Konvoi Amal Tahfiz bantu cari dana Sekolah Agama Rakyat

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR

bantuan sekolah agama rakyat mac 20 04

SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu.

Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan.

Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi.

“Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini. bantuan sekolah agama rakyat mac 30 02

?Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini  dan Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas  menerima cek bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malam semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri telah meperuntukan  RM 6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun.

“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR.

“Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan,” katanya.

bantuan sekolah agama rakyat mac 30 01Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta dihadiri kira-kira 300 orang guru-guru SAR seluruh Selangor.

Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan Kerajaan Negeri.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Komited Martabat Al-Quran Melalui Pemerkasaan Pendidikan

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 01

SHAH ALAM, 20 FEB : Kerajaan Negeri komited memartabatkan ajaran Al-Quran di negeri ini melalui pemerkasaan pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain menaikkan elaun guru KAFA, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SRA).

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 02Ujar beliau, dengan bantuan tersebut diharap dapat memberikan motivasi kepada para guru dan pelajar yang terlibat dalam pendidikan Al-Quran.

“Diharap juga agar anak-anak di Sekolah KAFA, SRA, dan SRAI di negeri ini mendapat panduan yang betul daripada guru-guru dalam hal mempelajari Al-Quran.

“Dan seterusnya mampu menamatkan pengajian Al-Quran sebanyak 30 juzuk pada usia 10 tahun,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran Dan Tilawah Al-Quran serta Festival Ilmu dan Al-Quran (FIQS) Selangor 2013 yang diadakan di pekarangan letak kereta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Islam (JAIS), Datuk Marzuki Hussin berkata, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai generasi menghafaz Al-Quran program Isbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor telah dilaksanakan.

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 03Ujarnya, daripada statistik pada 2011 seramai 128 peserta memohon bagi mengikuti temuduga program ini.

Ia meningkat pada 2012 kepada 167 peserta.

Manakala bagi jumlah peserta yang layak menerima elaun adalah 167 peserta bagi 2012 berbanding 122 berbanding 2011.

Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran itu berlangsung pada 19 – 22 Februari yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.

Majlis Penutup akan berlangsung pada 22 Februari (Jumaat) di sebelah malam yang akan ditutup secara rasmi oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Categories
SELANGOR

RM 7.82 juta bagi SAR dan SJKS di Selangor

SEPANG, 18 MEI : Kerajaan Selangor memberikan bantuan pelajaran sebanyak RM4.83 juta kepada 180 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sebanyak RM2.99 juta kepada 93 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor.

Bantuan Pelajaran bagi tahun 2012 ini akan disalurkan melalui Pejabat ADUN dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 DUN Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk membela nasib sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi SAR dengan menaikkan gaji guru serta menyediakan infrastruktur yang lebih selesa untuk para pelajar,” katanya ketika memberi ucapan di majlis dialog bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Sepang pagi ini.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali menyarankan ADUN dan Penyelaras DUN menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dan membantu urusan permohonan.

?Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,? ujarnya ketika ditemui disini hari ini.

Bagi tahun 2011, katanya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR, RM6 juta untuk SJKC dan RM4 juta untuk SJKT.

Barisan exco yang turut hadir pagi ini adalah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Yaakob Sapari, Dr. Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail, Iskandar A. Samad.

Pada majlis yang sama, Abdul Khalid turut menyampaikan Sijil Amanah Saham Bumiputera, dan Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua bagi kawasan DUN Sungai Pelek.

Categories
SELANGOR

Dr Ahmad Yunus: Selangor Sasar Perbanyak Sekolah Agama

SIJANGKANG, 28 JAN : Kerajaan Selangor memerlukan sokongan dari ibu bapa bagi mengujudkan lebih banyak sekolah aliran agama dalam usaha menyeimbangkan tuntutan keperluan fizikal dan spiritual dikalangan generasi pelapis akan datang
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, bimbingan ibu bapa dan tunjuk ajar para guru sememangnya diperlukan bagi mrealisasikan generasi berhemah serta bertanggungjawab dimasa depan.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu rakyat tidak kira golongan mana sekalipun. Kita akan membina lebih banyak sekolah agama khusus buat anak-anak di Selangor supaya mereka boleh menerima pembelajaran terbaik di negeri ini.

“Ini kerana, sekolah integrasi tahfiz dan sekolah agama seringkali menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Saya juga berharap wujudnya komitmen dan kerjasama daripada ibu bapa sendiri untuk mendirikan sekolah agama swasta bagi pendidikan anak-anak,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang.

Dr Yunus berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat Dun Sijangkang di Dewan Batu 7, Kampung Sijangkang di sini pagi tadi.

Hadir sama, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan kira-kira 200 penduduk Kampung Sijangkang.

Dalam majlis sama, Dr Ahmad Yunus turut menyerahkan pengiktirafan dan saguhati kepada kira-kira 135 pelajar daripada beberapa buah sekolah terpilih di Dun Sijangkang berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011.

Pelajar-pelajar cemerlang ini adalah antara para peserta yang telah menyertai program Mumtaz Milikku yang dianjurkan di sekolah untuk membimbing mereka sebagai

persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tambah beliau, program berbentuk ilmiah ini akan dilakukan secara berterusan di sekolah-sekolah terpilih supaya lebih ramai pelajar cemerlang dapat dihasilkan.

“Apabila program ini mula diperkenalkan, kita berkaya menghasilkan leboh 60 pelajar mumtaz (cemerlang) dan bertambah sehingga 106 orang pada tahun berikutnya, manakala untuk tahun ini sahaja seramai 135 pelajar cemerlang berjaya kita hasilkan.

Walaupun program ini menumpukan kepada pelajar yang baik-baik, namun pelajar yang lemah tidak dilupakan sebaliknya mereka berterusan menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada para guru di sekolah,” jelasnya.

Program Mesra Rakyat yang berlangsung selama dua hari itu turut melibatkan beberapa aktiviti lain seperti forum “Mumtaz Dunia, Mumtaz Akhirat : Agenda Negara Berkebajikan”, gotong-royong, bicara ilmuan bersama Profesor Dr Aziz Bari, program Jom Shopping, Jogaton Pulau Carey , pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya.