Categories
NASIONAL

Pendidik desak tubuh suruhanjaya bebas siasat soalan UPSR bocor

Oleh Afix Redzuan

SHAH ALAM, 12 SEPT: Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak suruhanjaya bebas dibentuk bagi untuk menyiasat insiden kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman berkata, ia perlu supaya kejadian sama tidak berulang pada peperiksaan lain.

“Di mana letaknya kejujuran dan sifat amanah pada ‘orang dalam’ yang diberi mandat untuk membuat soalan dan menggubal dasar jika perkara melibatkan UPSR pun boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media, hari ini mengulas kebocoran kertas soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris 1 & 2 tahun 2014.

Peperiksaan UPSR yang bermula pada 9 September sepatutnya berakhir pada 11 September 2014

Menyifatkan ia mencemar imej Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Normala berkata, ia mengakibatkan motivasi pelajar menurun kerana terpaksa menduduki semula peperiksaan.

Beliau berkata, perancangan musim cuti persekolahan ibu bapa dan guru bertugas juga terjejas berikutan soalan baru terpaksa digubal dan dicetak semula.

Katanya, kementerian perlu menyiasat secara terperinci dan mengheret pihak bertanggungjawab membocorkan soalan itu ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua supaya menjalankan melaksanakan tugas yang diamanah dalam bidang pendidikan,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL

Sains UPSR bocor: Ambil tindakan & iktibar, jangan ulangi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEPT : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali hari ini melahirkan kekecewaannya berhubung isu kebocoran kertas Sains Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ia terpaksa ditangguh pada 30 September depan.

Beliau berkata perkara itu menyebabkan timbulnya tekanan serta kekecewaan dan akan memberi kesan mendalam di kalangan pelajar sekolah yang menduduki peperiksaan berkenaan.

UPSR BOCORKatanya isu kertas soalan bocor tidak hanya berlaku pada tahun ini, sebaliknya ia boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

“Saya harapkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan atau pengajaran yang besar daripada masalah ini kerana ia sepatutnya tidak berlaku.

“Saya minta pihak kementerian untuk membuat kajian apa puncanya sebenarnya yang berlaku dan jujur sahaja kerana kita tidak mahu ia berulang,” katanya kepada Selangor Kini.

Halimah berkata ucapan maaf daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak mencukupi kerana masalah sama sering berulang, namun tiada tindakan diambil.

“Tindakan perlu lebih dari minta maaf kerana ia selalu berulang dan saya harapkan semasa Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) tidak berulang lagi perkara seperti ini,” katanya yang juga Adun Selat Klang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata kesilapan utama pihak Lembaga Peperiksaan bukan sahaja memberi kesan kepada 472,853 pelajar darjah enam, tetapi turut menjejaskan keluarga mereka.

Katanya pelajar yang sudah bersiap sedia untuk menghabiskan peperiksaan dalam masa tiga hari kini terpaksa menunggu selama tiga minggu sebelum menduduki semula kertas ujian Sains.

“Keyakinan kedua-dua ibu bapa dan pelajar terhadap integriti kertas peperiksaan di masa hadapan juga akan terjejas.

“Justeru Muhyiddin mesti memberi jaminan bahawa kebocoran tidak akan berlaku untuk kertas Sains UPSR pada 30 September ini termasuklah kebocoran sama tidak akan berlaku untuk kertas PT3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) kelak,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan untuk mata pelajaran Sains bagi UPSR ditunda ke tarikh baru pada 30 September.

Ia memandangkan kertas peperiksaan tersebut dikesan tersebar luas di laman sosial.

Ia melibatkan peperiksaan bagi kertas Sains dengan kod “018, 028, dan 038”.

EZY

Categories
NASIONAL

Kertas Science UPSR bocor, tarikh baru 30 Sept- Lembaga Peperiksaan

SHAH ALAM 10 SEPT: Kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September (esok) ditangguhkan kerana didapati bocor.

UPSRLembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan  membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Katanya, tarikh baru bagi peperiksaan subjek itu adalah pada 30 September (Selasa).

10612711_1258978234203878_2087036007162831468_n

Categories
SELANGOR

High Performance Student tingkat kecemerlangan UPSR, UPSRA Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SERDANG, 25 MEI: Yayasan Selangor mensasarkan peningkatan pelajar sehingga 5,500 orang untuk menerima tajaannya pada tahun ini bagi memastikan lebih banyak peluang pendidikan berkualiti diberikan kepada rakyat di negeri ini, .

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata yayasan itu dengan sumbernya yang ada diyakini mampu menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan kepada rakyat Selangor dengan fokus kepada pendidikan menengah rendah.

Beliau berkata, ia dapat dilihat apabila bilangan pelajar tajaan di yayasan berkenaan meningkat daripada 1,200 orang pada 2010 kepada 5,000 pelajar, pada 2013.

IMG_2105a“Walaupun jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pelajar di peringkat menengah negeri ini yang dianggarkan berjumlah 932,979 orang, saya percaya impak bantuan yang diberikan Yayasan Selangor dapat dirasai masyarakat.

“Kita juga harapkan ia dapat mencakupi lebih ramai pelajar di Selangor pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor yang turut dihadiri Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Majlis itu adalah program tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Yayasan Selangor bagi mengiktiraf dan menghargai kejayaan pelajar tajaan mereka yang berjaya mengekalkan legasi kecemerlangan pendidikan terutama dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Pada majlis itu, seramai 135 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula merekodkan 98 orang daripada 532 calon mendapat keputusan 8A ke atas.

IMG_2224aSementara itu, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris, berkata satu program dikenali sebagai High Performance Student (HIPERS) akan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tahun ini.

Katanya program berkenaan membabitkan sekolah rendah yang dipilih JPNS dan sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang mana setakat ini 10 buah sekolah sudah dipilih untuk menjayakannya.

“Tujuannya adalah bagi Yayasan Selangor membantu sekolah ini mencatatkan peningkatan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah/Agama (UPSR/UPSRA) seterusnya dijadikan pelajar ‘feeder’ kepada program Rancangan Pendidikan Yayasan Selangor di peringkat sekolah menengah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Inisiatif kerajaan belanja RM270 juta tingkat penguasaan BI gagal

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 NOV : Perbelanjaan RM270 juta kerajaan pusat untuk program mentor antarabangsa Bahasa Inggeris tidak menjanjikan pulangan apabila keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan penurunan dalam mata pelajaran itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata program mentor itu seharusnya melatih 7,500 guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di seluruh negara sejak dilaksanakan, pada 2010.

Katanya, dijangkakan pelajar sekolah rendah akan menunjukkan sedikit peningkatan dalam keputusan Bahasa Inggeris tahun ini dengan kos yang dibelanjakan itu.

zairil wacana dapZairil berkata, terdapat penurunan ketara dalam keputusan kertas Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan, dengan Gred Purata Mata Pelajaran kertas itu merosot 0.06 mata walaupun prestasi keseluruhan UPSR bertambah baik.

“Justeru, keputusan UPSR terkini adalah satu tamparan besar kepada usaha kementerian dan ironinya prestasi keseluruhan dalam kertas Bahasa Inggeris sekolah jenis kebangsaan pula menyaksikan peningkatan 0.12 mata dengan bilangan pelajar mencapai A meningkat 4.2 peratus dan mereka yang mendapat B dan C meningkat 2.1 peratus.

“Dalam erti kata lain, sekolah jenis kebangsaan yang tidak mendapat manfaat daripada program mentor antarabangsa bahasa Inggeris berjaya meningkatkan penguasaan dalam bahasa itu.

“Manakala keputusan sekolah kebangsaan merosot walaupun kerajaan pusat membelanjakan RM270 juta dalam tempoh tiga tahun khusus untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

SJK Tamil Selangor capai keputusan terbaik UPSR 2013

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 NOV : Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan peningkatan ketara pencapaian SekolahJenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, berkata SJKT di Selangor secara keseluruhannya mendapat tempat terbaik berbanding keputusan negeri lain mengikut keputusan itu .

SJKT Simpang Lima, Klang mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dua pelajarnya mencatat keputusan terbaik di Selangor. Lima buah SJKT yang mencatatkan keputusan terbaik pencapaian 7A adalah SJKT Simpang Lima, Klang (63), SJKT Kajang (28), SJKT Batu Caves (25), SJKT Puchong Batu 14 (24) dan SJKT Rawang, Selangor (22).

xavier-jayakumarXavier berkata, peratusan lulus secara keseluruhan adalah 62.3 iaitu keputusan terbaik setakat ini apabila 398 pelajar mencapai 7A membabitkan peningkatan ketara berbanding 321, pada tahun 2012.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) Selangor membuktikan pemberian dana dan bantuan serta usaha berterusan membabitkan kerjasama empat NGO Tamil iaitu Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), CHILD (Child Information, Learning and Development Centre) dan HYO (Hindu Youth Council) serta PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) adalah faktor perubahan baik itu dapat dicapai.

“Keputusan yang baik ini juga adalah hasil usaha yang gigih daripada guru besar dan guru. Syabas dan terima kasih kerana tanpa usaha anda, keputusan ini mungkin tidak tercapai,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tabung Biasiswa PKNS RM1 Juta Untuk Kakitangan Dan Ahli Keluarga

PKNS pelajar cemerlang 02

SHAH ALAM, 18 MEI : Kakitangan dan keluarga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mahu melanjutkan pelajaran kini boleh memohon daripada Tabung Biasiswa PKNS.

PKNS pelajar cemerlang 01

Dengan peruntukan RM1 juta, tabung berkenaan bagi membantu anak anggota PKNS mengikuti ijazah sarjana muda sepenuh masa sementara bagi anggota pula, mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah lanjutan dan kursus profesional sepenuh masa atau secara sambilan.

Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, peluang ini perlu dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam menimba ilmu tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran sedia ada.

“Melalui Tabung Pendidikan Anak-anak syarikat dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor atau TPASBB pula, PKNS sendiri memperuntukkan sebanyak RM2 juta yang juga boleh dimohon oleh anggota mahupun anak mereka untuk melanjutkan pelajaran.

“Semoga ia dapat dijadikan pendorong untuk mereka mencapai kejayaan berterusan dalam pelajaran seterusnya mencapai cita-cita yang diidamkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang 2012 Anak Anggota PKNS di Dewan Kemajuan, Kompleks PKNS.

Sebelum itu, PKNS menerusi Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja (PKP) dan Badan Islam memperuntukkan sejumlah RM45,000 untuk hadiah saguhati kepada 123 orang anak-anak ahli termasuk dua ahli persatuan.

Kesemua mereka diraikan kerana memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Agama (PSRA), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengajian di peringkat Diploma serta Ijazah Sarjana Muda.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Noraida Mohd Yusof serta wakil PKP dan Badan Islam.

Pelajar cemerlang menerima wang saguhati antara RM50 hingga RM750 seorang.

Hadiah saguhati ini diberikan berdasarkan kategori peperiksaan yang diambil serta jumlah A yang diperolehi.

Antara pencapaian terbaik anak-anak ahli ialah 9A+ dalam SPM, 9A dalam PMR dan 5A dalam UPSR/PSRA.

Dalam pada itu, penerima anugerah cemerlang Ahmad Zahir Abu Bakar, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengingatkan anak muda yang masih menuntut ilmu agar menjaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa agar memperolehi keberkatan dalam bidang yang diceburi.

Ahmad Zahir yang kini sedang mengikuti bidang perakaunan di peringkat ijazah pernah menerima Anugerah Naib Cancelor (Anugerah Dekan) di peringkat diploma dalam bidang sama.