Categories
NASIONAL SELANGOR

Mat Taib: Hidup Melayu Tiada Dalam Al Quran

muhd taib ceramah 26 apr 02

TANJONG KARANG 28 APRIL: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan  Umno-BN  sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.

“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

“Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh ‘steady’ je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh.

“Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas,” ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini.

Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik.

Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu.

Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.

Categories
NASIONAL

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk ‘Tauke Sewa’

SHAH ALAM 28 NOV : Tanah untuk aktiviti komersial seperti perniagaan atau pertanian akan dijual pada harga pasaran supaya hasil penjualan itu dapat disalurkan kepada negeri dan rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini berbeza dengan pendekatan pentadbiran Umno-BN dahulu yang memberikan tanah tanpa penilaian yang berpatutan.

Abdul Khalid berkata tanah juga hanya akan diberikan kepada pemilik yang juga pengusaha atau owner-operator.

Ianya bukan untuk ?rentier? atau ?tauke sewa? iaitu mereka yang ingin memajak atau menyewakan tanah berkenaan kepada orang lain.

“Bukan seperti dahulu, tanah diberikan secara terlalu murah, kini kita akan menawarkan tanah mengikut dasar perniagaan dan harga semasa.

“Duit yang kita perolehi ini juga akan digunakan kembali untuk keuntungan rakyat,” ujar beliau menjawab soalan lisan daripada Adun Dengkil, Datuk Marsum Paing mengenai Lesen Menduduki Tanah Sementara (TOL) yang diberikan kepada pengusaha tanaman.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tawaran Pemilikan Tetap Untuk Penghuni Tanah Kampung

SHAH ALAM 28 NOV : Kerajaan Negeri tidak lagi mengeluarkan sebarang Lesen Menduduki Tanah Sementara (TOL) kepada penghuni yang mendirikan penempatan di atas tanah milik kerajaan.

Sebaliknya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri lebih berminat untuk memberikan status pemilikan kepada mereka.

“Oleh sebab itu kita mengarahkan Pejabat Daerah untuk memastikan jika benar-benar mereka tinggal di situ, maka kita akan beri hak pemilikan.

“Amalan ini dilihat lebih baik untuk jangka masa panjang jika dibandingkan dengan amalan mengeluarkan TOL seperti yang diamalkan sebelum ini,” jelas Abdul Khalid.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Adun Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor mengenai status pemilikan tanah Kerajaan Negeri di kampung-kampung tradisional.

Mengulas isu pertindihan pemilikan tanah, Abdul Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri akan menggantikan tanah dalam kes-kes pemilikan bertindih.

Namun, penggantian tanah tersebut adalah tertakluk kepada arahan yang diputuskan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan penggantian dibuat hanya jika kesilapan berlaku di peringkat Kerajaan Negeri.

“Jika pertindihan berlaku kerana ‘fraud’ atau penipuan, maka tanggungjawab tersebut (menggantikan tanah) terlepas daripada Kerajaan Negeri,” tegasnya.

Categories
NASIONAL

Mahkamah Tinggi Kuantan Akan Dengar Permohonan Stop Lynas

SHAH ALAM,28 OGOS : Mahkamah Tinggi Kuantan akan mendengar dua permohonan dari gerakan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk semakan semula kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) projek loji nadir bumi Lynas Corp.

Jurucakap SMSL, Tan Bun Teet berkata, permohonan pertama untuk membatalkan TOL yang diberikan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kepada syarikat itu pada 30 Januari.

Tan berkata TOL itu diberikan walaupun tiada laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Semakan yang kedua adalah keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk tidak menarik balik TOL tersebut selepas mendengar rayuan dari sekumpulan penduduk Kuantan.

Penduduk tersebut bersama peguam dan pakar telah mengemukan bukti kepada satu panel MOSTI pada April 17 berkenaan bahaya dan risiko kesihatan projek tersebut.

“Kami percaya bahawa Menteri telah bertindak secara tidak adil terhadap kami dan keputusannya adalah tidak adil.

“Kami kini membawa perkara itu kepada Mahkamah untuk mengkaji dan untuk membatalkan TOL,” kata Tan.

Jelas Tan lagi, Lynas Corporation Australia pada mulanya memohon menjadi suatu pihak kepada prosiding itu.

Tetapi peguamnya menarik diri pada saat-saat terakhir untuk sebab yang tidak diketahui.

“Kami tidak pasti jika permohonan kita akan diterima atau dibuang keluar dari mahkamah.

“Kami amat berbesar hati bahawa permohonan kami diterima oleh mahkamah,” ujarnya.

Menurut Tan lagi, Mahkamah akan menyambung semula untuk menentukan tarikh pendengaran dan lain-lain perkara yang berkaitan.

“Kuantan adalah bandar rumah kami. Setiap seorang daripada kita telah banyak melabur untuk membuatkan bandar ini sebagai tempat yang istimewa.

“Kita perlu melakukan segala yang mungkin untuk melindungi ia, terutama daripada bahaya berpunca dari kilang penapisan Lynas nadir bumi itu, ” katanya.

Kira-kira 200 penyokong SMSL yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan permohonan itu.

Categories
NASIONAL

NGO Anti-Lynas Kutuk Adnan Yaakub

SHAH ALAM 7 MAC : Gabungan Hentikan Lynas (SLC) dan Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) hari ini mengeluarkan kenyataan mengutuk cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk membuang sisa radioaktif Lynas di Sungai Lembing.

“Cadangan Menteri Besar itu akan menyebabkan pencemaran di sungai tersebut. Lebih-lebih lagi kawasan terbabit kini merupakan kawasan pelancongan yang semakin berkembang.

“Ribuan pelancong yang sebelum ini berkunjung ke sini pasti akan bertukar lokasi persinggahan kerana kehadiran sisa radioaktif. Bayangkanlah berapa banyak penduduk setempat bakal kehilangan sumber pendapatan,” jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet.

Lebih merunsingkan sehingga kini tiada lagi tempat untuk pembuangan sisa radioaktif diumumkan secara rasmi walhal ia merupakan salah satu daripada lima syarat yang dikenakan ke atas Lynas ketika menerima Lesen Kendalian Sementara (TOL).

“Jika lokasi tetap sisa pembuangan ditemui pun, bagaimana dengan 500 tan pemancaran dan 100,000 meter padu sisa gas yang akan dilepaskan ke sungai dan laut kita setiap jam.

“Bagaimana pula dengan nasib penduduk Balok yang tinggal hanya beberapa kilometer daripada loji Lynas? Bagaimana mereka harus hidup jika sumber mereka sudah tercemar,” ujar Pengerusi SLC, Andansura Rabu.

Selain itu, Adnan Yaakub turut mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan terhadap mana-mana ahli politik yang terlibat dalam sebarang Kempen Hentikan Lynas.

“Kami sangat terkejut dan pada masa sama lucu dengan cadangan MB. Australia memperoleh keuntungan RM55 juta hasil pengecualian cukai setiap tahun. Tapi apa yang kita dapat di Pahang ini adalah sisa toksik dan pencemaran semata.

“Datuk Seri Adnan Yaakub tidak sesuai menjadi Menteri Besar Pahang jika beliau meletakkan kepentingan perusahaan asing yang tidak membayar cukai lebih tinggi daripada kesihatan dan kebajikan rakyat negara ini,” kata Bun Teet sambil mendesak rakyat teruskan usaha mendesak kerajaan menghentikan Projek Lynas demi masa depan yang lebih bersih dan selamat.

Sementara itu Lynas semalam memaklumkan sudah mengemukakan akurjanji untuk mengantar  sisa radioaktif dari lojinya di Gebeng ke luar negara.

Categories
NASIONAL

Guan Eng: Tol Hapus Bila PR Perintah Negara

PULAU PINANG, 1 MAC : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tegas dengan pendiriannya Malaysia tidak akan bangkrap hanya kerana tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan negara akan mengalami bangkrap disebabkan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme.

Maka dengan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengulangi kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan  memansuhkan tol PLUS dan Jambatan Pulau Pinang sekiranya gabungan itu memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

“Pemansuhan tol PLUS dan Jambatan Pulau Pinang tidak akan menjadikan negara bankrap tetapi adalah betul dari segi moral dan etika. Yang tidak berhati perut dan tidak adil kepada rakyat adalah hakikat bahawa syarikat pengendali tol sedang mengaut keuntungan yang sangat tinggi walaupun kos pelaburan asal untuk pembinaan sudah habis dikutip.

“Jawapan bertulis Parlimen kepada saya telah menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol PLUS telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan lebuhraya tersebut tetapi sudah menerima sebanyak RM24,266 juta daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.

“Dalam erti kata lain, syarikat pengendali tol PLUS telah mencatat lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat tarikh itu daripada pelaburan asal,” katanya ketika berucap dalam sesi Debat Pakatan Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Teluk Air Tawar di sini.

Dalam majlis tersebut, Lim melahirkan rasa dukacita berikutan ketidakhadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bagi menyahut cabaran debat umum atas topik  “Pemansuhan Tol Lebuhraya PLUS dan Jambatan Pulau Pinang Akan Menjadikan Negara Kita Bangkrap”.

Beliau berkata, tindakan Kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh konsesi tol PLUS dan Jambatan Pulau Pinang dari 2021 kepada 2038 adalah tidak wajar dan membebankan rakyat Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya.

“Kenapakah Kerajaan Persekutuan memangsakan Pulau Pinang dengan melanjutkan tempoh konsesi Jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun sehingga 2038 dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) selama 11 tahun sehingga 2038? Untuk BKE, pembekuan kenaikan tol hanya sampai 2015 dan kadar tol akan dinaikkan lima peratus setiap tiga tahun bermula 2016.

“Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol? Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi PLUS patut dihentikan serta merta memandangkan hasil kutipannya yang berjumlah RM18.3 bilion sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal iaitu RM6 bilion,” katanya.

Lim berkata, keadaan sama juga bagi Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip sebanyak RM1,859 juta dengan kos pembinaan RM944 juta iaitu lebihan dicatat sebanyak RM924 juta.

Manakala bagi BKE, jelasnya, tol dikutip berjumlah RM340 juta sementara kos pembinaannya RM256 juta iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

Katanya, rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038 malah tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta.

“Kos maksimum untuk pemansuhan PLUS dan Jambatan Pulau Pinang adalah RM50 bilion iaitu RM40 bilion untuk PLUS dan RM10 bilion untuk Jambatan Pulau Pinang. RM50 bilion tidak akan menjadikan negara bankrap sebaliknya yang akan menjadikan negara bankrap adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Lagipun, kos projek Mass Rapid Transit (MRT) barupun sudah mencecah RM50 bilion.

“Malaysia mampu membayar RM50 bilion untuk memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang dan PLUS tetapi tidak mampu menanggung rasuah yang berjumlah 100 bilion dolar Amerika (RM350 bilion).

“Laporan Global Financial Integriti telah menunjukkan bahawa sejumlah RM1,077 bilion wang haram telah dibawa keluar dari Malaysia dalam dekad yang hilang akibat korupsi dari 2000-2009,” katanya.

Lim berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dapat menjelaskan bagaimana semakan semula dan pelanjutan konsesi tol Jambatan Pulau Pinang dari 2021 ke 2038 sebagai balasan untuk pembekuan tol 10 peratus betul-betul boleh membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

Dakwanya sekiranya diberi pilihan, rakyat negeri itu lebih sanggup menerima kenaikan tol 10 peratus bagi setiap lima tahun jika tol dimansuhkan pada 31 Disember 2021 daripada menunggu sampai 31 Disember 12.2038 walaupun tiada kenaikan tol dikenakan.

“Semakan semula dan pelanjutan tempoh konsesi tol sehingga 2038 sebagai balasan pengecualian pampasan kerajaan sebanyak RM6.5 bilion telah dilakukan tanpa rundingan dengan rakyat dan hanya menguntungkan syarikat pengendali tol manakala yang ruginya rakyat Pulau Pinang dan Malaysia,” ujarnya.

Tol Perlu Hapus Kerana Telah Untung Besar

KUALA LUMPUR, 19 JAN : Keuntungan berlipat kali ganda yang diterima oleh syarikat konsesi kutipan tol-tol di Malaysia disifatkan sebagai maha firaun oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Ini berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Lim lanjutan daripada soalan yang dikemukakan beliau di dalam parlimen tahun lepas berkenaan kutipan tol di Malaysia.

“Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan beberapa syarikat mengaut untung yang sangat besar, maha besar dan maha firaun,” ulas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim memberi contoh pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang memperuntukkan kos pembinaan sebanyak RM 6 billion tetapi menerima pulangan sebanyak 308% daripada modal yang dikeluarkan. Ini memberi jumlah kutipan dan pampasan berlipat ganda daripada kos asal iaitu sebanyak RM 24.3 billion.

“Ini bermakna mereka telah mencapai keuntungan sebanyak RM 18.3 billion dan inilah dikatakan keuntungan maha firaun. Sedangkan mereka boleh mengutip tol
sehingga Disember 2038 sehingga ke anak cucu cicit kita.

Jesteru, Lim menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Beberapa lokasi kutipan tol akan dihapuskan terutama kepada syarikat yang sudah
menikmati keuntungan besar selama ini.

Lim juga mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noh Mohd Yaakob bahawa jika tol dihapuskan, negara ini akan muflis sedangkan keuntungan diperolehi jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan.

“Saya kata tidak. Malaysia tidak akan muflis. Dan sekiranya dia masih yakin dengan kenyataannya, marilah berbahas berdasarkan fakta dan bukan sekadar serangan yang tidak masuk akal.

“Saya harap beliau tidak takut untuk berbahas tentang isu penting seperi isu ekonomi dan kos hidup rakyat ini. Malah sekiranya tol dihapuskan, inflasi juga
akan turun,” jelas Lim lagi sambil mencabar Noh Yaakob untuk berbahas dengannya secara terbuka mengenai isu ini.

Sementara itu setakat 31 Disember 2010, Lebuhraya Metramac memperolehi hasil kutipan keuntungan tertinggi dengan pulangan setakat 2010 sebanyak 877% iaitu RM 440 juta dengan kos pembinaan cuma RM 45 juta. Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak turut dicatat keuntungan besar sebanyak RM1.4 billion dengan kos pembinaan RM 451 juta selain tempoh konsesi selama 38 tahun.

Manakala Keuntungan konsasi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dibina dengan kos RM1,08 bilion telah memcatat keuntungan RM1.61 bilion. Manakala tempoh konsasinya selama 34 tahun.