Categories
GLOBAL

Turki bantah referendum wilayah Kurdistan

ISTANBUL 26 SEPT: Kerajaan Turki akan mengambil segala tindakan yang ada di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya referendum kemerdekaan anjuran Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) yang diadakan semalam mencetuskan ancaman kepada keselamatan Turki, kata kementerian luar negara itu.

Dalam satu kenyataan bertulis, kementerian tersebut menyatakan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pungutan suara KRG dan keputusannya akan dianggap tidak sah dan batal.

Kenyataan itu menambah, KRG mengancam keamanan dan kestabilan Iraq serta seluruh rantau Asia Barat, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Dalam satu amaran perjalanan berasingan, kementerian sama turut berkata, pihaknya mengesyorkan warga Turki di wilayah yang dikuasai puak Kurdis Iraq di Dohuk, Erbil dan Sulaymaniyah supaya keluar secepat mungkin.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki mahu Bangladesh buka sempadan, sedia bayar perbelanjaan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 2 SEPT: Turki menggesa Bangladesh membuka pintu sempadannya bagi umat Islam Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di negara barat Rakhine Myanmar.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, Turki sedia membayar perbelanjaan.

Beliau berkata demikian semasa acara perayaan Parti AK Eid al-Adha di wilayah Mediterranean Antalya.

“Kami juga menggerakkan Pertubuhan Kerjasama Islam dan kami akan mengadakan sidang kemuncak mengenai Arakan [negeri Rakhine] tahun ini.
“Kita perlu mencari penyelesaian yang menentukan untuk masalah ini,” kata Cavusoglu.

Turki FMBeliau berkata tidak ada negara Islam lain daripada Turki yang menunjukkan kepekaan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negeri Rakhine.

Cavusoglu juga bercakap di telefon dengan bekas Setiausaha Agung PBB dan ketua Suruhanjaya Penasihat di Rakhine State Kofi Annan pada hari Jumaat, menurut sumber diplomatik yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana sekatan terhadap media.

Keganasan meletus di negara Rakhine Myanmar pada 25 Ogos ketika pasukan keselamatan negara melancarkan operasi terhadap komuniti Rohingya Muslim.

Ia mencetuskan kemasukan pelarian baru ke negara jiran Bangladesh, walaupun negara itu menutup sempadannya kepada pelarian.

Dilaporkan kira-kira lebih 40,000 masyarakat Rohingya terpaksa melarikan diri dan kira-kira 400 terkorban dalam konflik terbaru itu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan gesa masyarakat dunia bangkit bela nasib Rohingya

TURKI 29 OGOS: Masyarakat dunia digesa meningkatkan usaha membantu penduduk Rohingya di Myanmar, dan membidas sikap “buta dan tuli” terhadap nasib mereka, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Malangnya, saya boleh katakan dunia buta dan pekak terhadap apa yang berlaku di Myanmar,” kata Erdogan dalam wawancara televisyen genap 3 tahun tugasnya sebagai presiden.

“Mereka tidak mendengar dan tidak melihat,” kata Erdogan lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Etnik Rohingya, komuniti tidak bernegara terbesar di dunia, melarikan diri beramai-ramai ke Bangladesh, dalam cubaan mengelak keganasan terbaharu di Rakhine yang berlaku antara kumpulan militan dan tentera Myanmar.

save-the-rohingya-fb-imageAgensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan pada Isnin, lebih 3,000 tiba di Bangladesh dalam tempoh 3 hari lalu sebagai usaha menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

Beliau menggambarkan tindakan terbaharu pelarian ke Bangladesh itu sebagai “peristiwa yang sangat menyakitkan” dan berjanji untuk membawa isu itu ke Perhimpunan Agung PBB bulan depan.

“Sudah tentu kita mengutuk peristiwa ini dengan cara paling kuat. Kita akan mengikuti perkembangan isu ini melalui institusi antarabangsa termasuk di PBB,” kata presiden itu.

“Kita mahu lihat semua umat manusia menghulurkan tangan di sini,” katanya.

Erdogan mempunyai minat mendalam terhadap nasib masyarakat Islam di seluruh dunia, terutama dalam usaha memperlihatkan dirinya sebagai wira berkaitan pergolakan di Palestin.

Rakhine berjiran Bangladesh menjadi mangsa kebencian agama menumpukan kepada etnik Rohingya, yang dianggap sebagai pendatang haram di kalangan majoriti penganut Buddha Myanmar.

Kerajaan Myanmar di bawah pemimpin “de facto” Aung San Suu Kyi menafikan tuduhan kekejaman itu dan menolak visa pegawai PBB yang ditugaskan untuk menyiasat tuduhan tersebut – pendirian yang dikritik banyak negara.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki kecam keganasan memuncak di wilayah Rakhine

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 27 OGOS: Kerajaan Turki pada Sabtu mengecam keganasan yang berlaku di wilayah Myanmar di Rakhine sehingga menyebabkan 89 terkorban pada Jumaat.

Kementerian Luar Turki dalam kenyataan media mengutuk serangan serta menekankan aktiviti keganasan tidak boleh menyelesaikan masalah, lapor Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY.

Kenyataan itu menyatakan rasa sedih dengan kejadian itu ketika pada masa sama laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai konflik itu dikeluarkan.

Dalam laporan setebal 63 muka surat itu diserahkan kepada Kerajaan Myanmar dan suruhanjaya itu menggesa ditamatkan sekatan pergerakan dan isu kerakyatan 1.2 juta masyarakat Rohingya di Rakhine.

save-the-rohingya-fb-imageSebelum ini dilaporkan penduduk yang ketakutan cuba melarikan diri dari perkampungan terpencil di negeri utara Myanmar di Rakhine ke Bangladesh, ketika pertempuran memuncak antara pemberontak Rohingya dan anggota keselamatan.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Tentera Myanmar didakwa melepaskan tembakan ke arah etnik Rohingya, menurut wartawan AFP dan pengawal sempadan Bangladesh.

Wartawan itu berkata, ratusan penduduk Rohingya menyeberangi sempadan ke Bangladesh apabila pengawal sempadan berehat ketika hujan lebat, dengan sesetengahnya berenang menyeberangi Sungai Naf.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki gesa 13 tuntutan terhadap Qatar digugurkan

DOHA 20 JULAI: Turki menggesa Arab Saudi dan tiga lagi negara di Teluk menggugurkan 13 tuntutan terhadap Qatar, kerana tindakan itu dianggap melanggar kedaulatan negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus ketika ditemuramah rangkaian al-Jazeera turut memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berkata, tindakan itu bakal menghasilkan konflik dan akibatnya sukar diramal, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Turki memihak kepada Qatar dalam krisis yang bermula sejak bulan lalu ketika Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Doha.

Keempat-empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan mendesak Qatar supaya akur dengan 13 tuntutan, termasuk menutup rangkaian televisyen al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki.

Tuduhan itu dinafikan Qatar dan menolak semua tuntutan terbabit dengan mengatakan kesediaannya untuk duduk berbincang.

“Presiden akan mendengar penjelasan semua pihak tetapi Arab Saudi perlu menghentikan tekanan, termasuk menimbangkan kembali 13 tuntutan itu,” kata Kurtulmus.

https://selangorkini.my/2017/06/turki-kami-tidak-akan-tinggalkan-saudara-kami-qatar/

Katanya, Qatar pula perlu berpendirian positif untuk membuka jalan rundingan dan Turki sedia bertindak selaku pengantara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Kuwait dan Qatar pada 23 hingga 24 Julai ini sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

=EZY=

Categories
GLOBAL

Erdogan: Dalang cubaan rampasan kuasa pengkhianat negara

ANKARA 16 JULAI: Setahun selepas cubaan rampasan kuasa digagalkan, kalangan pemimpin Turki terus mengecam apa yang mereka disifatkan sebagai pengkhianat negara dan mengkritik dunia barat yang menunjukkan lebih empati terhadap perancang rampasan kuasa dan bukannya kepada mangsa.

Negara-negara turut diingatkan akan bahaya Pertubuhan Pengganas Fethullah (Feto) yang hadir dalam pelbagai bentuk – dituduh menjadi dalang rampasan kuasa pada 15 Julai, 2016 – dalam perjuangan mereka.

Bercakap di Ankara, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Turki tatkala ia berusaha menangani keadaan selepas kegagalan rampasan kuasa itu, adalah amat tidak wajar.

“Sekiranya Turki sebuah negara yang tidak mendaulatkan undang-undang dan tidak peduli tentang keadilan, ribuan pengkhianat mungkin sedang bersembunyi dalam lubang-lubang dan bukannya ditahan dalam penjara,” katanya pada satu acara berkaitan dengan kegagalan rampasan kuasa itu.

ErdoganErdogan berkata negara telah dikhianati pada malam bersejarah itu yang mengakibatkan kira-kira 250 rakyat Turki mati syahid dan lebih 2,000 orang cedera.

Kerajaan Turki menuding jari kepada Feto dan pemimpinnya yang tinggal di Amerika Syarikat Fethullah Gulen berhubung cubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan itu, untuk menggulingkan Erdogan dan kerajaan pimpinannya.

Rampasan kuasa oleh pengikutnya di dalam tentera dengan menggunakan peralatan ketenteraan dipatahkan apabila rakyat biasa Turki bangun menentang kumpulan rampasan kuasa itu di sini dan di Istanbul.

Erdogan mengkritik pengkhianat Turki berkenaan yang lebih bimbangkan, contohnya, keadaan dalam penjara bagi pelaku rampasan kuasa itu dan jumlah mereka yang dikurung.

13686633_10209530946611283_6225190377470614612_n“Tetapi mereka yang dicederakan oleh peserta rampasan kuasa tidak mendapat sebarang empati. Mereka menunjukkan lebih empati kepada pengganas, bukannya mangsa,” katanya.

Erdogan berkata perintah darurat yang sedang dilaksanakan di Turki akan ditarik balik sebaik sahaja semua matlamat antikeganasan yang ditetapkan kerajaan dipenuhi dan dicapai.

Pada majlis berasingan bagi meraikan wartawan, Perdana Menteri Turkir Binali Yildirim merakamkan penghargaan kepada rakyat biasa Turki yang “mempertahankan negara mereka” dengan menentang kumpulan perampas kuasa secara bersemuka.

Beliau berjanji bahawa mereka yang mengambil bahagian atau telah memainkan peranan dalam rampasan kuasa yang dipatahkan itu akan menerima hukuman setimpal mengikut lunas undang-undang .

13754523_10209530883969717_8228084243860952082_nSementara itu, Timbalan Perdana Menteri Dr Numan Kultumus berkata rakyat tidak harus mudah terperdaya dengan Feto kerana ia bukan pergerakan pendidikan sivik yang baik tetapi telah menyusup masuk ke dalam tentera, polis dan badan kehakiman Turki – dengan itu perlu dinyahkan daripada institusi berkenaan.

Beliau berkata sekiranya rampasan kuasa itu berjaya, tiada lagi demokrasi di Turki dan ia mungkin terheret dalam kancah perang saudara sepertimana yang berlaku di beberapa negara lain.

“Sebab itu kenapa pelaku dalam pengkhianatan ini, perancang rampasan kuasa, tidak akan dilupakan atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya kepada media antarabangsa yang membuat liputan acara-acara yang disusun kerajaan bagi memperingati kegagalan rampasan kuasa pada 15 Julai itu.

Pada sesi berasingan dengan mereka, Timbalan Pengerusi parti pemerintah Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) dan jurucakap Mahir Unal berkata Feto hadir di kira-kira 160 negara dan oleh itu mereka tidak perlu bimbang apabila badan itu diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan.

13718600_10209533085424752_7628482352083694423_n“Perkara sama boleh berlaku di negara-negara lain. Jadi kami juga ingin menarik perhatian negara-negara berkenaan (terhadap bahaya Feto),” katanya.

Dikatakan bahawa Feto beroperasi menerusi sekolah, pertubuhan bukan kerajaan, pelobi, media dan syarikat.

Ratusan wartawan dari seluruh dunia dihoskan oleh Direktorat Media dan Penerangan di bawah Kementerian Utama Republik Turki untuk mendapatkan gambaran lebih baik mengenai apa yang berlaku pada malam 17 Julai tahun lepas dan tindakan susulan kerajaan dalam menangani keadaan selepas kejadian itu.

SUMBER BERITA: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Erdogan: “Kita sedia bina kapal pengangkut pesawat sendiri”

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ISTANBUL 4 JULAI: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi keazaman untuk menjadikan negara itu mampu berdiri atas kaki sendiri dalam membangunkan sistem pertahanan.

Erdogan berkata negara itu berhasrat boleh berdikari sendiri menjelang 2023 mempunyai keupayaan membina peralatan persenjataan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan kapal perang jenis korvet Kinaliada baharu pada Isnin di limbungan kapal di Istanbul.

Kapal Korvet Kinaliada dibina secara tempatan di bawah program kapal perang kebangsaan MILGEM Turki yang bertujuan untuk membina kapal frigat dengan keupayaan anti kapal selam berdasarkan teknologi domestik Turki.

645x420-turkey-launches-fourth-corvette-built-as-part-of-national-ship-project-1499087312199Kinaliada adalah kapal korvet kelas keempat yang dibina di bawah projek ini bakal siap sepenuhnya pada 2019 manakala tiga kapal korvet sudah ditugaskan Tentera Laut Turki.

Kapal Korvet Kinaliada mempunyai panjang 99.5 meter dan berat 2,500 tan. Ia dioperasikan bersama 106 krew dan berkelajuan mampu mencapai 54 kilometer sejam.

Turki adalah antara sepuluh negara dunia mempunyai kepakaran membina kapal perang.

“Kita akan membina kapal pengangkut pesawat sendiri,” kata Erdogan semasa perasmian.

Erdogan12Katanya setakat ini Turki sudah mengeksport pelbagai jenis dan saiz kapal dan bot kepada Malaysia, Bahrain, Tanzania, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Mesir, Georgia, Pakistan, Turkmenistan, Nigeria, Norway dan Romania.

Katanya, Turki boleh berbangga kerana mempunyai kepakaran dalam menghasilkan peralatan persenjataan tersendiri khususnya kapal perang dan kapal selam.

Beliau berkata negara itu tidak akan bertoleransi dalam sebarang percubaan pihak asing mahu mengenakan tekanan dan sekatan dalam membangunkan sistem pertahanan.

“Pada 2016, Turki mencapai sasaran pengeluaran berjumlah $5 bilion dan $1.6 bilion untuk eksport,” katanya.

Erdogan berkata Turki bersedia membina kapal pengangkut pesawat sendiri selepas pembinaan kapal perang jenis serangan amfibia TCG Anadolu siap pada 2021.

Erdogan TURKI

 

Turki Erdogan1

 

Turki Edogan

=EZY=

Categories
GLOBAL

Turki mohon bantuan sara pelarian Syria

ANKARA, 22 JUN: Turki memohon bantuan dan sokongan kewangan daripada masyarakat antarabangsa untuk membolehkannya terus membantu pelarian Syria yang kini sekitar 3.05 juta di negara itu.

Menurut Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan Kementerian Utama Republik Turki (AFAD), Kerajaan Turki membelanjakan US$ 5 bilion setiap tahun bagi membantu pelarian.

Presiden AFAD, Mehmet Halis Bilden berkata, sejak tercetusnya perang saudara di Syria pada 2011, Turki membelanjakan AS$25 bilion untuk menyara pelarian.

“Bagaimanapun, sumbangan antarabangsa kepada Turki dianggap kecil berbanding peruntukan negara ini iaitu kira-kira AS$526 juta,”katanya dipetik Bernama.

Presiden AFAD, Mehmet Halis BildenBilden berkata, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan negara Kesatuan Eropah adalah antara pihak yang memberi sumbangan kepada Turki.

Tambahnya, Kesatuan Eropah berjanji akan memberi 4 bilion kepada Turki, tetapi hingga kini, negara ini hanya menerima 811 juta.

Sementara itu, Ketua Pengarah Direktorat Umum Akhbar dan Penerangan, Mehmet Akarca berkata Turki memerlukan bantun antarabansga kerana negara ini telah membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyokong pelarian.

“Kami berharap bukan Turki sahaja yang perlu menanggung beban ini, kami berharap negara lain juga akan tampil memberi bantuan kepada pelarian ini,” katanya.

syriaMenurut AFAD, kira-kira 4.9 juta pelarian Syria meninggalkan negara mereka sejak enam tahun lepas dan Turki menjadi tuan rumah kepada sebahagian besar daripada mereka, diikuti Lubnan (1.01 juta), Jordan (656,000), Iraq (233,000) dan Mesir (113,000).

Malaysia juga menyuarakan komitmen sukarelanya untuk menerima 3,000 imigran Syria atas dasar perikemanusiaan.

Menjawab soalan pemberita Malaysia bagaimana Malaysia boleh berkongsi kepakaran Turki dalam mengendalikan pelarian, Bilden mencadangkan agar Malaysia menghantar satu pasukan khas ke negara ini untuk belajar dan membuat pemerhatian.

“Kami sedia berkongsi kepakaran kami dengan Malaysia dan mereka boleh menghantar satu pasukan khas ke sini,” katanya.

Categories
GLOBAL

Perkampungan baru tempat 1,000 anak yatim Syria

ISTANBUL , 12 MEI: Sekurang-kurangnya 1,000 anak yatim Syria bakal ditempatkan di sebuah perkampungan baharu yang dibuka pasukan bantuan kemanusiaan Turki di selatan negara itu pada 19 Mei ini, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Hasil kerjasama Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH), Yayasan Sheikh Thani Ibn Abdullah, Perkhidmatan Kemanusiaan Qatar (RAF) dan Kementerian Dasar Keluarga dan Masyarakat Turki, perkampungan itu mampu menampung 990 kanak-kanak dibina di kawasan seluas 100 ekar di daerah Reyhanli wilayah Hatay bersempadan Syria.

Inisatif itu bertujuan mendokong semua keperluan kesihatan, pemulihan, makanan, pakaian dan sokongan psikologi dengan suasana persekitaran seperti dalam sebuah rumah.

Ketua Jabatan Anak Yatim IHH, Murat Yilmaz berkata, untuk permulaan 250 kanak-kanak akan tinggal di pusat itu dan dijangka mencapai sasaran ditetapkan dalam tempoh setahun.

Anak SyriaSelain bekerjasama dengan Qatar, beliau berkata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Poland dan Britain turut menyumbang kepada projek yang menelan kos 80 juta lira (US$ 22.2 juta).

Katanya, kos operasi bulanan pusat itu pula membabitkan kira-kira 1.5 juta lira US$416,838) yang akan dibiayai menerusi sumbangan para dermawan, NGO dan kerajaan Turki.

Tambahnya, Kementerian Pelajaran akan bertanggungjawab mengupah tenaga pengajar dan menampung perbelanjaan pendidikan.

Setiap villa di pusat itu menampung 18 kanak-kanak mengikut kumpulan umur dan jantina, setiap perumahan dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur, ruang makan, bilik belajar, bilik bacaan dan bilik permainan.

Enam pegawai yang diiktiraf akan ditugaskan untuk menjaga setiap vila dan jumlah keseluruhan petugas ialah seramai 330 kakitangan untuk 55 buah rumah.

Perkampungan itu juga mempunyai kemudahan masjid, tiga buah sekolah rendah dan menengah, pusat pemulihan, klinik perubatan, pusat mesyuarat, dewan sukan dalaman dan luaran, pusat kemudahan sosial dan rumah kediaman kakitangan serta tetamu.

Menyentuh soal keselamatan Yilmaz berkata, pengawal keselamatan ditugaskan 24 jam dan kawasan sekitar turut dipasang kamera bagi membolehkan kanak-kanak bermain di taman terbuka.

Setakat kini, Turki membelanjakan kira-kira AS$25 bilion bagi tujuan membantu dan menyediakan perlidungan pelarian sejak perang saudara meletus di Syria. – Bernama

Categories
GLOBAL NASIONAL

Jadikan kejayaan Turki suri tauladan

SHAH ALAM 18 APRIL: Pembangkang Parlimen Malaysia dan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat Turki yang telah melaksanakan hak demokrasi dalam referendum perlembagaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mendoakan Turki dan Presidennya Recep Tayyip Erdogan diberi kebijaksanaan, panduan dan kesabaran dalam konsensus pilihan yang dibuat.

“Turki terus menjadi suri tauladan kepada negara membangun yang konsisten dalam melaksanakan demokrasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan taraf hidup rakyat,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan media.

Katanya, dalam beliau berharap Parti AK menggunakan mandat diberi bagi memastikan Turki berada di landasan sebenar reformasi demokrasi.

“Kita berharap masyarakat antarabangsa konsisten bersama-sama dalam prinsip ini untuk demokrasi di Palestin, Mesir, Bangladesh dan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Erdogan mengumumkan undian untuk pungutan suara negara itu memihak kepada ‘setuju’.

Keputusan tersebut menyaksikan kuasa Presiden bertambah dan jawatan Perdana Menteri di Turki dihapuskan.

Kumpulan yang pro-setuju menang dengan 51.4 peratus undi dengan 86 peratus pengundi keluar mengundi.

 

Refe
=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Turki tamatkan kempen tentera di Syria

ISTANBUL, 30 MAC: Kerajaan Turki menamatkan kempen tentera di utara Syria, namun tidak menolak kemungkinan mewujudkan kempen ketenteraan baharu di negara bergolak itu dengan nama berbeza, kata Perdana Menterinya, Binali Yildirim, semalam.

Penamatan kempen tentera di utara Syria itu diumumkan tanpa menyatakan sama ada Turki akan membawa keluar askarnya dari negara jiran berkenaan.

“Euphrates Shield sudah berakhir. Jika perlu, operasi yang mungkin dilaksanakan selepas ini akan diberi nama lain.

PM Turki“Bermula dari sekarang, jika ada ancaman terhadap keselamatan kita sama ada Daesh atau kumpulan lain dan mahu tindakan diambil, maka ia adalah operasi baharu,” kata Yildirim kepada televisyen swasta NTV lapor AFP.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MGK) dipengerusikan Presiden Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan berkata, operasi setengah tahun di negara jiran itu dianggap berjaya.

“Operasi Euphrates Shield bertujuan memastikan keselamatan di sempadan negara dan membanteras ancaman Daesh serta serangannya yang menyasarkan Turki. Ia sudah tamat dengan jayanya,” kata MGK selepas mesyuarat di istana Erdogan di Ankara.

Namun, masih kurang jelas sama ada ia petanda membabitkan rancangan menarik keluar tentera Turki di Syria atau kempen itu bakal disambung di lokasi lain dengan nama berbeza.

Turki melancarkan kempen ketenteraan di Syria iaitu Euphrates Shield yang menyasarkan kumpulan militan Daesh dan Kurdis kerana Ankara menganggap mereka pengganas, pada Ogos 2016.

-NFN-

Categories
GLOBAL

Turki ikrar perangi kumpulan pengganas habis-habisan

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Turki, yang terkesan oleh serangan pengganas yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh pada awal Ahad, berikrar akan memerangi habis-habisan kumpulan pengganas dan penyokong mereka.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turki bersikap tegas dalam melakukan apa sahaja demi melindungi keselamatan warganegaranya dan keamanan di rantau ini.

Serangan dahsyat itu jelas menunjukkan keganasan tidak mengenal siapa dan hanya bertujuan untuk mencederakan dan membunuh, dan mereka menyerang “keamanan rakyat bagi tujuan mencetuskan huru-hara”,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada BERNAMA oleh Pejabat Media Kaunselor, Kedutaan Turki, di sini.

night1Seorang pegawai polis dan warganegara asing antara yang maut dalam serangan pengganas di sebuah kelab malam di Istanbul yang turut mengakibatkan 69 orang cedera.

“Saya merakamkan takziah kepada rakyat kita, warganegara asing yang merupakan tetamu kita dan kepada keluarga pegawai keselamatan kita, dan mendoakan mereka yang cedera agar cepat sembuh,” kata Erdogan.

Serangan itu berlaku tiga minggu selepas dua insiden pengeboman di Istanbul yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, kebanyakan daripada mereka pegawai polis.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata Turki tidak akan tunduk kepada keganasan.

“Kami tidak akan membiarkan keganasan mengancam perpaduan dan persaudaraan di negara kami. Kami tidak akan tunduk kepada ancaman keganasan,” katanya selepas melawat mereka yang cedera di sebuah hospital di Istanbul.

Yildirim turut menyangkal dakwaan bahawa pengganas memakai kostum Santa Claus, menyatakan dakwaan itu tidak berasas.

Lelaki itu ialah pengganas bersenjata, katanya.

=EZY=