Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Desak Najib, Pengerusi SPR Letak Jawatan

rodziah mariah berkabung 01

SHAH ALAM, 6 MEI: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak didesak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Selangor, selepas rakyat menolak BN di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang didapati gagal menguruskan perjalanan pilihan raya secara telus, adil, bersih dan bertanggungjawab juga disaran melakukan perkara sama.

“Jelas Pakatan Rakyat (PR) mendapat undi popular dan undi dari semua kaum dan ini bertentangan dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa kita hanya mendapat sokongan kaum Cina.

“Prestasi SPR amat mengecewakan sekali dengan kejadian kegagalan dakwat kekal berfungsi seperti mana yang dijanjikan, kehadiran pengundi hantu dan meragukan.

?(Juga) kotak-kotak undi yang sering muncul secara tiba-tiba serta melambat-lambatkan keputusan,” kata pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid turut meluahkan keyakinan Pakatan mampu memperolehi kemenangan lebih besar termasuk di peringkat ean yong lau berkabung 01persekutuan sekiranya pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

Sementara itu, MP Shah Alam, Khalid bin Abdul Samad ketika mengulas isu sama berkata SPR merupakan pengkhianat kepada rakyat apabila bertindak tidak adil dan berkelakuan sebagai agen BN.

“Dia telah khianati amanah rakyat yang dia sepatutnya menjadi badan yang bebas, tidak berpihak tetapi jelas dan bertindak sebagai agen-agen BN sehinggakan pengumumkan juga ikut kepentingan BN untuk menimbulkan keresahan atas dasar kaum,” kata Khalid.

Sebagai tanda protes, Khalid dan pemimpin PR yang berada dalam sidang media itu turut ‘berkabung’ dengan mengenakan kain hitam yang diikat di pergelangan tangan.

Ketika pengundian berjalan semalam, pelbagai kekecohan berlaku di kebanyakan pusat pengundian di seluruh negara.

Antaranya warga asing yang mengundi dengan kad pengenalan Malaysia, , penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal dan pertambahan kotak undi secara tiba-tiba.

Categories
NASIONAL

PRU-13 : Penamaan Calon 20 April, Pengundian 5 Mei – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 10042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

2. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Chua Tian Chiang atau Tian Chua, diumum akan mempertahankan Kerusi Parlimen Batu.

3. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran agar membatalkan sahaja Akujanji Pilihan Raya yang ditandatangani beliau dengan NGO anti-rasuah Transparency International Malaysia baru-baru ini.

4. Keengganan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk mengistiharkan harta barisan kabinetnya, mencerminkan kerajaan tersebut sebagai tidak telus serta tidak bertanggungjawab.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Saifuddin: Cadangan SPRM Tidak Menambahbaik

SHAH ALAM 02 JUN : Pengumuman terbaru cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) yang mahukan ahli keluarga menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran perlu mengisytihar pinjaman kepada kabinet dan enam cadangan lain tidak akan menambahbaik lagi imej dan reputasi serta kewibawaan SPRM di mata rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu tidak akan membuatkan rakyat yakin dengan SPRM kerana rakyat di negara ini mahukan SPRM berani mengambil tindakan secara terpilih.

“Keyakinan rakyat hanya akan meningkat terhadap badan itu sekiranya SPRM lebih berani mengambil tindakan ke atas jerung besar bukannya ikan bilis.

“Mengapa SPRM tidak memberi sebarang komen berkenaan isu skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene?. Sehingga memaksa rakyat Malaysia melalui Suaram membuat laporan kepada Kerajaan Perancis itu pun selepas dua tahun,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, cadangan terbaru itu dilihat merupakan hanya merangkumi hal aspek prosedur sahaja.

Beliau berkata ini membuktikan SPRM tidak berani mengambil tindakan terhadap jerung besar malah hanya pandai bercakap tentang hal-hal berkenaan prosedur sedangkan isu pokok juga tidak diselesaikan.

“Banyak kes besar yang sepatutnya SPRM berikan tumpuan demi membanteras rasuah dan mengembalikan kenyakinan rakyat.

“Tetapi SPRM tidak berbuat demikian sebaliknya tampil mengemukakan saranan atau cadangan yang sebenarnya tidak melibatkan isu pokok,” katanya.

Hal itu juga katanya, membuktikan SPRM hanya mementingkan kroni-kroni Umno-BN kerana mahu melindungi mereka.

Semalam, SPRM mengesyorkan tujuh pendekatan bagi mengelak penyelewengan dan salah laku susulan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

SPRM turut mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan salah laku rasuah melibatkan projek NFC.

Tujuh cadangan itu merangkumi peruntukan baru iaitu mewajibkan agar ahli keluarga menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan status mereka sekiranya terdapat mana-mana ahli keluarga anggota pentadbiran memohon projek kerajaan.

Sebelum ini SPRM juga membuat saranan supaya semua jamaah kabinet serta keluarga mereka mengistiharkan harta masing-masing. Namun saranan tersebut tidak dilaksana disebabkan beberapa menteri kabinet menolaknya dengan alasan tidak selamat.

SPRM kemudiannya mendiamkan isu tersebut kerana tunduk dengan kepentingan pemimpin politik kerajaan Umno-BN.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Maria Chin: Jangan Layan 120 Orang Peserta BERSIH Macam Penjenayah

SHAH ALAM, 15 MEI : Polis perlu menghantar surat pemberitahuan lebih awal kepada 120 orang peserta BERSIH 3.0 sebelum bertindak menahan atas dakwaan menimbulkan kekacauan semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Maria Chin yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0 mengesa agar polis tidak melayan kesemua peserta ini sebagai penjenayah kerana banyak kaedah lain untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka ini.

Menurutnya, jika polis ingin meminta kerjasama peserta BERSIH 3.0, polis perlu bertindak secara professional dengan tidak hanya menggertak dan menakut-nakutkan mereka supaya hadir ke balai polis sebelum tindakan diambil.

“Jika benar polis mempunyai nama mereka, kenapa tidak menghantar surat pemberitahuan kepada mereka yang terlibat dan bukannya hanya menyiarkan gambar mereka di dada akhbar-akhbar,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Katanya, penangkapan 120 orang ini merupakan salah satu bentuk gangguan dan  tidak seharusnya berlaku kerana polismempunyai data yang diperlukan untuk mengetahui alamat peserta-peserta BERSIH 3.0 ini.

Sementara itu, mulai esok polis akan mencari 120 orang baki individu-individu yang disyaki terlibat mencetuskan rusuhan pada himpunan bantah terhadap keengganan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) menunaikan lapan tuntutan bagi membaiki sistem pilihanraya di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik berkata, polis tidak memerlukan waran tangkap untuk menahan mereka kerana terlibat dengan kesalahan lazim seperti merusuh dan polis berhak menahan sesiapa sahaja untuk siasatan.

Maria Chin juga menasihati mana-mana individu yang akan dipanggil polis tidak perlu panik dan jangan melawan polis tetapi perlu mendapatkan nama pegawai, balai polis serta nombor pegawai yang menghubunginya.

“Individu-individu terbabit akan diberi khidmat guaman atau boleh terus menghubungi pihak SUARAM atau Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0 dan jangan menghadirkan diri ke balai polis seorang diri,” jelasnya lagi.

Nombor yang boleh dihubungi adalah 03-77723275 atau 016-9670921 bagi mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan guaman yang telah disediakan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PDRM dan Media UMNO-BN Berat Sebelah Berkaitan Peserta BERSIH 3.0

SHAH ALAM, 5 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan media pro Umno-BN menunjukkan sikap berat sebelah dengan hanya menyiarkan gambar-gambar peserta BERSIH 3.0 yang disyaki menimbulkan kekacauan pada himpunan itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, pihak polis cuba menyembunyikan kekerasan yang dilakukan mereka terhadap orang awam serta petugas media pada himpunan itu.

“Jika PDRM adil, kenapa mereka tidak siarkan gambar-gambar anggota polis yang terbukti menggunakan kekerasan pada himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu?,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Akhbar-akhbar milik Umno-BN hari ini menyiarkan 42 gambar orang awam yang disyaki mencetuskan keadaan huru-hara serta mengkasari anggota polis yang ditugaskan mengawal himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Perhimpunan menyaksikan sekitar 250,000 orang berhimpun sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi menuntut agar kerajaan pusat memperbaiki kelemahan sistem pilihanraya.

Di dalam blog-blog serta klip pendek di youtube jelas memaparkan tindakan ganas polis memukul peserta himpunan yang juga dihadiri oleh warga tua serta kaum wanita dan ini bercanggah dengan konsep negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Pihak polis juga mengambil bukti daripada paparan di youtube dan kenapa pihak polis yang memukul peserta himpunan tidak dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.

Maria menambah, polis juga membuka tanda nama mereka ketika menangkap dan menyuraikan peserta himpunan itu dengan kekarasan. Ini membuktikan PDRM tidak telus dalam menjalankan tugas serta takut dibawa ke muka pengadilan.

“Polis memakai tanda nama sewaktu perhimpunan berlangsung dan mengapa tanda nama mereka dibuka sewaktu mereka melakukan kekerasan dan tangkapan?,” soalnya lagi.

Selain itu, beliau menegaskan ahli Panel Penasihat Bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 mestilah dijalankan secara adil demi mencari keadilan dan pembelaan terhadap pelbagai insiden yang terjadi.

“Sewaktu BERSIH 2.0 ditubuhkan panel bebas namun tiada keputusan berjaya dicapai walaupun terbukti berlaku insiden kasar dan provokasi waktu itu,” jelasnya.

Dalam isu yang berkaitan, Maria berkata sehingga kini Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih berdiam diri berkaitan lapan tuntutan yang dibawa BERSIH 3.0 untuk penambahbaikan sistem pilihanraya.