Categories
NASIONAL

Tony Pua: Saya puas hati 80 peratus

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 APR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengarahkan 1MDB bekerjasama dengan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengemukakan dokumen diperlukan dalam siasatan.

Katanya, antara dokumen dimaksudkan termasuklah penyata kewangan dan rekod perbankan luar negara.

PJ Utara MP Tony Pua

“Memandangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri terutama ‘skandal derma’ berjumlah USD681 juta dilakukan di luar negara, AG atau PAC tidak dapat membersihkan beliau daripada tuduhan.

“Jika Najib ingin mengenepikan segala kaitan mencurigakan antara dana luar negara 1MDB dengan beliau, maka beliau seharusnya menegur dan mengarahkan 1MDB memgemukakan semua rekod perbankan luar negara kepada PAC atau Peguam Negara untuk penelitian lanjut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Pua berkata, kegagalan Najib berbuat demikian akan mencemarkan namanya dengan persepsi menyembunyikan banyak perkara serta takut menyatakan kebenaran.

Pua yang juga salah seorang anggota PAC secara peribadi mengakui berpuas hati 80 peratus dengan hasil penemuan dan keputusan diputuskan.

1MDB“Saya boleh sebut saya puas hati 80 peratus maksudnya ada lagi perkara-perkara saya tidak cukup puas.

“Tapi oleh kerana kita ingin membentangkan laporan ini pada hari terakhir sesi Parlimen yang lalu, kita kena seimbang.

“Kalau tidak dibentangkan lagi mungkin sesi akan datang, kita tidak dapat bentangkan langsung.

“Saya menerima bahawa perkara kita tidak dapat masukkan, kita siasat kemudian,” katanya.

Katanya, PAC melakukan tugas dengan baik dan menyiasat kesemua dokumen yang dibekalkan meskipun tidak lengkap seperti dimahukan.

Beliau menjelaskan, ‘pihak berkuasa relevan’ boleh disarankan membuat siasatan susulan sekiranya berkemungkinan wujud ‘elemen jenayah’ adalah Bank Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-nR-

Categories
NASIONAL

Tony Pua mohon KDN perjelas status dirinya

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan status sebenar dirinya sama ada seorang suspek atau saksi bagi membantu siasatan kes kanun jenayah 124B berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, siasatan itu bermula sejak September tahun lalu, namun sehingga kini belum mendapat jawapan jelas berkenaannya.

tony-pua“Jawapan yang diberikan menteri membuat status saya tergantung sama ada seorang saksi atau suspek. Tambahan saya adalah seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

“Perkara ini juga mengakibatkan saya tidak dapat ke luar negara,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Berdasarkan jawapan bertulis diberikan, Ahmad Zahid tidak bercadang mendedahkan lanjut perkara itu.

“Untuk makluman, Seksyen 124B, Kanun Keseksaan adalah satu daripada kesalahan keselamatan, ‘aktiviti yang memudaratkan demokrasi Parlimen’.

“Saya enggan mendedahkan lebih lanjut perkara ini memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara dan masih dalam siasatan polis,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

FGVH didesak batal perjanjian ambil alih syarikat bermasalah

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Felda Global Venture Holdings (FGVH) didesak membatalkan perjanjian bagi pengambilalihan syarikat bermasalah di Cameron Highland.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa syarikat berasal dari China itu dikhuatiri bermasalah ekoran kegagalan melaksanakan audit syarikat sejak 2013.

Katanya, FGVH didapati menandatangani perjanjian pembelian sebanyak 55 peratus iaitu RM976 juta.

felda-grafik“Persoalan besar  perlu dijawab FGVH adalah mengapa mahu membeli syarikat gagal untuk laksanakan audit.

“Dan FGVH didapati membayar deposit sebanyak 25 peratus iaitu kira-kita RM600 juta. Jumlah deposit ini terlalu besar berbanding jumlah deposit biasa iaitu sebanyak tiga hingga sepuluh peratus,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Pua mendakwa turut menjadi persoalan apabila syarikat minyak sawit bercadang mengambil alih syarikat minyak kacang tanah.

“Jika sesebuah syarikat tidak mampu laksanakan audit sudah pasti syarikat itu bermasalah.

“Mengapa juga FGVH menandatangani perjanjian sehingga audit syarikat itu dibuat?,” soalnya.

Beliau mendesak Ahli Lembaga Pengarah FGVH menangguhkan pengambilalihan sehingga audit bagi 2014 dan 2015 diselesaikan.

“Sebelum ini, FGVH didapati membuat pengambil alihan syarikat plantation seluruh negara termasuk United Plantation (RM 1.2 bilion), Asian Plantation Ltd (RM 568 juta) dan Felda Iffco South China (RM 181 juta).

“Begitu juga dengan Engle High Plantations dengan membeli dengan tiga kali ganda dari harga pasaran.

“Ini adalah penilaian yang tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata penawaran saham perdana (IPO) kini semakin menurun sehingga 1.51 sen sehingga semalam.

“Keuntungan FGVH juga menurun dari RM1.33 bilion pada 2011 hingga RM117 juta tahun lalu,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Najib digesa jawab RM27 juta masuk akaun peribadi

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberikan jawapan berkenaan isu pemindahan wang RM27 juta dari Putra Perdana Construction (Putra Perdana) ke akaun peribadinya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata perkara terbabit perlu dijawab Najib selaku Menteri Kewangan ekoran ia dibangkitkan sendiri Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

“Najib kata tiada keperluan menjawab kerana ia ditimbulkan media, tetapi ia tidak benar kerana perkara ini dinyatakan Peguam Negara sendiri.

tony-pua“Beliau sudah menunjukkan carta aliran wang kepada semua pihak bahawa RM27 juta dari SRC International disalurkan kepada Putra Perdana dan akhirnya masuk ke akuan peribadi Najib.

“Keengganan Najib menjawab perkara ini menimbulkan keraguan terhadap pembayaran itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, persoalan itu berbangkit apabila pertanyaan diajukan kepada Menteri Kewangan semalam berkenaan pembayaran RM170 juta oleh SRC International kepada Putra Perdana termasuk kewajarannya.

Katanya, Najib mengatakan bahawa pembayaran itu dibuat untuk satu ‘turnkey project’ tetapi tidak menjelaskan nama projek berkenaan dan mungkin ini kali pertama sebuah syarikat kerajaan membuat pembayaran untuk projek dibatalkan serta pembayaran penuh dipulangkan kepadanya semula.

“Perkara ini sama ada boleh dipercayai atau tidak kerana soalan saya apakah projek dan pembayaran ini adalah yang pertama dengan maksud ia jauh lebih besar daripada RM170 juta yang mana kalau ia adalah bayaran 10 peratus maka projek itu bernilai RM1.7 bilion.

“Kenapa tidak pernah didengar pada 2014 terdapat sebarang projek ditawarkan anak syarikat kerajaan terutamanya SRC International kepada Putra Perdana bernilai beratus juta atau melebihi RM1 bilion?” soalnya.

Pua berkata, persoalan timbul berkenaan pembayaran Putra Perdana ke akaun peribadi Najib berjumlah RM27 juta yang dipercayai membawa maksud syarikat itu menerima bayaran keseluruhan RM197 juta tetapi dipulangkan semula kepada SRC International hanya RM170 juta.

-AA-

Categories
NASIONAL

DAP gesa siasatan bon AS$6.5 bilion 1MDB

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: DAP menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan siasatan segera berhubung pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sach.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata tindakan itu perlu susulan bekas ketua Goldman Sach di Asia Tenggara, Tim Leissner disapina Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

PJ Utara MP Tony Pua

“Kegagalan peguam negara dan ketua polis negara mengambil tindakan segera terhadap jenayah seperti itu mengakibatkan Putrajaya terpaksa menyelamatkan 1MDB dengan pinjaman kecemasan, penjualan hartanah dan kontrak pada harga rendah,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan pembayar cukai mangsa terbesar pembayaran kepada Goldman Sach, penyiasat AS menemui asas penyiasatan dalam transaksi itu berkemungkinan satu penipuan.

“Saya dan pengkritik 1MDB sejak sekian lama menggesa pengeluaran bon oleh Goldman Sach untuk 1MDB sebanyak AS$6.5 bilion itu disiasat,” katanya.

Bloomberg sebelum ini melaporkan Tim disapina FBI bulan lalu, dan pendakwaraya Jabatan Keadilan kini sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan dengan 1MDB.

1MDBBeliau berkata, 1MDB mempunyai tiga bon antarabangsa, dengan dua bon masing-masing bernilai AS$1.75 bilion, dan AS$3 bilion.

Pua berkata, 1MDB membayar AS$196 juta dan AS$283 juta untuk komisen, caj dan perbelanjaan bagi mengemukakan bon bernilai AS$1.75 bilion dan AS$3 bilion.

“Amaun ini berbentuk kepada peratusan yang tinggi sehingga 11.2% dan 9.4% daripada dana bon,” kata Pua.

Beliau berkata, negara luar seperti Mexico dan Uruguay berjaya mengeluarkan bon masing-masing bernilai AS$3.9 bilion dan AS$2 bilion dengan hanya menolak 0.2% dan 0.1% sebagai caj dan perbelanjaan.

-nR-

Categories
NASIONAL

Najib punca krisis ekonomi Malaysia

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut dipersalahkan sepenuhnya atas krisis ekonomi yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Najib tidak perlu menyalahkan faktor luar dalam hal itu, sebaliknya ia berpunca daripada kegagalan, kelemahan dan penyalahgunaan pentadbiran beliau sendiri.

PJ Utara MP Tony Pua

“Dua hari lepas, Najib mengakui negara sedang menghadapi cabaran ekonomi, namun beliau menyalahkan krisis ekonomi semasa berlaku di luar kawalan kabinetnya.

“Beliau menyalahkan harga minyak turun dan rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang kukuh berbanding mata wang seluruh dunia serta kelembapan ekonomi China yang memberi kesan negatif kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Pua berkata, harga minyak mentah adalah kurang daripada USD25 sebelum 2007, namun ia tidak pernah menghalang prestasi ekonomi Malaysia pada tahun sebelum itu.

Beliau berkata, soalan yang perlu ditanya kepada Najib sebagi Menteri Kewangan dari September 2008 adalah apa yang berlaku kepada semua pendapatan berlebihan semasa pemerintahannya apabila harga minyak melebihi USD100 setong.

“Keuntungan durian runtuh itu dinikmati pada tahun sepatutnya dan disimpan atau dilaburkan, namun semua keuntungan durian runtuh sejak tujuh tahun lalu dibazirkan melalui rasuah, penyelewengan, salah urus dan pembaziran.

“Ini seterusnya membawa kepada keadaan terdesak Kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang kemudiannya memburukkan lagi masalah ekonomi,” katanya.

Najib-RMBeliau berkata. Najib memetik peningkatan kadar faedah rizab Persekutuan Amerika Syarikat adalah antara faktor luaran mempengaruhi ekonomi negara sedangkan langkah itu sudah diramalkan berlaku tiga tahun lalu.

“Ia benar-benar menggelikan hati. Najib patut bersyukur dia ada tambahan 3 tahun untuk ‘menyediakan’ negara menghadapi kesan kenaikan kadar faedah AS,” katanya.

Katanya, krisis ekonomi bertambah teruk dengan hutang RM50 bilion oleh Kementerian Kewangan yang memiliki syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

“Tiada siapa menafikan hakikat faktor tertentu memang di luar kawalan Malaysia.

“Namun, keadaan ekonomi teruk sekarang sebahagian besarnya diburukkan lagi dengan kegagalan, kelemahan, kesilapan dan salah guna pentadbiran Najib,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Laporan akhir 1MDB tangguh Februari 2016

SHAH ALAM, 18 DIS: Laporan akhir Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini akan hanya siap, pada Februari tahun depan.

Ahli PAC, Tony Pua, berkata punca kelewatan itu adalah kerana Ketua Audit Negara masih belum menerima beberapa dokumen tertentu.

“Kami diberitahu bahawa mereka (Jabatan Audit Negara) baru sahaja menerima beberapa dokumen tetapi masih belum mendapatkan dokumen lain yang dijanjikan kepada mereka,” katanya memetik laporan Malaysia Kini.

PJ Utara MP Tony Pua

Bagaimanapun, katanya PAC tidak diberitahu apa dokumen yang masih hilang untuk melengkapkan laporan audit ke atas 1MDB itu.

“Kami dimaklumkan bahawa laporan itu akan siap, pada Februari,” katanya.

Beliau enggan mendedahkan jika Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang hadir pada pendengaran PAC hari ini ada menjelaskan sebab ketidakupayaan syarikat milik kerajaan itu mengemukakan dokumen terbabit.

Sebelum ini, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, berkata laporan akhir Ketua Audit Negara dijangka dibentangkan kepada PAC, semalam.

KUALA LUMPUR 13 February 2015. Interview with President & Group Executive Director 1MDB, Arul Kanda. NSTP/Yazit Razali

Katanya, terdapat beberapa individu lain dalam senarai PAC untuk dipanggil semula termasuk bekas Presiden 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“Tan Sri Lodin dan Tan Sri Bakke Salleh akan datang jumpa PAC, pada 19 dan 20 Januari (2016) , dua pengerusi dan bekas pengerusi 1MDB ini akan dipanggil secara berasingan,” katanya.

Ditanya bila Shahrol akan dipanggil, Pua berkata, tarikh berkenaan belum ditetapkan lagi.

“Pengerusi (Datuk Hassan Ariffin) belum tetapkan, hanya dua nama sudah ditetapkan tarikh. Ahli PAC yang lain turut minta Shahrol dan bekas CEO Hazeem (Abdul Rahman) dipanggil lagi,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pua: PAC mengaum tapi tiada gigi

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 NOV – Syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkenaan sesuatu isu dianggap tidak bernilai bagi Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata respon kerajaan menunjukkan siasatan PAC boleh dibuang di sebalik analisis dan kerja keras yang dilakukan jawatankuasa itu.

Katanya, ia merujuk kepada pelbagai isu seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

tony-pua“Mengikut pengalaman lalu, apa yang dibangkitkan PAC tidak dipedulikan kerajaan sedangkan syor itu perlu diambil berat untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang bersalah.

“Ia bukan kali pertama berlaku dan jika kerajaan serius untuk mengatasi salah laku atau rasuah, maka tindakan serius perlu diambil,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang mengatakan tiada kes dalam pengurusan projek insinerator di negara ini.

Ia merujuk kepada isu penanugerahan projek mini insinerator di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands dan Pulau Tioman.

Pua yang juga anggota PAC beranggapan jawatankuasa itu boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan, namun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

“Jika serius hendak mengatasi rasuah, maka kerajaan bertindak tegas. PAC boleh mengaum kuat tetapi tiada taring,” katanya.

-NFN-

PAC tiada kuasa buang Tony Pua

Pengerusi PAC yang baharu Datuk Hasan Arifin berkata, pihaknya tiada kuasa untuk memecat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP), Tony Pua.

Guan Eng : Siasat 1MDB lebih penting, bukan Tony Pua

Pengerusi PAC yang baharu, Datuk Hasan Ariffin digesa meneruskan siasatan terhadap skandal 1MDB daripada menyiasat ahli jawatankuasa PAC sendiri.

Tony Pua terima dokumen 1MDB dari Clare, bukan Justo

Dokumen berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad dalam pegangan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, diperoleh daripada muatnaik editor Sarawak Report, Clare Rewcaste-Brown

Categories
NASIONAL

Ke mana orang kuat 1MDB menghilang?

SHAH ALAM, 28 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) mempersoalkan ‘kehilangan’ Presiden 1MDB, Arul Kanda dan bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Halmi ketika mereka seharusnya memberi keterangan.

Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pelbagai persoalan akan dibangkitkan kepada dua individu berkenaan apabila mereka tampil nanti.

tony-pua“Di mana mereka ketika PAC minta hadir, pada 25 dan 26 Mei ini. Mesyuarat apa mereka hadiir di luar negara sehingga tak dapat hadir berdepan PAC?,” katanya yang dipetik Malaysia Kini pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Arul dan Halmi tidak hadir ke siasatan PAC minggu ini dan mendakwa Kementerian Kewangan hanya memaklumkan kepada mereka perkara itu, pada 21 Mei lalu.

Arul dalam jawapan kepada PAC pada 22 Mei lalu meminta tambahan 30 hari atas alasan beliau dan Shahrol mempunyai komitmen di luar negara dan memerlukan masa menyediakan dokumen bagi pendengaran itu.

Pua turut mempersoalkan sama ada Arul dan Halmi berada di Dubai atau mengambil penerbangan pantas ke Singapura secara bersama atau berasingan.

1mdb“Kita mahu tahu bila penerbangan itu ditempah? Adakah ia ditempah selepas notis dikeluarkan atau sebelumnya?,” soalnya bertalu-talu.

Pendirian rasmi PAC tidak dijelaskan kecuali melalui pengumuman pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Semalam, Nur Jazlan berkata, jawatankuasa itu sudah menghantar arahan hadir untuk Arul dan Hilmi kepada Kementerian Penerangan, pada 6 Mei lalu.