Categories
SELANGOR

Daerah Petaling terima RM5.12 juta bantuan Ramadan & Syawal

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM30.8 juta untuk diagihkan kepada 41,568 keluarga asnaf dan fakir miskin di negeri itu, tahun ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Haris Kasim, berkata Petaling mencatatkan jumlah tertinggi menerima bantuan Ramadan dan Syawal melibatkan peruntukan lebih RM5.12 juta kepada 6,880 keluarga.

“Keluarga asnaf fakir menerima wang tunai antara RM600 hingga RM1000 mengikut tanggungan, manakala asnaf miskin menerima RM550 hingga RM1000.

LZS_4235“Bantuan diberi bukan sekadar memenuhi keperluan, bahkan bersifat memberi sebatang joran demi kehidupan masa hadapan,” katanya ketika Program Agihan Bantuan Ramadan dan Syawal, di sini, hari ini.

Haris berkata, turut diberi bantuan modal perniagaan bagi memberi peluang asnaf menjalankan perniagaan di bazar Ramadan.

“Ia sebagai galakan kepada asnaf yang produktif sejajar dengan sasaran LZS melahirkan usahawan asnaf, sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

Sementara itu, penerima bantuan, Haizan Ibrahim, 40, berkata, dia sangat menghargai usaha LZS membantu golongan asnaf untuk turut sama menyambut bulan Ramadan dengan lebih meriah.

LZS_4226“Sebelum ini, kami hanya menyambut ala kadar mengkit kemampuan. Alhamdulillah, bantuan zakat adalah satu kegembiraan kepada kami sekeluarga kerana dapat menikmati juadah berbuka yang lebih menarik,” katanya.

Bgai seorang lagi penerima, Nor Hayati, 46, berkata tahun ini kali pertama dia menerima bantuan sara hidup dari LZS.

“Bantuan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga membeli keperluan asas memandangkan kos barangan semakin meningkat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

137 sekolah daerah Petaling terima RM2.65 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak 137 buah sekolah di daerah Petaling menerima peruntukan lebih RM2.65 juta di bawah program Agihan Bantuan Pendidikan Kerajaan Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bertujuan menyediakan kemudahan dan persekitaran kondusif untuk pembelajaran.

11109022_941954132521677_1595347139295303690_nKatanya, bantuan itu diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Bantuan itu diagihkan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah berdasarkan borang permohonan yang dilengkapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Bantuan Pendidikan peringkat daerah Petaling yang turut dihadiri Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, di Dewan Seri Delima Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, bantuan itu turut diberikan kepada SJKT Simpang Lima, Klang iaitu SJKT terbesar di Malaysia membabitkan hampir 2450 pelajar.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Sabah & Persekutuan patut segera bantu mangsa gempa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

RANAU, 15 JUN: Tindakan pantas Kerajaan Selangor menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Sabah patut dicontohi Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Ini berikutan, Selangor negeri ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) mendahului kedua-dua kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) itu dalam menghulurkan bantuan.

SABAHsumbangan kepada masjid (5)Justeru itu, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu menyegerakan bantuan kepada mangsa terlibat.

“Walaupun Selangor diperintah Pakatan tetapi kita datang dari jauh menyampaikan bantuan ini.

“Kerajaan Sabah dan Persekutuan patut buka mata, melihat ini sebagai inisiatif kepada mereka untuk proaktif membantu golongan terjejas ini,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan bantuan wang tunai kepada Pengerusi Tokong Pertubuhan Chon Chu Kung Ranau, Datuk Chua Khen Siong di dewan Tokong terbabit semalam.

Selain itu, beberapa buah masjid dan gereja yang mengalami kerosakan turut diberikan sumbangan wang tunai oleh Kerajaan Negeri.

Tidak ketinggalan, penghuni Blok A dan B kuarters kakitangan Hospital Ranau juga diberikan sumbangan.

“Diharap bantuan ini meringankan beban kakitangan hospital yang terpaksa berpindah ke rumah lain pada masa Ramadan hampir tiba,” kata Dr Daroyah.

Penghuni kuarters terbabit diarahkan berpindah serta merta apabila bangunan kediaman mereka mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi selamat didiami.

EZY

Categories
SELANGOR

Mangsa gempa bumi terharu kepantasan bantuan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

RANAU, 15 JUN: Penduduk terjejas akibat gempa bumi yang berlaku 5 Jun lalu terharu apabila Selangor terlebih dahulu menghulurkan bantuan kepada mereka berbanding Kerajaan Sabah.

Mangsa gempa bumi di Kampung Poring berkata, sikap prihatin Kerajaan Selangor itu mampu mengurangkan bebanan akibat kerugian kesan bencana alam itu.

SABAHSumbangan kepada penduduk kg poring (8)“Selepas beberapa hari gempa bumi dah ada wakil Kerajaan Selangor datang kampung ini memeriksa kerosakan rumah penduduk untuk diberikan bantuan.

“Hari ini bantuan dah pun dapat dan ini amat bermakna kepada kami sekeluarga kerana sikap prihatin Kerajaan Selangor yang sanggup membantu walaupun jauh,” kata Hafizah Suman Abdullah, 41, yang rumahnya mengalami kerosakan rumah akibat gegaran kuat semasa gempa bumi itu berlaku.

Peniaga kraftangan, Juida Liman, 36, pula berharap bantuan dihulurkan itu sedikit sebanyak dapat menanggung kerugian perniagaannya akibat kemerosotan pengunjung di Poring Hot Spring di sini.

“Diharap selepas ini Kerajaan Sabah dan juga Persekutuan pula tampil memberikan bantuan kepada kami kerana Kerajaan Selangor yang jauh pun boleh bantu,” kata beliau kepada Selangor Kini.

jovini limanaSeorang lagi peniaga kraftangan di kawasan peranginan sama, Jovini Liman,32, pula tidak menyangka menerima bantuan pertama selepas kejadian gempa bumi dari Kerajaan Selangor.

“Tak sangka pula orang Selangor pula yang datang membantu. Tidak banyak tetapi membantu. Saya harap Kerajaan Sabah turunkan bantuan secepat mungkin kepada keluarga memerlukan,” kata beliau pula.

Terdahulu, pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) di bawah Exco Kebajikan negeri itu menghantar pasukan bagi mengenal pasti dan menilai kerugian mangsa bencana sebaik sahaja berlaku gempa bumi itu.

Pasukan itu kemudiannya menghantar laporan terus kepada Kerajaan Selangor sebelum bantuan dapat disalurkan kepada mangsa terlibat secara terus tanpa melibatkan orang tengah.

EZY

Categories
SELANGOR

Delegasi misi bantuan Selangor selamat tiba di Kota Kinabalu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA KINABALU, 13 JUN: Delegasi Kerajaan Selangor yang diketuai Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Delegasi seramai tujuh orang itu dijangka akan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Malim Gunung yang terkorban, masjid, gereja, peniaga dan penduduk terjejas.

Sumbangan turut diberikan kepada 95 Malim Gunung, Persatuan Malim Gunung dan pasukan walkie talkie yang beroperasi di Gunung Kinabalu.

Lawatan tiga hari itu juga melibatkan beberapa kampung terjejas, hospital dan rumah anak yatim.

-NFN-

Categories
SELANGOR

RM11 juta disalur kepada 466 sekolah seluruh Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Selangor mengagihkan hampir RM11 juta kepada 466 sekolah seluruh negeri, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, Hulu Selangor menerima RM565,000 melibatkan 28 sekolah merangkumi 10 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta lapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

YB Nik Nazmi sampaikan sumbangan di Kuala Kubu Bharu (4)“Hulu Selangor daerah keempat menerima bantuan pendidikan selepas Gombak, Klang dan Hulu Langat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Hulu Selangor, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Yatim.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri komited menambahbaik akses pendidikan dalam melahirkan generasi berilmu melalui pelbagai skim bantuan.

“Kerajaan Selangor memandang serius perkembangan sektor pendidikan.

“Kita ada beberapa program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang secara khusus menjaga kebajikan pendidikan anak negeri ini seperti Tawas, Tunas, Sikembar, PTRS dan HPIPT.

YB Nik Nazmi sampaikan sumbangan di Kuala Kubu Bharu (2)“Program agihan yang diberi juga khusus membantu pembangunan prasarana pendidikan berdasar keperluan sekolah terlibat.

“Inisiatif ini membolehkan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif apabila kemudahan pendidikan berada pada tahap baik,” katanya.

Tahun ini , Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah keseluruhan Bantuan Pendidikan Selangor sebanyak RM16 juta dengan RM11 juta sudah berjaya disalurkan.

Daripada iumlah itu, SAR  menerima RM6 juta, manakala SJKC dan SJKT masing-masing RM4 juta.

“Baki RM2 juta adalah rizab kegunaan kecemasan seperti kebakaran atau bencana alam.

“Rizab ini yang Kerajaan Negeri guna bagi membantu Sekolah Tahfiz Khairul Alam, di Seri Muda, Shah Alam yang musnah terbakar, baru-baru ini,” katanya.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri turut menyalurkan Tunas berjumlah RM62,250 kepada 415 keluarga, manakala RM10,000 diagih melalui program Hadiah Anak Masuk Universiti kepada 10 pelajar di daerah itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

JAIS sumbang RM300,000 bantu beban mangsa banjir

Oleh : AFEEQA AFEERA

SIJANGKANG, 11 JAN : Meskipun keadaan banjir di Pantai Timur mulai surut, namun bantuan secara berterusan dihulurkan Kerajaan Selangor bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Terbaru, sejumlah RM300,000 disumbangkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berupa bantuan kewangan dan barangan keperluan seperti generator, pam air, 300 unit dapur dan sebagainya.

Dr YunusExco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pelbagai bentuk sumbangan akan terus diberikan kepada mangsa banjir bagi memastikan keperluan mereka mencukupi untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Di pihak Kerajaan Negeri pula hampir RM6 juta diperuntukkan bagi menampung pembangunan kediaman mangsa yang kebanyakannya musnah dalam banjir tempoh hari.

“Selain itu kita juga berhasrat untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi pakaian sekolah dan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya kepada Selangor Kini.

Menceritakan lawatannya ke Kelantan semalam, Ahmad Yunus berkata terdapat beberapa kawasan di negeri itu yang masih berdepan banjir, malah hujan lebat terus berlarutan terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti.

Malah katanya banyak perkara masih belum diselesaikan terutama di daerah Kuala Krai yang kebanyakan kediaman penduduk hanyut dan tidak boleh didiami.

“Ini satu ujian yang besar kepada mereka, insyaAllah akan ada kebaikan yang akan berlaku selepas ini.

“Ramai pihak tampil memberi khidmat kepada mangsa banjir kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MPSJ hantar bantuan kemanusiaan ke Kelantan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak ketinggalan melancarkan Misi Menghantar Bantuan Kemanusiaan ke Kelantan atas dasar keprihatinan dan peduli rakyat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporatnya, pelepasan konvoi misi itu berlangsung di hadapan bangunan MPSJ, pada 29 Disember lalu dan selamat kembali pada 31 Disember lalu.

IMG-20141231-WA0012Konvoi yang diketuai Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid itu turut disertai ahli majlis, Sufari Tinnin dan Michael Noel Jalleh serta 30 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MPSJ.

Konvoi misi melibatkan sembilan buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan tiga buah lori MPSJ yang membawa barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Antaranya, barangan seperti kain batik dan pelikat, telekung, sejadah, pakaian dalam wanita dan lelaki, lilin, pemetik api, air mineral, makanan kering serta makanan dalam tin bernilai RM20,000.

IMG-20141231-WA0009Selain itu, kakitangan MPSJ turut terlibat di dalam memberi sumbangan masing-masing dan antara lokasi yang dikunjungi adalah Manek Urai, Dabong dan Kuala Krai.

MPSJ turut melaksanakan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang ditempatkan di lobi MPSJ dan cawangan MPSJ di Bandar Puteri, Puchong serta Stadium Tertutup Serdang, selain misi terbabit.

Orang ramai boleh memberi sumbangan bermula 29 Disember lalu sehingga 7 Januari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PANTAS & Sinar Ehsan bantu mangsa banjir di Perak

SHAH ALAM 28 DIS: AJK Cabang PKR Pasir Salak telah menjalankan operasi mengagih barangan makanan kepada mangsa banjir di Kg Pulau Juar, Kg Telok dan Kg Selat Pulau di Kampung Gajah semalam.

Barangan makanan dibekalkan NGO kemanusian, PANTAS dan Sinar Ehsan dari Selangor.

Screenshot_2014-12-28-02-01-17Barangan disampai dari rumah kerumah bagi meringan bebanan mendapatkan makanan oleh mangsa banjir. Barangan berupakan beras, susu tin, sardin, biskut dan minyak masak.

PKR Pasir Salak akan terus menyampai bantuan kepada mangsa banjir semampu mungkin dalam beberapa hari akan datang memandangkan banjir tidak menunjukkan akan surut dalam masa terdekat.

Categories
SELANGOR

Usahawan sukacita jika geran bantuan diperbesarkan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diharap akan membuka peluang lebih luas untuk usahawan di Selangor.

Pengusaha seni ukiran inovasi, Azizah Selamat, 46 berharap agar pembentangan bajet pada kali ini akan meluluskan peruntukan geran lebih besar kepada golongan usahawan.

Katanya, bantuan Kerajaan Negeri itu pasti dapat membantu menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi rakyat Selangor.

“Kalau boleh, seperti saya ini mahu kembangkan perniagaan sedia ada supaya saya boleh menggaji anak-anak yang berbakat dalam bidang seni ukir.

“Bukan sahaja manfaat dari segi ekonomi, malah kita dapat pelihara warisan budaya kita sejak zaman berzaman ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau merupakan antara peserta Karnival Usahawan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Kompleks PKNS yang akan berlangsung bermula 27 hingga 30 September ini.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Normalis Mahmud 42, pula berharap pihak Kerajaan Negeri dapat mewujudkan pusat sehenti bagi golongan usahawan kecil.

“Di situ dapatlah kami menempatkan produk jualan kami, jadi lebih mudah kerana semuanya di bawah satu bumbung.

“Harap kerajaan negeri juga dapat menguar-uarkan program-program bantuan kepada para usahawan.

“Ini kerana sehingga kini, maklumat itu tidak sampai walaupun saya sedar ada bantuan diberikan tetapi masih ramai lagi rakan-rakan yang tidak tahu,” katanya yang menjual pelbagai jenis biskut ‘homemade’.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: ADUN Tanjung Sepat serah bantuan basmi kemiskinan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 JULAI: Blueprint mengadakan majlis penyerahan bantuan Program Pembasmi Kemiskinan Negeri Selangor, pada 18 julai lalu.

Penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan bersama pegawai pejabat daerah dan ADUN Kuala Langat, V Ganabatirau.

20140716_120643Turut serta dalam menjayakan majlis berkenaan adalah penghulu mukim batu dan ketua kampung batu laut.

Majlis dijayakan bertempat di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Laut.

Majoriti peserta melahirkan rasa berterima kasih atas keprihatinan yang diberikan, sekali gus membantu meringankan bebanan mereka dan ahli keluarga.

-NFN-

‘Atuk’ Khalid hulur bantuan kepada 5 beradik kematian ibubapa

Sinopsis

Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik berasik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.