Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 menurun sedikit kepada 5,143

SHAH ALAM, 15 NOV: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini dilaporkan sebanyak 5,143 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook, memaparkan angka yang menurun sedikit berbanding 5,162 semalam.

Kes dicatat itu juga menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,551,452 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 menurun, kekal paras 5,000

SHAH ALAM, 14 NOV: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan penurunan kepada 5,162 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu memaklumkan angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,546,309 kes.

Semalam kes harian Covid-19 adalah sebanyak 5,809.

Maklumat terperinci mengenai kes akan dikongsi menerusi laman CovidNow : https://covidnow.moh.gov.my

Categories
AGENDA NASIONAL

5,579 kes sembuh Covid-19, keseluruhan kini 2.4 juta

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kumulatif kes sembuh Covid-19 di negara ini kini 2,401,823 kes selepas 5,579 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat penurunan iaitu 4,922 kes berbanding 5,713 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,497,265.

“Daripada 4,922 kes harian yang dilaporkan hari ini, 80 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,842 kes atau 98.4 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 4,912 kes tempatan direkodkan, melibatkan 4,690 warga tempatan dan 222 bukan warganegara manakala baki 10 kes adalah kes import,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 549 kes dengan 282 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata negara kini merekodkan nilai 0.94 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.11 dan nilai sifar direkodkan di Labuan.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

1,047 kes baharu varian Delta dikesan setakat ini

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Sebanyak 1,047 kes baharu yang membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta dikesan dari tempoh 29 Oktober hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan termasuk yang dijangkiti SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes.

“Daripada jumlah keseluruhan yang dikesan itu, 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi kes VOC sehingga kini, terdapat 3,432 kes varian Delta, 226 kes membabitkan varian Beta dan 14 kes adalah varian Alpha.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Beliau berkata varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM-UNIMAS), Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI-UKM), Institut Farmakogenomik Integratif Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM) dan Institut Genom Malaysia (MGI).

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

5,865 kes sembuh Covid-19, atasi jangkitan harian

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Kes baharu Covid-19 di negara ini masih melebihi angka 5,000 dengan 5,713 kes dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak berkenaan kini adalah 2,492,343.

Bagaimanapun, statistik kes sembuh menunjukkan angka yang lebih tinggi berbanding kes harian iaitu sebanyak 5,865 menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada wabak itu adalah 2,396,244 setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 98.4 peratus daripada 5,713 kes baharu Covid-19 merupakan pesakit Kategori Satu dan Dua manakala selebihnya adalah pesakit Kategori Tiga, Empat dan Lima.

“Kes tempatan pula merekodkan sebanyak 5,681 dengan 289 pesakit terdiri daripada bukan warganegara. Sementara, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 555 kes dengan 280 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut berkata sebanyak lima kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata negara kini merekodkan nilai 0.94 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.07 dan nilai sifar direkodkan di Labuan.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 naik sedikit kepada 5,291

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan sedikit peningkatan pada 5,291 kes berbanding 5,071, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu berkenaan menjadikan secara keseluruhan negara mencatatkan 2,486,630 kes jangkitan virus itu setakat ini.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,216 kes atau 98.6 peratus merupakan pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Tujuh daripada 5,291 kes baharu melibatkan kes import dan selebihnya adalah kes tempatan.

“Sementara kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi adalah 545 kes dan sebanyak 286 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes sembuh harian pula, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 4,947 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada wabak itu adalah 2,390,379, sehingga kini.

Sementara itu, beliau berkata tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini, membabitkan masing-masing dua kluster di Johor dan Sabah, manakala satu kluster di Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah pada 0.95 dengan Putrajaya dan Perlis mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.05, dan Labuan merekodkan nilai sifar.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

6,148 kes baharu, hanya 1.6 peratus kategori tiga hingga lima

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Hanya 1.6 peratus atau 101 daripada 6,148 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, terdiri daripada pesakit dalam kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kategori tiga merujuk kepada individu yang mempunyai radang paru-paru, kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori lima memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata baki 6,047 kes atau 98.4 peratus pula terdiri daripada individu dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 6,127 kes melibatkan penularan dalam negara manakala 21 kes adalah kes import menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 2,448,372,” katanya dalam kenyataan perkembangan kes Covid-19 dalam negara hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 7,595 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 2,347,985.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sembilan kluster baharu dikenal pasti dengan enam daripadanya melibatkan kluster tempat kerja selain masing-masing satu bagi kluster komuniti, kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain.

Beliau berkata terdapat 563 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 292 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini adalah 0.91 dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatat kadar Rt paling tinggi iaitu 1.02 manakala Labuan merupakan satu-satunya kawasan yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

5,726 kes baharu Covid-19, lebih 5,000 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 26 OKT: Sebanyak 5,726 kes baharu Covid-19 direkodkan dan 5,607 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu, menurut ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,442,224 setakat ini.

“Terdapat 598 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 512 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 86 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

“Daripada jumlah itu 308 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 219 pesakit disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 89 orang masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 5,711 kes adalah penularan tempatan iaitu 5,489 warganegara (96.1 peratus) dan 222 bukan warganegara (3.9 peratus) manakala 15 lagi kes import membabitkan sembilan rakyat Malaysia dan enam warga asing.

Selain itu katanya daripada jumlah kes harian dilaporkan, sebanyak 97 kes atau 1.7 peratus adalah kategori tiga, empat, dan lima; manakala 5,629 kes atau 98.3 peratus lagi kategori satu dan dua.

Lima daripada tujuh kluster yang dikesan hari ini membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan pendidikan tinggi.

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 1.9 peratus kes baharu Covid-19 kategori tiga, empat dan lima

SHAH ALAM, 21 OKT: Hanya 1.9 peratus atau 116 kes daripada 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, maklum ketua pengarah kesihatan.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 6,094 kes atau 98.1 peratus terdiri pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Sebanyak 6,168 adalah kes tempatan membabitkan 5,860 warganegara manakala 308 bukan warganegara manakala 42 kes import membabitkan 19 warganegara dan 23 bukan warganegara,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya sebanyak 7,562 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes pulih daripada wabak itu kini 2,303,583.

Beliau turut memaklumkan 677 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 319 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak enam kluster baharu direkodkan membabitkan tiga jangkitan komuniti, dua tempat kerja manakala satu kumpulan berisiko tinggi.

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan 134 lagi kes baharu varian membimbangkan

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 134 lagi kes baharu kesemuanya melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) virus SARS-CoV-2 bagi tempoh 7 hingga 19 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 132 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351), menjadikan jumlah keseluruhan kes VOC di negara ini, kini sebanyak 2,366.

Katanya, perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes bagi varian Delta yang dikesan adalah 2,128 kes dan varian Beta (224 kes).

“Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) mengenal pasti 79 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) mengesan 10 kes varian Delta, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) (tujuh kes varian Delta) dan Malaysia Genome Institute (MGI) dengan satu kes varian Delta.

“Sementara itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti 37 kes melibatkan 35 varian Delta dan dua kes varian Beta,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, tiga negeri yang mencatatkan kes baharu varian Delta tertinggi adalah Johor dengan 43 kes, diikuti Negeri Sembilan 18 kes dan Melaka sebanyak 15 kes.

Bagaimanpun, tiada kes baharu membabitkan varian mempunyai kepentingan (VOI) dikesan dalam tempoh sama.

Untuk rekod, VOC lain yang pernah dikesan di Malaysia ialah varian Alpha dengan jumlah kes setakat ini sebanyak 14 kes, manakala bagi kes VOI melibatkan 13 kes varian Theta, varian Kappa (empat kes) dan varian Eta (tiga kes).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Situasi jangkitan makin pulih bukti sedia masuk fasa endemik

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Situasi penularan Covid-19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini membuktikan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa endemik, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat menerusi trend penurunan bagi purata kes harian, jumlah kluster dan kapasiti penggunaan hospital manakala peratusan kadar vaksinasi yang tinggi.

Menurut Dr Noor Hisham secara keseluruhan, indikator utama termasuk kes harian, kes aktif, kematian, kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta nilai kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) mencatatkan penurunan secara konsisten sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 (22 hingga 28 Ogos 2021).

“Terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 yang telah dilaporkan pada ME ke-40 (3 hingga 9 Okt) berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 iaitu penurunan sebanyak 23.6 peratus.

“Sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 iaitu penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Selain penurunan nilai Rt sebanyak 0.2 peratus setiap hari, beliau berkata kes kematian merekodkan 700 kes dengan purata 100 kes sehari pada ME ke-40, iaitu penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39.

Beliau berkata sebanyak 778 kes yang memerlukan rawatan di ICU direkodkan pada ME ke-40 menyaksikan penurunan sembilan peratus berbanding ME ke-39 manakala 331 kes memerlukan bantuan pernafasan pada ME ke-40 juga menurun 11.2 peratus berbanding ME ke-39.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 79 kluster dilaporkan pada ME ke-40 dan daripada jumlah itu, terdapat penurunan 21 kluster berbanding ME ke-39, iaitu penurunan sebanyak 21 peratus.

Mengenai kapasiti penggunaan hospital, beliau memaklumkan KKM memperuntuk 16,199 katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,164 katil digunakan sepanjang ME ke-40 menurun lima peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Selaras dengan perkembangan positif ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan status semasa jangkitan Covid-19 di negara.

“Kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa kenaikan kes Covid-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau berkata melalui inisiatif ‘Reopening Safely’, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian Covid-19 dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan meningkatkan penilaian kendiri TRIIS iaitu ‘Test, Report, Isolate, Inform and Seek’ atau ‘ujian, lapor, kuarantin atau pengasingan kendiri, memaklumkan dan dapatkan rawatan segera’ terutamanya apabila sempadan negeri dibuka semula hari ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 semakin menurun, catat 6,709 kes hari ini

SHAH ALAM, 11 OKT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini terus menunjukkan penurunan dalam tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka direkodkan itu menyaksikan jumlah keseluruhan kini  mencecah 2,345,303 kes.

Daripada 6,709 kes tersebut, sebanyak 6,703 melibatkan penularan dalam negara dan enam lagi adalah kes import.

Manakala jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,833 hari ini, menjadikan angka keseluruhan 2,206,502 kes.

Semalam, sebanyak 7,373 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini berbanding 8,743 kelmarin.