Categories
NASIONAL

“Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS”

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 13 SEPT: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat menerima kritikan di media sosial.

Menurut Najib, KWSP saja dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.57 bilion) hingga AS$4 bilion (RM16.76 bilion) di negara berkenaan.

“Kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.

“Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden AS, Donald Trump.

BantuKetua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata mempersoalkan mengapa Malaysia ingin memperkukuhkan ekonomi Amerika.

“Apakah impak kita jika ada pun dalam perkara ini? Pada masa yang sama adalah aneh untuk kita melabur dalam infrastruktur Amerika tetapi meminta pelaburan untuk projek di negara kita sendiri daripada China,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Berikut adalah beberapa kritikan dimuat naik di media sosial Twitter:

Mahfuz Omar‏: Nak bantu Trump kukuh eknomi US.hebat. nak urus ekonomi Malaysia pun ambik duit rakayt guna GST. Ini nak bantu US pulak.Maharaja lawak 2017

Nurul Izzah Anwar: Tahniah Najib Razak, RM 42 Bilion untuk membeli kapal terbang dan RM 18 Bilion pelaburan di Amerika Syarikat. Oh mana peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia?

Mukhriz Mahathir‏: Nak bina ECRL, pinjam RM55bilion. Rakyat tanggung melalui GST. Ni nak beli pesawat RM42bil & suruh KWSP labur saham di AS lagi!

Nurul Nazirah: Sedih denham PM Sekarang.Trump Bukan Bodoh. Adakah Melabur Dekat AA Sana Bantu Ekonomi Kita. Habislah KWSP.

eatimeMY‏: NEGARAKU mahu perkukuh ekonomi AMERIKA. Tapi pakai duit KWSP aku jugak. Jom tuntut 15% Bonus + Dividen.

PENGHASUT RAKYAT‏: Menambah pelaburan KWSP kedalam pelaburan di Amerika yang tidak di ketahui urusniaganya hanya akan mendatangkan risiko kerugian mendatang.

Hazlan Jamaludin: Subsidi rakyat kau tarik ,lagi kau guna ayat nak Bantu perkukuhkan ekonomi America ,duit siapa kau pakai beli pesawat Boeing Kali ni.

https://selangorkini.my/2017/09/pertemuan-najib-trump-pelik-misteri-mengejutkan-kenapa/

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli Malaysia Airlines Bhd (MAB).

“Kami komited membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

KWSP“Dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga berkenaan akan bernilai melebihi AS$10 bilion (RM41.9 bilion),” katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan itu, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner adalah pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perdana Menteri kemudian menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Sepang bernilai AS$3.9 bilion (RM16.34 bilion).

Najib berkata, kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

“Kedua, kami memiliki KWSP, yang juga dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan berhasrat melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan sudah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Trump yakin mampu lerai konflik Israel-Palestin

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikrar menjadi orang tengah bagi mewujudkan keamanan dalam konflik antara Palestin dan Israel.

Beliau berkata, terdapat peluang baik untuk berunding ke arah pendamaian antara kedua negara Asia Barat berkenaan.

Katanya, beliau bersedia menjadi pengantara, timbang tara dan pemudah cara dalam melaksanakan apa diperlukan bagi memastikan usaha pendamaian itu berhasil.

“Saya komited untuk bekerjasama dengan Israel dan Palestin bagi menghasilkan persetujuan tetapi apa jua perjanjian tidak boleh dilaksanakan AS atau negara lain.

“Palestin dan Israel perlu bekerjasama untuk mencapai perjanjian yang akan membolehkan rakyat kedua negara hidup dalam keadaan aman damai,” katanya dipetik The Sun Daily.

Beliau dilapor berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke White House, semalam.

Republican presidential candidate Donald Trump speaks to supporters as he takes the stage for a campaign event in Dallas, Monday, Sept. 14, 2015. (AP Photo/LM Otero)

Sebelum ini, Trump meminta Israel menghentikan penempatan haram Israel di Tebing Barat serta Hamas.

Beliau bagaimanapun tidak membangkitkan isu berkenaan ketika pertemuan bersama Mahmoud.

Sementara itu, Mahmoud berkata, terdapat keperluan mendesak bagi meleraikan isu pelarian Palestin serta tahanan di penjara Israel.

“Sudah tiba masanya Israel menamatkan penjajahan ke atas rakyat dan tanah Palestin.

“Selepas 50 tahun, kami adalah satu-satunya warga yang masih hidup dalam penjajahan.

“Kami mahukan kebebasan, maruah, hak menentukan nasib sendiri dan kami mahu Israel memperakui Palestin sebagai sebuah negara seperti mana warga Palestin memperakui Israel sebagai sebuah negara,” katanya.

Categories
GLOBAL

Trump-Putin setuju gesa genjatan senjata

WASHINGTON, 4 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin bersetuju menggesa gencatan senjata bagi menghentikan perang di Syria.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap melalui telefon buat kali pertama sejak Washington melancarkan serangan udara terhadap Syria hampir sebulan lalu.

Rumah Putih dalam satu kenyataan memberitahu, Trump dan Putin setuju bahawa penderitaan melanda Syria berlangsung terlalu lama dan semua pihak perlu berusaha menamatkan keganasan di negara itu.

“Perbualan berjalan dengan baik dan ia termasuk perbincangan untuk mencapai keamanan yang berkekalan terhadap kemanusiaan.

syria“Tujuannya juga adalah untuk mewujudkan keadaan bagi melancarkan proses penyelesaian sebenar di Syria,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Trump mengarahkan serangan peluru berpandu di pangkalan udara kerajaan Syria susulan kematian lebih 80 orang disyaki akibat senjata kimia di bandar Khan Sheikhoun, 4 April lalu.

Categories
GLOBAL

Trump selar Korea Utara tak hormat China

WASHINGTON, 29 APRIL: Korea Utara didakwa “tidak menghormati” China apabila melancarkan satu lagi peluru berpandu balistik hari ini, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi posting di Twitternya, @realDonaldTrump, pada jam 7.26 pagi tadi, lapor AP.

Trump berkata, beliau mengharapkan Presiden China, Xi Jinping untuk menggalakkan Korea Utara melepaskan usaha program peluru berpandu dan senjata nuklear balistik.

Beliau turut mengancam untuk melakukannya secara sendirian jika Xi gagal berbuat demikian.

Trump yang baru pulang dari lawatan sehari ke Atlanta juga tidak menjawab soalan pemberita berkenaan pelancaran peluru berpandu sebaik tiba di Rumah Putih.

Terdahulu, tentera Korea Selatan berkata, negara itu sudah melepaskan peluru berpandu berhampiran ibu kota Pyongyang, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Categories
GLOBAL

AS sekat 271 individu Syria

WASHINGTON, 25 APRIL: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan sekatan terhadap 271 individu yang dikaitkan dengan agensi di Syria yang bertanggungjawab menghasilkan senjata bukan konvensional.

Setiausaha Perbendaharaannya, Steve Mnuchin berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan keras AS ke atas dakwaan penggunaan senjata kimia oleh Presiden Bashar al-Assad.

“Amerika Syarikat sedang menghantar mesej kuat bahawa kita tidak akan bertolak ansur dengan penggunaan senjata kimia oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di White House, semalam, lapor AP News.

Beliau berkata, ia adalah antara sekatan terbesar dalam sejarah AS.

Terdahulu, Trump menggelar Assad sebagai ‘jahat’ dan menyifatkan penggunaan senjata kimia terbabit melanggar batasan.

Bagaimanapun, Assad menafikan beliau mendalangi serangan itu yang membabitkan penggunaan gas sarin.

AS secara berperingkat memperluaskan program sekatan terhadap Syria sejak 2004 dengan menyasarkan negara terbabit atas pelbagai kesalahan termasuk sokongannya terhadap keganasan, melemahkan kestabilan di Iraq dan mengejar senjata pemusnah secara besar-besaran.

AS turut menyekat individu asing atau syarikat yang menyokong kerajaan Assad.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

AS serang Syria, sasar pangkalan udara

WASHINGTON, 7 APRIL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula menyerang Syria apabila lebih 60 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan ekoran serangan senjata kimia ke atas orang awam.

AS menyasarkan jet pejuang Syria, landasan kapal terbang dan stesen bahan api dalam serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan udara Syria, kata seorang pegawai AS.

Peluru berpandu itu meledak tepat ke sasaran, pada jam 3.45 pagi waktu tempatan di Syria, hari ini.

Ia adalah tindak balas Presiden AS, Donald Trump terhadap serangan kejam gas beracun di Syria yang menyaksikan Washington menyalahkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Dalam pada itu, Trump meminta semua negara yang bertamadun menyertai mereka mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Syria.

Trump berkata, “keamanan dan keharmonian akan dikembalikan” selagi AS terus mempertahankan keadilan.

Sumber: Reuters

-AA-

Categories
GLOBAL

Trump izin CIA serangan guna dron

WASHINGTON 14 MAC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberikan keizinan kepada badan perisikan negara itu Central Intelligence Agency (CIA) untuk menggunakan dron bagi menyerang suspek militan, lapor Wall Street Journal dipetik jurucakap rasmi pegawai AS.

Tindakan itu merupakan perubahan polisi dilaksanakan Trump terhadap dasar ditetapkan pentadbiran Barack Obama sebelum ini yang hanya menghadkan pembabitan CIA dalam aktiviti paramiliteri.

Dilaporkan White House, Jabatan Pertahanan AS dan CIA tidak memberikan respon segera berhubung isu itu.

Amerika Syarikat pertama kali menggunakan serangan dron terhadap suspek militan selepas serangan 11 September 2001 terhadap New York dan Washington.

Serangan menggunakan dron dilaksanakan menggunakan dron jenis Predator dan Reaper untuk mensasarkan serangan khususnya dalam operasi di luar negara AS.

Kritikan antarabangsa diberikan terhadap tindakan penggunaan dron ekoran peningkatan kes serangan disasarkan kepada masyarakat awam sehingga banyak mengorbankan nyawa.

Pada Julai 2016, Kerajaan Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap secara tidak langsung menyebabkan 116 masyarakat awam terbunuh dalam serangan dron di negara bukan perang.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Trump ‘terbit’ larangan baru

WASHINGTON, 8 MAC: Presiden Amerika Serikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif baru berkait larangan perjalanan bagi negara yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Larangan selama 90 hari yang akan berkuatkuasa mulai 16 Mac ini membabitkan Iran, Libya, Syria, Somalia, Sudan dan Yaman ke negara terbabit.

Bagaimanapun, Iraq dikecualikan dan pemegang visa sedia ada masih dibenarkan memasuki AS.

Dilaporkan, pemegang ‘Green Card’ yang diberikan taraf penduduk tetap juga tidak terjejas dengan larangan terbabit.

Selain itu, ia turut menyekat kemasukan kesemua pelarian selama 120 hari ke Washington berbanding larangan sebelum ini yang hanya membabitkan warga Syria.

Namun, pengkritik menyifatkan larangan yang menyasarkan komuniti Islam itu tidak membawa perubahan penting.

Sementara itu, Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika memaklumkan terdapat 12 tindakan undang-undang dikemukakan di mahkamah seluruh negara untuk mencabar perintah baru berkenaan.

-AA-

Categories
GLOBAL

Trump langgar tradisi enggan hadir Majlis Makan Malam Wartawan

WASHINGTON 26 FEB: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melanggar tradisi sebagai presiden apabila mengesahkan tidak akan hadir menyertai Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih.

Ia adalah majlis sering dihadiri presiden dalam majlis ringkas anjuran wartawan turut dihadiri selebriti.

“Saya tidak akan hadir Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Rumah Putih tahun ini.

“Tolong sampaikan ucapan salam buat semua dan semoga majlis malam itu hebat!” kata Trump dalam tweet menerusi akaun rasminya, semalam.

Tweet Presiden AS itu dibuat sehari selepas beliau mengutuk media dengan menggelarnya `musuh rakyat’.

Sebelum ini Rumah Putih menghalang beberapa agensi media termasuk CNN, New York Times, Politico dan Los Angeles Times daripada menghadiri taklimat media tanpa kamera yang dikendalikan jurucakap Sean Spicer.

Agensi Berita Antarabangsa Washington Post melaporkan ia sekali gus mencetuskan satu lagi kontroversi membabitkan hubungan pentadbiran Trump dengan media.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TPPA: Apa strategi Malaysia berdepan Trump?

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 NOV: Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Kerajaan Persekutuan memikirkan strategi ke hadapan untuk berunding dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Katanya, pendekatan berhati-hati perlu diambil dengan langkah bijak sama ada TPPA akan diteruskan atau tidak.

“Kita harus bersikap neutral atau mempertahankan kebebasan dirantau ini tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

“Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS sememangnya menolak TPPA. Dalam keadaan negara menubuhkan The Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) yang cenderung kepada kuasa besar China, kita akan ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45.

Pada masa sama, Shamsul mahu kerajaan mengambil pendekatan berbeza dalam isu itu selari dengan politik Trump.

tppaTerdahulu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melahirkan kebimbangan dalam isu perjanjian TTPA .

Katanya, kerajaan perlu melihat perkembangan TPPA supaya semua usaha dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.

“Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA, ini adalah kebimbangan kita.

“Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan perjanjian ini akan menjadi sia-sia,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS ketika ini.

“Salah satu demokrasi tertua di dunia hari ini boleh membawa kepada pemilihan Trump sebagai presiden. Kita amat bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS.

“Kita juga bimbang dengan nasib umat Islam di sana memandangkan beliau semasa kempennya sebagai seorang yang anti Islam,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pemilihan Trump menunjukkan perjalanan ekonomi yang sedikit kabur.

“Ketika ini, Yen (matawang Jepun), Pesos (matawang Mexico) dan pasaran inflasi semua semakin berkurangan dan jatuh. Ia menunjukkan kurangnya keyakinan dan hilang sokongan kepada Trump.

“Oleh itu dasar-dasar beliau benar-benar teruji,” katanya.

-nR-