Categories
NASIONAL

Penganalisis: Komitmen PKR jadi ‘orang tengah’ mampu selesai kemelut DAP-PAS

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 10 JUN: Komitmen berterusan PKR menjadi orang tengah dalam penyelesaian pergeseran antara PAS dan DAP adalah usaha terbaik demi memastikan Pakatan Rakyat (Pakatan) kembali di posisi sebenar sebagai parti harapan rakyat.

Penganalisa Politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata usaha itu hanya akan berjaya selagi PAS dan DAP akur menamatkan perbalahan dan kembali bersama membawa aspirasi rakyat seterusnya melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Bukan soal PAS keluar Pakatan sertai Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan kerana itu soal kedua. Malah, jika PAS dipecat dari Pakatan, belum tentu lagi parti itu sertai Umno.

Grafik Selangor-Pakatan“Pokoknya, marah DAP kepada PAS hanya membuka peluang dan ruang untuk Umno-BN menyaksikan Pakatan tumbang. Itu menguntungkan mereka.

“Dalam hal ini, peranan yang dibawa PKR untuk memulihkan kedua parti itu melalui meja rundingan amat tepat dan menghormati rakyat yang punya harapan tinggi kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Mohamad berkata, sewajarnya Pakatan melihat krisis (DAP-PAS) itu sebagai peluang untuk bermuhasabah diri sebelum kembali bersama sebagai sebuah gagasan yang kukuh untuk berdepan Umno-BN pada PRU-14.

“Pakatan berjaya capai objektif jangka pendeknya dengan menguasai sebahagian negeri bagi membentuk kerajaan.

PR Selangor Kemuka Bantahan PRU13 02“Kejayaan ini perlu diteruskan untuk mencapai objektif jangka panjang iaitu memerintah negara dengan menumbangkan Umno-BN.

“Dalam keghairahan ini, timbul persaingan sesama sendiri apabila PAS tekad perjuangkan hudud yang memberi kesan kepada DAP untuk menjaga pengaruh politik dan penyokongnya,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkeyakinan tinggi PAS sukar mencapai kemenangan seperti dikecapin dalam PRU 2008 dan 2013 jika meninggalkan Pakatan walaupunparti itu ‘ideological based’ yang kukuh akar umbinya.

“PAS sukar untuk mencapai kemenangan kerana mereka hanya bergantung kepada undi Melayu-Islam sahaja.

“Sebaliknya, Pakatan akan terus kekal memberi saingan kepada Umno-BN sebagai gabungan alternatif kepada rakyat membuat pilihan,” kata Agus dalam status di laman Facebooknya.

-NFN-

DAP umum kabinet bayangan

DAP mengumumkan kabinet bayangannya dengan meletakkan 46 ahli Parlimen bagi memantau 18 portfolio yang ditetapkan dan juga akan bertanggungjawab sebagai jurucakap.

Categories
NASIONAL

DAP umum kabinet bayangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: DAP mengumumkan kabinet bayangannya yang akan bertanggungjawab sebagai jurucakap dan memantau portfolio masing-masing.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP meletakkan 46 Ahli Parlimennya bagi memantau 18 portfolio yang ditetapkan.

“Jurucakap bagi portfolio yang ditetapkan ini mewakili DAP. PKR dan PAS juga boleh berbuat demikian.

lim guan eng“Saya rasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bersetuju,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Antara yang dilantik sebagai jurucakap adalah Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Kulai) untuk portfolio pendidikan, sains dan teknologi serta Tony Pua (Petaling Jaya Utara) bagi kewangan dan ekonomi.

Sementara itu, Ong Kian Ming (Serdang) bagi kesihatan dan alam sekitar, Gobind Singh Deo (Puchong) untuk dalam negeri dan Teresa Kok (Seputeh) menjadi jurucakap undang-undang, perdagangan dan industri antarabangsa.

-NFN-

DAP dukacita ada pihak sebar poster fitnah

DAP melahirkan dukacita Pilihan Raya P044 Permatang Pauh dicemari taktik sebaran poster fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Categories
NASIONAL

DAP kekal bersama Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 24 MAC: DAP memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat kerana ia gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat untuk membina Malaysia baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.

PAKATAN RAKYAT“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam Pakatan Rakyat, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” katanya.

Guan Eng berkata DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

“Rakyat yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama,” katanya dalam kenyataan media.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

DAP: Nurul Izzah direman, Ismail Sabri bagaimana?

Oleh: Lim Guan Eng

DAP mengutuk sekeras-kerasnya salahguna kuasa oleh pihak polis dalam soal penahanan Nurul Izzah Anwar; serta menggesa supaya beliau dilepaskan.

DAP mengutuk sekeras-kerasnya salahguna kuasa oleh pihak polis dalam soal penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; serta menggesa supaya beliau dilepaskan dengan serta merta.

Nurul IzzahKetika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis.

Malah pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.

Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan?

Tidak ada sebab untuk menahan Nurul Izzah, beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.

Beliau tidak akan melarikan diri. Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?

DAP akan tetap setia bersolidariti dan menyokong beliau, walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan pihak polis budak suruhan mereka untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

* Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan

Categories
NASIONAL

Tidak bertanding di DUN Chempaka, BN gerun kekuatan PR

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 MAC: Barisan Nasional (BN) ternyata gusar dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS hingga membuat keputusan tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Chempaka, 22 Mac ini.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata selaku kerajaan persekutuan, keputusan BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu memperlihatkan kepada umum gabungan itu tidak yakin untuk memberikan cabaran.

UMNO BN 55“BN khususnya Umno dilihat tidak yakin langsung untuk memenangi DUN itu tambahan pula ia adalah DUN diwakili Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Pengaruh Nik Abdul Aziz begitu kuat serta besar di situ dan menunjukkan ketidakupayaan Umno untuk mencabar. Bukan soal mahu menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya tetapi itu semua adalah helah bagi menutup kelemahan sendiri,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Pada masa sama, Suee Lim berkata, perbezaan padangan dan pendirian dalam beberapa isu termasuk hukum hudud adalah lumrah antara DAP dan PAS iaitu berlaku sebelum dan selepas kedua-duanya bergabung dalam PR.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan menyebabkan perpecahan antara komponen PR itu sebaliknya akan memantapkan PR kerana banyak persamaan antara mereka termasuk PKR.

“Kita meraikan serta menghormati pandangan masing-masing. Kita sentiasa menyokong antara satu sama lain sebagai komponen dalam PR dan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian sekiranya menghadapi masalah.

Nik Aziz grafik“Dengan semangat seperti ini, saya yakin perselesihan dan perpecahan dicanang oleh media dan blog tertentu tidak akan memecahkanbelah dan menggangu gugat keutuhan PR,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam PR akan menjalin kerjasama erat bagi membentuk gabungan atau wadah alternatif ke arah menumbangkan BN di peringkat pusat.

Kerusi DUN Chempaka kosong apabila penyandang, Almarhum Nik Aziz, meninggal dunia akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

EZY

Categories
SELANGOR

DAP cadang Petaling Jaya lokasi percubaan pilihan raya PBT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan Selangor diharap mampu menjadi medan percubaan penganjuran pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana hal itu terkandung dalam manifesto antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Petaling Jaya mungkin dipilih sebagai kawasan pertama, namun perkara itu masih belum dimuktamadkan dan perlu dibincang di peringkat tertinggi pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

logo PBT“Ini bukan isu DAP bertegas untuk melaksanakan atau tidak, tetapi ia adalah isu perundangan dan Pulau Pinang sudah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan tetapi ditolak.

“Di Selangor, berkemungkinan percubaan pilihan raya PBT akan diadakan di Petaling Jaya tetapi belum ditentukan. Kami harap ia boleh dicuba,” katanya selepas menghadiri Forum Masyarakat Majmuk dan Demokrasi di Malaysia, di sini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, isu pilihan raya PBT perlu dibincangkan terlebih dahulu oleh kepimpinan PR untuk memastikan jika pelaksanaan undi ketiga mampu menjadi penyelesaian kepada masalah dihadapi.

Ong Kian Ming 01Cadangan untuk mengadakan pilihan raya PBT di Selangor bukan perkara baru selepas Mohamed Azmin pernah mengumumkannya beberapa tahun lalu.

Isu pilihan raya PBT mendapat perhatian selepas PAS dan DAP berselisih pendapat berkenaan isu terbabit apabila DAP mahu pilihan raya itu dikembalikan.

-NFN-

MB Tiada perjanjian dengan DAP

Sinopsis:

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada perjanjian dipersetujui dengan parti DAP. Menyifatkan tuntutan DAP sebagai perkara baru, Mohamed Azmin berkata cadangan parti komponen PR itu akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk dibincangkan.

Categories
SELANGOR

Pakatan punyai kelebihan selagi Noh Omar ketuai Umno-BN Selangor

SHAH ALAM 30 NOV: Pakatan Rakyat Selangor mempunyai kelebihan untuk mengembalikan dan meraih keyakinan rakyat ekoran isu Menteri Besar Selangor yang menjejaskan sedikit keyakinan rakyat kepada gagasan itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata dalam keadaan krisis Menteri Besar memuncak, Umno tidak dapat mengeksploitasi isu itu ekoran lemah dan berpecah- belah.

noh-omar“Dalam krisis ini, kita bernasib baik musuh politik kita, Umno berpecah-pecah lebih lemah daripada kita.

“Selagi Datuk Noh Omar kekal memegang jawatan Ketua Umno Selangor dan selagi Umno tidak dapat melantik pemimpin yang lebih cekap, bijak dan berkesan, Pakatan Rakyat berpeluang besar berjaya dalam matlamat memulihkan sokong daripada rakyat,” kata Tony Pua.

Tony Pua berkata demikian di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014 di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, bersama Dato’ Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali, beliau menggesa Pakatan Rakyat bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat.

“Kita perlu bertungkus-lumus, bekerja keras dalam tiga tahun yang akan datang untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

DAP ucap tahniah MB selesai isu Bible, permulaan baik amal kesederhanaan

SHAH ALAM, 14 NOV: DAP mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang berjaya menyelesaikan isu pengambilan Bible berbahasa Melayu dan Iban yang berlanjutan hampir setahun.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap ia akan menjadi titik permulaan ke arah Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kesederhanaan.

IMG-20141114-WA0029“Tahniah kepada Azmin kerana berjaya menyelesaikan kemelut ini.

“Berita ini, serta tibanya negara kita sebagai Pengerusi Asean pada tahun hadapan adalah perkembangan yang amat dialu-alukan dan seharusnya dijadikan titik mula kepada Malaysia yang sederhana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu majlis sempena kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) Rev. Archbishop Datuk Bolly Lapok di Istana Shah Alam pagi tadi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memulangkan kembali 351 naskah kitab itu kepada ACS.

Dalam pada itu, tokoh veteran DAP itu menegaskan kembali seruan menamatkan ketegangan kaum dan agama yang telah menyekat pembangunan negara selama ini.

“Ada keperluan mendesak untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan politik, mengelakkan perkauman sempit yang bertentangan dengan prinsip Malaysia.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah pro-aktif untuk menghentikan polarisasi kaum dan agama yang telah menimbulkan perpecahan dan perbalahan di negara kita ini,” kata Kit Siang lagi.

EZY

DAP nafi sumbang kejatuhan indeks media negara

http://tv.selangorku.com