Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena hari keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70.


Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena hari keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-70 disempurnakan Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Masjid Bandar Baru Ampang Lengkapkan Keperluan Masyarakat Setempat

sultan masjid bandar baru ampang 25 jul 01

AMPANG 25 JULAI : Pembinaan sebuah masjid baru di Bandar Baru Ampang melengkapkan keperluan masyarakat setempat untuk menunaikan ibadah solat, membentuk sahsiah, dan menghayati nilai-nilai murni Islam.

Masjid ini dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli merasmikannya sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini semalam.

Bangunan masjid yang dibina dengan kos RM 5 juta ini merupakan inisiatif Adun Lembah Jaya dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia telah siap sepenuhnya pada 22 Oktober 2009 dan digunakan secara rasmi oleh ahli kariah pada Disember 2009.

Rekabentuk masjid ini bercirikan senibina moden yang banyak menggunakan kaca dan berkeluasan 7,500 kaki persegi serta mampu menampung seramai 2,000 jemaah dalam satu masa

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan bilik imam, bilik bilal, pejabat pentadbiran, bilik kuliah, bilik mesyuarat, bilik jenazah dan juga bilik penyediaan makanan.

Sebelum terbinanya masjid ini, masyarakat setempat terpaksa pergi ke masjid dan surau yang terletak agak jauh daripada rumah mereka.

Dalam majlis yang sama, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 507 asnaf anak yatim, fakir miskin dan saudara baru yang tinggal di daerah Hulu Langat.

Kesemua asnaf berkenaan menerima sumbangan berjumlah RM 400 seorang, manakala anak yatim pula menerima sebanyak RM 100 seorang.

Disamping itu, baginda turut berkenan menerima zakat berjumlah RM 1 juta daripada Maybank Islamic Berhad bagi tahun kewangan berakhir 2012.

Turut mengiringi Sultan Selangor pada majlis itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin, serta barisan Exco negeri.

sultan masjid bandar baru ampang 25 jul 02