Categories
SELANGOR

Jolokan Selangor ‘The Crown Jewel of Malaysia’ dan ‘golden state’ memang tepat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 SEPT: Jolokan The Crown Jewel of Malaysia’ atau ‘golden state’ terhadap Selangor memang tepat ekoran statusnya sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, hal ini berikutan Selangor menyumbang sebanyak 22.7 peratus KDNK nasional bagi tahun 2016.

MOHD AMIN“Selangor ini juga negeri termaju di Malaysia dengan jumlah penduduk 6.14 juta atau 20 peratus daripada jumlah penduduk negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2017 (MPIPANS 2017) di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Jelasnya, keadaan ini sudah pasti menyebabkan cabaran penyampaian perkhidmatan awam di negeri ini berbeza berbanding negeri lain.

Katanya, antara faktor kejayaan ini adalah mutu penyampaian perkhidmatan kakitangan awam negeri ini.

“Dalam era globalisasi, perkhidmatan awam perlulah sentiasa dinamik, berdaya maju dan berani keluar dari zon selesa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya lagi.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi dorongan yang penuh dengan memberi pelbagai insentif kepada jabatan yang gigih membudayakan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Categories
SELANGOR

29 kumpulan pamer inovasi rebut hadiah RM178,000

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM,19 SEPT: Sebanyak 29 kumpulan daripada pelbagai jabatan menampilkan keativiti ciptaan dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS) 2017 bagi merebut hadiah wang tunai RM178,000.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, terdapat empat kategori dipertandingkan pada konvensyen yang berlangsung selama dua hari itu.

Katanya, ia membabitkan kategori Penciptaan Bidang Penyampaian Perkhidmatan, Penambahbaikan Bidang Penyampaian Perkhidmatan, Penciptaan Bidang Inovasi Sosial dan Penambahbaikan Inovasi Sosial.

MOHD AMIN“Terdapat perubahan kategori dipertandingkan kali ini supaya ia menepati dan bergerak selari dengan perubahan format dan garis panduan diperkenalkan oleh INTAN bagi konvensyen MPIPA yang akan dimulakan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan MPIPANS di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Katanya, lebih membanggakan terdapat lima kumpulan hibrid turut bertanding tahun ini berbanding hanya satu kumpulan tahun sebelumnya.

“Ini suatu pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan bahawa kita memang serius membudayakan inovasi di tempat kerja dan juga bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghasilkan produk inovasi terbaik serta memberi impak positif kepada ‘stake holder,” katanya lagi.

Categories
SELANGOR

Air pasang besar pertama diramal esok

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 SEPT: Air pasang besar pertama diramalkan berlaku bermula esok sehingga Jumaat ini di lima daerah berisiko tinggi iaitu Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, arahan persediaan bagi menghadapi bencana peringkat tinggi dikeluarkan susulan jangkaan fenomena bencana itu.

Katanya, fenomena terbabit turut dijangka berlaku sehingga Disember depan.

MOHD AMIN“Bagi daerah Klang, kawasan dijangka membabitkan Pengkalan Tok Muda, Batu 14 Jalan Kapar, Sementa, Pelabuhan Klang, Jalan Pandamaran, Banting dan Taman Selat Damai.

“Manakala bagi Sabak Bernam, hanya tiga kawasan dijangka terbabit iaitu Tebuk Mendeling, Sungai Ayer Tawar dan Sungai Panjang,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Mohd Amin berkata, empat kawasan Kuala Selangor pula membabitkan Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan Pekan Sungai Buloh.

Katanya, tiga kawasan di Kuala Langat iaitu pesisir Pantai Bagan Lalang, Sepang dan Pantai Kelanang serta pesisir Pantai Tanjung Sepat.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

24 pesara pentadbiran Kerajaan Negeri dirai

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 15 DIS: Seramai 24 pesara pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri bagi 2014 hingga 2016 dirai dalam Anugerah Jasamu Dikenang (AJD), di Holiday Villa Hotel & Suites, di sini.

Penghargaan disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Antara pesara yang menerima penghargaan ialah mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Mohamad Roslan Sakiman.

Selain itu, bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Dato’ Kamarulzaman Jamil; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Hashim Osman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Datin Wan Rabiah Wan Mohd Yusof.

Turut diraikan empat pegawai dan kakitangan yang berkhidmat lebih dari 25 tahun dan 10 pegawai yang bertukar ke kementerian serta agensi pusat lain.

Mohamad Roslan yang bersara, pada September 2015 meluahkan rasa terharu atas penghargaan diberikan.

pmb_6616“Persaraan adalah destinasi yang perlu dihadapi penjawat awam. Ia adalah pengalaman manis untuk dikenang walaupun pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perkhidmatan,” katanya.

Beliau turut menyarankan penjawat awam yang sudah bersara melakukan bidang perniagaan atau kerja sosial untuk terus menabur bakti pada masyarakat.

Mohamad Roslan berkhidmat bersama kerajaan selama 33 tahun, bermula sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Jabatan Perdana Menteri pada 1983.

Beliau juga adalah mantan Datuk Bandar Petaling Jaya selama enam tahun.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kuala Langat tumpuan pembangunan pusat komersial baru

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SEPANG, 24 MAC : Daerah Kuala Langat kini menjadi antara kawasan tumpuan baru bagi projek pembangunan dan pusat komersial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, berkata perkembangan itu seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri menggalakkan pembangunan di seluruh negeri ke arah Smart Selangor yang peduli.

12814344_1036330599762026_8139961523677097160_n“Kedudukan daerah Kuala Langat yang bersempadan dengan Petaling, Klang dan Sepang menjadikannya sebagai lokasi paling strategik dan terbaru.

“Kawasan seperti Bukit Canggang, Sijangkang, Olak Lempit menjadi perhatian tinggi pemaju perumahan untuk mendirikan rumah kediaman dan pusat komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada MajlisAnugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Hotel Sama-Sama, semalam.

Pada masa sama katanya, akses pengangkutan di daerah itu juga dijangka semakin baik menerusi perkhidmatan bas percuma Bas Smart Selangor Mei ini dan pembesaran projek MRT.

MDKL1“Tambahan laluan stesen MRT ke kawasan Putra Heigh yang bersempadan dengan daerah Kuala Langat, akan memudahkan akses pengangkutan kepada penduduk perumahan di kawasan berdekatan.

“Begitu juga dengan pembesaran projek pembangunan Saujana Putra dan projek pembangunan Rembayu yang akan memberikan cabaran besar kepada MDKL,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Penjawat awam perlu amal budaya kerja kelas pertama

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 MAC: Komitmen berterusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah merealisasikan hasrat menjadi ‘Smart City’ dipuji.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, berkata budaya kerja kelas pertama itu perlu menjadi amalan setiap penjawat awam di Selangor dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

12814344_1036330599762026_8139961523677097160_n“Kekangan kewangan atau sumber bukan alasan untuk bekerja sambil lewa dan memberikan perkhidmatan ala kadar kepada rakyat.

“Sebagai sebuah agensi perkhidmatan awan secara hakikatnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kita perlu mengamalkan budaya kerja kelas pertama dalam organisasi di mana mutunya jika tidak setanding perlu lebih baik daripada sektor swasta,” katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPSJ 2015, semalam.

Mohd Amin berkata, kutipan hasil MPSJ mencecah RM216.6 juta tahun lalu dengan tahap perkhidmatan dan hasil diperoleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setaraf dengan majlis bandaraya dan menjadikannya sebagai salah satu peneraju PBT di Selangor.

Katanya, kejayaan diraih MPSJ baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa amat membanggakan.

11218156_1036331703095249_8666750854492089964_n“Difahamkan MPSJ memenangi ‘Green World Awards’ pada tahun lalu dan semestinya usaha dijalankan menjadikan Subang Jaya sebagai bandar hijau amat wajar dipuji begitu juga dengan Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Selangor hampir dimenangi setiap tahun.

“Kejayaan ini menunjukkan kesungguhan MPSJ untuk keluar dari zon selesa dan terus meneroka sesuatu yang baru dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan,” katanya.

Selari dengan gagasan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah ‘Smart State’ dalam masa tiga tahun lagi, Mohd Amin percaya MPSJ mampu menyahut cabaran itu dengan menjadikan Subang Jaya sebagai ‘Smart City’.

Turut hadir, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid.

Pada majlis itu, seramai 125 pegawai dan petugas MPSJ menerima anugerah khidmat cemerlang yang disampaikan Mohd Amin.

-nR-

Bersara bukan penghalang untuk berbakti pada Selangor

Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi akan bersara dengan pilihan setelah genap lima tahun menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Categories
SELANGOR

Majlis Minum Petang Diraja, majlis rasmi terakhir Khusrin

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 11 DIS: Majlis Minum Petang Diraja sempena Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-70 merupakan majlis rasmi terakhir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Ini kerana, bulan Disember ini genap lima tahun Khusrin menyandang jawatan terbabit.

Sehubungan itu, Khusrin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda kerana memberi kepercayaan kepadanya menerajui perkhidmatan awam di negeri itu.

“Segala tunjuk ajar dan teguran Tuanku berikan amat berguna bagi patik dan patik akan jadikan panduan di masa hadapan.

“Patik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Diraja, Orang Besar Istana, ketua jabatan dan seluruh warga kerja Kerajaan Negeri yang memberikan kerjasama selama 30 tahun berkhidmat di Selangor,” katanya dalam ucapannya di Majlis minum petang diraja, di Istana Alam Shah, di sini.

Khusrin sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2009 – 2011.

-nR-

Categories
SELANGOR

Teroka sumber hasil baharu berdepan cabar ekonomi getir

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 11 DIS: Kerajaan Negeri dinasihatkan mencari sumber lain bagi menambahkan hasil ekoran tiada projek baru perumahan berskala besar diluluskan berbeza dengan tahun sebelumnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata hal itu kerana tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar bakal dihadapi.

Katanya, kelembapan ekonomi dunia mula dirasai rakyat Selangor akibat dari ketidakstabilan mata wang Ringgit, penurunan harga minyak dan kenaikan harga barang pengguna.

khusrin“Pasaran hartanah Selangor menerima tempiasnya dengan pemaju perumahan mula mengalami kesukaran menjual rumah berharga tinggi.

“Secara tidak langsung, situasi itu akan memberikan kesan besar kepada hasil Kerajaan Negeri kerana hasil premium tanah menyumbang lebih 50 peratus daripada hasil Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1.2 bilion tahun ini,” katanya.

Khusrin berkata, usaha mengutip tunggakan cukai tanah dan mengenal pasti punca hasil baharu akan dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 70, di Istana Alam Shah, di sini.

Katanya, langkah itu memastikan hasil Kerajaan Negeri sentiasa konsisten supaya projek pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 11 tidak terjejas.

Categories
SELANGOR

Selangor yakin bekalan air terawat cukup menjelang 2017

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 11 DIS: Bekalan air mentah dan terawat menjelang 2017 mencukupi sekiranya diurus dengan baik.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata ketika ini pihaknya mengawal pelepasan air mentah setiap hari di semua empangan dan lembangan sungai yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan air di negeri termaju itu.

Katanya, pengawalan pelepasan air dari empangan yang dilaksanakan membolehkan paras empangan air utama di Selangor mencapai paras 100 peratus kecuali Empangan Sungai Langat.

khusrin“Keadaan ini adalah petunjuk yang jarang berlaku sebelum ini dan yakin bekalan air mencukupi menjelang 2017.

“Ini diperkuatkan lagi kerana bekalan air terawat kepada pengguna menjadi bertambah baik masa ini dan jumlah aduan rakyat yang tidak menerim bekalan air semakin berkurangan berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 70, di Istana Alam Shah, di sini.

Khusrin turut memuji kecekapan Kerajaan Negeri membolehkan penstrukturan semula industri air negeri berjaya ditamatkan.

empangan Selangpr“Kejayaan ini merupakan hadiah paling bermakna untuk Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor selepas melalui proses perundingan yang amat panjang,” katanya.

Beliau memaklumkan keadaan ekonomi dan kewangan negeri tahun ini bertambah baik berbanding sebelumnya.

Katanya, hasil Kerajaan Negeri meningkat dan sehingga November berjaya mencapai RM2.34 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2014 iaitu RM2.23 bilion.

-nR-

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor tarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ Khir Toyo

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 OKT:DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Bekas Menteri Besar, Dr Mohammad Khir Toyo pada 2001 berkuatkuasa 30 September lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata penarikan itu berasaskan rekod jenayah Khir menyebabkan beliau tidak layak memegang jawatan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.

Mohammed Khusrin Munawi“Sultan memandang berat tentang reputasi penerimaan darjah terutama dalam kalangan pemimpin terlibat masalah tidak berintegriti.

“Mana-mana pihak juga ditegah daripada memanggil beliau menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurnian tersebut dibatalkan,” katanya dalam kenyataan.

Khusrin berkata, penerima darjah seharusnya memelihara status, disamping tidak terlibat dengan perbuatan salah laku jenayah demi melindungi martabat Sultan.

KhirToyoSebelum itu, Khir Toyo di sabit kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan kerana mendapatkan dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lapan tahun lalu.

Beliau menerima hukuman penjara selama 12 bulan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali pada 22 September lalu.

-nR-

Khusrin: Pemberian bonus perlu ikut garis panduan

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohammed Khusrin Munawi berkata pemberian bonus di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan tidak dihalang tetapi haruslah mengikut garis panduan yang ditetapkan.