Categories
AGENDA NASIONAL

79.6 peratus populasi remaja lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Sejumlah 2,505,157 individu atau 79.6 peratus kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 2,734,057 individu atau 86.9 peratus populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 22,286,520 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa negara lengkap menerima dos vaksin manakala 22,858,958 (97.6 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 55,703 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 14,875 suntikan dos lengkap, 3,203 dos pertama dan 37,625 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,138,954.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 938,437.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

78.5 peratus populasi remaja lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Berdasarkan data itu juga, seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin Covid-19 yang lengkap.

Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22 juta penduduk dewasa lengkap terima vaksin

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.

Setakat semalam juga 2,442,373 atau 77.6 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 86.6 peratus atau 2,725,876 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22.4 juta penduduk dewasa terima dos lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Sebanyak 22,409,335 atau 95.7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Dalam pada itu, sejumlah 97.8 peratus atau 22,891,080 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 114,573 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 42,306 suntikan dos lengkap; 8,185 menerima dos pertama dan 64,082 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,420,916.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,197,961 atau 69.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 83.3 peratus atau 2,622,306 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 471,689.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Penjawat awam digesa lengkapkan vaksin Covid-19 sebelum 1 Nov

PUTRAJAYA, 28 OKT: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman hari ini mengingatkan semua penjawat awam supaya melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing sebelum 1 Nov ini.

Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya hari ini, Mohd Khairul Adib berkata ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil berbanding majoriti yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Namun, katanya keengganan kelompok kecil itu tetap memberi implikasi terhadap program vaksinasi kerajaan dan menggambarkan imej negatif penjawat awam secara keseluruhan, selain menjejaskan penyampaian perkhidmatan.

“Penjawat awam seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan dan memberi keyakinan kepada orang ramai tentang keberkesanan program vaksinasi yang dijalankan,” katanya.

Mohd Khairul Adib pada majlis itu turut mengingatkan bahawa semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993].

Dalam satu pekeliling dinyatakan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi Covid-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,214,490 atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat pukul 11.59 malam pada 27 Okt.

– BERNAMA

 

Categories
PBT SELANGOR

Hampir 100 peratus warga kerja MBSJ lengkap vaksin

SHAH ALAM, 28 OKT: Seramai 1,500 atau 99.21 peratus kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19.

Datuk Bandarnya Noraini Roslan berkata manakala 1,509 atau 99.80 peratus warga kerja pihak berkuasa tempatan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Meskipun kebanyakan daripada kita lengkap divaksinasi ingin saya mengingatkan untuk terus mematuhi SOP (tatacara operasi piawai).

“Elakkan tempat sesak, sempit dan sembang dekat, kerapkan amalan mencuci tangan dengan sabun, memakai pelitup muka, tidak bersalaman serta memeriksa suhu badan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh MBSJ Bil 11/2021 yang bersiaran secara langsung di Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya semalam.

Pada masa sama, Noraini berkata sebanyak 258 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kakitangan MBSJ sejak pandemik menular sehingga 23 Oktober.

“Bagaimanapun, tiada kes aktif Covid-19 berlaku dalam kalangan warga kerja MBSJ setakat ini,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

94.4 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas.

— BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Menteri: 2,753 guru enggan divaksin, beri konsultasi berterusan

SHAH ALAM, 21 OKT: Seramai 2,753 guru menolak untuk menerima vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut menteri pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 1,993 guru memberi alasan tidak percaya pelalian itu, isu menyentuh agama, pasangan tidak membenarkan pengambilan vaksin serta masih belum bersedia.

Katanya jumlah selebihnya iaitu 760 guru lagi menolak kerana mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, mengalami alahan, mengandung atau menyusukan anak, merancang kehamilan dan bekas pesakit Covid-19.

“Bagi meningkatkan kadar vaksinasi guru yang enggan divaksin disebabkan selain masalah kesihatan atau alasan tidak munasabah, kementerian melalui pentadbir sekolah secara berterusan mengadakan konsultasi untuk memastikan mereka mengambil vaksin.

“Guru yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang sudah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan kepada ketua jabatan masing-masing,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau setakat semalam seramai 399,972 orang atau 96.83 peratus guru sudah lengkap divaksin.

“Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh kementerian, guru yang lengkap divaksin sahaja dibenar melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan berinteraksi dengan murid.

“Bagi guru yang belum lengkap atau tidak divaksin, mereka dikehendaki melaksanakan PdPR dan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

“Mereka juga diwajibkan memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka semasa berada di kawasan sekolah,” katanya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

94.2 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 256,497 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,437,608 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,218,000 atau 38.7 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 79.7 peratus atau 2,509,535 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22 juta penduduk dewasa lengkap terima vaksin

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, 134,684 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 118,575 suntikan dos lengkap dan 14,744 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,181,111.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 September lepas.

Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 25,000 pelajar sekolah di Petaling Perdana terima dos kedua

SHAH ALAM, 18 OKT: Lebih 25,000 pelajar tingkatan empat dan lima dari seluruh sekolah di Petaling Perdana menerima suntikan dos kedua vaksin.

Suntikan di bawah kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja itu dilaksanakan mulai hari ini sehingga 29 Oktober.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berharap pelajar lebih dilindungi apabila lengkap vaksin.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas mengedarkan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Ribuan pelajar sekolah di negeri ini bakal menerima dos kedua dan apabila selesai tempoh vaksinasi nanti kita harap pelajar dapat memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

“Namun, jangan dilupa pematuhan SOP (tatacara operasi piawai) menjadi keutamaan demi keselamatan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 di sini pagi tadi.

Amirudin sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam di luar kawasan sekolah itu untuk mengedarkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada pelajar.

Pada 23 September, pengarah Jabatan Kesihatan Selangor berkata sebanyak 399 sekolah negeri ini terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata sekolah terlibat meliputi institusi kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan sekolah swasta.

Pada 20 September, Kementerian Kesihatan Malaysia menyasar 80 peratus remaja di seluruh negara lengkap dos vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pakar: Data cukup, ibu bapa tambah yakin benar anak divaksin

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Langkah kerajaan menunggu hasil kajian dan data secukupnya berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun, sebelum memutuskan melaksanakan vaksinasi terhadap golongan itu adalah tindakan bijak, menurut pakar.

Pengasas Persatuan Malaysian Doctors Club (MDC) Dr Muhammad Hakim Nordin berkata tindakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang tidak gopoh membuat keputusan berkenaan perkara itu juga, adalah praktikal.

“Tindakan (menunggu data) yang bijak…mereka (kanak-kanak) adalah golongan berisiko rendah… jadi kenapa kita perlu berikan kepada kanak-kanak kepada sesuatu (vaksinasi) yang kita masih tidak tahu keselamatan dan keberkesanan sepenuhnya lagi.

“… setahu saya, WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) belum lagi galakkan vaksinasi terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, walaupun ada syarikat vaksin telah mengesahkan keselamatan penggunaan produknya, namun ia bergantung kepada WHO untuk membuktikan bahawa vaksin-vaksin tersebut selamat digunakan kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Khairy sebelum ini memaklumkan Kementeriannya telah mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin Covid-19, yang sedang membuat persiapan untuk menghantar data berkaitan (keselamatan dan keberkesanan vaksin kepada kanak-kanak bawah 12 tahun) kepada semua badan kawal selia seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Klinikal dan Pakar Perunding Imunologi Kanak-Kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Dr Adli Ali berkata beliau percaya kerajaan sedang menilai beberapa jenis vaksin untuk dipertimbangkan kepada golongan tersebut.

Katanya, data yang mencukupi akan menambah keyakinan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka divaksin.

“Saya percaya mereka (kerajaan) sedang lihat apa vaksin yang sesuai dan untuk vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun ini, mereka dah mengambil kira beberapa data termasuk vaksin Sinovac yang telah mengeluarkan data yang mengatakan ia selamat digunakan kepada kanak-kanak berumur 6-12 tahun,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, syarikat vaksin Pfizer BioNTech telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin itu kini selamat digunakan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Sementara itu, Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak bukan satu keputusan yang mudah.

Menurutnya, sekiranya ujian klinikal telah dilakukan dan disahkan selamat dan berkesan kepada kanak-kanak di luar negara, laporan ujian tersebut perlu dikaji oleh pakar di peringkat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

-BERNAMA