Categories
NASIONAL

Lagi Pemimpin Umno-BN Selangor Didakwa Terlibat Skandal Tanah – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 07022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 FEBRUARI 2013 :

1. Setiap kediaman di Selangor boleh menerima air percuma sekirannya Syabas melakukan tanggungjawabnya menukar semua meter pukal kepada meter individu enam tahun lalu.

2. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor.

3. Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin pada tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri.

4. Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D dengan harga RM2 sekali.

Categories
NASIONAL

Tandus Pemimpin Wibawa, Umno Retak Menanti Belah

SHAH ALAM 12 SEPT : Umno kini umpama ‘retak menanti belah’ apabila banyak masalah melanda parti Melayu itu akibat ketandusan kepimpinan dan banyak kepincangan berlaku.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata kegagalan pemimpin Umno menerajui parti itu dengan baik menyebabkan banyak masalah berlaku sehinggakan banyak konflik dalam dan krisis serius melanda.

?Ramai kelompok professional hendak masuk Umno tetapi mereka ini dinafikan hak seawal peringkat cawangan lagi. Kesannya Umno tidak memiliki pemimpin berwibawa dan professional.

Oleh itu, Umno dulu, kini dan selamanya adalah parti bermasalah?, ujar Dr Yaakob yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam kenyataan medianya.

Tambahnya, seorang pemimpin perlu memiliki ilmu untuk memimpin masyarakat. Pemimpin yang berilmu memberi kesan yang besar kepada iklim dan suasana bagi mencorakkan masyarakat.

“Malah, budaya cantas-mencantas juga berlaku cukup ketara sehingga membuatkan Umno tersepit dan semakin keliru dalam memilih calon yang benar-benar layak.

“Calon-calon di peringkat bahagian tidak berwibawa kerana di peringkat cawangan lagi kelompok professional ditolak mentah-mentah.

“Kini, calon yang diketengahkan oleh Pusat pula ditolak bulat-bulat oleh akar umbi mereka?, kata Dr Yaakob.

Kini, kelompok muda dalam Umno dilihat tidak ramai yang mempunyai idealisme serta semangat juang yang tinggi.

“Mereka tidak lain hanya pandai mengampu pemimpin dan tidak kurang juga ada yang bersikap biadap dan gangster,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Shuhaimi : Jangan ‘kuman di seberang laut’ Umno nampak, ‘gajah depan mata’ buat-buat tak nampak.

SHAH ALAM, 28 JUN : Umno-BN sepatutnya muhasabah diri sebelum mengkritik peruntukan Geran Selangorku kerana pemberian RM 300 juta geran itu jauh lebih telus dan adil berbanding program 1Malaysia.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata PKR tidak mendapat ?satu sen pun? dari geran tersebut, manakala peruntukan bagai program 1Malaysia menimbulkan banyak persoalan.

?Apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik Umno-BN?

“Apakah matlamat utamanya? Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni Umno-BN?

“Inilah Umno-BN mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni Umno! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.?

Shuhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan dari Setiausaha Umno Selangor, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed di dalam sebuah akhbar semalam.

Mohd Zin mendakwa 1/6 daripada belanjawan Geran Selangorku untuk kerja-kerja infrastruktur untuk kepentingan politik Pakatan.

Mengulas lanjut, Shuhaimi mengutarakan soalan kepada Mohd Zin:

“Jika Umno Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku, maka Keadilan Selangor ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan Umno Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?”.

Mohd Zin dicabar memperoleh bajet tambahan pembaikan infrastruktur jalan persekutuan sekirannya beliau benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Selangor.

“Lihat sendiri berapa banyak jalan persekutuan yang tidak dibaiki di Selangor, kenapa perlu sekat peruntukan ini?

“Bukankah dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor adalah untuk memperlihatkan Kerajaan Negeri Selangor (PR) buruk dimata rakyat,” kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.

Categories
NASIONAL

Shuhaimi: Umno Selangor Bermimpi Di Siang Hari

SHAH ALAM 1 APRIL : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi disiang hari.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.

“Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.

“Umno Selangor sebelum PRU-12 pernah membuat kenyataan bahawa di Selangor akan sifar pembangkang, keyakinan yang memuncak itu terjawab selepas 2008 dimana Umno-BN disingkirkan rakyat untuk terus menerajui Selangor,”jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Noh Omar sebagai berkata pihaknya yakin Umno-Bn akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam wawancara itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Shuhaimi berkata hasil tinjaun yang dilakukan berhubung penerimaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini jelas menafikan kenyataan Noh itu.

“PKR dan Pas masing-masing bakal menambah sekurang-kurangnya lima lagi kerusi. Manakala DAP akan terus mengekalkan 13 kerusinya pada PRU-13 akan datang.

“Perkara ini dikuatkan lagi dengan culaan terakhir yang dijalankan dimana 62 peratus rakyat selesa dan menyokong penuh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama ini memberikan impak yang baik selain keselesaan kepada rakyat di Selangor.

“Saya tidak nampak sebab untuk rakyat menolak sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan menitik beratkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan 20 program yang terus membantu golongan-golongan miskin di Selangor,”jelas Shuhaimi ketika dihubungi SelangorKu.

Menurut Suhaimi lagi tidak masuk akan emandangkan terlalu banyak penyelewengan dilakukan Oleh Umno-BN ketika menguasai Selangor.

“Segala penyelewengan yang dilakukan Umno Selangor itu sudah terlalu besar untuk dimaafkan oleh rakyat dan rakyat tidak sesekali akan membenarkan perompak dan penyamun ini kembali memerintah.

“Kami akan bongkar pelbagai lagi salah laku dan penyelewengan Umno terutama dalam aktiviti menjual tanah rezab melayu untuk kepentingan poket pemimpin politik mereka,”jelas Shuhaimi.

Shuhaimi menambah, Umno seharusnya melihat kepada realiti sebenar dan bukannya membuat kenyataan rektorik semata-mata.

“Umno Selangor telah mencuba segala macam cara untuk merampas Selangor, tetapi mereka lupa rakyat hari ini cerdik untuk menilai.

“Malangnya, Perdana Menteri sendiri terpaksa turun padang membantu pemimpin Umno-Selangor,”tambah Shuhaimi.

Menyedari tiada pemimpin Umno Selangor yang berpotensi dan bersih dari sebarang penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa dilantik mengetuai Umno Selangor.

Najib pula pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor telah memberi sokongan memuncak kepada kerajaan selepas beliau mengadakan lawatan ke Selangor.

Kenyataan Noh tersebut juga dilihat sebagai tindakan mengampu bertujuan mengambil hati Perdana Menteri sedangkan hakikatnya Umno-BN semakin disisih oleh rakyat Selangor

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor

Sinopsis:

RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia dan diserahkan kepada Umno Selangor.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.

Categories
NASIONAL

Noh Omar Tak Buat Permohonan Hadir SELCAT

SHAH ALAM 2 MAC: Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Hari ini adalah peluang terakhir bagi orang awam memohon untuk memberi keterangan di dalam sesi tersebut yang akan bermula Isnin hingga Rabu depan.

Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut.

Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim, berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis.

Ini bagi melancarkan proses pendengaran dengan memastikan setiap keterangan atau bukti yang hendak diberi relevan dengan kes yang akan bincangkan.

?Kalau kita beri peluang kepada siapa-siapa untuk datang beri keterangan tanpa permohonan, orang itu boleh datang dan cakap apa sahaja yang dia suka samada ia relevan atau tidak dengan kes yang hendak dibincangkan.

?Ini akan mengambil masa SELCAT. Jadi setiap orang yang mahu memberi keterangan mesti memohon dulu supaya kita dapat pastikan yang keterangannya relevan,? kata Teng, apabila dihubungi TVSelangor hari ini.

Minggu lepas, Teng dan setiausaha politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin telah mengesa Noh agar tampil memberi keterangan dan bukti kepada SELCAT.

Ini berikutan dakwaan Noh yang beliau mempunyai bukti penyelewengan di dalam pemberian kontrak pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan (GLC) kerajaan Selangor.

Pendengaran awam Selcat kali ini melibatkan tiga kes GLC. Selain KSSB, kes yang melibatkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut akan didengar.

Yayasan Selangor dipanggil berkenaan satu laporan audit dalaman tentang perlantikan pengurus besarnya.

Manakala dua anak syarikat PKPS, PKPS Agro-industri dan PKPS Premium Agro Produks dipanggil berkenaan pinjaman RM180 juta yang diambil bagi membeli peralatan pertanian.

ends

 

Categories
NASIONAL

Jalan Kg Ampangan Rosak Tak Sampai Dua Bulan

TANJUNG KARANG, 27 FEB: Tidak sampai dua bulan disiapkan, jalan di Kampung Ibu Ampangan mula rosak akibat kerja menaiktaraf jalan terbabit tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Menurut ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim, projek menaiktaraf di Sepanjang Jalan RB menerusi peruntukan dari Kerajaan Persekutuan tersebut tidak dibuat dengan bahan binaan yang secukupnya dan sambil lewa.

“Jalan ini baru sahaja siap tak sampai pun dua bulan, tetapi banyak tempat, batu pasirnya dah disebabkan kenderaan lalu-lalang di sini

“Patutnya mula-mula kena letak batu kasar lepas itu barulah batu pasir, jadi jalan boleh tahan lama, batu pasir tak lari.

“Apa yang kita lihat tadi, tak sampai dua kilo meter sahaja yang ditambak dengan bahan yang betul.

“Tetapi kemudiannya ada yang ditaburkan batu kasar sahaja dan ada juga yang ditaburkan batu pasir sahaja.

“Tempat yang diletakkan batu kasar tanpa batu pasir itulah yang menyebabkan permukaan jalan tadi jadi kasar. 

“Tempat yang awak tengok cuma diletakkan batu pasir pasir sahaja tadi pulak menyebabkan jalan jadi ‘botak’ sampai banyak yang dah nampak tanah merah.

“Sudahlah tu, tambakkan batu-batu tu pun cuma nipis sahaja, sekejap sahaja jalan dah mula rosak semula,” beritahu beliau.

Hamidon turut melahirkan kebimbangan peruntukan projek tersebut telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan jalan tersebut dibina dengan bahan yang tidak mencukupi.

“Saya bimbang Peruntukan Kerajaan Pusat ini telah diselewengkan oleh pihak tertentu menyebabkan peruntukan yang turun cuma berapa peratus sahaja sebab dipotong di tengah jalan.

“Akhirnya yang jadi mangsa ialah masyarakat kampung ini dapat prasarana yang dibina dengan tidak sempurna,” ujarnya lagi.

Dipercayaai projek menaik taraf jalan di seluruh Selangor merupakan salah satu projek kerajaan Pusat yang diperuntukan kepada Umno Selangor bernilai RM2.71b.

Projek tersebut diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor untuk tujuan pembangunan setempat bagi tujuan mengabui mata rakyat.

Projek-projek pembangunan tersebut akan dilakukan secara sambil lewa bagi mengaut lebih banyak keuntungan

Hakikatnya wang tersebut bertujuan diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor bagi menghadapi PRU13.