Categories
NASIONAL SELANGOR

Jangan salahkan MPK, jabatan kerajaan terlibat sama -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 13092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) meroboh premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru disebabkan beroperasi haram dan menyalahi Akta Kanun Tanah Negara, tegas ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

2. PKR melantik Pengarah Komunikasinya yang baru, Fahmi Fadzil menggantikan penyandangnya sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad.

3. PKR hari ini mengecam hasrat NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mahu mendapatkan tandatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk membenarkan maklumat akaun bank Ketua Umum PKR itu didedahkan kepada umum, lapor Sinar Harian.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MPK roboh premis beroperasi secara haram

MPK Kilang Haram 01

KLANG, 12 SEPT : Tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) meroboh premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru disebabkan beroperasi haram dan menyalahi Akta Kanun Tanah Negara, tegas ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Abdul Rani berkata, tindakan meroboh premis perniagaan melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

“Apabila melibatkan Kanun Tanah Negara, tiada siapa pun boleh terkecuali dengan tindakan meskipun pemilik premis perniagaan itu orang kenamaan mahupun Adun,” jelasnya.

Sebelum ini, MPK menerusi Operasi Bersepadu bersama beberapa agensi lain bertindak meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing di Jalan Teratai, Meru, Klang.

MPK Kilang Haram 02

Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan MPK itu kerana ianya operasi bersepadu pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya melibatkan Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah tersebut sejak 15 tahun lalu.

“MPK dan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi itu menjalankan suatu tindakan betul kerana dilakukan setelah bermesyuarat,” ujarnya.