Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Kuasa berpusat kepada PM, punca mudah salah guna

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Pentadbiran kerajaan terlalu banyak berpusat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga mendorong beliau menyalahguna kuasa.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, berkata ia dapat dilihat apabila beliau dengan sengaja memberi tekanan kepada penjawat awam bagi mengelak siasatan adil dan telus dilakukan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

IMG_20150830_104319 (1)“Bila perkara ini terjadi, orang yang terlalu berkuasa akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya,” katanya di pentas Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan akan bertambah buruk jika lima tuntutan asas Bersih 2.0 tidak dilayan.

Lima tuntutan terbabit adalah mengadakan pilihan raya bersih, membangun kerajaan bersih, mempertahan hak membantah dan menggesa mengambil tindakan menyelamatkan ekonomi negara.

Ambiga berkata, Najib juga perlu meletakkan jawatan kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Derma rakyat meningkat RM2.6 juta

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Derma rakyat kepada Bersih 4.0 meningkat kepada RM2.6 juta iaitu pertambahan RM200,000 dalam tempoh sehari.

IMG_20150829_164808Perkara itu diumumkan anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ketika berucap di hadapan hentian Majid Jamek, sebentar tadi.

Selangor Kini masih berusaha mendapatkan kepastian berhubung angka itu secara rasmi daripada pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Semalam, Maria mengumumkan Bersih 2.0 menerima RM2.4 juta sumbangan derma rakyat.

“Bersih akan manfaat duit rakyat ini sebaiknya bagi memastikan demokrasi berjalan sihat di negara ini. Duit ini selamat tanpa ancaman penyelewengan kerana ia adalah amanah rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Kesesakan internet cabaran utama pengamal media

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Kesesakan talian internet antara cabaran kepada pengamal media yang membuat liputan di kawasan himpunan Bersih 4.0 dan menyukarkan laporan berita dihantar tepat pada masa.

Keadaan terbabit menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengamal media selain disebabkan terlalu ramai pengguna internet pada masa serentak dan wujudnya tindakan pihak tertentu untuk menyekat laporan media kepada masyarakat.

IMG_20150830_104319Ia turut dialami wartawan dan kru Selangor Kini serta TV Selangor yang membuat liputan penuh sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagi memastikan berita dapat dihantar lebih cepat, pengamal media perlu mencari kawasan kurang sesak yang agak jauh dari pentas utama di Dataran Merdeka, namun ia didapati lebih mudah berbanding semalam.

Selain isu keselamatan dan kesesakan talian internet, cuaca panas juga menjadi satu lagi cabaran kepada pengamal media dalam memastikan laporan yang cepat dan tepat kepada masyarakat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Bunga manggar ‘kuning’ warnai Jalan Tun Perak

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Himpunan Bersih 4.0 berehat sebentar sehingga jam 2.00 petang ini bagi memberi ruang kepada peserta mengalas perut dan menunaikan solat Zohor.

IMG-20150830-WA0001Bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi meneruskan acara dengan ucapan, perarakan dan nyayian bagi meniup semangat ‘bersih’ pada hari kedua ini.

Acara berlangsung aman tidak ubah seperti pesta namun peserta menjaga displin.

Bunga manggar (kuning keemasan) yang sinonim bagi upacara perkahwinan Melayu turut kelihatan dijunjung peserta yang bermukim di Jalan Tun Perak, di sini.

Bagi sukarelawan, kesenjangan ini diguna sebaiknya bagi menjalankan tugas mengusung beg plastik dan mengutip sampah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: ‘Bon Jovi’, ‘Ella’ redakan kerisauan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Kecurangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat adalah tindakan yang memberi tamparan hebat sehingga himpunan Bersih 4.0 diadakan selama dua hari, sejak semalam.

Namun, peserta dapat melupakan seketika kekecewaan itu apabila dihiburkan ‘Ella’ dan ‘Bon Jovi’ yang mendendangkan lagu hit masing-masing.

IMG_20150829_164815Dalam persembahan di pentas Jalan Tun Perak, di sini ‘Ella’ membawakan lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ dan ‘Bon Jovi’ pula ‘It’s My Life’.

Walaupun kedua mereka bukan penyanyi asal, namun persembahan mereka yang diiringi gitar akustik itu berjaya memukau orang ramai yang berada di pentas kecil itu.

Orang ramai turut menyanyi sambil bertepuk tangan dengan mengikut rentak lagu yang dinyanyikan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Bersih 4.0 yang memasuki hari kedua berehat dari jam 12.00 hingga 2.00 petang bagi memberi laluan peserta makan tengah hari dan solat Zohor.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Agihan air percuma sokong usaha peserta

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Lebih 10 lokasi sekitar himpunan Bersih 4.0 dikesan mengagihkan air percuma sebagai dokongan dan rasa prihatin kepada peserta yang kehausan di bawah panas matahari.

Salah seorang sukarelawan, Quek Chin, 30, berkata kumpulanya berjaya mengagihkan lebih 12,000 botol air mineral, 4,000 bungkusan biskut dan 500 paket garam, sejak semalam.

IMG_20150830_104319 (1)“Semua ini adalah sumbangan rakan kami yang tidak dapat hadir ke himpunan. Kami hanya menyampaikannya.

“Mereka cuba menyokong dari jarak jauh dan berharap misi Bersih 4.0 berjaya capai matlamatnya,” katanya ketika ditemui Selangor kini.

Hari kedua Bersih 4.0 menyaksikan semua lokasi dipenuhi ratusan ribu peserta berbaju kuning terutama di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak.

Himpunan berkenaan berehat seketika sebelum menyambung kembali aktiviti yang dirancang sebentar lagi

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Polis tahan peserta luar Kuala Lumpur

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Hari kedua himpunan Bersih 4.0 membuka tirai dengan beberapa siri tahanan di luar ibu kota dan perkara itu disahkan Pasukan Urgent Arrest Bersih melalui aplikasi prime.

Di Melaka, 25 orang awam ditahan kerana berpakaian kuning dan mempunyai logo membabitkan akta percetakan, manakala seorang ditahan di Nilai atas perkara sama.

IMG_8390Di Bentong pula, sebuah bas diarah berpatah balik daripada memasuki Kuala Lumpur kerana membawa kira-kira 30 individu untuk hadir ke Bersih.

“Kami mengutuk tindakan polis yang ingin menakut-nakutkan orang ramai untuk hadir menyatakan bantahan secara aman.

“Kami ingin menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman yang diperuntukkan di bawah perlembagaan iaitu Artikel 10,” kata kenyataan itu.

Katanya, Bersih membuktikan perhimpunan berjalan dengan aman seperti hari pertama dan yakin ia terus lancat tanpa sebarang provokatif daripada polis.

“Kami menyeru rakyat Malaysia untuk menghadirkan diri ke perhimpunan Bersih dan mengabaikan segala provokasi tidak bertanggungjawab,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Sukarelawan ajak peserta bersih sampah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Bersih 4.0 tidak terlepas pandang dalam memastikan kawasan himpunan bebas sampah sarap selain ‘membersihkan’ negara daripada terus dipimpin kerajaan yang korup.

Dengan slogan ‘Bersih for corruption, Bersih for rubbish’ sebuah gerakan dalam kalangan peserta himpunan aman itu mengajak yang lain menjadi sukarelawan bersama mengutip sampah.

20150829_223805Kehadiran mereka dengan papan tanda dan puluhan beg plastik di pembahagi Jalan Tun Perak, di sini, menarik perhatian Selangor Kini.

Gerakan yang dianggotai 30 individu itu mula bergerak aktif sejak awal himpunan berlangsung sehingga tamat, pada malam kemerdekaan 31 Ogos ini.

Insiatif menjemput peserta himpunan untuk bersama mengutip plastik pembungkus makanan, botol dan tin minuman itu memberi kesedaran tinggi betapa pentingnya menjaga kebersihan.

IMG_8589Salah seorang sukarelawan, Eric, 27, berkata sudah menjadi asas negara maju perlu bersih daripada sampah.

“Dalam keghairahan kita menuntut negara bersih daripada korupsi dan pemimpin yang zalim, jangan pula terlupa pastikan persekitaran juga perlu bersih daripada sampah.

“Kerana itu adalah asas bagi sebuah negara maju,” katanya.

Hasil tinjauan, beberapa lokasi berada dalam keadaan bersih dan ramai peserta mengambil bahagian menjadi sukarelawan, bahkan sampah terkumpul turut diasingkan mengikut meterial bagi memudahkan ia dikitar semula.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kehadiran Tun M disambut ‘pulang paku buah keras’ Hisham

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berikutan kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.0 bagi memberi sokongan kepada rakyat yang mahukan Datuk Seri Najib Razak berundur dilihat bertentangan dengan tindakan beliau ketika berkuasa.

IMG_8234“Jika dahulu Mahathir cakap ini bukan caranya tetapi sekarang beliau sendiri beri sokongan kepada kita. Ini bererti apa yang saya cakap memang betul,” kata Hishamuddin dalam persembahan stand up komedinya di pentas utama Dataran Merdeka, hari ini.

Sekitar penghujung 70-an, Hishamuddin adalah salah seorang aktivis mahasiswa yang lantang mengkritik kerajaan dan terkenal dalam kalangan pelajar dengan idea mengadakan demontrasi.

Gara-gara kelantangannya itu, beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pelajar pada masa itu menjadi buruan polis.

Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Hishamuddin berjaya melarikan diri ke luar negara dan hanya kembali apabila bermulanya era reformasi, pada 1999.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Malam lebih hangat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pesta demokrasi dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sekitar ibu negara diteruskan pada sebelah malam, hari pertama, hari ini.

Sejak jam 7.00 malam tadi, orang ramai kembali berpusu-pusu membanjiri Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak untuk mengikuti acara seterusnya dalam perhimpunan yang berlangsung selama dua hari itu.

IMG-20150829-WA0060Tinjauan Selangor Kini mendapati beberapa pentas bergerak diwujudkan sepanjang Jalan Tun Perak dengan pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, deklamasi sajak, kumpulan gendang dan stand up komedi.

Sementara itu, di pentas utama di Dataran Merdeka pula, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) dan aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan memberi ucapan masing-masing.

Antara yang kelihatan termasuk Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad juga Ahli Parlimen iaitu Zuraidah Kamaruddin dan Dr Mariah Mahmud selain Datuk S Ambiga serta Hishamuddin Rais.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MB: Bukan rakyat saja, Mahathir juga mahu Najib undur

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melalui laman twitter miliknya mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau bukan sahaja ditolak rakyat tetapi Tun Dr Mahathir Mohamed turut tidak menyokongnya.

Keratan ringkas berbunyi ‘Mahathir want ‘bangsat’ Najib to leave’ mula dipaparkan Mohamed Azmin sebentar tadi.

DSC_4211Sebelum ini, Najib dalam satu kenyataan berkata Melayu akan bangsat jika berhenti berserah dan berpaut kepada Umno.

Terdahulu, Tun Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali turun ke Dataran Merdeka, pada jam 7.20 malam tadi.

Kehadirannya dilihat sebagai tanda sokongan buat rakyat yang berhasrat besar menuntut Najib berundur dan selamatkan Malaysia.

IMG-20150829-WA0068Dalam twitter Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut mengembeleng sokongan anak muda untuk bersama bangkit menentang penindasan.

“Atas semangat kemerdekaan, anak muda tidak boleh merelakan penindasan dan eksploitasi yang dilakukan penjajah berpindah kepada pribumi.

“Anak muda yang punya idealisme tidak akan merelakan penindasan manusia oleh manusia. Mahasiswa sebagai suara zaman yang perlu berperanan membawa perubahan buat negara,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Peserta kerumun Mahathir di Dataran Merdeka

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Bersih 4.0 nyata bukan sahaja disokong lebih ratusan ribu peserta, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut meluangkan masa ke Dataran Merdeka, di sini, sekitar jam 7.20 malam tadi.

Kehadiran Mahathir disambut gembira oleh peserta yang masih berada di Dataran Merdeka dan mereka mengerumuni beliau untuk bersalaman, sekali gus memberi semangat terhadap penganjuran berkenaan.

IMG_8211 Kedua mereka hadir berjalan kaki dengan diiringi pengawal keselamatannya dari Jalan Parlimen ke Jalan Tun Perak sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, kedua mereka hanya sekadar singgah 10 minit sebelum kembali menaiki kenderaannya.

Ditanya pemberita berhubung tujuannya ke lokasi itu, Mahathir berkata, beliau sekadar singgah melihat rakyat.

“Teruskan..teruskan..,” katanya kepada peserta yang dikira sebagai kata pendorong untuk peserta berhimpun dan terus berkampung, di sana, malam ini.

IMG_8234Sebelum ini, Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sekurang-kurangnya terdapat enam jentera FRU dan meriam air di Dataran Merdeka setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengingatkan peserta himpunan untuk terus mengekalkan suasana aman bagi menjayakan himpunan kali ini.

“Jaga tingkah laku dan jangan pula ada yang merempuh halangan pihak berkuasa,” katanya.

NFN-