Categories
NASIONAL

Tolak soalan skandal Najib, MP tuntut penjelasan Pandikar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 6 MAC : Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dituntut memberi penjelasan berhubung tindakan Dewan Rakyat menolak pertanyaan bertulis, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin.

Shamsul berkata, soalan berkait hasil siasatan terkini pihak polis terhadap laporan umum skandal kewangan RM9.2 juta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Umno, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, ditolak tanpa prejudis.

“Saya inginkan penjelasan daripada Speaker kerana saya percaya dalam kanun prosuder jenayah serta semua laporan polis perlu disiasat dan polis sendiri boleh mendedahkan kepada pengadu hasil daripada siasatan itu.

“Isu ini besar, banyak laporan sudah dibuat termasuk majlis peguam yang sudah membuat laporan polis agar kes ini disiasat.

“Namun seperti biasa, maklumbalas daripada menteri sudah ada siasatan atau masih dalam siasatan (tanpa jelas),” katanya selepas membangkitkan Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat pagi ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat menolak soalan berkenaan atas alasan, soalan berkenaan bersifat tohmahan dan prejudis terhadap pentadbiran Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Shamsul di bawah Peraturan Mesyuarat (23 (1) (C) menuntut penjelasan menyeluruh diberikan kepada sidang Dewan.

Pandikar dalam kenyataan balasnya memaklumkan akan mempertimbang perkara berkenaan, sebelum di bawah kepada perbahasan sidang Dewan.

“Saya ambil maklum dan akan semak,” katanya.

Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Perdana Menteri membayar RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee menerusi transaksi yang dibuat daripada syarikat milik negara, SRC International Sdn Bhd iaitu bekas anak syarikat 1MDB.

Categories
NASIONAL

Kabinet lulus tiga cadangan reformasi Parlimen

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Tempoh masa lebih pendek daripada 14 hari bekerja kepada 10 hari untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan bagi sesi jawapan lisan merupakan antara bentuk pembaharuan memperkasa Parlimen Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata perkara itu bagi membolehkan Ahli Parlimen mengemukakan lebih banyak soalan bahkan beberapa cadangan fasa pertama sudah mendapat persetujuan Kabinet.

pandikar-amin mulia“Ia untuk mengelakkan cabaran daripada ahli dewan terhadap saya. Dalam usaha menambahbaik Parlimen, kita mempunyai beberapa cadangan untuk meminda undang-undang.

“Melalui sesi Parlimen, jawatankuasa saya akan bermesyuarat dan kita akan laksanakannya kemudian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, tiga daripada empat cadangan fasa pertama reformasi Parlimen sudah diluluskan Kabinet sementara cadangan keempat untuk menubuhkan lebih banyak jawatankuasa sedang dikaji kerajaan.

Selain itu, sesi soal jawab bersama menteri mengenai isu semasa akan diadakan selama 30 minit setiap Selasa dan Khamis.

“Soalan perlu ditanya tidak melebihi satu minit sementara menteri perlu menjawab dalam tempoh dua minit.

“Ini bagi mengelakkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen tidak membenarkan Ahli Parlimen bertanya mengenai isu semasa,” katanya.

ParlimenPandikar turut menjelaskan cadangan penubuhan Kamar Khas bagi membolehkan Ahli Parlimen mengemukakan isu yang tertakluk dibawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 untuk mengelakkan pembaziran masa dan persoalan itu dijawab.

“Dalam sesi Dewan Rakyat, jika terdapat isu yang dibangkitkan dibawah Perkara 18, Speaker dan Timbalan Speaker akan melihat sama ada ia boleh dibincangkan dibawah peraturan itu.

“Ia mengelakkan pembaziran masa sidang Parlimen utama memandangkan ia boleh dibincangkan dalam Kamar Khas,” katanya.

-nR-

RAKAMAN : Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga – 21102015 (Sesi Petang)

MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KETIGA BELAS (2015) Sesi petang – 21102015

Categories
NASIONAL

Speaker renyuk kertas usul gantung kit Siang

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Notis pemberitahuan usul yang mencadangkan agar Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung ditarik balik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othmad Said menariknya dalam Dewan Rakyat setelah diarah oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ia berikutan beberapa wakil rakyat dalam dewan mempertikaikan notis tersebut atas alasan Kit Siang belum memberi penjelasan mengenai dakwaannya terhadap Pandikar, namun notis telah dikeluarkan.

“Saya tarik kembali pemberitahu usul tapi saya nak bagi tahu Lim Kit Siang bahawa beliau mempunyai (masa) semalam untuk tarik balik, tetapi dia tidak buat.

“Dia sepatutnya kena menghormati kerusi Speaker. Yang Berhormat (Kit Siang) sebagai orang lama bertanggungjawab untuk berperangai elok dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Insiden berkenaan menimbulkan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat hingga mengakibatkan campurtangan Pandikar.

Beliau menegaskan bahawa notis itu hanya pemberitahuan untuk membahaskan kedudukan Ahli Parlimen Gelang Patah jika beliau gagal menarik kembali dakwaannya.

“Itu hanya notis pemberitahuan sahaja. Ia tidak diterima dan belum pun dibahas. Ia boleh saya buang,” katanya sambil merenyukkan notis yang berada di tangannya.

Beliau kemudiannya tegas dengan gesaanya pada Selasa mahu Kit Siang meminta maaf tanpa syarat di dalam dewan itu selepas membahaskan isu jerebu.

-nR-

Speaker arah Gelang Patah mohon maaf isu 1MDB

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia arah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mohon maaf susulan kenyataan menuduh beliau salah guna kuasa dan cuba mensabotaj siasatan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BN + PR alu-alukan reformasi Parlimen

Wakil rakyat BN dan PR mengalu-alukan cadangan reformasi Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membebaskan legislatif daripada cengkaman eksekutif.

Categories
KENYATAAN MEDIA

PR sambut baik kenyataan Pandikar tak mahu Parlimen jadi ‘Rubber Stamp’

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Kita menyambut baik kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam, bahawa beliau tidak mahu Parlimen dilihat sebagai ‘Rubber Stamp’ yang berfungsi di bawah telunjuk cabang eksekutif.

Memandang wujudnya aspirasi yang sama untuk prinsip pemisahan kuasa antara badan legaslatif, eksekutif dan kehakiman berfungsi demi memperkukuhkan Negara Demokrasi Berpelembagaan, maka kami Pakatan Rakyat telah pun bersepakat menubuhkan Jawankuasa Penambahbaikan Parlimen Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Whip serta seorang Ahli Parlimen mewakili setiap parti.

Malah sebuah Jawatankuasa Rancangan Malaysia ke-11 Pakatan Rakyat juga sudah dipersetujui ditubuhkan.

Adalah diharap dengan kedua-dua Jawatankuasa ini di Parlimen Pakatan Rakyat akan bertambah lebih berkesan dan memenuhi tanggungjawab serta amanah rakyat.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh

Categories
NASIONAL

PR, BN sokong cadangan Pandikar tambah baik Parlimen

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan sokongan berhubung cadangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi penambahbaikan Parlimen.

Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menyokong cadangan itu dan menyifatkannya sebagai langkah yang baik.

Anthony Loke“DAP menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap gesaan Pandikar supaya Parlimen ditambah baik.

“37 Ahli Parlimen dan dua Senator DAP menyatakan sokongan sepenuhnya ke atas usaha Pandikar untuk menambahbaik Parlimen,” katanya dipetik Malaysian Insider dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Semalam, Pandikar mendedahkan hasratnya meletakkan jawatan kerana kecewa institusi Parlimen dilihat sebagai “rubber stamp”, di samping mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk mengembalikan semula Akta Perkhdimatan Parlimen 1963.

Akta terbabit dimansuhkan pada 1992 ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, pemansuhan akta itu menyebabkan kekaburan antara legislatif dan eksekutif.

shahrir samad“Pandangan saya, harus diadakan perubahan serta reform kepada Parlimen terutama daripada segi akta perkhidmatan Parlimen. Ia harus dikembalikan balik untuk meletakkan dewan rakyat dan negara di tempat sepatutnya.

“Ia bagi membezakan ata jauh sedikit daripada pihak eksekutif. Seharusnya ada garisan antara eksekutif dan Parlimen,” katanya.

Katanya, langkah penambahbaikan terbabit boleh bermula dengan penubuhan jawatankuasa kerja bagi mengkaji cadangan Pandikar untuk menentukan hala tuju dan mengembalikan kebebasan kepada Parlimen.

Pandikar : Mahathir yang saran letak jawatan segera

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa demi menjatuhkan Najib Razak beliau dipujuk Tun Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dengan segera.

Sah, Pandikar mahu letak jawatan sebelum ini

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pandikar Dilantik Speaker, 26 ditahan di Parlimen – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 24062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi menggalas tanggungjawab Speaker Dewan Rakyat apabila dipilih dengan undi majoriti di Persidangan Dewan Rakyat ke-13 yang bermula hari ini.

2. kira-kira 100 aktivis demokrasi berhimpun di luar perkarangan Parlimen hari ini menuntut kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan.

3. Pakatan Rakyat membidas Kerajaan Persekutuan kerana lambat bertindak terhadap masalah jerebu yang telah menyelubungi negara ini.

4. Kerajaan Selangor akan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di Selangor.