Categories
SELANGOR

Masjid Telok Megenon Kini Mampu Tampung 1,000 Jemaah

sultan Masjid Telok Megenon 3

KLANG 2 OGOS : Sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk, Masjid Telok Megenon yang dinaik taraf kini mampu menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Majlis Berbuka puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat di Kampung Telok Menegon, di sini.

Kos menaik taraf sangunan masjid berkenaan berjumlah RM3 juta.

sultan Masjid Telok Megenon 2Masjid terbabit dilengkapi dengan ruang solat utama, ruang solat beranda masjid, tempat wuduk lelaki dan wanita, tandas mesra OKU serta bilik imam serta bilal.

Dalam majlis itu juga, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada seramai 239 fakir miskin, 203 anak yatim dan 100 asnaf mualaf bagi daerah Klang.

Selain itu, Sultan Selangorberkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM1.6 juta daripada tiga syarikat.

Antaranya, UMW Holdings Berhad menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta, diikuti Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebanyak RM391,547 dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjumlah RM200,000.

sultan Masjid Telok MegenonTurut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin.

Sementara itu, Marzuki dalam ucapannya menasihati kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan agar menyemak terlebih dahulu rumah kebajikan agar ia tidak disalah gunakan.

“Mereka mesti menyemak terlebih dahulu rumah kebajikan agar sumbangan yang diberikan tidak disalah gunakan oleh mereka yang berkepentingan atau kepada rumah kebajikan yang tidak diiktiraf.

“Sebagai makluman, sehingga tahun kini terdapat sebanyak 39 buah rumah kebajikan yang berada dalam pemantauan oleh Jais,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Masjid Bandar Baru Ampang Lengkapkan Keperluan Masyarakat Setempat

sultan masjid bandar baru ampang 25 jul 01

AMPANG 25 JULAI : Pembinaan sebuah masjid baru di Bandar Baru Ampang melengkapkan keperluan masyarakat setempat untuk menunaikan ibadah solat, membentuk sahsiah, dan menghayati nilai-nilai murni Islam.

Masjid ini dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli merasmikannya sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini semalam.

Bangunan masjid yang dibina dengan kos RM 5 juta ini merupakan inisiatif Adun Lembah Jaya dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia telah siap sepenuhnya pada 22 Oktober 2009 dan digunakan secara rasmi oleh ahli kariah pada Disember 2009.

Rekabentuk masjid ini bercirikan senibina moden yang banyak menggunakan kaca dan berkeluasan 7,500 kaki persegi serta mampu menampung seramai 2,000 jemaah dalam satu masa

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan bilik imam, bilik bilal, pejabat pentadbiran, bilik kuliah, bilik mesyuarat, bilik jenazah dan juga bilik penyediaan makanan.

Sebelum terbinanya masjid ini, masyarakat setempat terpaksa pergi ke masjid dan surau yang terletak agak jauh daripada rumah mereka.

Dalam majlis yang sama, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 507 asnaf anak yatim, fakir miskin dan saudara baru yang tinggal di daerah Hulu Langat.

Kesemua asnaf berkenaan menerima sumbangan berjumlah RM 400 seorang, manakala anak yatim pula menerima sebanyak RM 100 seorang.

Disamping itu, baginda turut berkenan menerima zakat berjumlah RM 1 juta daripada Maybank Islamic Berhad bagi tahun kewangan berakhir 2012.

Turut mengiringi Sultan Selangor pada majlis itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin, serta barisan Exco negeri.

sultan masjid bandar baru ampang 25 jul 02

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor Rasmi Masjid Bandar Baru Sungai Buloh Bernilai RM4.1 Juta

DYMM Rasmi Masjid 02

PETALING JAYA 17 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid di Bandar Baru Sungai Buloh di sini sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini.

Bangunan masjid ini dibina oleh Syarikat MK Land dengan kos RM4.1 juta dan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah di mana masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kuning kerana kubahnya berwarna kuning.

Sultan Sharafuddin juga turut berkenan menamakan masjid itu dengan nama Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.

Pada kesempatan yang sama, Baginda perkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 302 daripada kalangan Asnaf anak yatim, fakir-miskin, saudara baru dan pelajar tahfiz.

DYMM Rasmi Masjid 01

Sementara itu, Pengerusi Gapurna, Tan Sri Abdul Halim Ali dalam ucapannya berkata, syarikat itu turut memberi sumbangan daripada segi kewangan dan material untuk kerja-kerja menaiktarafkan masjid itu.

“Antara kerja naik taraf itu termasuk kerja mengecat dinding masjid, membaik pulih tempat wuduk dan tandas, menukar lampu kalimantan dan lampu limpah untuk mimbar, memasang dan menggantikan sistem pembesar suara.

“Turut dipasang adalah kipas helikopter pada ruang masjid utama dan pemasangan tangki tambahan berdasarkan daripada senarai keutamaan keperluan yang disediakan Jawatankuasa Masjid,” kata beliau.

Turut mengiringi Sultan Selangor pada majlis itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin.

DYMM Rasmi Masjid 03

Categories
SELANGOR

Asnaf Ceria Dan Teruja Terima Sumbangan Sempena Ramadan

tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 01

HULU SELANGOR 16 JULAI : Bulan Ramadan disambut dengan penuh syukur dan ceria oleh kira-kira 100 golongan asnaf Mualaf dan 141 orang anak yatim di sini yang menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bagi asnaf mualaf, Ismail Abdullah, 43, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan sumbangan itu yang beliau rancang untuk gunakan semasa Hari Raya Aidilfitri.

tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 01 Ismail AbdullahKatanya pengalaman berpuasa pada kali pertama kira-kira tiga tahun lepas adalah meletihkan namun beliau kini sudah menyesuaikan diri dengan suasana berpuasa.

“Sumbangan ini sangat bagus untuk memudahkan perbelanjaan saya nanti,” kata beliau.

Manakala Mohd Ramli Sunnarena, 39, yang baru dua bulan memeluk Islam, beliau amat teruja berpuasa pada kali pertama walaupun pada hari pertama mengalami sakit perut.

Katanya, beliau tergerak hati untuk memeluk Islam kerana hampir keseluruhan keluarganya sudah memeluk Islam.

“Saya syukur kerana menerima hidayah Islam ini, ” kata beliau.

Sementara itu menurut Pegawai Agama Islam Hulu Selangor Mustaffa Abdullah, para mualaf perlu terus dibantu dan diberi sokongan secara berterusan agar dapat memantapkan iman mereka.

“Mualaf ini memang perlu dibantu dari masa ke semasa lebih-lebih lagi yang baru memasuki agama Islam kerana ada sebab-sebab tersendiri mereka memeluk agama Islam itu,” kata beliau.

tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 02 Mohd RamliSumbangan itu disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, fakir miskin dan mualaf di pekarangan Masjid Ubudiah Kerling di sini.

Pada majlis yang sama Tengku Amir Shah turut merasmikan masjid baru yang dinamakan Masjid Ubudiah Kerling yang berharga
RM 5.9 juta yang boleh memuatkan kira-kira 1,500 jemaah.

Turut mengiringi baginda Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dan Pengarah Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Categories
SELANGOR

Permohon Sijil Halal JAIS Naik Empat Kali Ganda

seminar industri halal mb teresa 01

SHAH ALAM 11 MAC : Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk mewujudkan satu Bahagian Pengurusan Halal yang khusus bagi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ini kerana JAIS memerlukan Bahagian Pengurusan Halal yang lebih besar ekoran peningkatkan tinggi permohonan sijil halal yang memberangsangkan sejak tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejak aplikasi online e-halal dilaksanakan, permohonan pensijilan yang diterima JAIS meningkat lebih empat kali ganda.

“Sebelum ini, JAIS hanya mampu memproses permohonan pensijilan halal sekitar 250 permohonan setahun secara manual. Namun ia meningkat kepada 1,100 permohonan yang diterima sepanjang tahun 2012.

“Malah, permohonan pensijilan halal (yang diterima JAIS) adalah 40 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan pensijilan halal di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di Hotel Blue Wave, di sini.

Hadir sama Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok.

Beliau menambah Bahagian Pengurusan itu memerlukan 60 orang pekerja yang mahir dalam bidang sains dan teknologi.

“Kita memerlukan penambahan jawatan yang kompetan, peruntukan kewangan dan keperluan logistik bagi mengoptimumkan tahap pengurusan halal di negeri ini.

“Selebihnya nanti, kita akan hantar mereka untuk belajar dan menghadiri kursus latihan supaya mahir dalam industri halal ini.

“Kita percaya industri ini akan membawa lebih pelaburan di Selangor, jika setakat ini dalam lima tahun kita berjaya membawa pelaburan hampir RM 50 bilion, ia akan meningkat di masa akan datang melalui industri ini,” katanya.

Sebelum ini, pensijilan halal dikendalikan oleh satu unit yang dianggotai tujuh kakitangan JAIS.

Categories
SELANGOR

16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember

SHAH ALAM 5 NOV : Kesemua 16 individu yang ditahan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang minggu lalu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah pada 20 Disember nanti.

Serbuan tersebut berikutan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAIS bahawa terdapat usaha menghidupkan kembali Kumpulan Al-Arqam di dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dalam satu sidang media hari ini memberitahu kesemua mereka  ditangkap di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

“Kesemua mereka ini merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan  dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama.

“Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin RM 1000 dan seorang penjamin,” ujar beliau.

Beliau turut ditemani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam sidang media di bangunan JAIS di sini petang tadi.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS sebelum ini mengesan satu program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman al-Arqam yang diadakan di Dataran Global Ikhwan Celebration Hall pada 30 Oktober hingga 1 November lalu.

Majlis tersebut juga didakwa diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam.

Hasil samaran empat anggota JAIS selama dua malam berturut-turut mendapati wujudnya elemen-elemen fahaman dan pegangan al-Arqam.