150 dokumen Kerajaan Negeri diserah kepada awam melalui FOI

Sebanyak 150 dokumen Kerajaan Negeri daripada 163 permohonan diserahkan kepada awam sejak Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) dikuatkuasakan, maklum Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammed Khusrin Munawi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) yang bersidang semalam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perkhidmatan awam Selangor diseru amal inovasi dan kreativiti

inovasi 2

SHAH ALAM 26 SEPT : Jabatan dan agensi perkhidmatan awam di seluruh Selangor diminta mengamalkan budaya kerja inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, apabila segala hasil kerja mendapat pengiktirafan dan digunapakai oleh jabatan lain, ia akan menjadi ‘wow factor’ untuk Selangor banggakan di kalangan perkhidmatan awam tanpa mengira di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Beliau berkata, Selangor sebagai sebuah negeri paling maju di negara ini, seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada negeri yang lain.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Justeru itu, perkhidmatan awam juga perlu menyahut seruan kerajaan dengan menjadi peneraju dalamĀ  pembudayaan inovasi dan kreativiti ini,” katanya dalam ucapan yang disampaikan wakilnya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tarmedi Omar dalam Majlis Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreativiti (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Selangor ke 26 2013 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Agihan dan Pembangunan (UPEN), Mohd Hasry Nor Muhamad.

Konvensyen itu disertai 17 kumpulan dari jabatan dan agensi kerajaan di Selangor bermula 26 hingga 27 September.

inovasi 1

Sebagai langkah lebih proaktif, beliau berkata, setiap jabatan perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan menggalakkan kakitangan untuk turut sama berganding bahu dalam mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti itu.

Katanya, penyertaan juga perlu merangkumi segenap lapisan jawatan dari pegawai sehingga kepada kakitangan kumpulan sokongan dengan semangat kerja berpasukan di dalam jabatan dapat diperkukuhkan.

“Kita sebagai penjawat awam perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan usaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pihak berkepentingan (stakeholders) dengan kita juga kini semakin kompleks sentiasa selangkah ke hadapan.

“Oleh itu, kita perlu sentiasa berfikir di luar kotak atau bersedia untuk keluar dari zon selesa maka barulah kita dapat bersaing dengan sektor swasta dalam memberikan perkhidmatan setanding dengan mereka,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tubuh unit integriti pantau salah laku penjawat awam

MB PC DUNSHAH ALAM, 27 OGOS : Dalam usaha menerapkan budaya kerja yang unggul dan etika yang mantap dalan urus tadbir, Kerajaan Negeri menubuhkan Unit Integriti (IU) bagi mencegah salah laku jenayah dan pelanggaran tata kelakuan dikalangan penjawat awam.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata unit khas ini diletakkan di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri, yang kini digalas Datuk Mohammed Khusrin Munawi, dan menempatkan sekurang-kurangnya dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hubungan kita dengan SPRM adalah berterusan dan membantu kita membuat pemantauan untuk menghindar gejala rasuah dan salahguna kuasa,” tegas Khalid.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Langkah ini merupakan komitmen pentadbiran Khalid Ibrahim bagi melahirkan warga kerja profesional dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan rakyat pada perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Menurutnnya penubuhan unit ini dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang September atau Oktober depan.

“Saya difahamkan SPRM bersetuju untuk menempatkan pegawai mereka sebagai ahli dalam unit tersebut,” kata Khalid.

Katanya konsep integriti ini meneladani mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusaha menerapkan pentadbiran bersih dalam 23 tahun pentadbiran negeri Kelantan.

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor Rasmi Masjid Bandar Baru Sungai Buloh Bernilai RM4.1 Juta

DYMM Rasmi Masjid 02

PETALING JAYA 17 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid di Bandar Baru Sungai Buloh di sini sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini.

Bangunan masjid ini dibina oleh Syarikat MK Land dengan kos RM4.1 juta dan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah di mana masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kuning kerana kubahnya berwarna kuning.

Sultan Sharafuddin juga turut berkenan menamakan masjid itu dengan nama Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.

Pada kesempatan yang sama, Baginda perkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 302 daripada kalangan Asnaf anak yatim, fakir-miskin, saudara baru dan pelajar tahfiz.

DYMM Rasmi Masjid 01

Sementara itu, Pengerusi Gapurna, Tan Sri Abdul Halim Ali dalam ucapannya berkata, syarikat itu turut memberi sumbangan daripada segi kewangan dan material untuk kerja-kerja menaiktarafkan masjid itu.

“Antara kerja naik taraf itu termasuk kerja mengecat dinding masjid, membaik pulih tempat wuduk dan tandas, menukar lampu kalimantan dan lampu limpah untuk mimbar, memasang dan menggantikan sistem pembesar suara.

“Turut dipasang adalah kipas helikopter pada ruang masjid utama dan pemasangan tangki tambahan berdasarkan daripada senarai keutamaan keperluan yang disediakan Jawatankuasa Masjid,” kata beliau.

Turut mengiringi Sultan Selangor pada majlis itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin.

DYMM Rasmi Masjid 03