziah pc green 20 jul 01“Kita telah menerima surat rasmi peletakan jawatan daripada ADUN Batu 3, YB Rodziah Ismail sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkuatkuasa hari ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada YB Rodziah Ismail di atas sumbangan dan khidmat yang diberikan sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Selangor,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Categories
SELANGOR

MB: Rodziah masih kekal Exco buat masa ini

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 OGOS : Rodziah Ismail yang juga Exco daripada PKR masih kekal sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya beliau memutuskan untuk terus menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini berkata beliau masih menunggu kepulangan Rodziah yang juga Adun Batu Tiga dari luar negara sebelum membuat sebarang keputusan.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (7)“Saya menunggu dia kembali dan saya akan membuat keputusan jika beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan ahli Exco yang ada sekarang, makan khidmatnya akan diteruskan.

“Jika tidak, beliau juga akan diberikan surat penamatan (tugas),” katanya.

Semalam, Abdul Khalid memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Beliau menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

rodziah eksklusif pink 01Bagaimanapun Abdul Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Abdul Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

EZY

Categories
SELANGOR

Rodziah tuntut permohonan maaf daripada Sinar Harian

Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 11 OGOS: Exco Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail menuntut Sinar Harian mengemukakan permohonan maaf berhubung artikel bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar yang ditulis, pada 9 Ogos lalu.
Beliau berkata, permohonan maaf berkenaan perlu dibuat di muka hadapan akhbar itu dan di semua laman sosial medianya dalam masa 24 jam.
rodziah-ceramah-biru-01“Merujuk kepada tulisan akhbar Sinar Harian 9 Ogos 2014, bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar, saya menuntut Sinar Harian memohon maaf bertulis kepada saya kerana tulisan itu mengandungi kenyataan yang tidak benar berkenaan saya dan mengelirukan umum sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap saya.
“Saya akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah, jika pihak Sinar Harian gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.
-NFN-
Categories
KENYATAAN MEDIA

Persaudaraan itu amanah

Oleh: Rodziah Ismail

‘Idulfitri sentiasa memberi kesegaran dan harapan yang besar untuk terus membina dan mengukuhkan silaturrahim yang menjadi asas kekuatan ummah.

Hubungan antara insan atau persaudaraan itu adalah berlandaskan iman yang menselaraskan pemikiran dan tindakan untuk melangkah ke hadapan.

Persaudaraan itu melewati latarbelakang individu kerana kesekufuan aliran pemikiran akan melahirkan tindakan yang serupa di kalangan insan-insan yang bersaudara yang sentiasa mengutamakan keredhaan Allah swt.

Ia menuntut kewujudan gerakan secara berjamaah atau kolektif dan kebiasaan untuk berpanduan dalam menetapkan sebarang keputusan, lebih-lebih lagi yang mengesani rakyat terbanyak.

Persaudaraan itu adalah amanah. Jika ia suatu amanah, ia bermaksud suatu tanggungjawab yang perlu dibereskan.

Persaudaraan seorang anggota masyarakat setakat dalam lingkungan jiran dalam perumahan tempat tinggalnya atau di tempat kerja berbanding dengan seorang wakil rakyat yang mempunyai puluhan ribu atau ratusan ribu, bahkan jika seorang Menteri, puluhan juta rakyat yang menjadi saudaranya.

Dalam konteks Islam persaudaraan-persaudaraan tersebut membawa implikasi di dunia dan akhirat.

Jika persaudaraan itu difahami sebagai amanah, semuanya akan bersedia untuk memenuhi tuntutannya.

Amanah dalam hubungan antara insan akan menjauhi kata nista dan keji terhadap sesama insan dan yang lebih dihindari ialah memfitnah dan mengadu domba serta menzalimi sesama insan.

Kekejaman yang dilancarkan oleh Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin dilaknati oleh segala makhluk dan Pencipta makhluk serta seluruh alam.

Namun, dalam masa yang sama, ummah perlu melihat kepada kegagalan diri untuk memperbaiki keadaan Palestin dalam situasi limpahan anugerah yang begitu banyak oleh Allah swt terhadap umat Islam, khususnya di Timur Tengah, dengan bilangan Muslim seluruh dunia menghampiri 2.10 bilion.

Ketika saat-saat genting dan cemas tentera pimpinan Rasulullah saw dalam peperangan Badr, baginda telah berdoa agar Allah swt tidak memusnahkan tentera Islam yang pada ketika itu bilangan, peralatan dan kekuatannya hanya sepertiga tentera Quraish.

Dari perspektif logik dan analisis ketenteraan, sudah pasti tentera Islam akan mengalami kekalahan yang teruk dan terhapus sama sekali.

Keimanan, disiplin dan daya juang yang ampuh serta berpegang teguh terhadap taktik perjuangan yang dirancang tanpa sebarang pembelotan dan pengkhianatan telah menyaksikan kemenangan tentera Islam.

Peristiwa itu boleh menjadi rangsangan dan dorongan yang hebat bagi ummah untuk mengambil risiko dan secara kolektif membela, mempertahankan hak dan nyawa ummat Islam di mana saja mereka berada. Apakah gerangan yang menghalang ianya berlaku?

Pengagihan pendapatan negeri yang tepat kepada sasarannya adalah pencapaian yang diutamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Ia merupakan ciri agenda reformasi yang menghendaki sistem pangkalan data dan kewangan yang mesra rakyat agar dapat dialirkan bantuan dengan sempurna dan berkesan.

Pengauditan pusat-pusat khidmat di seluruh Selangor adalah tanda keseriusan Kerajaan Negeri Selangor tentang hal itu.

Statistik menunjukkan bahawa penerima kebajikan di Selangor kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan wanita.

Situasi itu perlu ditangani dengan lebih baik dan punca-puncanya diatasi dengan kerjasama antara institusi, agensi dan jabatan kerajaan serta NGO.

Wanita dianjurkan untuk bersama dalam jaringan wanita setempat menerusi Pusat Wanita Berdaya bagi berusaha bersama-sama menjamin dan meningkatkan status ekonomi dan kewangan mereka di samping mendapat berbagai peruntukan dan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor.

Hasrat ialah untuk mengembalikan budaya kepedulian sesama anggota masyarakat, khususnya di kalangan wanita, dalam menjalani kehidupan ini.

Semoga kekal amalan soleh sepanjang Ramadhan ini hingga ke bulan-bulan yang mendatang dan beroleh nikmat lailatulqdr.

Persaudaraan itu Amanah, Selamat Menyambut I’dulfitr 1435H/2014M, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

* Rodziah Ismail adalah Exco Hal Ehwal Wanita Selangor dan ADUN Batu Tiga

Categories
SELANGOR

Hasil audit MES diumum selepas disiasat Jabatan Integriti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JULAI: Siasatan awal audit Pejabat ADUN, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen memantau penggunaan peruntukan kewangan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menunjukkan trend pengeluaran melebihi pemberian kepada penerima sumbangan.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, penemuan itu akan disiasat Jabatan Audit Negeri Selangor dan Jabatan Integriti Selangor bagi memastikan sama ada terdapat ketirisan atau penyelewengan berlaku atau masalah berkaitan isu teknikal.

mes“Kalau benar berlaku salah guna duit peruntukan rakyat ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan. Polisi Kerajaan Negeri terpakai kepada semua tidak kira Menteri Besar, Exco atau ADUN.

“Apa yang penting duit yang kita peruntukkan itu sampai kepada rakyat. Itu yang kita usahakan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Kata beliau semua penemuan dalam kerja audit itu nanti juga akan dibawa dalam mesyuarat tertutup bagi memutuskan tindakan selanjutnya yang akan diumumkan kepada rakyat.

rodziah pc green 20 jul 01Rodziah bagaimanapun tidak menjelaskan pejabat Ahli Parlimen, ADUN atau Pejabat Penyelaras DUN yang terlibat dengan trend pengeluaran melebihi sumbangan dimaksudkan.

Rabu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jabatan Audit Negeri Selangor diarah menjalankan audit di seluruh pejabat ADUN, Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan program kebajikan MES.

Ia bertujuan untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program kebajikan yang dijalankan sejak 2008.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan semak semula penggajian & perjawatan kakitangan masjid

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Negeri akan menyemak semula sistem penggajian dan penjawatan bertaraf kontrak bagi kakitangan masjid.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata dalam masa yang sama, kebajikan keluarga kakitangan yang meninggal dunia dapat dibantu.

RodziahKatanya, langkah itu termasuk mewujudkan tabungan insurans kepada kakitangan dan keluarga kakitangan.

“Kita juga mahu keluarga kakitangan di insuran akan dari segi keselamatan dan pendidikan anak-anak.

“Kos sepenuhnya akan ditanggung Kerajaan Negeri. Itu antara cadangan dan perkara penting yang perlu dilihat Kerajaan Negeri untuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa yang meninggal dunia baru-baru ini, di sini.

Beliau berkata pihaknya sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melihat semula perlantikan jawatan bertaraf kontrak.

“Jadi kita akan kaji balik keseluruhannya, kejadian ini membukan mata Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, kita perlu menjaga kebajikan kakitangan masjid dan mempertingkatkan beberapa aspek yang perlu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sindiket penipuan bukan program Kerajaan Negeri

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 JUN : Skim bekerja daripada rumah dan pembekalan barang-barang yang didakwa menipu baru-baru ini sama sekali bukan program Kerajaan Negeri.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata skim itu dijalankan sebuah syarikat swasta dan beliau selaku wakil rakyat di kawasan itu sekadar hadir menyempurnakan perasmian skim itu.

Beliau juga kesal terdapat pihak termasuk wakil rakyat masih keliru dan mempolitikkan perkara itu hingga tidak fokus kepada isu sebenar.

_MG_1583“Ketika perasmian, saya berkali-kali berpesan dalam ucapan saya untuk semua pihak berhati-hati, jika mahu sertai skim pastikan ada kontrak kerja untuk mengelakkan diri ditipu.

“Malah saya sendiri berkata pada hari itu, jika didapati menipu saya akan mengambil tindakan.

“Sehubungan itu, apabila mula terdapat aduan, saya sendiri lebih awal hadir ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada pertengahan April lalu, Rodziah hadir ke majlis perasmian syarikat berkenaan yang antara lain menawarkan tawaran bekerja daripada rumah dengan gaji RM800 sebulan.

Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu membuat bayaran deposit serendah RM200 malah ada yang memberi wang deposit sehingga RM50,000.

rodziah interview pink 01Sehubungan itu, ramai mangsa termasuk wakil rakyat menyatakan kekesalan dengan Kerajaan Negeri yang didakwa terlibat dan gagal menangani masalah penipuan ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kapar yang juga seorang peguam, G. Manivannan hadir ke pejabat syarikat berkenaan dan bertemu mangsa skim.

Beliau memberi tempoh 48 jam kepada pihak polis untuk bertindak dan menjalankan siasatan, jika tidak akan membawa perkara berkenaan ke Parlimen pada Isnin ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas.

“Memang menjadi kebiasaan untuk ahli politik dijemput hadir merasmikan mana-mana majlis, saya juga begitu.

“Dalam kes ini, mungkin juga syarikat mengambil kesempatan menggunakan pengaruh pimpinan negeri untuk menarik orang ramai menyertai skim.

“Jadi saya nasihatkan kepada ahli politik selepas ini untuk lebih berhati-hati dan memeriksa dulu,” katanya.

EZY