Categories
NASIONAL

Tubuh pasukan pengaman negara Islam lindungi etnik Rohingya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 NOV: Pasukan tentera pengaman negara Islam perlu ditubuhkan segera bagi melindungi etnik Islam Rohingya di Myanmar daripada terus tertindas.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, insiden pembersihan etnik itu sepatutnya membuka mata pemimpin negara Islam seluruh dunia.

Beliau berkata, walaupun dunia memiliki tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu, namun ia bukan di bawah kawalan negara Islam.

“Hari ini terdapat umat Islam yang merupakan minoriti di negara mereka berhadapan ancaman pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai atau pengusiran dari kampung halaman mereka.

“Walaupun bilangan tentera pasukan (pengaman) itu kecil pada peringkat awal, namun ia memberi isyarat kepada dunia bahawa nasib minoriti umat Islam akan sentiasa dibela,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Iskandar berkata, tiada tanpa campur tangan pasukan tentera pengaman akan menyebabkan etnik Rohingya tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Cukuplah dengan pengalaman pembersihan etnik umat Islam Bosnia di Balkan, pada awal 90-an,” katanya.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tragedi Rohingya – Malaysia wajib bersuara

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR

Sejak lebih kurang sebulan yang lalu, keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar, antara kumpulan etnik yang paling ditindas dan diancam serata dunia, kembali memuncak.

Keganasan ini disifatkan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas beberapa pos keselamatan tentera Myanmar yang kononnya didalangi militan Islam Rohingya.

Ternyata tiada alasan yang merelakan penghapusan etnik yang diakui oleh pelbagai badan akademik dan hak asasi manusia serta menerusi laporan media antarabangsa.

Sebuah kajian dari International State Crime Initiative di Queen Mary of London telah mengemukakan bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa pembunuhan, penderaan, rogol, penahanan sewenang-wenangnya, dan propaganda kebencian terhadap agama etnik Rohingya di Myanmar sedang berlaku secara berleluasa.[1]

Sehingga hari ini, tidak kurang dari 150 nyawa telah dibunuh secara kejam dan lebih kurang 1250 buah bangunan telah dimusnahkan oleh pihak tentera Myanmar.[2] Keganasan menggila ini wajib dikecam dan dihentikan dengan kadar segera.

Malaysia tidak boleh mengulangi pendiriannya sewaktu krisis pelarian ‘bot’ pada tahun 2015, yang mengabaikan pelarian pada awalnya dan hanya memutuskan untuk bantu pasca desakan umum.

Sebagai lambang ketamadunan dan kemanusiaan, saya menyeru kerajaan Malaysia untuk menzahirkan pendirian yang tegas terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya dan kealpaan kerajaan Myanmar termasuk penerima Hadiah Keamanan Nobel, Kaunselor Negara dan Ketua Umum Kerajaan Myanmar (secara de facto) Aung Saan Suu Kyi yang terus membisu dalam berhadapan dengan penganiayaan ini.

Semasa berucap di Perhimpunan Agung PBB 2015 tentang pelarian Syria yang menyelamatkan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin dunia Islam tidak boleh “sekadar berasa kecewa dan mengabaikan umat Muslim yang miskin dan terpinggir” (“frown and turn our faces away from our fellow-Muslim poor and marginalized”).[3]

Sekiranya Perdana Menteri kita ikhlas dalam kata-katanya untuk memastikan kesejahteraan umat Islam yang terpinggir, Malaysia juga mesti mengambil inisiatif untuk menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya.

1. Pertama, Malaysia merupakan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan keanggotaan negara kita akan berakhir pada bulan depan.

Di manakah kenyataan ataupun ucapan mengenai kezaliman, penganiayaan dan ketidakadilan yang dialami etnik Rohingya selama Malaysia menjadi anggota?[4]

Saya menyeru agar Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar yang tidak berperikemanusiaan sebelum kita terlepas peluang untuk melaksanakan tanggungjawab kita untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

2. Kedua, Kementerian Belia & Sukan harus mengarahkan penarikan diri pasukan bola sepak negara daripada Kejohanan Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap kerajaan Myanmar yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan tersebut.

Sejarah membuktikan, pada tahun 1980, kita telah menarik diri daripada Kejohanan Olimpik yang lebih berprestij kerana membantah pencerobohan tentera Soviet ke atas Afghanistan. Keputusan ini diharapkan mampu diangkat sebagai pendekatan moral serta bukti komitmen terhadap isu hak asasi manusia.

Pada tahun 2012, saya telah menghantar usul tergempar untuk mengutamakan perbincangan tentang pembunuhan etnik rohingya. Malangnya, usul tersebut yang cakna menegakkan tanggungjawab kemanusiaan telah ditolak oleh pihak Speaker Dewan Rakyat.[5]

Kini, pada 2016, serangan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya berulang lagi. Janganlah kita menutup mata terhadap penderitaan etnik Rohingya yang kian berterusan.

Malah, Timbalan Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan satu projek perintis untuk membolehkan 300 pelarian Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bekerja dalam sektor perladangan dan pembuatan Malaysia.[6]

Jikalau kerajaan Malaysia bersungguh dalam untuk mempertahankan nasib Rohingya atas dasar kemanusiaan, lanjutkanlah usaha ke peringkat antarabangsa!

Kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira agama dan bangsa, saya memohon agar kita terus bersuara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap krisis kemanusiaan yang sedang melanda bangsa Rohingya.

Ambil bahagian dalam acara atau wacana yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hulurkan bantuan dari sudut tenaga, kepakaran dan kewangan dalam apa-apa inisiatif untuk membela golongan pelarian di negara ini.

Dengan kesedaran dan mobilisasi masyarakat sivik yang mendokong kemanusiaan dan cintakan kedamaian, banyak perubahan yang dapat kita capai.

Persoalan yang harus kita utarakan,adakah wajar bagi Malaysia dan rakyatnya untuk terus berdiam diri sekarang di saat kekejaman dan pembunuhan yang tidak menunjukkan tanda-tanda bakal terhenti?

#selamatkanRohingya
#saveRohinga

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN
________________
[1] http://statecrime.org/state-crime-research/isci-press-release-26-october-2015/
[2] https://www.hrw.org/news/2016/11/21/burma-new-wave-destruction-rohingya-villages
[3] http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/10/02/najib-speech-un/
[4] https://www.un.int/malaysia/malaysia/2016-statements-security-council
[5] http://www.nurulizzah.com/site/2012/11/usul-tergempar-pembunuhan-etnik-rohingya-ditolak-parlimen/
[6] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pioneer-work-project-for-rohingyas-to-be-introduced-says-deputy-minister

Categories
SELANGOR

Kongsi derita, warga Rohingya aman di Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SELAYANG, 31 OGOS: Walaupun mendapat pembelaan sewajarnya daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, namun warga Rohingya, Reazul Haq Mufti Abdul Man Nan tidak pernah melupakan kisah duka di bumi kelahirannya, Myanmar.

Beliau berkata, walaupun negaranya sudah mengecapi kemerdekaan, namun kehidupan juga hak asasi etnik itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Negara kami merdeka, tetapi kami dinafikan kehidupan dan hak asasi oleh pemerintah zalim. Kami dihalau dari tanah sendiri.

“Kami sepatutnya boleh tinggal di negara kami kerana tanah kami dianggap sebagai ‘bunga’ dengan nilai cukup tinggi,” katanya pada program Ambang Merdeka peringkat Dun Taman Templer di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, di sini, malam tadi.

Reazul yang kini menetap di Subang turut menzahirkan rasa syukur apabila nikmat kemerdekaan di negara ini dapat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, beliau yang menetap di sini sejak empat tahun lalu tidak pernah terhenti untuk kembali ke tanah airnya, menikmati erti pembebasan sebenar.

DSC_0300Berkongsi keperitan dilaluinya, Reazul Haq turut mendeklamasikan puisi pembebasan dalam bahasa Rohingya, menuntut kebangkitan komuniti dan masyarakat sosial untuk membantu golongan itu.

Sebelum ini, berlaku krisis kuasa dan pembunuhan umat Islam Rohingya oleh puak Rakhine yang menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman di negara yang mempunyai kira-kira 135 etnik itu.

Masyarakat Rohingya didakwa kononnya mahu merampas tanah serta cuba memiliki kuasa melalui pertambahan populasi di Myanmar.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

UNISEL usaha bantu pendidikan formal anak Rohingya

OLEH NAZLI IBRAHIM

MERU, 16 JULAI: Universiti Selangor (UNISEL) berusaha mencari jalan supaya anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia mendapat pendidikan formal sekali gus mempunyai masa hadapan lebih cerah.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata antara langkah yang diambil universiti berkenaan adalah berbincang dengan Jabatan Pendidikan.

Katanya, ia ekoran perkara itu membabitkan warga asing dan pihaknya terikat dengan peraturan dan perlembagaan yang menyebabkan anak-anak Rohingya tidak dapat bersekolah di sekolah kebangsaan.

markshort wakil mbi-rohingya“Saya fikir pada masa ini, cara yang ada hanya melalui Sekolah Tahfiz kerana biasanya sekolah itu tidak terikat dengan sistem persijilan.

“Dengan itu, mereka boleh belajar mata pelajaran agama dan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi, misalnya Universiti Al-Azhar dan univerisiti di Yaman dan beberapa negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program #ProjekRayaRohingya di Madrasah Al-Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amidi berkata, selain mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib, UNISEL turut mencadangkan supaya kerajaan membawa isu pendidikan formal anak Rohingya kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) ekoran tiada tanda kemelut ini akan berakhir pada masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya, UNISEL akan menjalankan bimbingan tidak rasmi membabitkan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya di bawah Fakulti Pendidikan dan beberapa fakulti lain di UNISEL.

“Saya rasa bimbingan tidak rasmi seperti pembelajaran Bahasa Inggeris dan Sains misalnya boleh dijalankan kerana UNISEL ada Fakulti Pendidikan, Kejuteraan dan sebagainya yang boleh dilibatkan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Isu bantu penduduk Rohingya dibincang ke DNS

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 FEB: Peruntukan khusus untuk pelarian Rohingya di negeri ini bakal dibawa ke Sidang Dewan Negeri (DNS) bagi membantu golongan terbabit dalam kehidupan seharian.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, berkata peruntukan khas kepada etnik terbabit merupakan tanggungjawab ihsan Kerajaan Negeri.

rohingya aKatanya, antara peruntukan dimohon adalah tanah bagi penempatan etnik dan kemudahan prasarana serta pendidikan pelajar Rohingya.

“Sudah menjadi tanggungjawab ihsan Kerajaan Negeri yang tidak mengira bangsa atau warna kulit. Juga pendidikan yang penting di seluruh negeri.

“Saya memohon Kerajaan Negeri menyediakan tanah bagi menempatkan mereka ini dan kemudahan lebih baik atas perikemanusian Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Minggu lalu, sejumlah RM10,000 diserahkan Yayasan Kebajikan Klang kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rohingya bagi membela pelajar etnik terbabit di Seri kembangan.

Sekurang-kurangnya 134 kanak-kanak Rohingya di seluruh Selangor belajar dalam keadaan daif dan usang di Seri Kembangan.

EZY

RM1 sehari bantu kana-kanak Rohingya


KEADILAN akan lancar kempen derma RM1 sehari bantu kanak-kanak pelarian Rohingya

Categories
NASIONAL

ABIM anjur protes senyap, solidariti bantah penindasan Rohingya

SHAH ALAM, 30 MEI: Kesedaran masyarakat penting dalam membela maruah dan nasib etnik Rohingya yang semakin tertindas, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan.

Amidi berkata, kebersamaan dan kesungguhan dalam menangani penindasan juga kekejaman terhadap etnik itu harus ditunjukkan pelbagi pihak tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan.

ro2“Kami menggesa semua pihak sama ada kerajaan, badan pemikir strategik, pertubuhan masyarakat sivil, organisasi media dan rakyat bersama menggerakkan kesedaran ini.

“Kita perlu mendukung semula kemuliaan dan maruah setiap manusia yang ditindas tanpa mengenal perbezaan warna kulit, agama serta lokaliti geografi individu itu,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada himpunan ‘Silent Protest For Rohingya: A Solidarity With Rohingya People’ anjuran Abim di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, perhimpunan aman itu adalah lambang solidariti kemanusiaan rakyat Malaysia untuk masyarakat Rohingya yang dinafikan hak mereka melalui pelbagai penindasan dan kekejaman.

ro3“Kami ingin mengajak semua pihak supaya bersama Abim untuk membantu mereka,” katanya.

Lebih 30 peserta berhimpun di hadapan Dataran Merdeka secara aman termasuk menggesa kerajaan membanteras aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini.

Kumpulan peserta kemudiannya berarak menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi meneruskan himpunan dan antara aktiviti yang dijalankan termasuk kutipan derma untuk etnik berkenaan.

Categories
NASIONAL

Nyawa 8,000 Rohingya di hujung tanduk, Parlimen kata tak penting

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak cadangan penangguhan persidangan bagi memberi laluan perbincangan isu pelarian Rohingya amat dikesali.

Hal itu kerana, nyawa kira-kira 8,000 pelarian Rohingya dalam kapal kecil atau perahu di perairan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia berada di hujung tanduk apabila tidak dibenarkan mendarat.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar (PSM) berkata, Parlimen harus membenarkan anggotanya mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan dalam isu berkenaan.

ROHINGYA-MT-7-622x414“Setiap saat, nyawa mereka semakin terancam. Ahli Parlimen seharusnya boleh membantu kerajaan dalam isu ini tetapi malangnya tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR) pula mempertikaikan kesediaan Malaysia membantu Palestin, Nepal dan Bangladesh tetapi enggan membantu pelarian Rohingya.

“Sudah lebih sebulan setengah mereka berada di lautan dengan makanan yang kritikal dan bahaya ombak besar kerana tak dibenarkan mendarat,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Mohd Iskandar Mohd Akin (PKR) pula berkata, Kerajaan Malaysia tidak perlu tunduk kepada ugutan Kerajaan Myanmar.

jeyakumar“Myanmar tak mahu sertai mesyuarat negara Asean kalau Malaysia bantu pelarian mereka. Ini satu ugutan.

“Alasan tak campur tangan masalah negara lain tak boleh pakai sebab ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, Dr Jeyakumar menulis surat kepada pejabat Speaker memohon supaya persidangan ditangguhkan bagi membincangkan isu pelarian Rohingya.

Bagaimanapun, Pandikar menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak perlu disegerakan kerana kerajaan sedang mengambil pelbagai usaha yang tidak dinyatakan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MB: Tolak isu agama, ASEAN perlu tubuh misi kemanusiaan Rohingya

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota ASEAN mengambil inisiatif atas dasar kemanusiaan terhadap pelarian etnik Islam Rohingya.

Beliau berkata, semua pihak perlu menolak isu berlainan bangsa atau saling menyalahkan dan memberi tumpuan kepada tugas menyelamatkan beribu etnik Islam Rohingya yang memerlukan bantuan.

ROHINGYA-MT-7-622x414“Kita perlu memikirkan penyelesaian strategik untuk jangkamasa panjang melibatkan keperluan makanan, perubatan dan tempat tinggal.

“Ini masa sesuai untuk semua organiasai masyarakat serantau berganding bahu dengan negara ASEAN dalam misi kemanusiaan menyelamatkan etnik Islam Rohingya yang ditindas,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN perlu segera mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar ASEAN (AFMM) untuk membincangkan isu itu.

“Antara isu kritikal adalah penempatan semula, penghantaran balik dan keselamatan yang perlu diberikan keutamaan.

MB Azmin“Tidak dinafikan, Malaysia dan Indonesia akan menanggung beban percambahan kem pelarian. Brunei dan Singapura juga perlu memainkan peranan penting ke arah penyelesaian jangkamasa panjang,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Azmin juga mengecam keputusan badan kehakiman Mesir ke atas bekas presidennya, Mohamed Morsi yang dijatuhkan hukuman mati.

“Keputusan itu tidak wajar dan percubaan yang gagal termasuk melanggar setiap proses serta kaedah keterangan. Ia juga ibarat melenyapkan sistem demokrasi dan keadilan sejak rampasan kuasa berlaku oleh tentera dan tangan ghaib di rantau ini,” katanya.

-NFN-

PM digesa kemuka usul khas bahas isu Rohingya

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Abdul Razak mengemukakan usul khas ASEAN dan Dewan Rakyat membahaskan isu Rohingya.

Categories
NASIONAL

MB: Najib perlu tegas tangani isu pelarian Rohingya

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING, 18 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan lebih proaktif berhubung krisis pelarian etnik Islam Rohingya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, Najib selaku Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) setidak-tidaknya membawa pendirian tegas berhubung perkara itu dalam parlimen yang bersidang hari ini.

rohing1“Sekurang-kurangnya ada satu usul khas yang dibawa untuk membincangkan isu Rohingya atas prinsip kemanusiaan. Kita tak boleh terus membiarkan mereka terkandas atas bot di tengah lautan dalam tempoh panjang kerana mampu menimbulkan banyak masalah.

“Sebagai Pengerusi Asean, Najib perlu melibatkan Malaysia untuk lebih fokus menyelesaikan perkara ini dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Invest Selangor Berhad di Hotel Hilton, di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Benama melaporkan Malaysia tidak boleh dibebani dengan ‘masalah’ pelarian Rohingya kerana ia adalah isu yang perlu ditangani secara bersama semua negara Asean.

Hampir 3,000 penduduk Islam Rohingya yang meninggalkan Myanmar dan warga Bangladesh terkandas di dalam bot tanpa sebarang bekalan makanan serta minuman selepas beberapa kerajaan menghalang mereka mendarat.

mb parlimen1Sebelum ini, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyalahkan kerajaan Myanmar sebagai punca krisis pelarian etnik Islam Rohingya terkandas di laut untuk mencari perlindungan di negara lain.

Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Zeid Ra’ad Al Hussein dalam kenyataannya berkata, Myanmar seharusnya mengambil tanggungjawab penuh bagi menyelesaikan isu berkenaan yang kini merebak sehingga ke negara jiran termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Zeid turut mengingatkan kerajaan di Asia Tenggara mengambil langkah pantas melindungi golongan pendatang bagi mengelakkan berlaku kematian yang ramai dalam kalangan pelarian.

Beliau merujuk kepada tindakan kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand yang mengamalkan dasar mengusir bot pendatang daripada memasuki wilayah masing-masing.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rohingya and Bangladeshi boat people – ASEAN must act swiftly on humanitarian grounds

BY: MOHAMED AZMIN ALI

The current plight of the Rohingya and Bangladeshi boat people is a humanitarian crisis of herculean proportions that is threatening to blow apart the unity of ASEAN members. This is not the time to engage in a blame game. Finger pointing by one party against another will only add to greater mutual acrimony.

All ASEAN members must for now set aside their nationalistic or parochial concerns and focus on the immediate task of helping save the thousands that are currently stranded in great need of food, medical care, and shelter.

There are no short cuts to solving a crisis of this nature involving boat people except a long-term strategic solution that must include swift and effective action on the part of maritime and security authorities.

In this regard, I fully support Malaysia’s leadership role as Chairman of ASEAN in 2015. As time is of the essence, Malaysia must call for an urgent and immediate meeting of the ASEAN Foreign Ministers (AFMM) to discuss the issue.

It is clear that Bangladesh is also a party to the crisis and it would only be right and proper that the AFMM invite the Bangladesh FM to join the meeting. The immediate objective of the AFMM will be to endorse a plan of action to avert the crisis from spiralling out of control.

I also urge Malaysia to concurrently respond to the urgent needs of the boat people in terms of safety, shelter and medical care and to mobilise the ASEAN countries for support. This is also the best time for civil society organisations to work hand in glove with the respective member countries in one giant humanitarian effort to relieve the plight of the boat people.

These are immediate concerns that must be resolved and, considering that Malaysia is the chair, I urge the Prime Minister to take the lead in these initiatives.

He must also ensure that, come November, the Rohingya and Bangladeshi boat people issue is placed high on the agenda of the ASEAN leaders’ summit. Among other critical issues, resettlement, repatriation, and security matters will feature prominently. The question of the role of Myanmar and Bangladesh (as push countries) and Indonesia, Malaysia and Thailand (as recipient countries) must also be thoroughly resolved. Undoubtedly because of the geographical proximity, Malaysia and Indonesia will bear the brunt of the proliferation of refugee camps. Brunei and Singapore too must willy-nilly play some significant role towards the long-term solution.

In any event, these problems cannot and should not give us any excuse not to act or to retard our response to this growing humanitarian crisis.