Categories
SUKANKINI

Andik tidak tertekan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 OKT: Berbaki kurang 24 jam sebelum aksi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, Kapten Pasukan The Red Giants, Andik Vermansah kini lebih tenang.

Tanpa sebarang tekanan, beliau menganggap perlawanan akhir itu sebagai titik perhitungan terbesar dan tangunggjawab untuk membantu Selangor mengekalkan kejuaraan.

“Saya tiada tekanan,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media Perlawanan Akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, selepas pulih daripada kecederaan, dirinya kini lebih bersedia menyarung jersi Merah Kuning, pada aksi perlawanan akhir.

“Tanggungjawab sebagai kapten pasukan memang agak besar, namun perlawanan ini akan menjadi perhitungan terbesar bagi saya dan pasukan kami.

“Berbekalkan pengalaman dan aksi terdahulu, kita mempunyai keyakinan tinggi untuk (menjadi) juara Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Sebagai juara tradisi Piala Malaysia kali ke-33, pasukan Selangor diyakini mampu mengekalkan kejuaraan sekali gus merealisasikan kejuaraan Misi 34 Piala Malaysia.

Selangor bakal bertemu Kedah pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Selangor kekal prestasi, yakin julang Piala Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 OKT: The Red Giants yakin mampu menumbangkan pasukan Kedah pada aksi pertembungan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pengendali sementara pasukan Selangor, K Gunalan berkata, prestasi pemain berada di tahap terbaik untuk mengekalkan kejuaraan sama buat kali ke-34.

“Perjalanan untuk ke perlawanan akhir bukan mudah kerana pasukan kita turut menerima saingan hebat daripada pasukan lain pada aksi perlawanan terdahulu.

“Namun, sehingga kini pemain Selangor tahu apa yang mereka mahukan kerana kami mempunyai perancangan dan strategi selain menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri.

“Persiapan kita juga amat baik kerana tiada sebarang kecederaan serius membabitkan pemain dan kita berharap prestasi terbaik ini akan dikekalkan sehingga perlawanan,” katanya pada sidang media Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini.

gunalanPasukan Selangor sebelum ini layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menjuarai Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir kedua menetang T-Team FC.

Perlawanan itu menyaksikan Selangor menang bergaya dengan keputusan 2-0, sekali gus layak beraksi di perlawanan akhir untuk memburu Misi 34 Piala Malaysia.

“Walaupun pemain sudah layak ke perlawanan akhir, namun saya optimis mereka mampu mempamerkan persembahan terbaik mengulangi kejayaan tahun lalu.

“Percaturannya kita akan kekalkan gandingan lama pada aksi terakhir ini, namun sebarang perubahan bergantung kepada latihan terakhir nanti,” katanya.

Sementara itu Kapten Pasukan, Andik Vermansah yang baru pulih daripada kecederaan yakin, dirinya mampu mempamerkan persembahan terakhir untuk membantu Selangor mengekalkan kejuaraan.

“Selepas pulih daripada kecederaan, saya sudah mampu meningkatkan prestasi untuk beraksi lebih baik bagi membantu pasukan Selangor,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Doakan Red Giants julang Piala Malaysia buat kali ke-34

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 28 OKT: Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berharap Selangor mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia bertemu Kedah, Ahad ini.

Beliau berkata semangat berpasukan akan menjadi faktor utama dalam usaha merealisasikan misi menjulang kejuaraan buat kali ke-34.

“Saya mendoakan pasukan Selangor dapat terus mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.

“Saya melihat sendiri mereka menjalani latihan dan minggu lalu saya bertemu dengan Ketua Pasukan (Mohd Shahrom Kalam).

paiala-malaysia-misi-33“Beliau memberikan jaminan bahawa mereka akan fokus dengan permainan di padang Ahad ini dan Insya-Allah dengan pengalaman serta latihan Selangor mampu mengekalkan kejuaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai imbuhan jika The Red Giants berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali-34, Mohamed Azmin enggan mengulas panjang, namun menegaskan Kerajaan Negeri menghargai semua pihak yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang.

Mohamed Azmin berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Selangor musim ini tambahan berjaya menjulang trofi berpestij itu buat kali ke-33 tahun lepas setelah menanti sejak sekian lama.

Selangor dan Kedah akan membuat perhitungan akhir buat musim kedua berturut-turut dalam pentas akhir TM Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Pada perlawanan akhir musim lalu, The Red Giants menjinakkan Helang Merah 2-0 hasil dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri.

-nR-

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Tengku Amir ramal Red Giants menang 2-1

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OKT: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah meramalkan Selangor bakal menewaskan Kedah, 2-1 dalam aksi akhir TM Piala Malaysia, pada 30 Oktober ini.

Baginda bertitah, pertembungan kali ini sudah pastinya sengit buat kedua-dua pasukan dan The Red Giants diharapkan mampu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menjulang trofi itu buat kali ke-34.

“Ramalan beta? Tidak tahu. 2-1, sudah pastinya memihak kepada Selangor.

“Beta mengucapkan selamat berjaya kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Perkara penting mereka mesti kekal fokus sebagai satu pasukan dan profesional.

“Mereka perlu bekerja keras kerana ini perlawanan sengit. Kedah turut memburunya (kejuaraan),” titah baginda.

Selangor akan bertemu Kedah di Stadium Shah Alam dalam aksi final kali kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan pasukan sama tahun lalu.

Dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri dalam setiap babak berjaya merealisasikan impian menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

-AA-

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Selangor berdepan tekanan, namun yakin menang

OLEH NORHAYATI UMOR

SABAK BERNAM, 22 OKT: Perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi memberi tekanan tinggi kepada The Red Giants untuk mengekalkan kejuaraan.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, hal itu ekoran persepsi dan harapan penyokong yang tinggi terhadap pasukan sejak Selangor memenangi misi ke-33, pada tahun lalu.

“Saya akui agak sukar berbanding tahun lalu kerana orang tidak memandang tinggi tetapi apabila sudah menang, tekanan itu untuk tahun ini dihadapi,” katanya ketika ditemui pada Perasmian Program Hijrah Tour di Sungai Panjang, di sini.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga Exco Negeri yakin kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan memberi kelebihan bagi pasukan gergasi merah itu, sekali gus mengulangi kejuaraan lalu.

“Semua pentas permainan ada tekanan masing-masing, namun di Shah Alam kita mempunyai kelebihan kerana lazim bermain di situ.

“Dengan sedikit pengalaman yang ada, kita mampu menjuarai Piala Malaysia,” katanya.

AMIRPada masa sama, Amirudin berkata, pasukannya akan mengatur dan menajamkan beberapa strategi menjelang perlawanan.

Katanya, ia termasuk memfokuskan pemain bermain dengan baik dan menjaringkan gol.

“Kita akui kelemahan kita sebelum ini dibolosi dan gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai ruang yang banyak.

“Jadi, kita mahu pemain menajamkan serangan dan menjaringkan gol,” katanya.

Selangor bakal mengulangi tradisi berdepan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia, pada 30 Oktober ini.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Atasi T-Team 3-0, Red Giants ke akhir Piala Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA TERENGGANU, 15 OKT: Selangor mengatasi T-Team 3 – 0 dalam separuh akhir kedua dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 5 – 1.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini, juara bertahan itu membuktikan penguasaan dengan mendahului lawan seawal minit kedua.

Gol dihasilkan R Gopinathan melalui penyudah tepat melepasi penjaga gol The Titans, Ilham Amirullah, selepas mendapat hantaran ketua pasukan, Andik Vermanshah.

Percaturan jurulatih The Red Giants, K Gunalan, nyata berjaya dengan pemain mengekang asakan berterusan T-Team dalam usaha mencari gol.

THE RED GIANTSTambah manis bagi Selangor apabila Ugo Ukah (m18) menyepak masuk untuk gol kedua pasukan selepas Patrick Ronaldinho Wleh gagal menyudahkannya.

Andik (m90) melengkapkan malam gemilang Selangor dengan gol ketiga apabila bola dihantar Ronaldinho di depan gol.

T-Team menggandakan serangan selepas ketinggalan dua gol dengan beberapa percubaan bahaya daripada Patrick Dos Santos Cruz, Makan Konate, Sapawi Rasid dan yang lain.

Lima minit separuh masa kedua, pasukan bimbingan Rachmat Darmawan telah memberikan tekanan dengan percubaan sipi Asrol Ibrahim melewati pintu gol.

Selangor bagaimanapun terus mempertahankan kedudukan dengan bertahan dan melancarkan serangan balas bagi menggugat pertahanan lawan.

Red GiantsSerangan berterusan pasukan tuan rumah menyaksikan beberapa insiden kekasaran di kalangan pemain menyebabkan pengadil, Zamzaidi Katimin, agak sibuk mengawal permainan.

Skuad Merah Kuning terus menggembirakan segelintir penyokongnya di stadium dengan gol Andik untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3 – 0.

Selangor mengulangi pertemuan akhir dengan naib juara, Kedah, yang seri 0 – 0 dengan PDRM yang layak melalui agregat 2 – 1.

-nR-

Categories
SUKANKINI

Penyokong yakin Selangor atasi T-Team, layak ke akhir Piala Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Selangor mampu ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya berjaya mempamerkan aksi cemerlang seperti mana ditontonkan pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, 1 Oktober lalu.

Dalam perlawanan itu, The Red Giants mengalah T-Team 2 – 1 untuk mengatasi lawan dengan agregat sama dan gabungan kelab penyokong, Gabungan Selangor Fan Club optimis pasukan kesayangan mereka mampu mengulangi kehebatan sama bagi menundukkan pasukan lawan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

Wakilnya, Mohd Faizal Hamid, berkata biarpun bakal berdepan cabaran getir The Titans namun pihaknya yakin Selangor boleh mengatasinya dengan persembahan yang baik.

unnamed“Perlawanan malam esok mendebarkan kerana Selangor dan T-Team memerlukan gol untuk menang.

“Kita harap pemain Selangor akan mempamerkaqn satu persembahan baik dan jika boleh menjaringkan gol pada minit awal permainan,” katanya kepada SelangorKini.

Presiden Anak Selangor Fan Club itu ditemui bersama kumpulannya meraikan pemergian pasukan Selangor ke Kuala Terengganu di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berharap The Red Giants mampu bertindak cemerlang dalam mengekang asakan T-Team seterusnya menghampakannya demi kemenangan juara bertahan Piala Malaysia itu.

“Semoga Selangor beroleh kemenangan dalam separuh akhir kedua ini nanti.

“Kita akan turun dengan lebih 1,000 penyokong dari Lembah Klang dan berharap akan bergabung dengan penyokong Merah Kuning di Kuala Terengganu nanti,” katanya.

-nR-

Categories
SUKANKINI

Andik tekad bantu Selangor benam T-Team

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Kelebihan dimiliki tidak melekakan pemain Selangor dalam usaha mencatat kemenangan ketika berdepan T-Team pada aksi separuh akhir kedua di Kuala terengganu, malam esok.

Pemain import, Andik Vermanshah, berkata sememangnya Selangor membuat persediaan rapi bagi perlawanan itu dan akan bekerja keras agar tidak pulang hampa.

“Walaupun sudah menang (mengatasi lawan) tetapi saya anggap kita kalah dahulu kerana kita perlu menghasilkan gol.

“Ini kerana mereka (T-Team) perlukan satu gol maka kita harus berhati-hati dan saya merasakan belum selesa kerana mereka pasukan yang bagus,” katanya kepada SelangorKini.

andikAndik ditemui sebelum berlepas bersama rakan sepasukannya ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Selangor mengatasi T-Team dengan agregat 2 – 1 selepas menang di Stadium Shah Alam, 1 Oktober lalu.

Pemain kebangsaan Indonesia itu juga gembira kerana pemain The Red Giants kini bebas dari kecederaan dalam menghadapi lawan di Stadium Sultan Ismail nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu.

Andik juga tidak memikirkan tugasan selaku ketua pasukan dan bersedia dengan setiap keputusan dibuat jurulatih, K Gunalan.

“Sama ada saya ketua pasukan atau tidak, tidak penting kerana apa yang utama saya perlu bermain bersungguh-sungguh untuk kemenangan pasukan.

“Menang alhamdulillah, seri juga sama namun yang pasti jangan kalah,” katanya.

Andik dilantik ketua pasukan apabila Gunalan mengambilalih pasukan daripada Zainal Abdin Hassan tambahan dengan kecederaan menimpa ketua pasukan, Shahrom Kalam.

Bagaimanapun, Shahrom kini bebas dari kecederaan dan dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Afghanistan, baru-baru ini.

-nR-

Categories
SUKANKINI

Selangor rantai import T-Team, jejaskan gerakan lawan

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Selangor akan mengekang pergerakan dua pemain import T-Team, Makan Konate dan Patrick Cruz, dalam usaha melumpuhkan lawannya ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam esok.

Pengendalinya, K Gunalan, berkata kedua pemain import itu amat bahaya dan Selangor perlu merantai pergerakan mereka supaya kelancaran gerakan The Titans terjejas.

“T-Team mempunyai dua atau tiga pemain import yang baik seperti Makan Konate dan Patrick Cruz selain Dilshod Sharofetdinov dan dengan Abdoulaye Maiga tidak dapat bermain maka kita kena berjaga-jaga.

“Saya rasa perancangan dibuat pasukan akan berjaya mengekang kedua pemain import ini (Konate dan Cruz) serta pemain tempatan mereka, diharap kita berjaya malam esok,” katanya kepada SelangorKini.

gunalanGunalan ditemui sebelum berlepas bersama pasukannya ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkembangan dalam pasukan juga bagus dengan semua pemain Selangor bersedia bagi menghadapai perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terenganu itu.

“Semua pemain bagus termasuk barisan pertahanan dan walaupun Shahrom (Kalam) sudah kembali tetapi gandingan Rizal (Fahmi Rosid) dan Ugo (Ukah) selama ini bagus.

“Saya akan tengok perkembangan esok untuk putuskan barisan pemain terbaik,” katanya.

Gunalan berkata, pihaknya yakin dengan kemampuan pasukan untuk perlawanan esok biarpun akan berhadapan cabaran getir T-Team dengan sokongan padu penyokongnya.

“Saya harap penyokong (Selangor) akan datang esok walaupun hanya segelintir sahaja tetapi sudah cukup sebagai sokongan padu kepada pasukan,” katanya.

Penyandang juara Piala Malaysia itu turun dengan kelebihan agregat 2 – 1 selepas mengatasi lawan dengan keputusan itu dalam separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, 1 Oktober lalu.

-nR-

Categories
SUKANKINI

Piala Malaysia: Selangor sedia hampakan T-Team malam esok

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Selangor bersedia menggempur T-Team dan meranapkan lawannya itu dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, malam esok.

Mengatasi The Titans dengan agregat 2 -1, tidak melekakan The Red Giants selaku juara bertahan yang turun dengan kesebelasan terbaik bagi mengintai peluang melangkah ke perlawanan akhir piala berprestij itu.

Pengendalinya, K Gunalan, berkata perlawanan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah itu begitu penting bagi pasukannya dan pemain menyedari peranan mereka dalam mencari kemenangan.

“Walaupun bermain di tempat lawan, kita sudah bersedia dan pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan.

gunalan“Dengan kelebihan satu gol dimiliki, kita tetap perlu bermain bersungguh-sungguh dan berusaha mempertahankan kelebihan itu.

“Apa yang penting dalam 20 minit pertama, kita fokus bagi menggugat keyakinan pihak lawan di samping berusaha menjaringkan gol,” katanya kepada SelangorKini.

Gunalan ditemui sebelum berlepas bersama pasukannya ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau melahirkan keyakinan Selangor berupaya mengatasi cabaran T-Team biarpun pasukan bimbingan Rahmad Darmawan itu pernah mengalahkan skuad Merah Kuning dalam saingan liga sebelumnya.

“Saya rasa pemain tidak menghadapi tekanan walaupun bermain di tempat lawan kerana apa yang penting mereka harus fokus bagi memburu kemenangan.

“Kita akan turun bukan setakat bertahan tetapi juga melancarkan serangan,” katanya optimis.

Selangor mengalahkan T-Team 2 – 1 dalam separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, di sini, 1 Oktober lalu.

-nR-

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Kemenangan tingkat moral Red Giants ketepi cabaran T-Team

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 OKT: Kejayaan mengatasi T-Team dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia, malam tadi, bagi K Gunalan amat penting untuk meningkatkan moral Selangor dan mencerahkan laluan ke perlawanan akhir nanti.

Pengendali The Red Giants itu yakin anak buahnya akan terus mempamerkan peningkatan seterusnya mencipta kemenangan dalam separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu, pada 15 Oktober ini.

“Dua gol diperoleh dalam perlawanan tadi harus menggembirakan tetapi saya rasa peluang masih terbuka luas di Kuala Terengganu kerana bukan mudah menentang T-Team di sana.

“Saya yakin pemain tahu hakikat ini dan mereka pasti fokus untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua nanti,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, di sini.

Dalam aksi separuh akhir pertama itu, Selangor mengalahkan T-Team 2-1 hasil jaringan Hazwan Bakri (m45) dan Ugo Ukah (m80), manakala gol saguhati pasukan lawan dilakukan Patrick Cruz (m22) melalui sepakan penalti.

Beliau berkata, perubahan taktikal dilakukan pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila barisan serangan juara Piala Malaysia itu bertindak agersif dengan melancarkan serangan berterusan ke kubu lawan.

Katanya, ia memberi impak bagus dengan The Red Giants berjaya menyaingi T-Team yang beraksi cemerlang dalam 45 minit pertama permainan.

GUNALAN“Saya tekankan kepada pemain jika kita mahu ke akhir, kita tidak boleh bermain seperti mana dipamerkan dalam separuh masa pertama.

“Maka, saya menukarkan corak permainan dengan Hazwan, Andik Vermanshah, Patrick Ronaldinho Wleh dan pemain lain menggandakan serangan bagi memberi tekanan kepada T-Team,” katanya.

Mengulas lanjut, Gunalan menjelaskan Selangor akan lebih bersedia bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti.

Ini kerana, katanya, T-Team pasti lebih yakin beraksi di laman sendiri apatah lagi pernah mengalahkan skuad Merah Kuning (1-0) dalam aksi liga, pada Ogos lalu.

“Saya akan berusaha memberi motivasi kepada pemain supaya lebih bersedia bagi berdepan cabaran T-Team nanti,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Piala Malaysia: Selangor atasi T-Team 2-1

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 OKT: Gol Ugo Ukah menceriakan Selangor apabila berjaya mengatasi T-Team 2-1 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Jaringan pada minit ke-80 itu dihasilkan Ukah melalui sepakan kencang di luar kotak penalti hasil hantaran tendangan sudut ketua pasukan, Andik Vermanshah melepasi penjaga gol lawan, Ilham Amirullah.

T-Team terlebih dahulu menjaringkan gol selepas dihadiahkan sepakan penalti angkara kekasaran Bunyamin Umar ke atas Sapawi Rased.

Patrick Crus (m22) tidak melakukan kesilapan dengan sepakan tepat menerjah jaring memperdayakan Khairulazhan Khalid.

Gol terbabit merancakkan saingan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Selangor terutamanya bagi mencari gol penyamaan.

Hazwan Bakri menggamatkan stadium dengan satu tendangan kencang di depan gol T-Team menepati sasaran untuk jaringan pertama Selangor dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Skuad kendalian K Gunalan menggandakan asakan pada separuh masa kedua dengan Hazwan, Andik, Patrick Ronaldinho Wleh dan pemain lain berusaha menghasilkan penyudah berkesan.

RED-GIANTS-300x214Tidak kurang T-Team yang turut menyusun serangan berbisa ke kubu Selangor melalui Noh Hakim Hassan dan rakan-rakan.

Perlawanan yang sengit dengan beberapa pemain mengalami kecederaan itu menghadirkan ceria untuk kem Ukah penyandang juara Piala Malaysia itu apabila Ukah menjaringkan gol 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Ia memberi kelebihan kepada Selangor yang mendahului agregat 2 – 1.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir kedua di Terengganu, pada 15 Oktober ini.

-AA-