Categories
SELANGOR

Selangor sedia lulus projek kereta kabel Kuil Sri Subramaniar

Oleh : AFIX REDZUAN

BATU CAVES 17 JAN: Kerajaan Selangor bersedia memberikan kelulusan projek pembinaan kereta kabel di Kuil Sri Subramaniar jika memenuhi semua syarat keselamatan yang ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian kelulusan itu dipertimbangkan kerana Batu Caves terkenal dengan binaan pusat rumah ibadat kaum India selain menjadi tumpuan pelancong terutama daripada luar negara.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah membuat kajian lokasi pembinaan untuk memastikan projek berkenaan berjalan lancar kerana kawasan itu terdapat batu kapur.

Thaipusam“Kajian yang dibuat pakar mendapati keadaannya bagus. Kita akan berikan kebenaran untuk membinanya.

“Tetapi, saya minta jawatankuasa kuil hadir ke satu taklimat untuk melihat keadaan tanah di sini. Kita mempunyai rekod berkenaan permukaan 10 meter bawah tanah,” katanya bercakap demikian di hadapan lebih 7,000 penganut agama Hindu sempena sambutan Thaipusam, di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pengerusi Kuil Sri Mariamar, Tan Sri Nadaraja; Exco Selangor, V Ganabatira;, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Selayang, William Leong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Abdul Khalid berkata, kumpulan pakar sudah dihantar ke Hong Kong bagi mengkaji bentuk kereta kabel yang sesuai untuk dibina dengan ciri keselamatan terbaik.

Katanya, projek itu perlu dibina dengan tertib kerana bukan sahaja membawa imej Selangor bahkan Malaysia dan beliau turut memuji berkenaan.

thaipusam“Jika pihak kuil tidak berpuas hati dengan perkara ini, mereka boleh berbincang dengan kerajaan negeri dan MPS.

“Kita tunjukkan pentadbiran selangor sangat profesional. Kita dapat tunjukkan bahawa apa yang penting, mereka yang membina bangunan mesti mengikut peraturan.

“Kita percaya permbangunan di kawasan ini akan diperkemaskan dengan lebih elok lagi,” katanya.

Abdul Khalid turut memaklumkan Selangor bakal mengumumkan pelan program pembangunan negeri untuk dua tahun dengan peruntukan RM1 bilion, pada Februari ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pembangunan Untuk Semua Kaum Bukan Untuk Pilihan Raya

Sambutan Thaipusam 08

BATU CAVES 27 JAN : Pakatan Rakyat (PR) menjalankan pembangunan secara berterusan demi kepentingan rakyat semua kaum dan tidak sekadar menghadapi pilihan raya.

Sambutan Thaipusam 03Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa dikatakan sudah dikotakan gabungan itu sejak mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008.

“Pakatan Rakyat tunai janji sejak 2008. Kita buktikan kita bukan buat program kerana mahu pilihan raya.

“Dari 2008 kita sudah janji mahu buat pembangunan untuk semua kaum dan kaum India sendiri kita telah berikan peruntukan untuk sekolah, kuil, tempat beribadat dan program kebajikan.

“Ini bukan saja hari ini tapi ini adalah satu kerja yang berterusan”, katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Thaipusam di sini malam tadi.

Sambutan Thaipusam 06Majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 orang termasuk barisan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat bukan Islam (Hindu) Selangor sebanyak RM375,000 dan sekolah Tamil Selangor (RM927,500).

Beliau berkata, rakyat boleh membuat perbandingan antara PR dan Umno-BN dalam tempoh lima tahun iaitu selepas 2008 dan sebelumnya iaitu kerajaan mana yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

“Pembangunan bukan satu hari, satu bulan dan masa pilihan raya. Pembangunan masyarakat ialah pembangunan yang berterusan bertahun-tahun.

“PR percaya apa yang dilakukan ialah asas pembangunan masyarakat. Gunakan peluang ini untuk kita berdoa supaya masyarakat Malaysia semua kaum dapat dibangunkan dengan baik, tiada rasuah, tiada salah guna kuasa dan memberi kebajikan kepada rakyat,” katanya.

Sambutan Thaipusam 07 Sambutan Thaipusam 04 Sambutan Thaipusam 05