Categories
SELANGOR

Guna GST biaya konsesi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri sedia mengkaji kaedah untuk meringankan beba rakyat yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barangan termasuk kadar tol, berkuatkuasa hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kutipan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi membiayai pampasan untuk syarikat konsesi lebuh raya.

MB Azmin“Kita perlu berpegang kepada pendirian meringankan beban rakyat dan akan lihat sejauh mana kemampuan Kerajaan Negeri dalam isu ini. Mula-mula kita kena tolak dulu, bantah (kenaikan tol) dan kemudian lihat pilihan lain bagaimana boleh ringankan beban rakyat.

“Kita ada cadangkan dengan MTES bahawa Kerajaan Persekutuan menggunakan perolehan hasil kutipan GST untuk membiayai meneruskan pembayaran pampasan syarikat konsesi.

“Kita dimaklumkan perolehan kutipan GST itu besar, lebih RM6 bilion seperti diumumkan. Mengapa tidak digunakan perolehan GST ini meringankan bebanan rakyat tetapi menggunakan kesempatan untuk terus menekan rakyat khususnya pengguna lebuh raya,” katanya.

tol auotmatik 1Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memegang 30 peratus dalam syarikat Kesas Holding Sdn Bhd dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) pula memegang 20 peratus dalam syarikat Sprint Sdn Bhd.

“Kenaikan ini di luar bidang kuasa kita sebab hanya pemegang saham minoriti. Kita tidak ada kata pemutus tetapi kena gunakan wakil untuk membantah kenaikan itu, sama ada berjaya meyakinkan Lembaga Pengarah hanya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor terus bantah kenaikan kadar tol

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri kesal dengan keputusan menaikkan kadar tol di Lebuhraya KESAS dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) kerana tidak dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun dua anak syarikat Kerajaan Negeri mempunyai saham minoriti dalam konsesi lebuh raya, namun ia tidak menghalang Selangor untuk membantah.

MB AzminBeliau berkata, Kerajaan Negeri melalui wakilnya sudah meminta Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah dipanggil segera untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak cadangan kenaikan kadar tol.

“Walaupun tidak mempunyai kuasa pemutus dan hanya pemegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya, adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk membantah kenaikan tol yang tidak bertanggungjawab.

“Kesan kenaikan itu akan terus menekan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga meminta Kerajaan Persekutuan menggunakan perolehan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

tol auotmatik 1Katanya, ia bagi mengelakkan rakyat terus dibebani dengan kenaikan kadar tol yang melampau dalam keadaan peningkatan kos sara hidup hari ini.

“Keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar tol adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali terutama ketika rakyat berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang) masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS sejak 1993.

Manakala, pegangan saham sebanyak 20 peratus dimiliki kdua syarikat terbabit dalam konsesi Lebuhraya SPRINT sejak 1999.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Laksanakan hari tol percuma di Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri diharap dapat mempertimbangkan semula cadangan mengadakan hari tol percuma, kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Beliau berkata, keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam konsesi tol Litrak Berhad (LITRAK)dan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS) perlu dimanfaatkan.

ng sze hanKatanya, insentif itu bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat, bahkan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri melawan dasar kenaikan harga tol Barisan Nasional (BN).

“Cadangan sama pernah dikemukakan ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2014 supaya pegangan saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam KESAS dimanfaatkan dan hari tol percuma boleh dilaksanakan.

“Tetapi, ia tidak mendapat sambutan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sze Han berkata, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan SPRINT di bawah LITRAK masing-masing mencatat keuntungan sehingga RM138 juta.

tol auotmatik 1“Berdasarkan laporan 2015, jumlah kenderaan juga meningkat dua peratus berbanding tahun sebelumnya menjadikannya melebihi 500,000 kenderaan setiap hari.

“Jika dividen Kerajaan Negeri berjumlah RM27.6 juta (20 peratus) dengan mengambil contoh penggunaan lebuh raya hanya separuh pada Ahad, maka kira-kira 13 juta pengguna akan menikmati manfaat tol percuma dengan anggaran kos RM27.3 juta,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: PKNS, KPS digesa desak konsesi batal kenaikan harga tol

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) digesa mendesak syarikat konsesi lebuh raya supaya membatalkan kenaikan kadar tol.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata, dua anak syarikat Kerajaan Negeri itu adalah pemegang saham minoriti dalam Kesas Holding Berhad (KESAS) dan Sprint Sdn Bhd (SPRINT).

MB Azmin“Kerajaan Negeri memanggil PKNS yang memegang 30 peratus dalam KESAS, manakala KPS pula mempunyai 20 peratus (SPRINT) untuk memberi penjelasan berkenaan pengumuman yang dibuat syarikat konsesi itu.

“Kita dimaklumkan sehingga hari ini tiada sebarang mesyuarat lembaga pengarah yang dipanggil pengurusan KESAS dan SPRINT untuk membincangkan keputusan berkenaan perkara ini tetapi hanya makluman sahaja.

“Kerajaan Negeri mengarahkan PKNS dan KPS menulis surat kepada pengurusan dua syarikat konsesi itu untuk mendesak satu mesyuarat khas lembaga pengarah dilakukan bagi membincangkan perkara ini.

TOL LEBUHRAYA“Dalam mesyuarat itu nanti Kerajaan Negeri mengarahkan PKNS dan KPS membantah serta menolak kenaikan tol itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, PKNS dan KPS bertanggungjawab mewakili pendirian Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan sebarang kenaikan kadar tol walaupun hanya pemegang saham minoriti.

Beliau turut kesal keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar tol sambil menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Negeri bantah kenaikan tol

Oleh: MOHAMED AZMIN ALI

KeputusanKerajaan Persekutuan untuk membenarkan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara berkuatkuasa hari ini adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Kenaikan tol di antara 10 sen sehingga RM4.70 hanya akan membebankan rakyat di dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan kos sara hidup yang semakin tertekan.

Kerajaan Negeri telah memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki saham minoriti 30% dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS sejak 1993 dan 20% dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT sejak 1999 untuk memberikan penjelasan kepada MTES.

Walaupun tidak mempunyai kuasa pemutus dan hanya merupakan pemegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya, adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri membantah kenaikan tol yang tidak bertanggungjawab dan menekan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.

Kerajaan Negeri kesal kerana keputusan menaikkan tol Lebuhraya KESAS dan SPRINT tidak dibincangkan dan tidak diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KESAS Holdings Berhad dan KESAS Sdn Bhd serta Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd.

Kerajaan Negeri melalui wakilnya telah pun meminta Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah dipanggil segera untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak cadangan kenaikan kadar tol ini.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan perolehan hasil kutipan cukai GST bagi meneruskan pembiayaan pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya tanpa perlu menaikkan kadar tol.

# Mohamed Azmin Ali adalah Dato’ Menteri Besar Selangor

Categories
SELANGOR

Lembaga pengarah tak tahu tol SPRINT naik

SHAH ALAM, 15 OKT : Isu kenaikan tol di Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) tidak pernah dirujuk kepada lembaga pengarah untuk dibincang, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Katanya, keputusan itu bukan perbincangan bersama walaupun beliau adalah anggota lembaga pengarah SPRINT, bahkan tahu berkenaan kenaikan kadar tol berdasarkan surat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang diterima, kira-kira seminggu lalu.

sivarasa pc izzah 01“Surat itu menyebut Kerajaan Persekutuan tidak akan membayar pampasan kepada syarikat dan SPRINT boleh menaikkan kadar tol selaras dengan kadar yang tertera dalam surat itu.

“Kenaikan tol diumumkan syarikat dan tidak dirujuk terlebih dahulu kepada lembaga pengarah melalui pekeliling atau mesyuarat. Justeru, persoalan sokongan saya sebagai ahli lembaga pengarah untuk kenaikan tol tidak timbul langsung,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Sivarasa berkata masanya tidak sesuai untuk kerajaan menambah beban rakyat di sebalik ketidakstabilan ekonomi hari ini ditambah dengan kenaikan harga barangan yang berterusan di samping pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pada 1 April lalu.

“Pendirian saya adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

plaza tol“Justeru, saya akan menulis surat kepada Pengerusi SPRINT, Ir Yusuff Daud untuk memanggil mesyuarat khas lembaga pengarah bagi membincangkan dan mengkaji semula perkara ini.

“Saya juga sudah melaporkan perkara ini kepada Mohamed Azmin dan akan melaksanakan arahan lanjut daripada beliau,” katanya.

Lebih 10 lebuh raya sekitar Lembah Klang mula beroperasi dengan kadar tol baru yang menyaksikan kenaikan sehingga RM1.10.

Selain SPRINT, ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya SungaiBesi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tol naik mendadak, apa Kerajaan Persekutuan buat?

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan Persekutuan dilihat lemah dan terus gagal menangani masalah kenaikan tol di sekitar Lembah Klang.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata dalam sesuatu kes Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan kaedah tertentu untuk mengambil balik lebuh raya yang ada.

KUALA LUMPUR, 19 Julai -- Keadaan Plaza Tol Gombak mula sesak pada waktu tengah hari tadi setelah sebahagian warga kota mula pulang ke rumah masing-masing untuk mula bekerja semula esok. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 19 -- Gombak toll plaza was congested during the afternoon today as the city folks begin to return to their homes to start work again tomorrow. --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED

Katanya, langkah ini dapat memastikan kenaikan tol dikawal, dikurangkan atau dihapuskan terus.

“Seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pemegang konsesi sudah mendapat balik keuntungan mereka sejak mereka mula beroperasi kerana tempoh konsesi mereka sudah lama.

“Maka, ‘expropriation clause’ boleh digunapakai,” katanya.

Bermula 15 Oktober ini (esok), sebanyak 11 lebuh raya mula beroperasi dengan kadar tol baru.

Mengulas lanjut, Weng San berkata kerajaan juga boleh menggunakan kedudukannya untuk sekurang-kurangnya berunding semula dengan syarikat konsesi.

lau weng san pc 05 jul 01“Setelah tempoh tertentu apabila mereka sudah menjana keuntungan secukupnya, konsesi harus dibuka semula untuk ditender dalam pasaran terbuka supaya penender menawarkan kadar tol terendah diberi hak konsesi untuk sesuatu tempoh.

“Ini penting untuk memecah monopoli yang sedia ada,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Perutusan Maal Hijrah Najib disambut pantun empat kerat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OKT: Perutusan Maal Hijrah 1437/2015 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimuatnaik di laman rasmi beliau di facebook disambut hambar pengguna laman media sosial itu.

Malah beberapa pengguna facebook menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin talam dua muka berikutan kegagalan beliau mengawal harga barangan pengguna seperti yang dijanjikan sebelum ini.

najib mugshot interview 01Malah salah seorang pengguna facebook menyampaikan ‘perutusan tak puas hatinya’ terhadap langkah menaikan kadar di 11 tol berkuatkuasa pada 15 Oktober ini melalui serangkap pantun.

“Apa diharap padi seberang, entahkan cambah entahkan naik, apa diharap kerajaan sekarang, tol ditambah, minyak pun naik,” tulis Kamarul Rizal Ali Abdan di ruang komen perutusan itu.

“Mengapa tol naik? Janji macam mana,” tulis Fakhrulrodzi Yusof pula dan Emilda Aida Salah pun menulis “salah satu ciri orang talam dua muka adalah tidak menunaikan janji!.”

Muhd Azmy pula menulis, “asal (apa pasal) tol naik…mana janji-janji manismu dulu?”.

12112240_965409980173360_3713271064952872743_nSementara itu, pengguna facebook yang menamakan dirinya sebagai Pak Muda pula menulis, “Selalu cakap pasal agama bukan main hebat tapi habuk pun tak ada,”.

Malah tidak kurang juga beberapa komen yang mahu Najib segera meletak jawatan kerana dianggap mempunyai rekod pentadbiran yang buruk termasuk terpalit isu rasuah.

EZY

Categories
NASIONAL

Tol naik : Rakyat terus terbeban kenaikan barangan pula

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 OKT: Kenaikan kadar tol di lebuh raya secara mendadak bermula 15 Oktober ini bakal menyebabkan berlakunya peningkatan harga barangan di pasaran.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata walaupun ia dinafikan Kerajaan Persekutuan, namun adalah mustahil untuk menindakkan kemungkinan berlakunya kenaikan itu.

harga-naikKatanya ia sudah terbukti apabila Barisan Nasional (BN) memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.

“Mengambil kira kenaikan harga petrol sebelum ini sudah mengakibatkan kesusahan kepada semua pihak, manakala GST pula mengikis poket rakyat.

“Kini dengan kenaikan tol sudah tentu akan menyebabkan kenaikan harga komoditi dan kos barangan yang seterusnya membebankan rakyat, jadi mana logiknya?” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata sifat peduli BN terhadap kesusahan rakyat juga semakin terhakis apabila terus menekan rakyat marhaen dengan pelbagai kenaikan tidak relevan.

TOL LEBUHRAYABeberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.

Antaranya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Selain itu, ia termasuk Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

EZY

Categories
SELANGOR

Isu Tol: MB arah PKNS & PERANGSANG ke MTES

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (PERANGSANG) untuk hadir ke mesyuarat esok.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerusi Twitter berkata MTES akan meneliti maklum balas daripada kedua-dua syarikat yang mempunyai kepentingan minoriti dalam Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) itu.

TOL LEBUHRAYA“Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan rakyat,” tulis Mohamed Azmin.

Bermula esok, sebanyak 11 lebuh raya sekitar Lembah Klang mula beroperasi dengan kadar tol baru, menyaksikan kenaikan sehingga RM1.10.

Ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya SungaiBesi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang
(GRAND SAGA).

Pengumuman itu menerima pelbagai respon negatif kebanyakan pengguna lebuh raya yang menyifatkannya sebagai membebankan rakyat.

Tindakan menaikkan kadar tol itu juga nyata bertentangan dengan Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Manifesto berkenaan menyatakan berlaku pengurangan secara berperingkat bagi kadar tol dalam tempoh lima tahun.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kadar tol boleh dikekalkan, harga minyak boleh diturunkan lagi

Kenaikan kadar tol (selain dari tambang LRT) di sebahagian besar lebuhraya-lebuhraya utama yang menghubungkan Lembah Klang dengan seluruh negara bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah ia membawa risiko buruk kepada perkembangan ekonomi negara.

Tahun 2015 telah menyaksikan pelbagai dasar dan kenaikan yang meningkatkan beban sara hidup isirumah keluarga Malaysia. Pada 1 April 2015, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terbukti menaikkan harga barang dan beban cukai kepada rakyat.

Mekanisme penetapan harga minyak yang menghapuskan subsidi dan menggunakan harga rujukan di dalam Dollar Amerika Syarikat (USD) juga merugikan rakyat bila mana harga minyak terus kekal mahal sedangkan harga minyak RON95, diesel dan RON97 di negara-negara lain jatuh secara berkadar dengan harga minyak mentah di pasaran.

Harga minyak di Malaysia kekal mahal (malah dinaikkan bulan ini) kerana kegagalan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengawal kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding USD menjadikan ringgit matawang tercorot di Asia.

Dengan kenaikan kadar tol dan tambang LRT yang bakal berkuatkuasa, setiap isi rumah terutamanya di Lembah Klang akan terpaksa membayar lebih. Kos pengangkutan juga akan meningkat di seluruh negara dan akan menaikkan lagi harga barang.

Kesannya, pendapatan boleh belanja (disposable income) setiap isirumah di seluruh negara akan berkurangan akibat dasar-dasar ini.

Dalam suasana ekonomi Malaysia yang kurang mendapat keyakinan pelabur antarabangsa (yang telah menarik berbilion ringgit pelaburan keluar dari Malaysia dalam tahun ini), pertumbuhan ekonomi negara lebih banyak bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia berbelanja.

tol auotmatik 1Jika kuasa beli pengguna kukuh, kegiatan ekonomi rancak dan ekonomi boleh terus berkembang walaupun sentimen pelabur antarabangsa kurang memberangsangkan.

Sebab itu, kedangkalan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melonggokkan beban ekonomi negara kepada rakyat sebenarnya tindakan membunuh diri kerana ia membawa risiko melembapkan pertumbuhan ekonomi negara ekoran kurangnya kuasa beli pengguna.

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dilancarkan di sidang Parlimen minggu depan.

Salah satu teras utama pendekatan ekonomi Pakatan Harapan yang dikupas ialah langkah-langkah inovatif dan praktikal untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat bagi mengekalkan kuasa beli pengguna.

Kami yakin bahawa kadar tol boleh dikekalkan dan harga minyak sewajarnya lebih murah dengan melaksanakan cadangan-cadangan berikut:

MEKANISME MENGEKALKAN KADAR TOL –

Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan yang tinggi kepada pemegang konsesi.

Sebelum ini pun, parti-parti Pakatan Harapan konsisten menegaskan bahawa perjanjian yang berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu dirunding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampaui batas. Pun begitu, selagi Pakatan Harapan tidak berkuasa di Putrajaya, langkah ini tidak dapat dijalankan.

Oleh yang demikian, satu lagi langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera ialah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit untuk mendapat keutamaan terbabit di dalam projek-projek lebuhraya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaikkan kadar tol.

Hak untuk mendapat keutamaan (sering dirujuk sebagai “first right of refusal”) adalah amalan biasa di dalam perjanjian komersil.

Dengan cara ini, pemegang konsesi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat di dalam projek lebuhraya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Kerja Raya lebih kreatif dalam membela rakyat dan merundingkan semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran “first right of refusal” dalam projek lebuhraya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran mengekalkan kadar tol sedia ada.

MEKANISME MENURUNKAN HARGA MINYAK

Rakyat Malaysia terus menanggung harga minyak yang mahal akibat dari beberapa kesilapan dan kelemahan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak walaupun harga minyak mentah dan minyak siap diproses (“refined products”) kekal murah di pasaran antarabangsa.

Kesilapan pertama ialah apabila formula menetapkan harga bulanan RON95, diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan di dalam USD.

Formula penetapan harga secara prinsipnya adalah:

Harga RON95 = Kos minyak mentah dan memproses minyak mentah menjadi RON95 + Jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan stesen petrol

Sejak tahun 1980an, kerajaan Barisan Nasional menggunakan harga rujukan dari Singapura di dalam USD untuk menentukan kos minyak mentah dan memproses minyak mentah sedangkan maklumat yang lebih tepat boleh diperolehi terus dari syarikat-syarikat minyak di Malaysia.

Kelemahan kedua ialah kegagalan mentadbir matawang ringgit sehingga ia jatuh merudum berbanding USD.

Oleh itu, walaupun harga minyak di dalam USD sebenarnya kekal murah, apabila ia diterjemahkan ke dalam ringgit menggunakan formula, tiba-tiba ia menjadi mahal akibat faktor matawang (bukan kerana harga minyak yang mahal).

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak yang menggunakan harga rujukan di dalam USD untuk melindungi rakyat Malaysia dari kesan kejatuhan matawang ringgit akibat kelemahan Barisan Nasional sendiri.

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan terus mengeluarkan cadangan-cadangan tuntas menjelang pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan minggu depan.

JAWATANKUASA EKONOMI PAKATAN HARAPAN

13 OKTOBER 2015

YB Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

YB Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang

Dr Dzulkifly Ahmad
Pengarah Strategi AMANAH

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya

Categories
SELANGOR

Penduduk Pulau Ketam perlu TOL premis niaga

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 OKT: Tapak premis perniagaan milik penduduk di Pulau Ketam perlu diberikan Lesen Penempatan Sementara (TOL) seperti penempatan mereka.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata hal itu kerana TOL yang akan dikeluarkan Kerajaan Negeri itu hanya merangkumi kawasan tempat tinggal mereka sahaja.

“Kebimbangan ini disuarakan penduduk. Mereka mahu premis perniagaan mereka juga diberikan TOL.

“Hal itu kerana kebanyakan premis perniagaan mereka dilakukan bersebelahan atau berdekatan penempatan penduduk,” katanya kepada SelangorKini.

Dr Halimah berkata, isu pemilikan tanah di kawasan itu sudah dibangkitkan sejak dahulu, namun inisiatif memberikan TOL baru dilihat selepas Kerajaan Negeri bertukar tangan.

dr halimah“Sebelum ini, penduduk mahu TOL diberikan untuk tapak rumah. Namun, pernigaan tidak dimasukkan sekali dalam TOL terbabit.

“Jadi, mereka berharap premis pernigaan turut diberikan TOL membabitkan pertimbangan keluasan yang diperoleh sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berikrar akan melihat isu pemberian TOL kepada 1,300 penghuni Pulau Ketam dan mahu memperbesarkan jeti sedia ada.

Walaupun populasi penduduk pernah mencapai kira-kira 20,000 pada pertengahan 1980an, kini penghuni Pulau Ketam hanya terdiri daripada 1,300 keluarga yang majoritinya berbangsa Cina berketurunan Teochew, Hainan dan Hokkien.

-NFN-