Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 2.73 juta populasi remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sebanyak 2,733,768 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 2,832,684 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,809,201 individu atau 97.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,116,934 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 160,974 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,088 dos pertama, 4,663 dos lengkap dan 153,223 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,728,484 dos dengan 4,430,656 daripadanya adalah dos penggalak.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

86.9 peratus populasi remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Sebanyak 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,758,472 individu atau 97.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

97.2 peratus penduduk dewasa lengkap terima vaksin

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Sebanyak 97.2 peratus atau 22,752,434 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.6 peratus atau 23,071,502 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 90.1 peratus atau 2,838,110 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 86.8 peratus atau 2,732,740 individu golongan berkenaan telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 140,831 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,332 suntikan dos lengkap, 4,708 dos pertama dan 128,791 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,412,576.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kematian individu tidak divaksin 20 kali ganda lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi akaun Twitternya Dr Noor Hisham berkata trend kematian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

“Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk. Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian Covid-19 Kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 September dengan 592 kes.

Jumlah kematian tertinggi bagi BID iaitu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital adalah pada 13 September dengan 176 kes. Data itu berdasarkan jumlah laporan kematian yang diterima setiap hari, katanya.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini bagi tahun 2021 sejumlah 24,014 individu meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

90 peratus remaja negara terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Malaysia mencatatkan pencapaian penting hari ini apabila 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kami telah mencapai kejayaan penting hari ini dengan 90 peratus daripada populasi berumur 12-17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Bagi warga emas, sila dapatkan segera dos penggalak anda kerana ia telah tersedia,”katanya dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Sebanyak 2,830,449 individu atau 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima satu dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, 86.5 peratus atau 2,721,784 daripada populasi remaja pula lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,722,055 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,049,440 atau 98.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian, sebanyak 54,517 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,713 dos pertama, 2,605 dos lengkap serta 50,199 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,091,375 dos.

Sementara itu, dalam catatan berasingan, Khairy memaklumkan nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia kini telah menghampiri 1.0 semula dan mengingatkan orang ramai untuk meningkatkan langkah pencegahan dan sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu ‘Test, Report, Inform, Isolate dan Seek’.

“Rt menghampiri 1 semula. Dua minggu lepas bila (Rt) melepasi 1, kita semua telah mainkan peranan untuk menurunkan balik angka Rt. Yakin kita boleh. (Pakai) pelitup, (jaga) jarak, elak (tempat) sesak, (ambil) dos penggalak, jaga ibu bapa dan (amalkan) #TRIIS,” katanya.

– BERNAMA

Categories
ADN SELANGOR

Warga Puchong boleh ambil dos penggalak di Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk

SHAH ALAM, 1 DIS: Penduduk sekitar Puchong dan Kinrara kini boleh mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Jalan Belatuk, Puchong Jaya bermula hari ini.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata penyediaan pusat pemberian vaksin (PPV) adalah komitmen untuk penduduk setempat yang inginkan dos penggalak.

“Kali ini, program suntikan Booster Vaksin Covid-19 (pfizer) diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk, Puchong Jaya bermula hari ini hingga 25 Januari 2022,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh menghubungi Rachel di talian 019-6636296 untuk membuat janji temu.

PPB Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk, Puchong Jaya dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Categories
AGENDA NASIONAL

Dua vaksin tempatan dalam proses ujian klinikal – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses menjalankan dua ujian klinikal terhadap vaksin yang dihasilkan dalam negara melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), kata menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata dua vaksin itu ialah vaksin kanser kepala dan leher atau “nasopharyngeal cancer” dan vaksin kolera, yang masing-masing akan melalui ujian klinikal di United Kingdom dan India, seawal tahun depan.

“Kita juga kini dalam proses pembangunan vaksin Covid-19 yang sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan kerjasama Universiti Malaya.

Kita yakin dengan adanya MGVI ini, Malaysia mampu menjadi hab pengeluaran vaksin yang dapat digunakan secara domestik dan juga dieksport ke luar negara,” katanya dalam program Malaysia Petang Ini: Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari terbitan Bernama TV di sini, semalam.

Pada 1 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta MGVI dalam usaha menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.

“MGVI akan menjadi sebuah badan yang menjalankan koordinasi antara pakar, industri dalam dan luar negara, serta pembangunan bakat yang perlu untuk menjadi tunjang kepada pembangunan vaksin di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata peranti mudah alih saringan Covid-19, i-Breath yang kini memasuki fasa akhir praklinikal dijangka dapat dikomersialkan menjelang Jun tahun depan, selepas melalui ujian klinikal.

“i-Breath akan masuk ke fasa ujian klinikal yang terdiri daripada beberapa fasa dalam tempoh enam bulan, sebelum ia selesai dan boleh dikomersialkan dan dipasarkan.

Kita harap ada pihak antarabangsa yang akan mendapatkan peranti ini untuk kegunaan mereka kerana kita menyasarkan penggunaan i-Breath ini bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

MOSTI memperuntukkan dana sejumlah RM1.05 juta dalam pembangunan peranti i-Breath dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang boleh mengesan Covid-19 dengan sensitiviti sehingga 93 peratus dengan hanya perlu bernafas menggunakan peranti mudah alih itu.

– BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Lebih 4.7 juta penduduk Selangor sudah terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 29 NOV: Lebih 4.7 juta daripada 5.1 juta penduduk di Selangor berusia 12 tahun ke atas sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya dos pertama, kata EXCO kesihatan awam.

Jelas Dr Siti Mariah Mahmud, jumlah itu melibatkan individu berusia lebih 18 tahun iaitu 4.3 juta manakala 495,447 pula bagi 12 hingga 17 tahun.

Menurut beliau, pemberian vaksin Covid-19 bagi penduduk remaja 12 hingga 17 tahun masih dalam proses dengan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Anggaran jumlah keseluruhan yang belum divaksin ialah 348,890 individu iaitu 275,237 bagi individu berusia lebih 18 tahun dan 73,653 bagi 12 hingga 17 tahun,” katanya.

Dr Siti Mariah menjawab soalan wakil rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Ping berhubung jumlah penduduk Selangor daripada umur 12 tahun dan ke atas yang belum divaksin.

Tambah beliau, ketua jabatan boleh mengarahkan penjawat awam mendapatkan suntikan vaksin yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 bermula 1 November.

“Mana-mana penjawat awam yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos atas sebab kesihatan, ketua jabatan boleh mengarahkan penjawat awam untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Berdasarkan data Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2.0 jumlah penjawat awam di Selangor adalah 22,314 dan hanya 132 individu 0.59 peratus belum mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

95.9 peratus penduduk dewasa lengkap terima vaksin

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98 peratus atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.7 peratus atau 2,762,739 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.8 peratus atau 2,607,392 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 138,752 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama dan 125,257 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,823,474.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hampir 82 peratus golongan remaja negara ini lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,748,602 individu atau 87.3 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.5 peratus atau 22,363,772 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus atau 22,898,066 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 123,210 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,351 suntikan dos lengkap, 7,005 menerima dos pertama dan 95,854 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,723,584.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22.3 juta penduduk dewasa negara ini lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Sebanyak 22,318,132 individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22,875,185 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu, 80.4 peratus atau 2,531,793 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi manakala 87 peratus atau 2,740,442 individu remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 26,295 suntikan dos lengkap, 5,488 menerima dos pertama dan 70,274 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,322,636.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,042,234.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

95.2 peratus penduduk dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Sebanyak 95.2 peratus atau 22,297,446 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.6 peratus atau 22,865,060 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 86.9 peratus atau 2,735,720 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 79.8 peratus atau 2,512,231 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 43,731 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 9,959 suntikan dos lengkap, 3,117 menerima dos pertama dan 30,655 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,196,152.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 970,364.

– BERNAMA